Jam 12 tengah malam...malam bulan gelap...atas
sesuatu keperluan sebaik saja saya keluar ke
surau yang terletak 100 meter dari rumah...
...tiba-tiba saja salah seorang ahli keluarga yang
baru seminggu dua bersalin mengalami tumpah
darah...
Tiba-tiba saja darah keluar dengan banyaknya
dan ketika ia menghantar 'sms'...saya sudah
berada di surau...
Ianya suatu saat yang sangat 'baik' kerana
salah seorang rakan seperguruan yang agak
'hebat' ilmu 'scannya' juga kebetulan cuti
pulang kampung dan turut berada di surau.
Rakan itu menutup matanya...dan menumpu-
kan perhatian ke rumah saya...
Tidak sampai 10 saat...rakan itu beritahu...
ada tiga ekor harimau ( jin ) berada di luar
rumah saya...
Seekor harimau belang dan seekor harimau
putih sedang berada di depan rumah...dan
turut berdiri di situ seorang perempuan tua
bertongkat...
Di atas atap rumah pula...seorang lelaki ber-
serban India sedang berdiri terapung-apung.
Seekor harimau lagi...yang juga berwarna
putih sedang duduk di bawah rumah...
Harimau itu duduk mencangkung sambil men-
dongak ke arah lantai...
Sekali sekala harimau itu mencakar-cakar
tanah...kemudian mendongak ke atas sambil
mulutnya bergerak-gerak seperti menyedut
sesuatu...
Saya pernah terbaca bagaimana penanggal
diam mengintai dari bawah rumah dan men-
yedut darah ibu yang bersalin...
Ibu itu akan mengalami pendarahan yang
tak henti-henti dan mungkin akan mati
kerana kehilangan darah yang banyak...
Saya yakin...itulah yang sedang jin harimau
putih itu lakukan...
Tanpa memberitahu rakan tadi...saya mula
menyerang harimau itu dengan dua kali
peletup jin...
Rakan itu membuka matanya..." harimau
tu mau lawan tau..." katanya sambil senyum
bercampur agak cemas...
Oleh kerana saya tak nampak...maka saya
pun 'tak berapa takutla'...sebaliknya buat
saya rasa meluat...
"...kelemahannya di bahagain leher..."
sambung rakan itu sambil menutup matanya
semula...
Saya faham maksudnya...maka saya mengg-
unakan gerak pancung dua kali berserta
pernafasan...
Rakan itu beritahu kepala harimau putih di-
bawah rumah itu terputus dari badannya...
dan badan harimau tanpa kepala itu ter-
hoyong hayang menuruni bukit di bawah
rumah...
Kadang-kadang badan harimau itu ter-
langgar pokok dan berguling lalu bangun
semula dan terus melangkah tak tentu arah.
...tapi kepala harimau itu masih berada di-
bawah lantai...
Beberapa hari sebelumnya...salah seorang
ahli keluarga memberitahu...ia nampak
kelibat kepala berwarna putih terbang
dengan cepat di depan pintu bilik utama...
...maka saya yakin...harimau itu memang
punya kelebihan sebegitu dan pastinya masih
sedang menyedut darah...
Kali ini saya bayangkan menggenggam ke-
pala harimau tersebut dan berserta perna-
fasan meramasnya sehingga hancur...
" kau kasi hancur kepala harimau itu ka...
tinggal asap saja lagi..." kata rakan itu
ketawa kecil sambil membuka matanya.
Lembaga lelaki yang terapung-apung di-
atas rumah turut melihatnya dan berkata
"...eee...kalau begini...bagus lari..." lalu
terbang menghlangkan diri...
Dua ekor harimau di depan rumah juga
turut sama menghilangkan diri...
Walaupun benda-benda itu sudah lari...
tapi saya pasti masih ada bendanya yang
belum selesai...iaitu tentang rakan tadi.
