Isnin, 20 April 2015

Jin Dan Amalan Bersih

Rakan itu kelihatan amat kecewa apabila 
ia niatkan mahu melihat punca gangguan
pada bahagian kepala dan jantungnya...

...ternyata ia melihat dengan  jelas  adalah 
rakannya  yang rapat dan terkenal sangat 
baik bersopan.

Malah  ia  melihat  rakannya  itu  sedang 
menghalakan senjata ke arahnya.

Rakannya itu adalah seorang perawat...
amalannya yang biasa didengar adalah
bacaan doa dan ayat Qur'an...dan di-
panggl  ustaz  kerana  perawakannya
lemah  lembut  dan  bercakap seperti 
seorang ustaz.

Rakan ini hanya belajar doa dan ayat
Qur'an dari perawat tersebut...untuk
pelbagai guna seperti untuk pendinding
dan rawatan.

Namun sebenarnya ada jin pendamping
yang saya sendiri tidak pasti samada 
perawat itu tahu atau tidak...yang ia
ceritakan hanyalah mendapat kelebihan
semula jadi.

Dengan mengambil amalan bersih dari
perawat tersebut...rakan  ini telah me-
menerima  jin  tersebut   tanpa  sedar...
hingga  ia  merasa  ada sesuatu  yang
tidak kena apabila sakit kepala...rasa
berat dan kadangkala bingung tanpa
sebab.

Ia juga merasa berdebar-debar tanpa
sebab munasabah dan sesak nafas...
kerana itu ia minta 'scan'.

Apabila  saya  menyarankan  ia mem-
bakar tulisan-tulisan yang perawat itu 
berikan sebagai pelengkap kepada 
ikrar pemutus dari jin yang berpndah 
kepadanya....rakan itu ketakutan 
kerana ia yakin perawati tu tahu akan 
perkara sekarang iaitu ia minta 'scan' 
dan mendapati ada jin dari perawat 
tersebut.

Malah  apabila  ia  melihat  jin pada 
jantungnya  yang  merupai  perawat
itu dan buat ikrar pemutus...

...makhluk  itu  tidak  pergi  sebalik-
nya berkeras berpeluk tubuh tegak 
merenungnya hingga terpaksa saya 
menarik jin itu keluar melalui tapak 
tangan kanannya.

Sebenarnya apa yang berlaku...
perawat itu mendakwa kebolehan
merawatnnya itu adalah anugerah
Tuhan yang datang tiba-tiba...

...maka kalau ianya benar...ia 
sebenarnya didatangi oleh jin
ilmu...atau ia belajar atau ambil
sebarang amalan yang mungkin
bersih daripada seseorang
yang ada jin pendamping.

Apabila rakan itu mengambil
amalan dan doa darinya walau
pun bersih...namun dalam
masa yang sama perawat itu
menjadi stesen atau diperguna-
kan oleh jin tersebut untuk ber-
pindah kepada seseorang lain.

Dengan kata lain...rakan yang
ambil amalan itu menjadi sasaran 
jin tersebut...dan jelas kepala
dan jantung menjadi sasarannya.

Pernah ketika saya sedang merawat
ibu rakan tersebut...si perawat mem-
beitahu si rakan...saya sedang me-
rawat ibunya sedangkan ketika itu
mereka berada di pekan Ranau
iaitu 12 km jauhnya dari rumah
rakan tersebut.

Ibu si rakan meghadapi serangan
sejenis jin yang membuat si ibu
rasa panas seperti ada api dalam
pinggangnya...malah sehingga
kulitnya menjadi merah berair 
seperti terkena bahang panas
api.

Pada awal 'scan'...si rakan nampak
makhluk seperti naga terbang 
dalam kepalanya...kemudian ka'abah
di ikuti oleh tasbih dalam bahagian 
jantung sebelum timbul jin men-
yerupai si perawat.

Si perawat pernah cuba mengeluar-
kan makhluk yang seperti ada aura
panas pada tubuhnya namun tidak
berjaya...makhluk itu bersembunyi
dalam tubuh si ibu.

Ada perawat cina yang nampak
kesan panas pada kulit si ibu itu
dan menurutnya mereka menama-
kan ianya lingkaran naga.

Kemudian si rakan nampak naga
dalam bahagian kepalanya...
kemudian jin yang meyerupai
perawat...

...saya tertanya-tanya...mungkin-
kah jin berupa naga itu juga se-
benarnya datang dari perawat
tersebut...dan ternyata si perawat
juga tidak menyedarinya.

Si rakan bertanya bolehkah ia terus
berkawan dengan perawat tersebut
saya menjawab boleh...tapi ia mesti
ada pendinding...dan tidak lagi boleh
mengambil sebarang amalan dari
perawat tersebut...kerana jin itu
mungkin akan menyerangnya semula.

Yang jelas...perawat itu juga adalah
mangsa tipudaya jin...dan samasekali
tak berdaya mengawal jin tersebut...
malah saya berpendapat...memang
perawat itu sendiri tidak mengetahui
keadaannya...

Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan... wah kalau macam tu susah jugak nak ambil amalan atau nak mintak rawat. Nampaknya perawat tu pun harus di scan.. apa yang dapat kita lakukan untuk mengelak dari tipu daya si jin ni... bingung jugak dibuat nya...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tuan... wah kalau macam tu susah jugak nak ambil amalan atau nak mintak rawat. Nampaknya perawat tu pun harus di scan.. apa yang dapat kita lakukan untuk mengelak dari tipu daya si jin ni... bingung jugak dibuat nya...

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth ml...

    Ada keadaanya agak susah kita nak tahu perawat itu
    ada gangguan jin pendamping....maka kita pilih
    perawat yang sudah dikenali ramai dan kita tak
    rasa sebarang keraguan.

    Cara lain leboh baik kita tahu asal usul ilmu si
    perawat...kalau melalui mimpi....tiba-tiba datang...
    ada seruan kepada makhluk ghoib termasuk
    rijalul ghoib...atau lain-lain...ada guna alat yang
    meragukan seperti batu-batu dan benda-benda
    hikmat...dan sebagainya..maka berhati-hati.

    Tanda-tanda lain apabila setelah mula berubat
    kita adapati ada makhluk-makhluk halus (jin)
    yang menjaga atau mendampingi kita.

    Atau sekurang-kuranya kita ada gerak hati ada
    sesuatu yang tidak kena pada perawat maka
    ambil perhatian...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Trima kasih tuan atas panduan nye.

    BalasPadam
  5. Trima kasih tuan atas panduan nye.

    BalasPadam