Ketika kakak itu menceritakan tentang anak
buah lelakinya yang baru saja melafazkan
talak pada isterinya dalam suatu pertengkaran
tiba-tiba ia terpana sesaat.
Jauh dalam hatinya...ia melihat seorang wanita
tua sedang bertepuk tangan gembira merai-
kan kejadian tersebut.
Makhluk itu sebenarnya adalah jin tua yang
ditinggal mati oleh seorang wanita tua yang
pernah merawat datuk mereka.
Semasa hidupnya...wanita tua itu juga meng-
alami keadaan kawin cerai dengan beberapa
orang lelaki...dan inilah kesan kepakaran
jin tua tersebut yang gemar menceraiberaikan
pasangan suami isteri.
Selagi jin itu terus menurun dalam kalangan
keluarga mereka...maka seolah-olah soal
penceraian akan menjadi warisan kepada ke-
luarga tersebut.
Bukan hanya sekali ini...malah sudah beberapa
kejadian penceraian berlaku dalam keluarga-
nya.
Ciri-ciri utama gangguan jin tersebut adalah
kita akan sentiasa merasa marah pada pasangan
walau dari sebab punca yang kecil...apalagi
yang besar maka terlebih-lebih besar jadinya...
...dan malah dari sebab cemburu buta atau
sangkaan-sangkaan buruk yang sengaja di-
ada-adakan...hingga menjadikan kebencian
...dendam dan kemarahan sebagai rencah
hidup suami isteri sehari-hari...
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamDi kg saya ramai di kalangan orang tua yg 'kawin cerai' namun dikurniakan anak2 yg ramai.Di kalangan anak itu ada satu atau dua mengalami gangguan&turunan 'warisan'.Manakala yg lain pula,sedikit gangguan..wallahualam..mohon pcerahan tuan.
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamKadang-kadang kawin cerai ini dari sebab pengaruh
rakan atau keadaan sekeliling...namun bagi gangguan jin...selain ada yang halang dapat anak....
ada pula yang tak ada halangan...
...cuma kalau gangguan agak kuat...anak mati
terutama kerana demam panas atau sesuatu sebab
yang kurang di ketahui adalah perkara biasa.
Ada pula jin yang macam 'bom jangka'...jin itu jadi
saka dan menumpang keluar masuk dari awal...
dan pada ketika itu orang tersebut kelihatan sihat
namun pada umur atau suatu masa kelak...tiba-
tiba orang tersebut mengalami gangguan atau
sakit kuat dari sebabnya.
Begitu pula...kalau jinnnya sekor dua maka mungkin
hanya orang tertentu jadi sasaran utama.
Namun pada kes di atas...jin itu walau sekor...kalau
ikut mahunya... jin itu hendak cerai beraikan semuanya sekali.
Wallohu a'lam