Petang itu....salah seorang adik perempuan saya meng-
hantar .mesej....meminta tolong tengokkan anak lelaki-
nya .yang baru Tingkatan satu...apabila tiba-tiba sahaja
budak tersebut jatuh sakit....demam...sakit perut...sakit
kepala dan muntah-muntah mungkin 'kerana celupar'...
Tak lama kemudian...anak buah saya tu pula mengha-
ntar mesej minta rawat kerana ia mungkin 'ada tersalah
cakap'...
Saya rasa pelik dan ingin pula nak tahu apa sebenarnya
yang berlaku...
Malam itu saya datang ke rumahnya....baru saya faham...
Petang tadi.....adiknya tiba-tiba .gatal-gatal badan tanpa
sebab dan ketika ia asyik mengaru-garu anak buah lelaki
ini berkata...tumbuk saja mata benda yang kasi gatal tu....
tak lama kemudian..ia mengalami demam..sakit kepala...
dan muntah-mintah.
Saya memintanya menutup mata dan mula merukyahnya
dengan Fatihah...tiba-tiba anak buah tersebut (FHN) me-
mberitahu ada 'benda' bergerak dalam lengan kirinya...
iaitu seorang perempuan tua berambut putih mengerbang.
Dari petangnya lagi..lengan kiri FHN sering menggeletar
kuat tapi ia tak merasa sebarang kesakitan.....
Makhluk itu marah kerana kata-katanya yang 'kurang so-
pan' petang tadi....
Apabila saya cuba menarik jin tersebut keluar melalui
hujung jari-jari tangannya...sebaliknya ia masuk lebih dal-
am ke bahagian dada...
Saya rasa agak geram dengan kerenah 'perempuan tua'
tersebut dan menyerangnya dengan Ayat 1 hingga 11 As
Soffat berserta pernafasan...
...FHN beritahu jeritan perempuan tua itu bergema dalam
dadanya...
Kemudian saya menariknya keluar melalui ubun-ubun.....
Demam...sakit kepala..sakit perut sudah hilang dengan izin
Tuhan...tapi FHN masih muntah sekali-sekala...
Saya memintanya menumpukan perhatian ke bahagian pe-
runya......dan .FHN. beritahu .ada. seketul .batu. sebesar
penumbuk di dalamnya...
Sebenarnya ia adalah angin bisa jin dan saya mencubit ca-
butnya beberapa kali sehingga ia tinggal sisa seperti pasir
dan saya mengulanginya beberapa kali hingga ia tak terasa
lagi...
FHN rasa agak lega walaupun ia masih rasa nak muntah..'
tapi ia tak sekerap seperti tadi...
Jin tadi merupakan jin buangan tapi masih merayau dan me-
ngganggu sesiapa sahaja yang dapat didekatinya...
Seorang rakan memberi petua agar membuang sedikit nasi
ketanah sambil berbisik.....itu sebagai tanda meminta maaf
kepada 'perempuan tua' tadi atas keterlanjuran kata-kata...
Kebetulan ibu baru sahaja selesai memasak...maka saya
ambil nasi...dan tentu rasanya lebih sedap kalau dicampur
ikan masin goreng...dan sayur tumis...
...lalu duduk menemani ibu makan...dan...untuk jin tadi?..
tak payah...perbuatan begitu pada pendapat saya bukan sa-
haja menyalahi akidah...tapi juga akan membuat jin tersebut
bertambah sombong.....dan. lain. kali kalau dia teringin nak
makan nasi campur ikan masin...tentu ia akan 'buat hal' lagi...
Seperti yang telah saya duga..saya kemudiannya sibuk mera-
wat selama dua minggu..apabila beberapa ahli keluarga kecil
silih berganti demam tiba-tiba..kerana jin tua itu memang
'seekor pendendam'...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum tuan Junaid
BalasPadamsaya nak tanya pada tuan..sekiranya pesakit apabila di rawat dan pesakit dapat melihat adanya seperti kepul2 asap, kadang2 bewarna hijau, biru, kelabu, hitam pada anggota badan ( kepala, pinggang, tulang blakng dll) apakah maksudnya. Tetapi apabila di buat pembesihan ianya hilang. adakah ia juga angin bisa ?
Wa alaikum salam wbkth Secawan Kopi...
BalasPadamYa...setiap benda ghoib yang dilihat oleh
pesakit itu adalah jin...atau angin bisa-
nya...
Dan...kalau ia hilang...maka tandanya ang-
in bisa itu sudah hilang...Insya Allah...