Sabtu, 8 September 2012

'Misteri' Pokok Tumbang...?

"...pakcik..pokok itu sudah tumbang..!" bersemangat
benar anak buah saya AD memberitahu...

Tengahari kelmarin...ketika berada di kolam ikannya
turun hujan panas...

AD dengan sangat jelas ternampak dua kali lintasan
kelibat cahaya terang dihadapannya...kemudian
kelibat itu hilang ke arah pohon tersebut...

Sejak  itu  AD  mula sakit kepala sehinggalah kami
bertemu di gerai adik di waktu senja...

Oleh kerana mengesyaki ianya gangguan...saya me-
nyentuh dahinya dengan hujung jari telunjuk...ber-
serta zikir dan pernafasan...

AD merasa sakit pada semua bahagian kepalanya
terutama pada ubun-ubun...

Saya membuat kaedah cubit cabut beberapa kali
kemudian sambil berbual saya guna pernafasan
dengan isyarat petikan jari dengan niat menyerang
jin yang mengganggu AD...

Kalau ikut teorinya...kalaulah Tuhan izinkan...
maka ia boleh menyebabkan jin tersebut cedera
atau mungkin terbunuh...

Ketika kami berpisah pulang...AD sudah merasa
lega sakitnya...

Esok paginya...AD seperti biasa datang ke kolam
dan tiba-tiba ia merasa ada bendanya yang tak
kena...

Dengan tanpa niat AD terpandang ke arah pokok
tempat cahaya itu menghilang tengahari kelmarin.

AD terkejut kerana ternyata pokok itu sudah
tumbang tanpa sebarang sebab yang dapat di-
fikir munasabah...

Beberapa tahun lalu ketika tiba-tiba muncul bunyi
belalang daun yang amat membingitkan di dapur
saya guna ayat Afahasibtum serta pernafasan
dengan niat menyerang sekiranya ada jin yang
turut sama...(waktu senja)

...tiba-tiba bunyi itu keluar rumah dan turun ke
bawah bukit...dan jelas ke satu kawasan terdapat
batu besar...

Beberapa hari kemudian...sebatang pokok yang
tumbuh atas batu tersebut mula kering seperti
terkena haba panas...

Tuhan lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku
cuma saya ingin beritahu anda...untuk menyerang
atau membunuh jin...anda tidak semestinya punya 
kebolehan 'nampak jin'...semada secara 'nyata'
atau secara gerak hati...atau sebagainya...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. salam tuan

    tapak tangan saya panas, lain2 anggota normal
    ade org kata ada "bisa"
    kejadian ini berlaku secara xsedar, bila pegang isteri mak adik mereka merasa panas dan mcm ade bahang yang keluar..

    dan agak menarik sewaktu antara asar dan magrib, saya hampir terlelap dan ade terdengar suara memanggil nama saya, dan bila memanggil saya "abg" saya baru terjaga

    agak2 tuan, apa cara yg sesuai utk saya kenalpasti sama ada ade mahluk atau penyakit biasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam Think...

      Tapak tangan panas dan kalau sering
      dengar suara memanggil itu tanda besar
      ada saka...dan bukan tanda ada penyakit
      biasa...

      Bahang yang keluar itu angin bisa...
      dan tandanya angin agak padat dalam
      badan...

      Paling mudah...minta 'scan' ya...

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. tuan, suara tu baru aritu je dengar, masa dengar mmg panggil name, yg buat sy tersedar bile isteri panggil sy "abg"

      bile tnya isteri adekah panggil name betul sy, dia kata xde..

      dulu pernah gak mimpi sy berlawan dialam mimpi, yg sy lawan tu pakaian serba hitam, tp dipertengahan perlawanan ade sorang berjubah putih suruh berhenti..

      peluh juga bila sedar

      Padam
  2. ...sebaiknya Think minta 'scan' ya...
    tanda-tanda sekarang menunjukkan sudah
    ada bendanya yang mendampingi Think...
    wallohu a'lam...

    Minta rawatan dan yang paling penting
    amal pendinding...

    Benda-benda begini tak semesetinya dicari
    ...kadang-kadang kita terambil tanpa sedar
    atau benda itu memilih kita...

    Think cuba satu cara 'scan' mudah angin bisa
    dalam badan...

    Caranya...

    1.Angkat tangan seperti orang berdoa...

    2.Dekatkan ke mulut...

    3.Baca Bismillahirrohmaanirrohiim 17x
    pada tapak tangan...pastikan nafas sampai
    ke kulit tapak semasa membacanya...

    4.Ludah ringan...dan tutup mata...

    5.Sedut 'aura' bacaan tadi (di 'takungan'
    tapak tangan) dengan muncung dalam-dalam
    ..bayangkan sedutan kita itu meresap
    hingga ke sluruh tubuh...

    6.Telan liur sambil sapu muka...

    Sebarang tindakbalas menunjukkan adanya
    angin bisa...dan mungkin semasa dibaca pun
    boleh jadi tapak tangan akan terasa panas
    dari sebab terkena nafas...

    Biasanya kalau ada angin bisa..sekali
    buat saja pun dah ada tindakbalasnya...

    Silalah Think ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam