Selasa, 21 Januari 2014

Gerbang Jin ?

Dari  kampung yang jauhnya tak sampai
setengah kilometer itu...rakan itu melihat
suatu pemandangan aneh di lereng  anak
bukit tersebut...

Ada sebuah gerbang besar tersergam di
situ...sedangkan  rakan  itu  sangat  pasti
selama ia berulang alik ke situ membuka
kawasan hutan untuk penanaman padi
bukit...tidak pernah ia melihat pintu
gerbang tersebut...

Pada  bahagian tengah pintu gerbang itu
jelas kelihatan  seperti sebuah terowong
yang dalam dan gelap...

Ketika rakan tersebut memasuki kawa-
san berkenaan tiba-tiba saja ia degupan
jantungnya menjadi kuat...

Itu kejadian belasan tahun lalu...dan kini
saya pula membuka kawasan hutan itu.

Pada hari kedua saya merasakan suatu
keanehan...

Walaupun pokok kayunya jarang-jarang
namun daunnya yang rimbun menyebab-
kan kawasan itu terlindung dari panahan
cahaya matahari...

Tumbuhan utama pada bahagian bawah-
nya  ialah  pokok  buluh  menjalar...dan
sedikit jenis pokok pakis...

Ketika  menghampiri  kawasan  gerbang
yang pernah dilihat oleh rakan itu...
terasa  suasananya sunyi sepi...tapi saya
tak pedulikan sangat...

Cuma  ketika  dalam  perjalanan pulang...
saya dapat rasakan gerakan degup-degup
kecil  pada  bahagian  jantung...dan  hati
saya yakin...ada 'bendanya' sedang men-
yerang dan menyasarkan ke jantung...

Ketika sampai dirumah...dengan izin Tuhan
...tiada lagi serangan tersebut...

Tiga hari selepasnya...saya  mendaki ke
atas  bukit  dan ketika sampai  pada ke-
dudukan  gerbang itu...saya  merasakan
ada  suatu  tekanan  yang  agak  kuat...
bukan pada bahagian kepala...tapi terus
ke bahagian otak ( otak  rasa  terhimpit
dan sedikit sakit ).

Saya teruskan saja perjalanan...dan ketika
turun dari bukit tersebut...badan mula
rasa demam...

Dengan izin Tuhan...ketika bangun subuh
keesokannya....tinggal  sedikit  saja  rasa
ketidakselesaan...

Adapun bukit berkenaan...bahagian puncak-
nya  pernah  ditemui  suatu  tempat seperti
bekas  pemujaan...dan  seseorang  pernah
ternampak seekor beruk putih besar duduk
di situ.

Nota

Memang  ada  golongan  jin ilmu yang suka
menyasarkan serangan ke bahagian jantung
dan pada jangkamasa  panjang...seseorang
itu  mungkin  mati  mengejut  kerana  sakit
jantung...sedangkan  ia  tidak ada kes sakit
jantung sebelumnya...

...dan mungkin ini sebab utamanya...iaitu jin
juga tidak  dapat bertahan lama apabila kita
sasarkan serangan kebahagian jantungnya...

Wallohu a'lam

24 ulasan:

  1. As salam tuan,
    Ada sedikit perkongsiaan, 6 Tahun yang lepas, seorang rakan sekerja yang pernah belajar ilmu rawatan islam tiba-tiba marah "celaka dia serang saya" katanya ketika kami sedang menjamu makan petang. Rupa-rupanya bila dipujuk, akhirnya dia memberitahu jantungnya tiba-tiba berdegup pantas dan seluruh badannya mgalami peluh yang luar biasa. Menurut rakan itu tadi, dia telah diserang oleh jin ketika seorang pepempuan datang di kuarters lama(tmpt tinggal kami) minta bantuan untuk membaca doa ke atas seorg yang kerasukan. Rumah kuarters lama ini sebenarnya bekas tapak pemujaan roh dari kalangan penduduk tempatan yang bukan beragama islam. Selama 4 tahun tinggal di tempat itu, pelbagai kejadian pelik yang berlaku memang tidak syak ada jin tinggal bersama berdasarkan perkara-perkara berlaku.

