Rabu, 10 Julai 2013

Jin Wibawa ?...3N

Sejak pulang dari menziarahi jenazah seorang
rakan...RMD  mula sering ternampak suatu
bayangan lelaki berserban jubah dan ber-
janggut serba putih...

Dan pada masa yang sama...RMD juga terasa
suatu kelebihan...rakan-rakan dan sesiapa
juga yang berurusan dengannya kelihatan amat
segan dan menghormatinya...

Setakat ini...apa saja yang RMD katakan...
sentiasa didengari dan diterima oleh rakan-rakan 
tanpa sebarang komen...

Makhluk tersebut telah memilih RMD jadi tuan
atau manusia dampingannya tanpa diminta...
dan setakat kesimpulannya..makhluk itu dulunya
cuba mendampingi rakan yang sudah meninggal
dunia itu tapi rakan tersebut tidak mahu menerima-
nya...

Nampaknya jin itu tidak berputus asa...terus cuba
memujuk sehingga ia meninggal dunia....dan kini
setelah ketiadaannya...jin itu mula mencari orang
lain dan ternyata RMD menjadi pilihanya...

3 Nota

1. Biasanya jin akan memperlihatkan anda kelebihan
apabila jin itu mendampingi anda...sebagai cara
'memujuk' agar anda menerima atau menjaganya...

...tapi apabila jin itu dapat menguasai anda...anda
akan tahu padahnya berdamping dengan jin tersebut.

2. Wibawa jin biasa digunakan oleh orang-orang
yang cuba memesongkan akidah orang lain...agar
ia dapat menguasai pengikut-pengikutnya hingga
ke tahap tak masuk akal...

Kadang-kadang mereka menyihir pengikut mereka
melalui kiriman  angin bisa...atau melalui makanan
dan minuman yang dikotori oleh bisa jin yang 
mendampinginya...

3. Sebagai orang yang berpengalaman berdamping
dengan jin...dari menolak semata-mata...akhir-
nya RMD menggunakan teknik serangan untuk 
menyerang jin tersebut yang cuba nak mendamping-
inya...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum, betul ke pengasas imanteraphy Ustaz Muhammad bin Abdullah akan berada di Brunei selama 10 hari? Saya dpt info ni melalui watsapp...betul ke? Saya cuba melayari blognya, tapi tak aktif g....

    BalasPadam
  2. wa alaikum salam wbkth Saudara...

    Puasa hari ke empat hingga dua minggu Ustaz akan
    berada di Brunei...Insha Allah...

    Sila layari fbnya Muhammad Abdullah Imantheraphy
    ya...kerana blog itu tak aktif lagi...

    Terima kasih atas perhatiannya...selamat berpuasa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Blog telah dipindah ke:
    http://www.imantherapy.blogspot.com/

    wasalam

    BalasPadam