Apabila rakan yang sedang sakit kepala itu minta
rawat...melalui dahinya..bomoh itu menarik keluar
batu-batu kecil hingga hampir penuh segelas
banyaknya.
Rakan kedua pula yang sedang sakit pinggang....
dua gelas batu-batu kecil ditarik keluar oleh
si bomoh tersebut.
Menurut si bomoh...batu-batu kecil itulah punca
penyakit mereka dan ianya adalah penyakit biasa.
Bagi pesakit-pesakit lain di mana paku-paku dan
batang-batang jarum ditariknya keluar...menurut
bomoh tersebut adalah penyakit yang disebabkan
oleh sihir.
Namun si rakan kedua....ada seorang rakan lain
yang kebetulan rapat dengan si bomoh memberitahu
satu rahsia...
...iaitu sebenarnya semua batu...paku...jarum dan
sebagainya itu bukannya ditarik keluar dari tubuh
pesakit...tapi ianya 'disimpan' dan dikeluarkan dari
tapak tangan si bomoh sendiri.
Sudah beberapa kali ia melihat si bomoh meletak-
kan batu-batu kecil di atas tapak tangannya...
kemudian setelah diurut perlahan oleh si bomoh....
batu itu kelihatan 'terbenam' dan hilang dalam tapak
tangannya.
Begitu juga caranya ia memasukkan paku...jarum
dan sebagainya...yang kemudiannya akan 'ditarik
keluar' oleh si bomoh daripada tubuh pesakit.
Malah pernah sekali...bomoh itu megutip batu kecil
yang basah dan bersalut lumpur...kemudian 'mem-
benamkannya' ke dalam tapak tangan...ketika ianya
'ditarik keluar' daripada tubuh pesakit...batu itu masih
basah dan bersalut lumpur seperti asalnya.
Tidak cukup dengan paku...batu-batu...jarum dan se-
bagainya...bomoh itu pernah 'membenamkan' seekor
katak di tengah-tengah tapak tangannya...
...dan ketika 'ditarik keluar' dari leher seorang pesakit
yang bengkak...ternyata katak itu masih hidup.
Bomoh itu kata...patutlah leher kau bengkak..rupanya
ada katak di dalam...
Pesakitnya ada juga yang sembuh.... dan ada yang tidak
sembuh.
Rakan kedua ketika memerhatikan si bomoh merawat
sambil menunggu gilirannya berbisik pada seorang
rakan di sebelah..."....boleh percaya ka ni...atau bomoh
ni saja main silap mata ? ".
" His...kalau tidak percaya ...penyakit tidak sembuh "
jawab si rakan.
" Habis tu...sakit kepala kau sembuh..? " si rakan kedua
bertanya pada si rakan pertama...si rakan pertama meng-
geleng kepala..." kau macam mana..?' tanyanya balik...
" Tidak ada pun kurang sakitnya... " jawab si rakan kedua.
Mungkin yang sembuh itu sakitnya lebih kepada permainan
perasaan atau keyakinannya sendiri...atau gangguan ringan
yang sembuh cukup dengan hanya sekadar 'motivasi'.
Wallohu a'lam
asalamualaikum,
BalasPadammacam2 teknik orang menipu sekarang ni kan tuan...
mungkin teknik yang sama diguna oleh raja bomoh keluarkan pontianak (kononnya lah) dari dalam handphone....
"Berpegang teguhlah kita pada tali-tali Allah"....
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamKerana itu kita kena sentiasa berhati-hati....tidak
semua yang kita dapat lihat dengan mata kepala
itu benar...
Terima kasih saudara atas ulasannya...
Wallohu a'lam
As salam
BalasPadamKaedah sihir ni biasa kalo di Indon. Kira mcm silap mata lah. Tapi kalo masih perlu ambil bahan2 gosok2 di telapak tangan untuk hilangkan & keluarkan balik waktu rawatan..itu masih tahap bawahan. Tahap tinggi xperlu itu semua. Waktu rawat jin akan zahirkan semua bahan yg keluar dari tubuh pesakit.
Caranya begini.
1.Jin bukakan lubang dimensi bersaiz kecil di tapak tangan bomoh tu. Segala benda dari alam jin boleh dikeluarkan dari tapak tangan bomoh tu.
2. Benda tu memang ada dan diletak di tapak tangan bomoh. Cuma ia 'dighaibkan' oleh jin waktu itu. Sama ada dengan cara jin menutup mata kita @ menutup benda tu supaya kita tak nampak.
Waulahualam..
As salam tuan,sy mpunyai pgalaman melihat seorg bomoh perempuan megeluarkan batu,cengkerik,belalang & paku d badan seseorg yg dirawatnya.Ramai org terpegun.Ketika berada d dlm ruma itu saya merasa pening dan terhidu bau busuk bangkai sdgkn org lain tdk merasa pening mahupun terhidu wangi busuk.
BalasPadamBomoh itu mengeluarkn semua benda didlm pesakit itu ttpi d ambil semula krn itulah pantang larang jika berubat dgn nya.
Salah seorg klrga yg dirawat jatuh sakit kmdian d masukkn ke hospital.
wallahualam
Semua tu permainan jin.. menipu. Sedangkan benda2 tu bukan dikeluarkan dari tubuh pesakit. Tapi ada juga bomoh yg benar2 dapat keluarkan benda2 sihir dari tubuh pesakit yg terkena sihir.
BalasPadamAura jin kadang2 boleh sebabkan pening kepala berdenyut mual muntah. Kadang2 sebab benteng tak kuat. Kadang2 sebab kita diserang bertubi2 tapi tak nak membalas..lama2 tembus juga.
Wa alaikum salam wwbkth tuan-tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih atas perkongsiannya...
Wallohu a'lam