Sudah dua minggu lebih Ys jatuh sakit
namun pemeriksaan oleh pihak hospital
tidak dapat menemukan sebarang
punca yang boleh dikaitkan dengannya.
Namun Ys diberi juga ubat berdasarkan
masalah serta kesakitan yang ditanggung-
nya...tapi ternyata ubat itu langsung tidak
berkesan.
Dari keputusan 'scan' ....ada gangguan
yang datang dari rumah baharu yang
sedang dibina oleh Ys dan rakan-
rakannya ketika ia mula jatuh sakit.
Namun ada perkara yang meragukan...
terutama kesan angin bisa jin ( ilmu jin )
pada tapak tangannya.
Akhirnya Ys dan isterinya membuka
rahsia...lebih dua belas tahun lalu Ys
pernah menuntut beberapa jenis ilmu
yang menggunakan tangkal dan juga
mentera.
Walaupun tangkal itu sudah lama hilang
dicuri orang...dan Ys juga sudah lama
meninggalkan amalan mentera tersebut...
namun ternyata jin ilmu itu telah meresapi
malah telah bersarang dalam tubuhnya.
Secara keseluruhan......Ys mengalami
pening...sakit kepala...tidak dapat tidur
siang malam...sakit dada...pedih uluhati...
sakit perut...sakit-sakit badan...bisa-bisa
sendi terutama pada tulang pinggang...
sendi lutut dan siku...serta gangguan
fikiran juga perasaan.
'Pelajarannya' di sini...anda mungkin boleh
menuntut ilmu jin dan membuangnya bila-
bila masa anda suka...tapi sekali anda
menerima jin...biasanya jin itu tidak akan
melepaskan sebegitu mudah...
Malah jin itu merasa berhak ke atas diri
anda...keluarga anda....juga.... keturunan
anda...
Wallohu a'lam
Salam Encik Junied..izinkan saya membaca dan memahami bait-bait ayat dalam blog tuan..moga ada ilmu dapat di amalkan..
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara hairul...
BalasPadamSilakan...semoga ada manafaatnya dengan
izin Tuhan....
Wallohu a'lam
Terima kasih Saudara Junied...inshaa Allah ada manfaatnya..cuma nak tanya ada masa tapak kaki saya ini terasa panas kadang-kadang..mungkin ada boleh d kongsi tuan junied..saya dah berjumpa dengan tuan guru utama tuan junied..kerana ada masalah keluarga (pasangan tawar hati)..ustaz bagi wirid dengan zikir ringkas buat saya untuk amalkan..(ada masa saya juga akan datang ke ofis ustaz)walaupun belum banyak perubahan sampai sekarang,saya akan teruskan amalkan dan mempelajarinya untuk mencari redho Allah..ujian Allah yang kecil ini pun saya dah hampir berputus asa..apatah ujian yang lagi besar..insha Allah ada hikmahnya..
PadamSama-sama saudara...
BalasPadam1. Biasanya ia gejala ada laluan angin bisa
yang masuk melalui kaki...
Bagaimanapun panas datang hilang itu tanda positif...diri saudara masih ada 'pagarnya'...
Insha Allah...
Saya berpendapat hasil lebih maksima boleh
saudara dapat jika ambil ijazah amalan...
iaitu dengan Fatihah sepuluhnya sebagai asas.
Bergantung juga pada kadar gangguan...sebaik-
baiknya rawatan lebih kerap adalah lebih baik
lagi.
Kadang-kadang ada angin padat pada bahagian
tertentu badan...dengan amalan semata-mata
mungkin agak mengambil masa untuk memecah-
kannya...maka rawatan sesuai sebagai ikhtiar
sampingan.
Sebenarnya apa juga ujian....kalau kita hadapi
dengan jiwa besar maka ujian itu jadi kecil...
tapi kalau kita hadapi dengan jiwa kecil..
maka ujian itu nampak atau terasa besar.