Biasanya 'tukang tengok' serangan...akan
menghadapi serangan balas...dan ternyata
jangkaan saya tepat...walaupun penyerang-
nya di luar jangkaan saya sendiri...
" Tu nenek-nenek ada sudah dekat-dekat
kita di sini..." rakan itu beritahu...dan tiba-
tiba.." Aduuih...dia pukul pinggang saya..."
serta merta rakan itu meluruskan pinggang-
nya sambil tersengih...
Dahinya berkerut menahan kesakitan...
apabila jin tua itu memukul belakang ping-
gangnya dengan tongkat...
Saya memerhatikan rakan tersebut kalau ia
perlukan bantuan...
Rakan itu masih senyum dan membaca se-
suatu...dan tak sampai seminit ia sudah
kelihatan pulih...
Jin tua itu masih memerhatikannya dari jauh
sambil tersengih-sengih...tapi tidak ada
lagi sebarang serangan...
3 Nota
1. Ada kelebihannya tak nampak jin ini...
terutama kalau kita menghadapi serangan.
...kerana mungkin saja baru 'nampak' muka-
nya yang hodoh atau saiznya yang besar...
atau bilanganya yang ramai...akan buat kita
kecut atau buntu hilang semangat...
2. Serangan juga boleh anda lakukan dengan
hanya memasang sasarannya...tanpa perlu
nampak bendanya...
Contohnya anda niat menyerang jika ada jin
yang cuba menyerangatau berniat jahat
pada anda...atau jin yang sedang mengganggu
seseorang...atau jin yang mengganggu dalam
rumag dan sebagainya...
3. Pendarahan itu terhenti tak lama selepas
'sms' dihantar...iaitu masanya lebih kurang
selepas harimau dibawah rumah itu di serang.
Wallohu a'lam
Salam wtb Tuan Junied, bagaimanakah seorang perawat itu boleh ternampak makhluk itu, sedangkan kita manusia dibatasi dengan hijab?Adakah pandangan itu melalui lintasan ataupun gambaran yang jelas? Semasa membuat 'scan' itu adakah dibantu oleh mana-mana Jin?
BalasPadamTerima kasih.
wa alaikum salam wbkth...pandangan mata hati tidak
BalasPadamnampak nyata sebagaimana pandangan mata...tapi kita
dapat rasa keyakinan sebagaimana keyakinan pada
pandangan mata...
kalau nampak jelas seperti pandangan mata maka guna
jin kecuali kalau jin itu sendiri memperlihatkan diri...
Kelebihan pandangan matahati lain...kita akan dapat
melihat sesuatu secara lintasan dan sangat cepat
perkara yang berlaku pada suatu masa yang panjang.
...iaitu cuma satu lintasan hati tapi kita ada beribu
perkataan untuk menjelaskan isinya...
Rakan itu ada mengambil amalan lain iaitu ia ada
beberapa orang guru lain selain It tapi setakat yang
saya tahu...berupa ayat qur'an dan juga zikir-zikir
lazim.
Antara amalan biasanya ialah ayat Kursi beratus kali
setiap hari...
Saya masih sedang mengkaji dan memerhati per-
kembangan ilmu rakan tersebut yang bagi saya
sangat luar biasa dan setakat ini saya
belum dapat membuat keputusan 'asal usul'
kelebihan tersebut sama bersih atau ada
penglibatan gangguan.
Bagi kita manusia biasa...kelebihan itu sentiasa ada
melalui kekuatan asli roh kita...cuma apabila hati
kita cemar dengan dosa...maka kelebihan itu ter-
halang...
Semakin terikat kita dengan sifat-sifat keji nafsu
maka semakin terikat kita dengan keterbatasan
jasad lahir kita...
Wallohu a'lam
Salam Tuan,terima kasih atas ulasan itu. Namun, saya sangat tertarik dengan ulasan tuan mengenai 'Roh Asli' mohon tuan dapat memberi pencerahan.
BalasPadamAda seorang rakan memberitahu bahawa dia boleh melihat rohnya melalui gerak hati dalam keadaan separa tidur. Rakan ini juga mengamalkan ayat kursi setiap hari dan belajar kaedah perubatan islam.
Menurut rakan ini, Rohnya yang dilihat itu kelihatan berwarna putih namun muka tidak berapa kelihatan tetapi mata hati melihat ianya adalah diri rakan itu. Roh tersebut bertindak atas perasaan rakan itu walaupun dalam keadaan tidur. Adakah ianya permainan Jin ataupun sebaliknya? Mohon tuan memberi pendapat dan pencerahan.
Terima kasih.
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamKita ada dua tubuh..iaitu tubuh atau jasad kasar
dan didalamnya ada hakikat diri kita yang sebenar
iaitu roh...
Kita berbentuk roh adalah kejadian halus....dan jasad
kita ini umpama tubuh tumpangan yang membolehkan
kita hidup dalam dunia ini...
Apabila sudah sampai ajal...kita mati..tubuh kasar ini
akan binasa...tapi kita akan terus hidup dan meninggal-
kan dunia ini berpindah ke alam Barzakh...
Dalam keadaan sekarang...roh kita banyak bergantung
atau terikat dengan jasad kasar yang serba kurang dan
lemah...
Contohnya kita tidak dapat melakukan sesuatu kecuali
kebanyakan perkara yang dapat tubuh kasar kita laku-
kan...
Maka kekuatan roh yang kita gunakan amat terbatas...
namun masih ada banyak keajaibannya...
Contohnya dengan menggunakan daya tumpuan...
ada orang yang boleh membengkokkan sudu tanpa
perlu disentuh....atau mempamerkan kekuatan yang
luar biasa dan tidak dapat dicapai oleh kekuatan
tubuh semata-mata...
...atau mengesan benda-benda halus...mengesan
kejadian yang jauh...mengesan bahaya...mencapai
sesuatu yang ia cita-citakan...dan sebagainya...
Ini bermaksud...masih ada kekuatan dan kelebihan
roh kita yang dapat kita gunakan dan mungkin luar
biasa namun kalau dibandingkan dengan sejauh
mana penggunaan kekuatan roh semasa kita hidup
dengan penggunaan sepenuhnya...iaitu setelah
kita bebas dari ikatan tubuh kasar ini ( mati )...
ia umpama perbandingan antara orang tidur dan
orang yang jaga...
...akan bersambung...Insha Allah...
...berkaitan rakan tersebut...pada pendapat saya...ia
BalasPadamboleh jadi benda itu adalah rawan..iaitu sebahagian
daripada rohnya...atau boleh jadi gangguan...
Namun sebaiknya ia minta 'scan' pada perawat yang
diyakini...Wallohu a'lam...
As salam..
BalasPadamsekadar perkongsian..
Perbanyakkanlah istigfar insyallah hati menjadi terang umpama kaca yg sentiasa digilap. Seperti mata fizikal yg hanya mampu melihat dgn bantuan cahaya. Begitu juga matahati hanya mampu 'melihat' dgn nur iman kurniaan dari Ilahi..
Bukan hanya dpt melihat alam rendah spt alam jin yg juga dpt ditembusi ahli sihir. Malah mampu menembus ke pelbagai lapisan dimensi jagat raya yg dikhususkan utk muslim yg mukmin..
Salam UM.Adakah beristigfar dalam hati juga boleh menerangkan hati? Ada kaedah lain boleh dikongsi?
PadamSebelum tidur, saya membaca ayat-ayat pendinding dan asas rukyah tetapi bermimpi melihat roh orang meninggal dan bercakap dengan roh tersebut, adakah ianya gangguan jin atau sebaliknya?mohon pencerahan..Terima Kasih..Wasalam.
Wslm daniel..
PadamByk kaedah yg bole dibuat tapi xberani nk ajar secara khusus. Secara umum bole la. Apa pun ayat atau amalan tolong jgn diniatkan hanya utk kasyaf atau sebagainya. Sbb jin dan syaitan dpt mengesan aura yg terhasil waktu beramal tu. Nnt depa yg menyusup masuk dlm amalan tu dan bagi mcm2 kelebihan. Niatkan je utk rahmat&redha Allah. Apa2 kelebihan terserah padaNya. Dikhuatiri Allah tak terima amalan kita.
Sebenarnya membaca Al Quran. Melihat kaabah. Melihat muka ibu dan ayah dgn kasih sayang. Air wuduk yg masuk ke dalam mata waktu basuh muka sedikit sebanyak memang mampu menerangkan 'mata'. Semua amalan wajib atau sunah berkaitan mata akan dikurniakan nur di mata oleh Allah. Mengurangkan dosa berkaitan mata juga mampu mengikis 'selaput' yg menutup mata kita dari melihat yg halus2. Ada hubungan erat antara mata zahir dan mata hati yg jarang diambil berat oleh manusia.
Waulahualam..
Terima Kasih atas ulasan itu, sebenarnya banyak persoalan-persoalan yang ingin saya kongsikan bersama namun saya hadkan takut lari topik..saya harap UM tidak kisah terutamanya tuan punya blog.
PadamSeorang rakan yang dahulunya kuat beramal, dan menjaga solat sejak dari kecil tetapi tidak mendapat pekerjaan sehingga berumur 30 tahun namun tiba-tiba Allah swt bagi rezeki dan mendapat tawaran kerja tetap dalam kerajaan. Segala-galanya berubah, beliau telah lalai dengan amal dan meninggalkan solat...satu hari beliau bermimpi berjumpa dengan Allah swt(zat Allah tidak kelihatan namun cahaya terang gemilang seolah-olah membutakan mata) dalam satu kawasan lapang, menurut rakan itu, beliau telah dicampakkan diantara 2 tiang putih yang tingginya mencecah langit...rakan itu terbangun dalam keadaan badan mengeletar dan ketakutan..rakan itu bertanya, saya dengan tidak ada keyakinan katakan itu adalah gangguan..Mohon Tuan bagi pencerahan..wasalam
Waalaikum salam..
PadamSy hanya free lance yg suka berkongsi ilmu dengan pelbagai nickname di mana2 blog yg sy jumpa. Setiap yg diucap&ditulis pasti akan diulang tayang di padang masyar nanti. Tiada yg sy harap melainkan Allah. Tanya jela. Kalo sy xdpt jawab insyallah tuan punya blog bole ikhtiarkan jawab.
Kalo menurut perbincangan orang2 arifbillah bkenaan hadith melihat Allah .cahaya yg biasa dilihat dlm mimpi yg dikatakan Allah itu mungkin benar mungkin tidak. Jika benar Allah maka itu hanya simboliknya sahaja. Tiada yg serupa denganNya. Pegang itu kemas2. Hidayah itu dtg dgn pelbagai cara. Setiap nikmat & bala yg dtg tu pun hidayah jika kita buka pintu hati utk menerimanya.
Syaitan jin dan manusia pun bole mengaku dia tuhan. Secara nyata atau dlm mimpi. Hanya Rahmat Allah yg mampu menyelamatkan kita dari tipu daya mereka.
Waulahualam..
Alhamdulillah...banyak perkongsian yang saya
Padamdan mudah-mudahan rakan-rakan pembaca
dapat dari UM...dan pada perkara yang mungkin
berkaitan saya teringat kepada 2 kisah...
1. Satu kisah apabila Syeikh Abdul Qodir Jailani sedang beribadah..tiba-tiba muncul suatu cahaya
yang sangat terang gemilang...dan dari cahaya
itu muncul kata-kata bermaksud..." wahai hambaku.....sesungguhnya aku adalah Tuhan-
mu...mulai dari saat ini..aku halalkan untukmu
semua perkara yang haram sebelum ini..."