    Setakat yang saya tahu, ada dua orang rakan tidak dapat tidur lena setiap waktu malam kerana terdapat gangguan seperti ditindih, dicekik dan mimpi buruk. Saya sendiri tidak terlepas dari gangguan, pernah sekali pelita marak dgn tiba-tiba dan cuba membakar tmpt tidur namun dapat dipadamkan, beberapa ekor tikus sering merosakkan alatan dlm bilik, suhu bilik sangat panas walaupun waktu hujan, alarm kereta sering berbunyi hampir tengah malam.

    Setelah belajar ilmu perubatan dari seorang ustaz, saya sering ternampak belalang kecil dan besar di dalam bilik. Saya pernah menangkap seekor dan mengurung di dalam botol dengan bacaan surah yasin ayat 1-9 pada keesokkan pagi seorang perempuan tua datang dan bertanyakan ayam peliharaan yang mungkin pernah datang di halaman rumah kami.

    Wallahu'alam.


    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Salah satu perkara yang paling penting jadi
    pertimbangan untuk jadi tapak rumah atau
    untuk tinggal di sesebuah rumah adalah
    sejarah silam tempat tersebut....

    Kalau ianya pernah jadi tempat pemujaan...
    biasanya jin yang berkaitan akan terus
    tinggal disitu...atau terus jadi tapak per-
    singgahannya...

    Kadang-kadang pula terjadi...kita buat
    rumah bersebelahan atau malah bertindih
    dengan rumah jin sedia ada...maka biasa-
    nya rumah kita akan jadi tempat singgah...
    tempat bermain atau jin itu tinggal sama.

    Mengenai belalang...kalau Tuhan izinkan
    apabila jin menceroboh masuk satu rumah
    atau kawasan berpagar...ia akan jadi se-
    rangga...

    Kalau serangga jelmaan jin itu di bunuh...
    maka jin itu akan mati kekal...

    Dari pengalaman sudara...memang kadang-
    kadang...kita akan 'berurusan' juga dengan
    jin...walau kita cuba menjauhinya...

    Inilah salah satu kepentingan ilmu-lmu pen-
    dinding dan perubatan Islam...

    Dalam zaman yang semakin moden...sema-
    kin halus atau banyak 'tekniknya' jin mengg-
    anggu manusia...kerana semakin banyak
    jin yang berpengalaman juga tinggal sama
    dengan manusia...

    Terima kasih saudara atas perkongsiannya
    semoga kita semua dapat mengambil per-
    hatian dan manafaat darinya...Insha Allah.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam tuan,
    Bagaimana kaedah atau teknik meredakn degupan jantung kuat g bpunca dari serangan jin?

    Pernahkah tuan mdpt maklumat mgenai jin yg sll myerang atau mbuat kacau di ulu hati atau jantung manusia?
    Wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Biasanya kalau ia ada gangguan...maka
      sekurang-kurangnya ada angin bisa pada jantung kita...tapi biasanya...ia bererti
      ada jin pada jantung kita....

      Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung
      kemudian tahan...tumpukan perhatian
      pada jantung...lepas perlahan-lahan sam-
      bil bayangkan angin bisa atau jin jika ada
      pada jantung keluar ikut hidung...

      Kita boleh ulang bebrapa kali...

      Berserta pernafasan tersebut...kita sen-
      tiasa zikir Astagh firullohul Aziim atau
      zikir Allah...Allah dalam hati...

      Sambul lepas nafas melalui hidung...
      boleh juga kita tepuk perlahan-lahan
      pada jantung niat hancurkan jin dan
      angin bisa tersebut...

      Kalau orang yang rasa...maka kita boleh
      guna cubit cabut pada tulang belakang
      yang bertentangan denga jantung...niat
      cubit cabut jin dan angin bisa pada jantung.

      Biasanya hampir semua jin saka tidak kira
      apa juga jenisnya akan menyasarkan
      jantung...terutamanya kerana jin ini biasa-
      nya adalah dari jenis jin ilmu...

      Maka masalah pada jantung juga dada...
      malah stroke buatan adalah penyakit
      biasa orang-orang yang ada jin saka...

      Kacau pada uluhati....biasanya bererti
      jin itu cuba membuat penempatan pada
      bahagian uluhati...maka timbul keadaan
      seperti uluhati atau perut berangin...
      kembung....pedih...sakit...bisa-bisa...
      dan sebagainya...

      Kalau pada perut..biasanya akan jadi
      barah buatan...berat...sakit...panas...
      kembung dan sebagainya...

      Ia juga biasanya jin saka ilmu...

      Kalau kita letak tapak tangan atau hujung
      jari telunjuk pada bahagian tulang pinggang
      yang bertentangan dengan uluhati...dan
      rakan itu rasa panas..maka ia bererti gastrik-
      nya atau sebarang masalah pada uluhatinya...adalah gangguan jin...bukan
      penyakit biasa...

      Wallohu a'lam.

      Padam
  4. Assalamualaikum..

    Beruk putih tu ada org panggil siamang putih ada yg panggil hanuman. Antara jin yg agak kuat la snang kata. Gate keeper ke alam jin.

    Ada jin akan jd serangga kalau masuk kawasan berpagar. Ada juga jin yg guna serangga sebagai kenderaan tumpangan. Ada juga serangga diguna untuk bawa sihir tp jin xikut. Paling biasa pelesit, kumbang hitam & langau.

    Selalu org yg ada aura 'membunuh' jadi sasaran serangan jin liar. Walau kita tak ganggu mereka tp mereka rasa terancam. Jin ni sgt kuat naluri 'penjaga'. Sbb tu manusia bela jd jaga kawasan, jaga azimat, jaga org, jaga pokok.

    Ada baiknya tanya guru masing2 kaedah kunci ilmu atau teknik sarung ilmu. Insyallah jin tak dpt nak detect aura kita. Ditutup pengelihatan mereka daripada melihat kita. Malah org yg suka test ilmu pun tak dapat kesan aura kita. Jadi isyallah tak da sapa nak kacau sbb mereka setan jin&manusia nampak kita 'kosong'.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Alhamdulilllah...terima kasih atas perkongsian-
    nya...

    Bagaimana pula dengan gerbang tersebut...apa
    sebab keujudannya disitu...kurang pula kita
    'dengar kisahnya' ada pintu gerbang jin pada
    tempat lain...

    Mungkinkah ia tanda ada istana atau kerajaan
    jin dan sebagainya disesuatu kawasan ?

    ..dan agak-agaknya tuan...apa terjadi kalau
    katakan dengan izin Tuhan...gerbang itu di tutup
    atau di musnahkan...atau bagaimana cara yang
    paling sesuai untuk menangani perkara ini ?

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tn junied...

    Adakah jin saka/jin sihir dibolehkan utk dibunuh sekiranya dia enggan keluar secara baik dr tubuh manusia?
    Adakah tn pernah membunuh jin?
    Adakah golongan ini boleh mati ditangan manusia dgn izin Allah?
    Adakah menjadi satu kesalahan atau ade nas Alquran/hadis menyebut tentang bunuh jin?

    Sekadar bertanye
    Sekian terima kasih atas jawapannye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth z pari...

      1. Saya berpendapat...sebaiknya bunuh saja
      kerana ia bererti jin itu mahu terus berada
      dalam badan dan memudaratkan kita...

      Jin itu makhluk Allah..tapi kita juga makhluk
      Allah dan berkewajipan menjaga kebajikan
      dan kesejahteraan tubuh badan kita yang
      Tuhan beri ini...

      2. Saya tak nampak jin...maka saya tak
      tahu..tapi saya percaya rakan-rakan juga
      pesakit yang dirawat tak akan berbohong
      maka saya jawab....mungkin...tapi Tuhan
      lebih tahu perkara sebenarnya...

