Ketika sedang dirukyah......ibu yang
sedang memejamkan mata itu dapat
melihat dengan jelas seorang nenek
bongkok bertongkat berambut putih
mengerbang dengan matanya yang
agak besar...perlahan-lahan datang
menghampirinya...
Sebelum ini si ibu itu sudah sering di-
ziarahi oleh nenek tersebut...yang
datang dalam mimpinya...
Mimpi itu berulang-ulang...sehingga
hati si ibu merasa rapat dengannya...
Nenek yang sangat peramah itu sering
menghulurkan tembakau atau sirih
kepadanya....dan mereka akan makan
bersama-sama sambil berbual-bual...
Dan kali ini seperti biasa si nenek itu
menghulurkan sesuatu kepada si ibu
iaitu biasanya samada tembakau atau
sirih...
Namun si ibu akhirnya dapat tahu apa
bendanya yang selama ini si nenek
yang baik hati itu hulurkan kepadanya
dalam mimpi dan dimakannya...
Sangat jelas padanya...benda yang be-
rada di tangan si nenek itu ialah
gumpalan bulu kemaluan ( maaf )...
Ketika itu uluhati si ibu tiba-tiba di-
penuhi angin dan memulas sakit...
Ia berlangsung selama beberapa minit
sebelum si nenek juga sakit itu hilang.
Nenek itu asalnya adalah jin ilmu
perubatan seorang bomoh perempuan
yang sudah puluhan tahun meninggal
dunia...
Jinnya itu menjadi saka kepada keluarga
ini...di mana ia pernah merawat salah
seorang keluarga tua di sini sebelum
ianya meninggal dunia...
Selama didatangi nenek itu...si ibu selalu
sakit perut juga panas baran tidak tentu
pasal sehingga ia sering bertindak kasar
terutamanya kepada anak-anak dari
sebab perasaan marah yang sukar di-
kawal...
Saya meminta ibu itu yang masih menutup
mata menumpukan perhatian ke bahagian
dahinya sendiri...
Ibu itu memberitahu......ia nampak ' bola
kuning ' tapi ia tidak tahu asal usulnya...
Ia sebenarnya adalah bisa jin...kerana itu
ia dapat melihat jin tua tadi...
Saya menarik ' bola ' itu keluar dengan
kaedah cubit cabut...
Kalau anda berkawan dengan jin...hati-
hati...pasti ada saja kejahatannya dalam
diam...
....dan elok buangkan saja...kerana jin
itu pasti sedang menunggu peluang untuk
melakukan sesuatu yang lebih buruk
kepada anda atau kepada rakan...atau
lebih-lebih lagi kepada keluarga anda
suatu masa kelak...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan