Ketika seorang ibu kehabisan garam putih
maka si ibu menggunakan garam bukit
yang sudah dirukyah kedalam kuah nasi
lemaknya...
Ternyata...hingga ke petang...hanya sedikit
sahaja jualan nasi lemaknya yang laku...
Hari kedua...lupa lagi beli garam...si ibu
guna garam bukit seperti hari sebelumnya.
Dan...jualan nasi lemaknya...juga tidak laku
hingga ke petang...
Hari ketiga...si ibu guna semula garam kedai
dan baru setakat setengah hari....jualan
nasi lemaknya sudah hampir habis dibeli
sebagaimana biasanya...
Saya teringat pada kisah abang seorang
rakan yang didampingi jin saka...ketika
dicampur sedikit garam rukyah ke bekas
air minum kegunaan sekeluarga tanpa
pengetahuannya...
...namun ketika abangnya hendak mengambil
air...tiba-tiba ia terhenti...dan merenung
lama ke air tadi...
Abangnya keluar dan lebih sanggup meminum
air sungai...
Gejala sedemikan menunjukkan tanda-tanda
gangguan dan benda itu serba sedikit dapat
mengawal fikiran atau perasaan manusia tadi.
Dan benda itu ( jin ) menghalangnya...kerana
ia adalah makanan atau air beracun baginya....
Wallohu a'lam
Assalamualaikum. Umi kurang faham ... apakah nasi lemak kurang dibeli tu bermakna ramai pembeli yang ada jin saka? Nasi lemak sudah 'beracun' sbb diletak garam rukyah, maka ramai mengelak membelinya?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Ummi...
BalasPadamYa...'beracun' bagi jin...maka ia
menghalang manusia dampingannya
daripada memakan nasi lemak tersebut
sedangkan garam bukit itu lebih baik
sebagai bahan campuran masakan kerana
tidak ada bahan kimia atau pengawet
seperti mana garam laut proses...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum Tuan Junied,
BalasPadamSaya nak berkongsi pandangan berkaitan artikel ini. Mungkin boleh juga disimpulkan begini:
Jika diri kita sendiri pernah merasa spt tidak suka makan di sesebuah kedai tanpa sbb2 yg pasti, maka ada beberapa kemungkinan berlakunya perkara tersebut. Salah satunya ialah adanya kemungkinan diri kita ada saka/dampingan/dipengaruhi jin secara kita tidak sedar atau atas sebab amalan kita sendiri yg melibatkan jin.
Namun tidak dinafikan akan adanya sebab2 yg lain yg tidak melibatkan perkara2 diatas, cumanya saya hanya nak fokus pada sbb2 yg di atas sahaja.
Jadi, jika berlaku perasaan spt tersebut, ada kewajaran utk kita periksa diri kita dahulu sebelum kita memikirkan sebab2 lain yg berkaitan dgn orang lain.
Bagaimana dgn pendapat saya ini Tuan Junied, boleh tak Tuan berikan sedikit ulasan...
Terima kasih.
Wa alaikum salam wbkth Pelita...
BalasPadamBetul...lebih mudah dan sesuai kalau
kita minta 'scan' diri sendiri lebih
dahulu...iaitu terutama kalau kita
tidak mahu ke sana sedangkan kita
pasti...kita tidak ada sebarang
sebab atau alasan munasabah...
...kerana ada peniaga yang amal pen-
dinding...maka mungkin kita ada
pendamping dan benda itu takut dengan-
nya...
Adapun garam bukit rukyah telah diuji
dan pada kebanyakan kes ganggguan berat
seseorang yang memakan secubit atau
jika dicampur makanan minuman biasanya
akan mengalami tindakbalas antaranya
sakit kepala...demam...lesu...sakit-
sakit badan dan sebagainya...
Ini kerana tidak semua jin saka atau ilmu dapat menghalang tuannya...malah mungkin
saja ada yang tidak faham garam itu
'memudaratkan'nya...kerana jin juga
mempunyai tahap ilmu dan kepandaian
masing-masing.
Terima kasih Pelita atas perkongsiannya.
Wallohu a'lam