Maka Syeikh Abdul Qodir menjawab..." Hai Iblis
..janganlah engkau cuba memperdayakan aku..."
Suara itu menjawab " Benar engkau...aku ada-
lah Iblis...sudah 70 ribu wali-wali aku sesatkan
dengan cara ini...tapi engkau selamat kerana
tingginya ilmumu..."
Syeikh Abdul Qodir menjawab lagi..." Jangan-
lah engkau cuba memperdayakanku sekali
lagi...aku selamat bukan kerana ilmu...tapi
kerana Rahmat Allah..."
2. Ada rakan-rakan yang berpengalaman
berkhalwat di dalam rimba tepi sungai pada
waktu malam...
...dan tiba-tiba pada suatu ketika..muncul
suatu cahaya putih yang amat terang menyi-
laukan mata...membuat rakan rakan itu lari
lintang pukang...
Secara teorinya...ia tidak lain melainkan jin.
Maka soal cahaya...saya berpendapat ia
lebih kepada gangguan bagi kita orang-orang
awam...namun saya sependapat dengan
UM...hidayah itu boleh datang dengan berbagai
cara...maka sedikit kesedaran rakan tersebut mudah-mudahan tidak ia sia-siakan...
Dari satu segi...kejadian-kejadian 'ajaib' juga
salah satu dari tipudaya jin kafir (syaitan)...
iaitu kemudian ia membisikkan pada kita...
bahawa itu adalah tanda-tanda kemuliaan
kita di sisi Tuhan...atau kita seorang wali...
atau manusia terpilih dan sebagainya...
Seseorang merasa dirinya mulia dan mem-
punyai kedudukan yang sangat tinggi disisi
Tuhan semata-mata kerana ia pernah ber-
mimpi telah mengembara ke alam Akhirat
dan jin dampingannya juga telah membisik-
kan kepadanya...bahawa ia seorang manusia
terpilih yang suci dari sebarang dosa...
Wallohu a'lam
Wa alaikum salam wbkth Umat Muhammad...
BalasPadamAlhamdulillah...benar sekali...maka sejauh mana
dikalangan manusia itu 'boleh nampak'...terutama
oleh para mukmin sejati...adalah jauh daripada
dugaan fikiran umum...iaitu berbagai rahsia
yang sangat jauh daripada jangkauan fikiran
manusia sendiri...
Dan saya sangat bersetuju...dunia jin ini sekadar
'alam rendah'...
Terima kasih UM atas perkongsiannya...
Walohu a'lam
Wallohu a'lam
Allah berfirman bahawa manusia tidak melihat jin sebaliknya mereka melihat manusia. Tetapi tidak mustahil jika Allah mengizinkannnya. Amalan baca Latudrikuhul absoru...dan ayat Fakasyafna anka... dgn izin Allah boleh membuka kasyaf. Saya tak tahu pula cara nak "off"
BalasPadamAdakala kelibat kelihatan kerana gangguan.
Susah juga bagi seorang yg hanya beramal soleh tetiba dapat lihat jin kecuali dua berdoa meminta.
Kadangkala oleh kerana terkejut kita membuat reaksi di tempat awam san org harus sekali kata kita gila. Hihihi.
Dalam keadaan kita berjalan seorang diri di malam pun jadi problem.
As salam Kumpulan RajaMenangis...
BalasPadamWalaupun kalau tidak nampak jin ini mungkin banyak
kekurangannya...tapi kalau nampak jin...apalagi
kalau nampak sepenuhnya...lebih banyak masalah-
nya...
Cuma kalau ada masalah sebegini...sebaik-baik minta
'scan'...
Mengenai berjalan malam ada satu hadis yang ber-
maksud...kalau kamu tahu apa bahayanya berjalan
malam seorang diri...sebagaimana yang saya tahu...
pasti kamu tidak akan berjalan malam kecuali dengan
berteman...
Terima kasih atas perkongsiannya...
Wallohu a'lam