Ada angin bisa dan penempatan jin pada
biji matanya...kemudian ada laluan masuk
ke dalam dahi ( otak )...terus ke belakang
kedua belah cuping telinganya...
...dan ' hasilnya '...mata Ys sentiasa segar
sepanjang malam...kalau hilang segarnya...
timbul pula rasa sakit pada bahagian kiri
kanan dahinya seolah-olah ada benda
berat di situ...
...atau kalau tidak ada kedua-dua gejala
di atas...telinganya yang dikelilingi angin
bisa jin pula akan ' terpasang tajam '...
sehingga Ys dapat mendengar setiap
bunyi...dari yang kuat hinggalah kepada
bunyi yang perlahan...
...menyebabkan sudah tiga minggu Ys
tidak dapat tidur siang dan malam.
Sejak sehari dua kebelakangan ini pula
penglihatan mata kirinya mula kabur...
iaitu suatu berita yang kurang baik untuk
Ys yang bekerja sendiri sebagai tukang
rumah.
Apabila saya mencubit cabut ' benda ber-
getar ' dalam biji matanya...dengan izin
Tuhan....penglihatannya kembali normal
dengan izin Tuhan.
JIn ilmu yang mendiami bahagian kepala Ys
bukan sahaja ' menyediakan perkhidmatan
tidak dapat tidur siang malam '...
...tapi juga menyediakan ' perkhidmatan
pandangan mata berbisa ' yang bertujuan
menggerunkan atau menundukkan orang
lain...malah mempergunakannnya untuk
menyerang juga menyakiti orang lain.
Hari kelima saya merawatnya...saya dapat
merasakan kehadiran suatu aura asing
ketika pada suatu saat...kami bertentangan
mata.
Saya yakin...Ys sendiri tidak menyedarinya
iaitu jin tersebut mempergunakan mata Ys
sebagai pembuka serangan.
Hasilnya ' agak lumayan '...dalam seminit
dua saja...saya mula merasa sakit pada
bahagian belakang dalam kepala.
Pandangan mata kiri ys yang tidak ber-
cahaya tapi berisi kemarahan dan dendam
kesumat itu terasa menembusi mata saya
dan terus meresap ke bahagian belakang
kepala .
Sakitnya seperti baru dipukul dengan
benda tumpul..tapi saya merasa bersyukur
kerana sakitnya tidak berdenyut sebagai-
mana ' sepatutnya '.
Saya dapati masih ada angin bisa pada
biji matanya...dan ' mencabutnya ' semula.
Saya percaya aura pandangan mata jahat
jin itu ada kaitan dengan hari sebelumnya
iaitu ibu Ys telah memanggil seorang
bomoh dari suku kaum mereka sendiri
yang juga seorang Islam.
Bomoh itu merawat Ys dengan menyembelih
seekor ayam.....dan beritahu Ys sekadar
keteguran.
Mungkin ibu Ys tidak berpuas hati kerana
setelah beberapa kali ia bertanya...malah
kelihatan sangat berharap agar saya akan
kata anaknya itu disihir orang...namun saya
beritahu tidak ada tanda-tanda ianya disihir.
Tapi saya beritahu Ys...ia bukan sekadar
keteguran...sebaliknya ia cubaan jin ilmu
meresapi dan tinggal dalam badannya.
Penyembelihan binatang biasanya adalah
sebagai cara meminta maaf atau memujuk
jin pengganggu supaya pergi atau tidak
menyakiti pesakit...
...dan tentunya sekaligus memberi makan
pada jin tersebut.
Sebaliknya perbuatan syirik berkenaan men-
jadikan jin itu lebih kuat...dan menggalak-
kan ia tinggal tetap atau mengganggu supaya
dapat habuan atau sebagainya.
Nampaknya jin itu semakin kuat dalam kepala
dan bertenaga sehingga akhirnya mampu
menyerang dengan izin Tuhan.
Tapi saya yang cuba menolong sebaliknya men-
jadi sasaran tidak mahu emosi sangat...saya
terangkan saja ia perbuatan yang dilarang
dalam agama dan akan menggalakkan gangguan.
Biasanya kalau kita sekadar katakan haram...
ia akan kurang berkesan...apalagi ada orang
berpendapat dirinya dalam keadaan darurat
maka berubat dengan apa pun boleh.
Tapi kalau kita terangkan bahaya dan hikmah
disebalik larangan ini...mudah-mudahan pesakit
akan faham dan berusaha mengelakkan diri
darinya.
Ia sudah mengambil ubat di klinik swasta namun
ubat tidur itu sama sekali tidak berkesan.
Apabila merukyahnya...saya pastikan benar-benar
sekadar termampu dengan izin Tuhan...tidak ada
lagi angin bisa yang tinggal namun ternyata dengan
cepat ia masuk semula...jin ilmu katakan...
Kadang-kadang Ys dapat merasakan pergerakan
jin pengganggu utama tersebut...ia seperti angin
yang berpindah tempat dengan cepat.
Bagi Ys...ia tidak boleh salahkan sesiapa...kerana
jin itu adalah jin yang dicarinya sendiri.
Wallohu a'lam
Yg paling banyak org kena..mlm mata segar tp malas qiamulail. Siang ngantuk. Lepas subuh@asar mesti nak tidur.
BalasPadamKalo yg rajin ibadat..waktu solat asyik menguap je. Wirid lps solat pun malas. Nak buka al quran mmg xdapat la. Solat terawikh jgn harapla.
Waktu bulan puasa gejala mcm ni ramai yg kena.. tapi bila kaitkan dgn gangguan jin. Ramai tak percaya. Biasala tu..
As salam Tuan...
BalasPadamMemang biasalah kalau masa bulan puasa ini
orang selalu kata...tinggal nafsu dalam diri
yang kita kena lawan...sedangkan jin masih boleh
bersarang dalam badan dan menghasut seperti
biasa.
Terima kasih tuan atas perkongsiannya...
Wallohu a'lam
Syaitan musuh yg nyata..tapi masih di luar. Masih boleh dikalahkan. Jika tau caranya. Tapi nafsu itu musuh yg tersembunyi dan paling bahaya kerana 24 jam ada dalam badan. Tak pernah puas walau seisi dunia diberikan kepadanya. Alangkan iblis pun kalah dengan nafsunya..
BalasPadamSaya setuju Tuan...pendek kata...perang dengan nafsu ini perjuangan sampai mati...
BalasPadamWallohu a'lam