Ini bergantung kepada sejauh mana pergan-
tungan dan keikhlasan hati kita dalam men-
cari keredhaan Tuhan...dan seperti saudara
sebutkan...Insha Allah ada hikmahnya.
Kadang-kadang Tuhan bagi kita sesuatu
ujian...kerana Tuhan mahu berikan kita
sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan
dunia dan akhirat kita...Wallohu a'lam
Terima kasih tuan junied atas pandangan dan saranan itu..moga ada manfaat untuk saya fahami dan lakukan untuk langkah seterusnya..
BalasPadamMungkin saya masih jauh dari mengenal keihklasan dan pergantungan kepada Tuhan dalam erti yang sebenar..jiwa masih belum cukup kuat untuk menhadapinya..
Betullah kata tuan, bila jiwa sudah di kuasai, dugaan atau ujian yang datang akan di lihat pada sisi yang berbeza..inshaa Allah mungkin ini adalah salah satu peringatan/rahmat kepada saya untuk lebih kenal dan lebih dekat kepada Tuhan yang mencipta..
Wallohu a'lam
Alhamdulillah...sama-sama saudara...
BalasPadamSemoga Tuhan memberi petunjuk dan hidayah
kepada kita semua agar kita mendapat tempat
yang lebih baik disisiNYA...
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamUntuk mendapatkan hati yg sentiasa tenang dlm menghadapi apa jua bentuk ujian.. jangan terlampau difikirkan besar atau beratnya ujian yg menimpa.. tapi lihatlah kepada yg memberi ujian itu sendiri. Siapa lagi jika bukan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Tidak diberi ujian melainkan untuk menaikkan darjat kita disisiNya.
Wa alaikum salam wbkth Tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih tuan atas
perkongsiannya...
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamselamat berpuasa&myambut hari raya adilfitri.
Dulu masa jahil dgn ilmu2 rawatan ini,saya perna bjumpa dgn seorg 'kawan' dan dia telah meniup kedua belah tgn saya utk tujuan pandai mgurut&tgn besi..namun ia tdk mjadi malah kesan tdk baik blaku iaitu kdg2 ada pembengkakkan di sendi2 jari-jari tgn berselang seli(bukan selalu bgkak).Pada pdpt tuan, perlukah saya bjumpa dgn 'kawan' ini dan mgembalikan ilmu yg dia berikan?Hal ini blaku pd thn2006,pd masa itu sy masih tidak tahu dan keghairahan mdptkn sesuatu ilmu dgn tiba2.Pd kbiasaannya bengkak ini akan blaku pd hari rabu-jumaat.Waktu hari jumaat surut & sembuh bgkak.Ada org ckp asid uric dan masalah gout ttpi cara kdtgan bgkak ini meragukan..dan mgkin sebab saya perna bkwn dgn 'kawan' itu td jg pybb.Mohon pcerahan dr tuan&mana2 rakan.
Wasalam
Wa alaikum salam saudara...
BalasPadamKalau boleh sebaiknya ia dikembalikan namun
seperti perkembangan terbarunya...tanpa di-
kembalikan pun Alhamdulillah...sudah semakin
pulih...dengan izin Tuhan.
Biasanya kalau berkaitan asid atau gout....tak
ada 'jadual harian' kedatangannya...
Wallohu a'lam
Salam. Maaf, boleh saya nk mntak email en junied. Saya ada beberapa kekeliruan ttg apa yg sy alami.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth M Diy...
BalasPadamSaya minta maaf banyak-banyak...saya belum
bersedia untuk menyiarkan alamat email
secara terbuka memandangkan masa yang
agak terhad...maaf ya...
Wallohu a'lam
Ouhh, begitu. Kalau mcm tu, sy ada sedikit persoalan ttg apa yg sy alami dan sy tak fhm kenapa bnde tu blaku. Jd, sy mhn en junied tuk beri pencerahan.
