Jumaat, 15 Ogos 2014

Myrn 2..'.Memperkenalkan Pelakon Handalan'...

" Kau datang dari mana ? " Saya bertanya...dan
Jin yang merasuk Myrn memberitahu ia telah
disimpan oleh bapa ( bapa Myrn...jin itu bahasa-
kan sebagai bapa...) dalam pondok kebun
mereka.

 'Ia' datang untuk mencari keluarga Myran yang
tiba-tiba meninggalkannya 'keseorangan' di situ
untuk pergi ke kawasan pekan Ranau.

" Kalau begitu...kau balik ke pondok itu....."

" Tapi saya belum lagi dapat bercakap dengan
bapa saya..." wajahnya sayu seolah-olah ' minta
kesian '.

" Pak...mari sini..dia mau bercakap sama kau...
dia mau pulang sudah ni.." ibu Myrn memanggil
si bapa yang sedang duduk bersandar di dinding
tidak jauh dari situ.

Bapa Myrn duduk dekat dan suaranya separuh
berbisik memujuk 'Myrn' yang kelihatan sedih
dan merajuk.

Bapa  Myrn  beritahu  mereka  cuma sementara
saja duduk di kawasan  pekan dan akan kembali
ke pondok tersebut...dan ibu Myrn turut memujuk
sama.

Apabila saya tumpukan perhatian...terasa simpati
pula dengan makhluk tersebut...seolah-olah 'ia'
juga seperti Myrn...seorang budak perempuan
kecil yang manja.

Saya tinggalkan mereka dan menjenguk Ann...
ia sudah pulih tapi kelihatan letih setelah dirasuk
sejak petang tadi.

Apabila  saya menjenguk Myrn...ia sedang ter-
baring keletihan...wajahnya  lesu  dan  suram...
jauh berbeza ketika ia dirasuk.

" Jin itu sudah keluar pulang..." ibu Myrn beritahu
saya...

Setelah berbual dengan bapa Myrn...jin itu 'ke-
lihatan berpuas hati'...dan beritahu sudah sampai
masanya ia pulang ke pondok.

" Jin itu sudah pulang..." kakak Myrn...Nur juga
beritahu perkara yang sama kepada saya.

Tapi apabila saya perhatikan Myrn sedang memicit
dahinya...iaitu samada ia pening atau sakit kepala...
saya merasa sangsi.

Saya meletakkan tapak tangan atas dahinya kemudian
membaca Fatihah...

Myrn memberi tindakbalas yang agak kasar cuba
melepaskan tapak tangan saya...namun saya terus-
kan dan mula membaca Ayat Kursi.

Tiba-tiba Myrn meronta-ronta dan menjerit...abang-
abang dan kakaknya segera memegang tangan
dan kakinya.

Ternyata jin itu belum keluar dan hampir berjaya
memperdayakan keluarga Myrn.

'Myrn' bertindak lebih agresif...sambil menjerit-
jerit marah dan kepanasan...ia cuba menghentak-
kan kepalanya ke lantai.

" Saya disuruh..saya disuruuuh..." sambil menjerit-
jerit 'Myrn' sempat beritahu ianya disuruh oleh
seseorang.

" Siapa yang suruh..." kakak Myrn bertanya...tapi
saya memintanya agar tidak melayannya.

Mula-mula jin itu datang bersikap sopan...ceria...
kemudian mengaku datang dari pondok kebun...
lepas tu beritahu akan keluar....tapi duduk diam
dalam badan...dan kini...mengaku disuruh pula..

...pendek kata dalam satu set rasukan saja...ada
lakonan...dan ada berbagai cerita...yang menyer-
lahkan sifat kepuraa-puraan...tipudaya dan pem-
bohongan.

Memang  nyata sangat jin ini pakar psikologi...
dalam  masa  yang  singkat 'ia' dapat menjalin
suatu hubungan yang sangat akrab dan mesra
dengan keluarga Myrn...sehingga dengan mudah
sahaja mereka terpedaya dengan tipuhelahnya.

Saya merukyahnya dengan Manzil lengkap ber-
serta pernafasan...namun jin itu masih cuba ber-
tahan walaupun sudah lemah.

Saya gunakan gelombang tolak...dari kepala
ke hujung kaki....dengan izin Tuhan...Myrn
sedar walaupun masih sangat keletihan.

Ini  adalah  kali  pertama  saya gunakan teknik
ini kerana saya amat jarang berepan dengan
kes rasukan secara 'solo'.

Jam  dua  pagi..salah  seorang  ahli  keluarga
terbayang suatu makhluk berupa perempuan
muda berwajah menakutkan...rambut panjang
mengerbang dengan kuku-kukunya yang
sangat panjang.

Saya  yakin  ia adalah 'Myrn'  kerana dalam
rasukan  sebelum  ini  empat hari lalu...myrn
yang  sedang  dirasuk ketawa mengilai...dan
ia berkata kepada saya sambil senyum sinis
...saya tidak akan lepaskan budak ini...

Tak sangka pula...'pontianak' pun handal ber
lakon....

Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. As salam tuan,
    Mcm mana teknik 'gelombang tolak' ini?mgkin payah utk membaca rukyah jika pesakit rasukan sgt agresif..
    jd teknik2 sbgini sgt bguna apabila merawat secara solo.

    wasalam

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara Js...

    Rasanya masih terlalu awal saya dedahkan kerana
    ia masih dalam kajian.....tapi macamana pun...
    bila-bila masa kita jumpa berdepan Insha Allah
    mungkin saya dapat kongsikan setakat mana
    kajian saya mengenai perkara ini.

    Selain gelombang tolak...dalam rawatan secara
    solo...kunci juga sangat berguna...dan inilah
    yang saya perhatikan pada rakan juga guru kita
    yang dihomati Ustaz Salehuddin gunakan...


    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Teknik tolak ada..
    Teknik tarik ada..
    Teknik kunci ada..
    Teknik buka kunci ada..
    Teknik lembut ada..
    Teknik keras ada..
    Teknik panggil ada..
    Teknik halau ada..
    Teknik serang ada..
    Teknik perisai ada..
    Pecahan ilmu rawatan islam sangat luas..
    Istiqamah dlm menuntut ilmu.
    Masyallah la quata illa billah..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...

    Tuan...bolehkah jin itu kita ikatkan ke mana-
    mana atau kurung di mana-mana samada
    pada sesuatu benda kasar atau sesuatu
    yang kita ma'rifatkan ?

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah bole..

      Teknik pasong/ikat biasanya ada diajar dlm setiap perguruan. sama ada guna ayat@makrifat @ ayat+makrifat.

      Tapi kalo ikat kesian pulak dia xbole makan minum. Kalo dia mati kira menyeksa tu.

      Kebanyakan bomoh@perawat ikat guna perjanjian sahaja. Suruh jaga rumah dan sebagainya. Bukan ikat badan makhluk tu pada sesuatu.

      Waulahualam

      Padam