Khamis, 11 Disember 2014

Sebaik-baik jin...sama seperti sejahat-jahat manusia...( 3 )

Bayangkan  anda  meninggalkan kucing kesayangan
anda si Comel dengan sepinggan ikan goreng dalam
sebuah bilik.

Kalau anda masih ada di situ...tentu  saja si Comel
yang  manja itu akan duduk  dengan  penuh ' adab 
dan sopan '.

Tapi  pada pendapat anda...kalau anda tinggalkan
si Comel ' sekor-sekor ' dengan ikan goreng itu...
berapa lama si Comel akan dapat bertahan dengan
' imannya '...sejam...dua jam...atau mungkin hanya
dalam  beberapa  minit  sebelum dibahamnya ikan
goreng tersebut.

Memang begitu adatnya...kerana  si Comel  hanya
seekor  binatang  yang ada perasaan tapi tidak ber-
akal...maka ' keimanannya '  hanya  bergantung
sejauh sekadar mana anda masih dapat melihatnya.

Bagi  golongan  jin  yang  umumnya  lebih dikuasai 
oleh perasaan (nafsu) berbanding akalnya...sebesar-
besar ujian bagi mereka adalah kelebihannya yang
tidak tercapai oleh penglihatan manusia.

Tubuh manusia bukan hanya menyediakan tempat
tinggal  selesa  malah  makanan  sedap  bagi jin...
maka  pada  pendapat  anda...sejauh  mana  anda
akan dapat  mempercayai  jin...apabila jasad  anda 
sudah  tersedia  untuk  dimasuki  dan dikuasai oleh 
makhluk tersebut...?

Tidak semua jin jahat...terutama jin yang berusaha
mengelak diri dari manusia...tapi hampir semua  jin  
yang mendampingi manusia adalah 'si kucing comel' 
dan  setiap  anda yang menjadi manusia dampingan-
nya adalah 'ikan gorengnya'.

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz..saya mau tanya..kalau badan lebam-lebam bila baca ayat pendinding dari gangguan jin,adakah itu menandakan kita diganggu??mohon pencerahan dari ustaz..terima kasih..wassalam

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth uk.Tanda- tanda lebam itu adalah tanda adanya gangguan jin yang bertindakbalas pada amalan tadi.Ini adalah petanda positif yang menunjukkan jin itu mula terjejas atau terancam.Namun kalau semakin sakit semata- mata sebaiknya cari perawat yang berpengalaman kerana jin-jin yang terlibat mungkin saja jin yang berpengalaman mengganggu manusia .kadang- kadang pesakit atau perawat kalah semata- mata terkena permainan dan tipu helah jin pengganggu.

    BalasPadam