Mulanya ada dua bengkak..apabila ianya
hilang...timbul pula bengkak baharu pada
belakang pinggang kirinya...
Dalam keadaan menutup mata Sp beritahu
ia ternampak sepohon pokok kayu besar
di penuhi akar yang melilit juga berjuntai.
Dan Sp melihat satu lembaga seperti wanita
berambut panjang berpakaian serba putih...
Lembaga itu mengekorinya dari rumahnya
di kampung ...tapi tidak masuk ke dalam
rumah kakak saya...makhluk itu sedang ber-
legar-legar di luar...
Ketika masih di rumah kampung tadi...se-
orang anak buahnya yang berumur 4 tahun
berkata pada Sp..."saya takut tu hantu di
belakang pakcik"...ternyata kanak-kanak itu
bercakap benar...
Apbila Sp menumpukan perhatian pada
bengkak dibelakang pinggangnya...Sp mem-
beritahu ada sebuah rumah besar dalam
bengkak tersebut.
Pemiliknya adalah lembaga yang sedang ber-
legar-legar di luar rumah...
Saya letak tapak tangan atas bengkak itu dan
membaca Suroh Inshiroh 3 kali...Sp melihat
rumah itu bertukar menjadi pokok besar tadi.
Saya menekan tapak tangan perlahan-lahan
berserta pernafasan zikir dan membayangkan
tapak tangan saya masuk ke dalam bengkak-
nya...
...kemudian menyapunya dengan cepat niat
membuang pokok tersebut...
Dengan izin Tuhan...pokok itu juga tidak
kelihatan lagi...
Pada gerak hati Sp jin itu tinggal pada pokok
besar tersebut yang terletak di tepi jalanraya
...namun Sp tidak ingat tempatnya kerana ia
sering pergi ke berbagai tempat demi tugas-
nya.
Jin itu jatuh cinta kepadanya...dan Sp sendiri
tidak tahu apa sebabnya...
...tapi saya sudah nampak sebabnya...cepat-
cepat saya menyuruh Sp membuka mata...
Saya mengesan Sp tadinya mula mengalami
kesukaran untuk membuka mata juga mulut-
nya...
...kerana...ada jin dalam badan Sp mungkin
ianya jantan...dan jin itu mula cuba merasuk-
nya...
Banyak kes...orang masuk hutan...dan pulang
di ekori jin baharu...kerana ada jin dalam
badannya...
Pada pendapat saya...angin bisa jin dalam
badan buat kita kelihatan cantik atau tampan
pada pandangan jin....atau sebenarnya...jin
luar itu jatuh cinta pada jin dalam badan kita.
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamBengkak yang berpindah2 itu penempatan jin atau angin bisa?Pada kbiasaannya bila kita urut tmpt bengkak itu,bengkak itu akan beralih tmpt d anggota tubuh badan,jadi adakah jin itu jenis jin yg tahan lasak?
Semasa sy cuba scan kakak yg mgalami sesak nafas pada petang klmarin tiba2 ada satu lapisan aura diseluruh tubuh kakak saya menyebabkn sy tersekat2 mnahan nafas. Sy teruskn bacaan rukyah dan pnafasan untuk memecahkn lapisan aura di badan kakak saya tetapi mungkin tidak bkesan lalu sya bhenti dari bacaan rukyah namun sy niatkn agar aura terus myerang benteng itu. Saya tanya pd kakak ada rasa apa2 kmdian ia mgatakn tiada apa2..Tiba2 kedua tangan kakak jatuh krn lenguh dan berat dan ada sedikit rasa karan.Mungkin kah benteng aura jin itu tembus ataupun jin itu tertipu krn sy telah bhenti mbaca rukyah dan berbicara dgn kakak kmdian aura api yg sya niatkn itu terus btindakbalas.Wallahualam.
Mohon tuan junied beri pencerahan.
sambungan..
BalasPadamlapisan aura yg muncul itu, sy dpt rasakan dgn jelas sekali tetapi bukan dilihat dan itulah kali pertama sy alami sdemikian..kakak mberitahu juga mrasakn ada sesuatu myelubungi.
wasalam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadam1. Biasanya ia tanda utama bengkak gangguan
iaitu tempat sakit atau bengkak berpindah-pindah tempat tanpa sebab munasabah...
2. Secara teorinya...ia bukan jin tahan lasak...
tapi jin degil yang banyak dalih atau tipu mus-
lihatnya...
Kalau ia lasak...maka jin itu pastinya tak akan
berpindah-pindah atau 'lari' mengelak serangan.
3. Biasanya ada dua sebab aura jin menyelu-
bungi badan kita...iaitu...
a. Jin itu cuba melapisi badan kita...dan biasa-
nya kita akan rasa tubuh kita berubah...ber-
lapis atau menjadi besar...
b. Ia adalah perisai jin sebagai pertahanan ke-
pada dirinya juga badan yang dimasukinya
terhadap serangan...
4. Apabila kita berhenti menyerang atau me-
rawat...tapi kita niatkan serangan atau rawa-
tan kita itu masih berterusan...maka aura
kita akan terus menyerang atau merawat.
5. Biasanya tangan jatuh itu tandanya perisai
jin itu telah pecah dengan izin Tuhan...
Boleh jadi dari sebab niat kita terus menyerang
juga apabila kakak itu bercakap dengan saudara
maka perhatiannya dari pada tumpuan kepada
kehadiran aura itu terputus dan beralih...
...maka kekuatan jin itu menjadi lumpuh serta
merta...
Perhatikan...apabila kita asyik melayan atau
menghayati gangguan jin pada kita...bererti
kita tanpa sedar menguatkan gangguan ter-
sebut melalui 'aura perhatian kita'...
Antara kelebihan tenaga dalam...apabila
kita katakan akan menyerang sesuatu jin
maka pada ketika itu juga aura kita men-
yerang jin tersebut walaupun kita sangka-
kan kita belum mula lagi...
Atau kita katakan...saya memasang perisai
api dikeliling badan saya... maka pada saat
itu juga pada pandangan jin perisai api
telah terbentuk dikeliling badan kita...atau
badan orang lain jika itu yang kita ucapkan.
Saya panjangkan pesanan Yang Berbahagia
Tuan Guru Utama Ustaz Muhammad Abdullah
pada rakan-rakan yang baru ambil ijazah
amalan...mula dari hari ini...jangan sekali-kali
kamu bercakap sembarangan...
Setakat yang saya fahami...kerana apa juga
niat apalagi ucapan kita akan menyebabkan
aura kita mula bertindak tanpa kita sedari...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum..
BalasPadamAda sedikit perkongsian mengenai perkara yg sering diperdebatkan oleh alim ulama dan kiyai di tanah jawa. Iaitu mengenai latihan utk mendapatkan tenaga dalam/reiki/kundalini/ilmu hikmah/tenaga ilahi/ tenaga roh.
Banyak topik yg sering diperbincangkan diantaranya "puasa putih" yg dipersoalkan sama ada ibadah@bidaah kerana walau pun niat utk puasa sunat tapi tujuan utk mendaparkan kelebihan tertentu spt kasyaf mata batin atau membangkitkan aura.
Dengan kaedah puasa yg mengikut ajaran hindu yg ada pelbagai pantang dan syarat spt tidak boleh makan binatang bernyawa@makanan tertentu @cuma mkn nasi putih shj. Dicipta pelbagai alasan utk 'mengislamkan' amalan tersebut.
Maka kelebihan yg didapati selepas amalan tersebut boleh dipersoal. Sama ada kurniaan atau pun campur tangan jin yg sudah tentunya dari golongan level tinggi. Yg kebal dengan bacaan ayat2 suci yg kita bacakan. Dikatakan jin yg bjaya menyusup masuk dari amalan ibadat yg tidak disyariatkan lebih kuat berbanding jin yg masuk dari amalan ritual yg terang2 sesat.
Waulahualam..
Salam tuan Um,
PadamSy ucapkn terima kasih dgn perkongsiaan tuan mgenai mperkenalkn ilmu haq dan tasawuf pd ulasan2 yang lalu.Apabila sy mpelajari dgn seorg ustaz dan pmbacaan buku ternyata byk faedah dan kberkesanaan dlm ilmu rawatan namun baru stgh kerat sy pelajari byk pkara baru sudah sy ketahui.
Ada mgkin sesetgh perawat masih blm kuasai ilmu ini, sbb tu lah dikatakan masih ada musuh dlm diri iaitu 'nafsu' meskipun bgelar perawat handal.Wallahu'alam.
Ada seorg rakan btanya mgenai pcampuran ilmu dlm pguruan yang berlainan..Maksudnya, rakan ini mahu mpelajari pguruan lain dan tp beramal bsama2 amalan pguruan lama.Apa pendapat tuan?Adakah bole tbatal pguruan lama skiranya guru xmgetahui?
Wasalam.
Waalaikumsalam..
PadamIkut pengalaman sy. Sy da jumpa ramai perawat handal samada yg menggunakan cara tradisional atau methode rukyah syariah tetapi agak kurang pengetahuan atau kurang minat mendalami bidang agama.
Ilmu tassauf hukumnya fardu kiyafah jd terpulanglah utk belajar atau tidak. Tp ia sangat membantu dlm memahami dan menjiwai setiap amal ibadat yg kita buat setiap hari. Contohnya ramai org solat tp solat yg dilakukan tidak dpt mencegah mereka dari melakukan kemungkaran. Jadi kena muhasabah diri selalu. Pesanan utk diri sendiri juga.
Ramai juga perawat islam yg wirid dan amalan harian mereka hanya menjurus kepada ilmu rawatan yg dipelajari dari guru mereka. Manakala wirid2 dan amalan yg dicontohkan nabi s.a.w yg tiada kaitan dengan rawatan tidak menarik minat mereka untuk diamalkan. Amalan sunnah sangat banyak. Kalau mampu amal semua. Kalau tak mampu jangan tinggal semua.
Tiada masalah amal ilmu dari pelbagai perguruan. Hati2 dgn guru yg melarang murid mengamal ilmu dari perguruan lama tanpa sebab yg munasabah. Dikhuatiri ada pengaruh jin setan. Sbb amalan yg murni dari Al Quran dan hadith sepatutnya digalakkan dan bukannya dilarang atas pelbagai alasan yg mengelirukan.
Waulahu A'lam..
Salam tuan Um,
Padamterima kasih atas ulasan itu.
Sya dua kali bertemu dan bersembang dgn ustaz kssafar, dan beliau suda beri green light utk pgijazahan.Sy rasa mungkin ada peningkatan aura mdadak scara plahan2 wlp blm belajar.Wallahualam,mohon tuan beri pcerahan.
Wslm..
PadamBiasala tu. Dlm islam kita digalakkan berkumpul dgn org2 soleh. Tak kira siapa dia. Kawan ke saudara ke guru ke. Yg penting org tu selalu mengingatkan kita kepada Allah. Boleh rujuk hadith2 pasal kelebihan bergaul dengan org2 soleh dan bahaya org yg xikut mana2 jemaah.
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih tuan-tuan atas
segala perkongsian yang boleh kita katakan
sebagai antara perkara yang menjadi persoalan
atau perdebatan sepanjang zaman...
...dan mudah-mudahan tuan UM dan saudara
Js Sl dapat mengongsikan lebih banyak lagi
ilmu semoga dapat memberi manafaat pada
saya dan rakan-rakan pembaca lain di mana-
mana juga...Insha Allah...
As salam tuan,
BalasPadamSakit yg spontan di pinggang tembus ke perut itu gangguan ataupun serangan jin?
Sudah dua kali sy mgalami situasi itu bila mmandu kereta melintas d satu kwsan slpas waktu asar.Sangat sakit tp dlm bberapa minit sahaja dan hilang tanpa dibaca apa2 rukyah.
Mohon pencerahan tuan.wasalam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamIa biasanya serangan jarak jauh jin...bagi kita
ia angin bisa..tapi bagi jin...ia adalah senjata
dan biasanya tombak...
Salah satu daripada kelebihan tenaga dalam
ini...aura kita akan terus bertindak merawat
dan menghancurkan gangguan walaupun kita
tak niatkan...
Begitu juga...ia adalah dari keberkatan zikir
dan ayat-ayat Qur'an...menjadikan aura kita
berbisa pada jin...dengan izin Tuhan...
Mungkin senjata itu hancur...atau tercabut...
maka hilang sakitnya dengan izin Tuhan...
Dan boleh jadi pula...senjata itu lebur sebe-
lum sampai pada kita dengan izin Tuhan...
...atau aura kita menyerang jin tersebut ke-
tika makhluk itu mula berniat jahat pada
kita...iaitu bergantung kepada amalan serta
bentuk pertahanan yang kita pasang siapkan
dengan izin Tuhan...dan sebagainya...
Wallohu a'lam