Khamis, 13 September 2012

IT dan 'Scan' Mudah Tenaga Dalam...Bb...

Iaitu Iman Theraphy dan 'scan' mudah tenaga dalam....

...Apabila saya lekap tapak tangan kiri ke belakang
Bb...tiba-tiba ia merasa kehadiran suatu benda bulat
dalam dadanya...kemudian Bb mula sesak nafas....

Melalui 'scan'...saya dapati ada laluan masuk benda
( jin ) tersebut di ibu jari tangan kanan dan tangan
kirinya...

Saya cuba menarik benda tersebut dengan kaedah
cubit cabut...iaitu menariknya keluar melalui liang
roma...namun tidak berkesan...benda itu terus
bertahan...

Kalau ikut kaedah biasanya...benda itu boleh di-
tarik keluar melalui laluan masuknya...tapi saya
cuba cari 'jalan paling dekat'...

Maka pilihan lainnya adalah melalui mulut...saya 
menolaknya keluar namun sangat  di luar dugaan
Bb merasa sakit pada kerongkongnya apabila
benda tersebut 'tersangkut' di situ...

Ia sebenarnya agak bahaya....kerana Bb boleh
tercekik kerananya...

Ketika itu saya teringat cerita seorang rakan yang
memberitahu ketika ia sakit tekak...seorang
perawat memberitahu ia boleh mengeluarkan
benda yang menyebabkan kerongkongnya sakit
dengan kaedah bedah batin tapi dengan caj
rawatan 3 ribu ringgit Malaysia...

Rasanya saya boleh cuba...bukan cajnya...tapi
kaedah 'bedah' batin walaupun saya tidak tahu
cara perawat tersebut....

Saya gunakan nafas dan zikir...pusatkan tenaga
ke hujung jari telunjuk dan bayangkan ia sebagai
pisau tajam...

Saya 'belah' dari tepi kiri ke tepi kanan keron-
gkongnya...betul-betul  di atas benda tadi...

Kemudian sambil menolak benda itu keluar
dengan tapak kiri dari belakang tengkuknya....
saya tarik benda itu keluar melalui 'luka yang
terbuka' dengan tapak tangan kanan...

Dengan izin Tuhan...ia cuma  mengambil masa
kurang 15 saat untuk mengeluarkannya...apabila
Bb beritahu benda itu sudah keluar dan hilang
sakitnya...

Pada masa-masa biasa...Bb akan mengalami sesak
nafas...tapi ia tidak merasakan kehadiran benda
tersebut...

Baru beberapa hari lalu...neneknya telah dihantar
ke Hospital Queen KK setelah dua hari ditahan
di wad hospital Ranau...

Tiba-tiba  neneknya  mengalami  sesak nafas...
namun  apabila  dipereksa...doktor  mendapati
tiada sebarang masalah atau puncanya...malah
paru-parunya juga didapati bersih...tiada kahak.

Kerana itulah ia dihantar ke Kota Kinabalu...

Pada pendapat saya ia kemungkinan besarnya
adalah dari sebab gangguan jin saka...dan jin
itu telah menurun atau bertambah banyak...
lalu merebak kepada keluarga tersebut...

Malah seorang daripada kakak Bb juga mengalami
gejala sesak nafas tanpa sebarang punca yang
dapat dikesan oleh doktor...

Seperkara lain...anda boleh perhatikan...dengan
sedikit pengetahuan perubatan seperti ini...
anda mungkin tercegah daripada mengeluarkan
kos untuk suatu rawatan yang anda sendiri ber-
potensi untuk merawatnya....

Ini adalah antara kemungkinan kelebihan yang
anda juga boleh dapat dari amalan Pusat Rawatan
Iman Theraphy...dengan izin Tuhan...

Blog  ini  adalah  blog persendirian...dan saya
harap  anda  sudi berkunjung  ke blog resmi
Pusat Perguruan Iman Theraphy untuk mendapat
maklumat yng lebih lengkap mengenai pusat
rawatan ini...

Ustaz pernah memberitahu kami...kalau boleh
biarlah satu keluarga satu perawat...Insya Allah.

Wallohu a'lam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan