1 Ramadan...masuk saja waktu asar...saya mula
rasa kurang sihat...bahagian belakang kepala
terasa sakit...saya pasti dari gejalanya...bahawa
ia sakit dari sebab serangan jin...
Masuk waktu maghrib...kesakitan mula menguasai
seluruh bahagian kepala...saya tetap mandi seperti
biasa walaupun kepala terasa sakit berdenyut-
denyut seperti nak pecah apabila disirami air...
Terlintas pada hati saya...mungkin inilah yang di-
alami oleh 4 orang penduduk sekampung sebelum-
nya yang akhirnya mati setelah sakit atau rebah
secara tiba-tiba...
...dan terlintas pada hati saya...mungkin saya
juga akan menyusuli mereka dengan cara yang
sama...kerana ini saya menganggap serangan ini
agak serius...namun saya serahkan perkara ini
kepada ketentuan Tuhan...
Saya berusaha juga ke surau pada Isyaknya...
dan sebaik saja saya keluar dari kereta...
tanpa sebarang sebab atau niat...saya berpaling
ke belakang dan ketika itu jauh kira-kira 50 meter
di atas...kelihatan sebuah bola api sedang terbang
dari barat menuju ke arah timur...
Dalam keadaan langit gelap dengan sedikit taburan
bintang...bola api itu sangat jelas kelihatan...dan
secara spontan saya hadapkan jari telunjuk kiri
ke arah bola api tersebut...
Saya yakin ianya adalah jelmaan jin yang sedang
terbang...maka saya niatkan seandainya jin tersebut
sedang berniat buruk atau cuba menyerang sesiapa
dari kalangan manusia...semoga ia binasa...
Tiba-tiba bola api yang sedang terbang itu kelihatan
meletup dan terputus dua...bahagian depannya
melantun meninggalkan percikan api pecah...ketika
itu juga semuanya hilang dari penglihatan...
Dengan izin Tuhan...sakit kepala yang biasanya hanya
akan sembuh tiga atau hingga hari ketujuh...nampak-
nya pulih dengan cepat...sebelum tengah malam saya
sudah hampir pulih sepenuhnya...
6 Nota
1. Sudah beberapa kali saya terlihat benda yang di-
katakan telur terbang ( sihir tuju-tuju ) terutamanya
ketika bulan gelap langit penuh bintang bertaburan.
Ianya seperti telur putih dengan ekor benag yang juga
kelihatan putih...
Biasanya kalau ia mengenai sasaran...benda-benda ini
termasuk batang-batang jarum akan masuk ke dalam
perut menyebabkan kesakitan yang amat sangat...
..dan kalau di izinkan Tuhan tanpa rawatan...seseorang
itu mungkin mati sakit perut dalam tempoh sehari dua.
2. Ini kali pertama saya melihat bola api terbang...
saiznya jauh lebih besar daripada telur tuju-tuju...dan
kelihatan api yang menyala-nyala meliputi bola api
tersebut...
...kemudian pada bahagian belakangnya...api itu me-
manjang membentuk ekor...
Warnanya seperti warna kekuningan lampu jalan raya.
3. Berlaku di negara seberang bola api yang sering di-
lihat jatuh pada tebing sebuah tasik...dan ada orang
yang pernah melihatnya...sebaik saja bola itu jatuh
ke tanah...muncul satu lembaga hitam besar yang
kemudiannya melangkah masuk ke dalam air tasik...
4. Pada setengah tempat...boleh jadi bola api itu
adalah ' hantu penanggal '...( menurut seorang rakan ).
5. Pernah beberapa kali di lihat... pada kawasan
setempat...jin itu berupa bola api biru yang ber-
cahaya tapi tidak menyuluh...melayang terbang
perlahan-lahan...
6. Sudah beberapa kali saya alami...serangan jin
yang lebih agresif di bulan Ramadan...mungkin
jin tersebut cuba mengambil kesempatan dari ke-
tidak selesaan berpuasa terutama pada hari-hari
mula berpuasa...atau mungkin jin itu mengesan aura
yang lebih lemah...
...tapi pada bulan puasa sebelum ini...rasanya tiada
pula serangan ' yang boleh dibanggakan '...