      3. Boleh....

      ...beri peringatan kepada ular (jin) tersebut
      dengan 3 kali peringatan....dan bunuhlah
      kalau ia tidak juga mahu keluar dari rumah
      kerana ia adalah syaitan...maksud hadis
      berkaitan seorang lelaki yang mati setelah
      membunuh seekor ular dalam rumahnya...

      Tentu Rasulullah SAW tak suruh kalau kita
      tak mampu bunuh jin...dan jin yang masuk
      menceroboh rumah juga boleh dibunuh...

      Namun peringatan itu cuma terpakai di Mekah dan Madinah saja...manakala di-
      tempat lain...terpulang pada budibicara
      kita masing-masing...

      4. Janganlah kamu membunuh jin kecuali
      yang jahat atau suka melakukan kejahatan.
      Jin itu boleh membuat seseorang itu hiang
      penglihatannya...dan anak dalam kandungan
      itu mati...maksud HR imam Bukhari...

      Maka saya berpendapat tidak dibolehkan
      kita membunuh jin dengan sengaja serta
      sesuka hati apabila ianya tidak mengga-
      nggu manusia...

      ...tapi kalau dah masuk badan....bererti jin
      itu berniat jahat atau berbuat jahat...kerana
      kehadirannya akan menyebabkan gangguan
      ..ketidakselesaan...malah penyakit serta
      menjerumus ke dalam kesesatan...

      Kalau kita mampu...jalan terbaik adalah men-
      dakwahnya...dan biarkan ia pergi...tapi
      kalau tak mampu...saya berpendapat...
      sebaiknya bunuh saja...

      ...atau jin itu terus tinggal dalam badan
      seumur hidup kita...

      Sedangkan menceroboh rumah boleh di-
      bunuh..apatah lagi masuk badan kita...

      Wallohu a'lam

      Padam
  7. Assalamualaikum.

    Sebagai pertanyaan/perkongsian:

    Sebagsi susulan kisah suami saya yang masuk Aurad. Berbagai iktiar telah dilakukan agar suami "melupakan" hasratnya menghadiri Maulid Aurad pada tiap2 hari Khamis malam dan Ahad malam.

    Perkara2 berikut telah berlaku:
    1) Dalam keadaan suami tidur nyenyak, badannya seperti digoncang. Saya terkejut dari tidur kerana badannya yang bergoyang. Namun suami saya masih nyenyak tidurnya!
    2) Sentiasa ada bunyi "pelesit" di waktu samada di dalam bilik air ataupun di kamar tidur. Sejak 2 minggu ini, bunyinya sudah tiada lagi.
    3) Kalau waktu makan, tiba2 saja ada lalat datang mengelilingi makanan!
    4) Pada hari Ahad lepas, pada waktu magrib, ketika suami di luar rumah, datang sekumpulan kelawar (tidak berapa besar) ke laman rumah. Seekor daripadanya mengekori suami dan kemudian hinggap di "papan tanda nombor rumah saya. Suami saya takut dan geli geman badannya. Saya ambil penyapu, baca ayat kursi (ulang akhir ayat 7 kali) dan menghalaunya. Kelawar tu hilang begitu saja!
    4) Sejak mengerjakan sembahyang tahajud dan hajat di waktu malam, saya seperti merasakan bahawa "ada orang memerhatikan atau berada di belakang saya. Dalam sujud saya berdoa agar "dibakar dan dihancurkan" segala jin syaitan yang mengganggu saya dan keluarga. Saya doa dengan "seyakin-yakinnya" bahawa Alkah akan "membakar dan menghancurkan" mereka kerana itu saja lah doa dan bacaan saya yang tudak mempunyai ilmu seperti En Junied dab En Umat Muhamad!

    Sudi kiranya memberikan penjelasan. Terima kasik.


    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..

    Setahu sy kita tidak diizin mengganggu penempatan mereka. Biarla mereka dengan kehidupan mereka kecuali jika mereka menyerang tanpa alasan kukuh.

    Gerbang ke alam ghaib ada banyak tuan. Biasa org sesat dlm hutan tanpa sengaja masuk ke alam mereka. Tp sebenarnya bukan sesat tp dijemput mereka atas pelbagai sebab.

    Utk puan thrify corner..semua yg puan bgtau tu tanda gangguan aktif. Doa tu lah senjata utama kita utk lawan segala jenis jin setan.

    Ilmu tinggi atau ilmu rendah atau xda ilmu bukan persoalan terkabulnya sesuatu hajat. Rahmat Allah mengatasi segalanya.

    Sebaiknya puan istiqomah dlm beramal. Ikhtiar yg mudah dan paling ampuh untuk menjauhkan gangguan atau menghancurkan adalah menggunakan medium air yg dirukyah sendiri.

    Sebab kita tau apa yg kita baca. Al fatihah, ayat qursi, 3 Qul sudah cukup untuk segala hajat dan keperluan. Menyembuhkan boleh.. menghancurkan boleh.. membenteng pun boleh.

    Waulahu A'lam..

    BalasPadam
  9. Sambungan..

    Amalkan minum air yg kita rukyah sendiri. Jadikan sbg minuman harian. Sangat besar manfaatnya bagi org yg mengerti. Insyallah apabila air yg dibacakan kalimah2 Allah itu meresap dalam semua sistem badan. Tiada jin syaitan yg boleh masuk dalam saluran darah kita sbb molekul air itu sentiasa berzikir kpd Allah. Angin bisa juga tak tahan lama kalau masuk badan.

    Kelawar itu adalah jelmaan. Di waktu maghrib langit berwarna kemerahan dan frekuensi getaran warnanya menyamai frekuensi jin syaitan yg keluar berkeliaran pd waktu tu. Kekuatan syaitan berlipat kali ganda selepas azan maghrib hingga ke isyak. Sbb tu Rasulullah s.a.w menyuruh kita tutup segala pintu tingkap rumah dan melarang anak2 kecil bermain di luar rumah. Cuba cari hadith berkaitan waktu2 yg dilarang solat Insyallah akan paham.

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth tuan puan...

    Alhamdulillah...terima kasih tuan atas perkongsian
    yang sangat banyak dan semoga bermanafaat
    kita kita semua...Insha Allah...

    Pada puan...saya teringat pada risalah antara ke-
    lebihan membaca Yasin...iaitu siapa membaca-
    nya pagi-pagi akan senang hati hingga ke petang
    dan siapa baca petang..akan tenang dan senang hatinya hingga ke pagi...

    Semoga dapat jadi amalan kita sama-sama...
    mungkin ia bermaksud Tuhan akan memberi kita
    kekuatan...atau memberi kita kelapangan atau
    kemudahan...atau memberi kita jalan penyelesai-
    an keatas apa juga masalah kita...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. As salam ustaz,
    Bukan ker hadis bersifat universal dan digunapakai mana2 tmpt d muka bumi ini wlpun dituturkn d Madinah atau Mekah?
    wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Benar begitu saudara...

      Cuma bagi kes ular masuk rumah...pada
      awal hadis itu disebut..."sesungguhnya
      di madinah ini ada golongan jin yang telah
      menyatakan masuk Islam"...maka ia
      menjadi khusus....

      Imam Nawawi memetik al mazari menyata-
      kan...janganlah kamu membunuh ular-ular
      di madinah kecuali kamu sudah mengingat-kan terlebih dahulu sebagaimana terdapat
      dalam hadis...

      ...manakala ular yang terdapat di kota
      selain madinah yang ada di tanah atau di tempat-tempat tinggal....dianjurkan membunuhnya tanpa harus memberi per-
      ingatan terlebih dahulu...berdasarkan pada
      pengertian umum yang terdapat dalam
      hadis-hadis sahih tentang perintah membunuhnya...( Ustaz Imail Kamus ).

      Manakala sebahagian pendapat juga meng-
      aitkan ia dengan Tanah Mekah...di mana
      tempat-tempat awal Rasulullah SAW
      berdakwah...dan ada kisahnya jin di situ
      yang memeluk Islam..

      Wallohu a'lam

      Padam
  12. Assalamu'alaikumwarahmatullah.
    Semoga Tuan Junied dan pembaca sekalian sentiasa diberkati rahmat Allah swt.

    Bila baca berkenaan gerbang jin, serangga jin, saya teringat pernah baca komik jepun bertajuk 'Yuyu Hakusho'. Ceritanya pasal remaja yang melawan syaitan. Penjahatnya pula adalah orang yang ingin membuat laluan ke alam syaitan. Bila terowong alam syaitan tu semakin terbuka, banyak serangga alam sana yang masuk ke bumi, tapi cuma orang yang ada kuasa luar biasa je yang nampak.

    Semakin luas terowong tu, orang-orang tertentu boleh ada kuasa seperti boleh kawal air, boleh dengar suara hati org lain, boleh jadikan realiti permainan video games dan lain-lain.

    Pendapat saya, jin-jin ni akan cuba berhubung dengan manusia, kemudian offer cerita-cerita menarik, supaya boleh mengawal manusia, na'uzubillah.

    BalasPadam
  13. Salam,
    Saya setuju dgn pdpt saudara Abu, sya sndiri pada satu ketika kurang percaya dgn perkara2 diluar phidupan manusia namun tersedar apabila mgalami perkara diluar batas kmampuan manusia secara duniawi dan betapa luasnya ilmu Allah yg blm diterokai oleh manusia.Sbg contoh, ilmu tenaga dalam dan makrifaat kmdian digabungkn dgn ilmu tauhid(haqollah) mghasilkn sesuatu yg luar biasa.
    Bagi yg sudah biasa,alam jin ini pun bole diterokai dan myingkap sgala rahsia mereka, semua rahsia dlm Alquran mahupun hadis dan jg keizinan Allah swt semata2.
    wallahualam

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth...

    Saya juga percaya bahawa di sebalik alam yang
    terbentang dihadapan mata kita ini...ada alam
    yang tidak kelihatan dan penuh dengan rahsia-
    rahsia yang diluar jangkaan kita...

    Biasanya jin...apabila akan cuba meempengaruhi
    sesuatu masyarakat...atau kumpulan...atau per-
    orangan...jin itu akan menampilkan diri sesuai
    dengan kepercayaan...keyakinan...dan cara hidup
    mereka...

    Maka akan timbul berbagai kisah aneh bercirikan
    kepercayaan dan budaya pada sesuatu tempat...
    lain tempat maka lain kisahnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum..

    Utk makluman sejak sy dari kecil mmg sudah biasa dengar cerita pelik dan melihat pelbagai ilmu mistik yg mencarik adat. Boleh dikatakan semua kuasa2 luar biasa yg ada dlm filem barat dan katon jepun sememangnya wujud dlm alam nusantara dan telah diamal sejak ribuan tahun dahulu. banyak hikayat, cerita rakyat, kitab dan epik yg ditulis mengenai hubungan dan pertembungan antara manusia dan jin. Spt hikayat inderaputera, la galelo, kitab primbun jawa, tajul muluk, mujarobat dan pelbagai lg.

    Sy percaya filem dan sebagainya adalah diinspirasikan dari ilmu2 mistik bangsa kuno spt di kepulauan melayu, india dan tanah arab. Mungkin juga ilham gambaran bisikan utk filem dan komik bersumber dari jin syaitan. Sama ada tujuannya supaya manusia takut kpd mereka lebih takut kpd Allah atau langsung tidak percaya sehingga menafikan Al Quran dan hadith. Sy rasa para jin setan sudah pun berjaya dlm misi mereka.

    BalasPadam
  16. Sambungan..

    Apabila Allah memberitahu manusia bahawa iblis dan konco2nya musuh kita yg nyata. Maka layanlah mereka seperti musuh. Jgn sesekali dibuat kawan. Hubungan manusia dan jin telah bermula dari penciptaan nabi Adam alaihissalam. Tp bukan dlm keadaan simbiosis melainkan seperti parasit. Dendam kesumat hingga hari kiamat.