BalasPadamSjk sebulan yg lalu, sy ada alami sakit belakang n penyakit tu mkn lama bertambah kuat. Sy ada berurut tp hasilnya mkn teruk n membengkak. Dan pd satu hari, sy gunakan ikhtiar lain iaitu dgn buat amalan ayt kursi n hasilnya skt tersebut hilang serta merta. Selepas dh hbs bce, ada kesan2 pd sy mcm kaki terasa panas, rasa ada mcm jarum menyucuk, semut2.
Apa sebenarnya yg berlaku pd diri sy? Sy ada buat mutabaah amal, adakah sy perlu tambah amalan 2 khusus tuk ditambah?
Wa alaikum salam wbkth M Diy...
BalasPadamKemungkinan besar bengkak itu adalah
penempatan jin...maka ia turun ke kaki
iaitu antara tempat masuk utama asalnya.
Terus jaga amalan kerana biasanya benda
itu akan cuba bertahan pada kaki...dan
kalau terlalai biasanya jin itu akan cuba
naik semula.
Boleh teruskan amalan yang sama...atau
mudah-mudahan ada keberkatannya
kalau ditambah.
Saya minta maaf M Diy kalau tidak ke-
beratan boleh saya tahu apa amalannya
atau cara amalnya ? mutabaah amal
tu apa ya?...
Wallohu a'lam
mutabaah amal tu amalan harian. cthnya, stkat ni yg sy amalkan baca mathurat pg n petang, tilawah, al-mulk, zikir n istighfar dan lain-2 lg.
BalasPadammcm mana nk buat supaya gangguan tu tak dtg lg?
Alhamdulillah...terima kasih banyak-banyak
BalasPadamatas pencerahandan perkongsian M Day...
Adapun sebaik-baik amalan adalah yang ber-
terusan...dan untuk tambahan letak bekas air di depan ketika membacanya...dan jadikan ia
sebagai minuman dan kalau boleh mandian
harian...sambil jaga amalan...elakkan
duduk melamun...dan mendengar muzik
kecuali yang membawa kita ingat kepada
Allah...Insha Allah...
wallohu a'lam
Nak tanya, mcm mana air yg dibacakan dgn ayt-2 Allah boleh menghalang dr gangguan tu?
BalasPadamSetakat yang saya tahu molekul air akan menjadi
BalasPadamtajam dan dengan izin Tuhan dapat mencedera
atau memotong tubuh jin....dan bagi jin yang
lemah boleh terbunuh...atau awal-awal lagi
cabut lari keluar dari badan.
Gangguan biasanya oleh 'sekor dua' atau lebih
jin yang agak kuat...dan yang lemah pula
lebih banyak....berpuluh...beratus atau lebih...
Tapi lemah-lemah itu kalau terbiar...menabur-
kan angin bisa yang menyebabkan rasa sakit
..,panas...dan sebagainya...
Juga air itu dengan izin Tuhan dapat menawar-
kan angin bisa yang menjadi laluan juga tempat
tinggal jin dalam badan...
Maka kurang angin bisa...maka kurang laluan...
kurang atau sempit penempatannya...
Wallohu a'lam
Ouhh, begitu. Baru-2 ni sy ada dgr ayt ruqyah, n hari-2 seterusnya effectnya bertambah, sakit di bhgian dada n terasa ada benda mcm biji naik ke tekak n terasa nk muntah. Tp, tak boleh muntah.
BalasPadamAdakah ia positif atau sebaliknya?
Ia sangat positif...ada benda cuba bertahan
BalasPadamdalam dada...atau benda itu tidak dapat
keluar.
Sentiasa minum air doa...dan lebih baik
pula kalau di campur garam bukit.
Kalau mampu amal ayat manzil...dan buat-
kan air doanya.
Baca Fatihah 3x...ayat Kursi 11x...pada tapak
tangan...tiup dan sapu dari muka hingga ke
hujung jari kaki...kemudian 3 Qul tiga-tiga kali
dengan cara yang sama...jadikan ia amalan
harian...juga buatkan air doanya guna minum
mandi setiap hari...
Kalau mampu..baik juga M Diy jumpa perawat
yang di yakini ya...
Wallohu a'lam