Sudah hampir sejam saya merukyah dan mem-
buat gerakan-gerakan rawatan juga menyerang
namun pedih luka memanjang yang ibu itu rasa
dari tepi kepala kanan ke tepi kiri kepala...
tidak sembuh-sembuh.
Kalau hilang pun...cuma sekadar beberapa
minit kemudian sakit luka itu muncul semula
dan memanjang semula seperti asal hingga
ibu itu mula menyuarakan rasa putus asanya.
Begitulah keadaannya...malah saya juga mula
rasa buntu.
Saya meminta ibu itu menutup matanya se-
mula dan saya cuba membuka 'hijabnya'
pada gangguan tersebut.
Dengan izin Tuhan...ibu itu mula nampak
jari-jari tangan yang kurus berkuku panjang
sedang mengorek kepalanya...dan luka kesan
korekan itulah yang memanjang dari tepi
kepala sebelah kanan ke tepi kepala kirinya.
Ibu itu terus 'memerhatikan' tangan tersebut
yang jelas sangat panjang dan masuk dari
kaki lima.
Dan di luar kaki lima 'seorang perempuan'
berpakaian serba putih dengan rambut
mengerbang bermata merah terapung-
apung di atas udara.
Setiap kali ia menjulurkan tangannya...
ia mengorek luka kepala si ibu kemudian
menarik tangannya dan menjilat-jilat
kesan darah pada jari-jarinya.
Saya membaca Ayat Kursi kemudian
menghembus kuat ke arah kaki lima...
si ibu melihat makhluk itu terjatuh atas
lantai.
Kemudian saya membuat gerak peletup
jin....tiba-tiba jin itu terbang laju ke
sebuah rumah yang terletak hampir
setengah kilometer dari rumah si ibu.
Rumah asal jin itu adalah pada sebuah
tangkal yang disimpan oleh tuannya dia
atas sebuah almari dalam bilik tidur.
Si ibu kenal pada orang tersebut...tapi
pada asasnya...ianya bukan bererti
jin itu disuruh....atau orang itu sengaja-
kan....malah pada sesetengah tempat
jin penjaga sesebuah rumah....tanpa
disuruh pun boleh menyerang jiran-
jiran sekitar...terutama jiran yang sakit
atau banyak gangguan...
...kerana memang dasar perangai jin...
suka mencari kesempatan untuk meng-
zalimi manusia...
...dan seperkara juga...kelihatannya
jin-jin pengganggu manusia semakin
banyak strategi...kerana telah banyak
pengalamannya....maka sudah jadi
'berita biasa'....penyakit 'lain-lain'
tapi tidak ada gangguan jin....sedang-
kan ianya gangguan jin....dan jin itu
sudah berpengalaman dan tentunya
ada strateginya yang tersendiri...
Wallohu a'lam
buat gerakan-gerakan rawatan juga menyerang
namun pedih luka memanjang yang ibu itu rasa
dari tepi kepala kanan ke tepi kiri kepala...
tidak sembuh-sembuh.
Kalau hilang pun...cuma sekadar beberapa
minit kemudian sakit luka itu muncul semula
dan memanjang semula seperti asal hingga
ibu itu mula menyuarakan rasa putus asanya.
Begitulah keadaannya...malah saya juga mula
rasa buntu.
Saya meminta ibu itu menutup matanya se-
mula dan saya cuba membuka 'hijabnya'
pada gangguan tersebut.
Dengan izin Tuhan...ibu itu mula nampak
jari-jari tangan yang kurus berkuku panjang
sedang mengorek kepalanya...dan luka kesan
korekan itulah yang memanjang dari tepi
kepala sebelah kanan ke tepi kepala kirinya.
Ibu itu terus 'memerhatikan' tangan tersebut
yang jelas sangat panjang dan masuk dari
kaki lima.
Dan di luar kaki lima 'seorang perempuan'
berpakaian serba putih dengan rambut
mengerbang bermata merah terapung-
apung di atas udara.
Setiap kali ia menjulurkan tangannya...
ia mengorek luka kepala si ibu kemudian
menarik tangannya dan menjilat-jilat
kesan darah pada jari-jarinya.
Saya membaca Ayat Kursi kemudian
menghembus kuat ke arah kaki lima...
si ibu melihat makhluk itu terjatuh atas
lantai.
Kemudian saya membuat gerak peletup
jin....tiba-tiba jin itu terbang laju ke
sebuah rumah yang terletak hampir
setengah kilometer dari rumah si ibu.
Rumah asal jin itu adalah pada sebuah
tangkal yang disimpan oleh tuannya dia
atas sebuah almari dalam bilik tidur.
Si ibu kenal pada orang tersebut...tapi
pada asasnya...ianya bukan bererti
jin itu disuruh....atau orang itu sengaja-
kan....malah pada sesetengah tempat
jin penjaga sesebuah rumah....tanpa
disuruh pun boleh menyerang jiran-
jiran sekitar...terutama jiran yang sakit
atau banyak gangguan...
...kerana memang dasar perangai jin...
suka mencari kesempatan untuk meng-
zalimi manusia...
...dan seperkara juga...kelihatannya
jin-jin pengganggu manusia semakin
banyak strategi...kerana telah banyak
pengalamannya....maka sudah jadi
'berita biasa'....penyakit 'lain-lain'
tapi tidak ada gangguan jin....sedang-
kan ianya gangguan jin....dan jin itu
sudah berpengalaman dan tentunya
ada strateginya yang tersendiri...
Wallohu a'lam
Assalam tuan,ada perawat menggunakkan teknik yang 'sakit' untuk tujuan merawat pesakit apabila kaedah rukyah tidak memberi kesan,namun memberi kesan pada anggota tubuh badan pesakit itu.Contohnya menggunakan batang kayu untuk memukul badan pesakit.Sedangkan jin yg menggangu mgkin lari seketika t
BalasPadamdan kesakitan bertambah-tambah.Mohon pencerahan tuan.
wasalam
Wa alaikum salam wbkth Js...
BalasPadamPada pendapat saya cara mana pun asalkan halal
maka tidak mengapa namun seharusnya pada
perkara-perkara yang mungkin boleh memudarat-
kan pesakit sepatutnya kita elakkan atau kita
benar-benar pakar dalam kaedah berkaitan.
Dalam kisah-kisah lama...ada juga cerita bagai-
mana kumpulan perawat membelasah jin dalam
badan pesakit kerana degil...namun yang terjadi
adalah pesakit tersebut terbunuh kerananya.
Seorang rakan menceritakan bagaiman seorang
mufti tidak dapat menyedarkan pesakit yang kerasukan dan apabila mufti itu menyuruhnya
cukup rakan itu kata keluar...dengan izin Tuhan
pesakit itu sedar.
Rahsianya sebelum itu rakan tersebut telah 'mem-
belasah jin itu cukup-cukup'...dengan membaca
ayat Lau Anzalna berulang-ulang sambil menepuk-
nepuk pahanya sendiri sebagai 'ganti' jin tersebut.
Wallohu a'lam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam