Selasa, 30 September 2014

Bengkak Jantung Berjangkit...

Sejak awal tahun...sudah tiga atau empat kali
pakcik  itu  merawat  birasnya.....iaitu  suami
kepada adik perempuan  isterinya.

Sekembalinya  dari  rumah birasnya tersebut
pakcik itu merasa dadanya sesak seperti di-
himpit dan panas badan.

Setelah ia duduk beramal merawat diri dengan
izin Tuhan...barulah ia rasa lega.

Sekarang hampir sepuluh bulan berlalu...biras-
ya masih mendapat serangan yang menyebab-
kannya sesak nafas...keras dan pedih dalam
perut serta demam panas.

Seorang bomoh wanita  yang  cuba  merawat-
nya ternyata  tiba-tiba  mengalami pendarahan 
yang banyak...panas badan dan  pitam  hingga  
terpaksa  di  tahan  di wad hospital Ranau be-
berapa hari.

Pakcik itu tidak lagi merawat birasnya..mungkin
kerana  merasa  kurang  bersedia  untuk  meng-
hadapi serangan balas...

...namun  baru  seminggu  lebih  lalu isterinya di-
kesan mengalami bengkak jantung oleh doktor...
iaitu sama seperti penyakit utama birasnya.

Perawat  terlepas...tapi  mungkin...belum  tentu
keluarganya.

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum tn junied,

    Sy mengalami bunyi bising di saraf telinga (dlm telinga?) kanan yg kuat. . Bagaimana nak pastikan samada ia dpd gangguan .ataupun tidak? Sy ada amalkan manzil ttpi macam x beri kesan.

    T.ksh

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Baca ayat Kursi pada tapak tangan dan lekap pada
    telinga...kalau ada tindakbalas tandanya ada angin
    bisa.

    Bagaimana pun gangguan demikian juga boleh dari
    luar atau gangguan yang datang lari.

    Puan cuba amalkan 3 Qul pernafasan...sapu dari
    muka...kepala...kedua belah telinga dan boleh
    teruskan sapu hingga ke hujung kaki.

    Dan baca Ayat kursi pada tapak tangan...juga
    sapu dengan cara sama....juga baca sambil
    tekap tapak tangan pada telinga tersebut
    sebagai rawatan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ,

    T ksh atas maklumbalas tuan, insyaallah sy akan buat. Tk.

    BalasPadam