Wallohu a'lam
Salam Tuan, saya selalu tertanya-tanya bagaimanakah manusia yang mempunyai ilmu hitam boleh menceraikan anggota badan apabila berjaya berhubung dengan Syaitan. Contoh Penanggal(Balan-balan) yang. Ada apa-apa maklumat boleh dikongsi kah tuan? Terima kasih..Wslm.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamSaya pernah menonton video seorang lelaki ahli silap
mata jepun boleh memisahkan kepalanya dan mem-
angkunya diriba sedangkan ia masih boleh bercakap...
Silap mata itu dibuat dalam khalayak ramai...dan
boleh dirakam kejadiannya dengan video..juga di
ambil gambar...
Saya tidak mempunyai masalah untuk memper-
cayainya kerana beberapa tahun sebelum itu...
saya terbaca dalam sebuah buku Tok awang Ngah
tentang seorang lelaki yang menggunakan cara
sama semata-mata untuk meleraikan pergomolan
isterinya dengan seorang ibu lain di tengah khalayak
ramai...
Apabila siku isterinya terkena pada mukanya...tiba-
tib kepalanya tercabut dan bergolek diatas tanah...
Kepala itu bergolek sambil ia mengaduh kesakitan
dan badannya yang tidak berkepala lagi itu pula ber-
lari mengejar kepalanya tersebut...
Dan hasilnya...si isteri terhenti bergaduh kerana
pengsan terkejut...
Badan tanpa kepala itu terus memangku kepalanya
dan kepalanya itu masih bercakap dan mengaduh
kesakitan...tapi apabla ia ke suatu ruang yang tidak
dilihat orang lain...ia 'kembali' kepada 'asal'...iaitu
kepalanya masih ada dan kepala diribanya sebenarnya
hanyalah sebiji buah kelapa...
Terima Kasih Tuan,
BalasPadamSaya ternampak ada satu ayat dlm surah al-arof ayat 117. Iaitu tongkat ahli sihir firaun menjadi ular padahal ianya adalah tali-tali yang dicampakkan. Mata-mata pemerhati/audien waktu itu juga telah terkena sihir lalu melihat tali itu adalah ular..
Wallohualam..
Sama-sama saudara...
BalasPadamPara ulama berpendapat perubahan bentuk berkaitan
sihir itu hanya tipuan pandangan mata semata-mata...
sedangkan benda tersebut pada zatnya tidak pernah
berubah...
Tali tukang sihir Raja Firaun bertukar menjadi ular
sehingga menakutkan orang ramai...juga pada Nabi
Musa as sendiri...
...namun para tukang sihir itu dapat mengesan
bahawa tongkat Nabi Musa itu benar-benar berubah
menjadi ular...dan bukan tipuan pandangan mata
seperti tali-tali mereka...
...maka mereka berkata...ia bukan sihir...tapi mukjizat
dari Tuhan yang sebenar ke atas Nabi Musa as dan
mereka semuanya jadi beriman walaupun diseksa dan
di bunuh olah Raja Firaun...
Contoh lain seperti manusia bertukar menjadi harimau
...babi hutan untuk tujuan mencuri...jadi ular...helang
dan terbang dan sebagainya...
Pada hal mereka sebenarnya tidak berubah rupa...tapi
jin yang melapisinya menyebabkan seolah-olah mereka
sudah berubah rupa...
...dan sebagainya...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum tuan,bolehkah saya ingin tahu,mampukah sihir untuk ubah suara seseorang,wajah seseorang apabila kita melihatnya dirumah orang tuanya.kenapa apabila saya telefon dn mendegar suara nya terasa seperti ada sesuatu didalam otak yang mengeluarkan suara apabila kita berfikir dan niat pun sama boleh mengeluarkan suara wanita,suara orang bercakap,dan hanya dengar wakalaikumsalam,dari kiri dan kadang kadang dari kanan telinga dan otak,penah ketika saya ingin mandi, ada suara dalam 5 suara bebeza yang keluar dari kolah takugan air,ia melepaskn benda terbang sebesar mini pepatung apabila terkena pada tangan menyerap kedalam kulit selebihnya kedalam ubun ubun,saya juga pernah terlihat ada cahaya biru berbentuk bola yang terbang perlahan naik dan hilang dekat kawasan halaman rumah saya,mohon diperjelaskan terima kasih,.
BalasPadamAssalamualaikum... Anak sy ada ternmpk bebola api masuk melalui tingkap dapur. Berlegar2 di kawasan dapur. Kemudian menuju ke ruang tamu rumah dan jadi debu.... Anak sy lelaki umur 9tahun. Apa maksud tu semua. Anak lelaki sy sorang je nmpk.
BalasPadam