    Yg dikongsi baru hanya serangga dan binatang alam mereka. Belum lg citer pasal peralatan dari alam mereka. Contohnya spt jin2 memakaikan mahkota di kepala dukun bomoh ahli sihir yg membolehkan mereka membaca fikiran org lain, melihat aura dan tembus pandang.

    Tali pinggang spt pending dipakaikan pd org perempuan sehingga susah mengandung dan selalu keguguran. Malah dlm hadith juga dinyatakan syaitan memakaikan 3 belengu@rantai pada org yg tidur. Mereka juga ada pelbagai alatan yg diisi tenaga sihir.

    Jin dan snyaitan tidak perlu membesarkan gerbang alam ghaib kerana mereka sentiasa hidup berkembang biak dikalangan kita. Cuma kita tidak nampak shj.

    Spt kuman virus bakteria kita tak boleh nampak dgn mata kasar. Tp guna mikroskop bole nampak. Tapi ingatlah ada yg lebih merbahaya dari syaitan iaitu NAFSU!!!! kerana ia sentiasa berada dalam diri kita.

    Waulahualam..



    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbth tuan...

      Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini...mudah-mudahan dapat kita
      ambil manafaatnya...

      Pendekata...jin termasuk saka juga beranak
      pinak dalam sesuatu keluarga atau kediaman manusia...maka semakin banyak dan luas
      pengaruh serta gangguannya...

      Ini antaranya dapat kita lihat dalam masy-
      rakat kita berbagai perlakuan dan tindakan
      yang membinasakan diri juga orang lain...
      hingga kita terfikir...samada seseorang itu
      kerasukan atau sudah jadi gila...

      Dengan pengaruh jin...nafsu kita pula
      akan semakin 'tajam' dan tidak terkawal
      dan kelihatannya sangat berperanan
      besar dalam melahirkan golongan manusia yang 'sakit jiwa' buatan dalam sesuatu
      masyarakat...

      Wallohu a'lam

      Padam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. As salam tuan,
    Sewaktu bertemu dgn seorg ustaz kelmarin,sya smpat btanya dgn ibu pesakitnya dan mberitahu anaknya yg berumur 4 tahun perna dikejar anjing dan smenjak itu anaknya sering tmimpi anjing yg mgejarnya itu.Malah anjing itu juga kdg2 dilihatnya dgn mata kasar yg sering mgikutinya.
    Apa pendapat tuan?adakah ia gangguan ataupun fitrah kanak2 yg fobia dgn benda mnakutkan?
    Wallahualam.

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia antara dari beberapa kemungkinan...

    1. Fitrah kanak-kanak...

    2. Ada sesuatu 'bersama' anjing tersebut...dan
    mendapat ruang dari ketakutan untuk berpindah
    tempat kepada budak-budak tersebut...

    3. Ada gangguan asal pada kanak-kanak ter-
    sebut dan jin tersebut mempergunakan fitrah
    fobia kanak-kanak tersebut untuk berterusan
    mengganggu dan menakut-nakutkannya...

    ...dan sebagainya...

    Pada kanak-kanak di atas...apabila ia nampak
    dalam keadaan sedar...maka ia benar-benar
    adalah gangguan jin...

    Tapi bagi kita orang dewasa biasanya suka
    menyangka kanak-kanak itu berkhayal atau
    mengada-ngada...

    Begitu pula...mimpi buruk atau aneh secara
    berterusan juga adalah gangguan jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh......saya hanya memegang begini sebagai pandangan peribadi saya...kita dilahirkan sebagai khalifah....mentadbir alam bumi....dlm masa yang sama ada golongan jin...tapi disudut sisi yang lain...x sama...yang paling penting kita perlu tahu n fahami hakikat kita n hakikat jin....semangat perlu kuat...jin bukan untuk ditakuti...jgn hiraukan....bisiskan2 luar yang x menguntungkan kita...jin tidak mamapu buat apa2 kat kita...dan ia juga takut dengan kita...tapi kita perlu jaga diri kita...jgn dibuka pintu2 yang boleh merisikokan ...panduan Nabi kita cukup banyak....terserah kita yakin atau tidak..

    BalasPadam