Jumaat, 9 September 2011

Penyebaran Agama Menggunakan 'Air Suci' . . .

Apabila sesuatu air di 'doakan' oleh bomoh
yang berdamping dengan jin...maka tujuan
penggunaan air itu adalah untuk membuka
laluan masuk jin dampingannya ke dalam
badan anda...(biasanya air itu diguna
minum)...

Apabila air itu di 'doakan' oleh seseorang
yang beragama x...dengan menggunakan ayat-
ayat atau doa suci dari agama x (selain
Islam) maka jin yang beragama x...akan
dapat masuk ke dalam badan anda...

Begitu juga kalau air itu di 'doakan' oleh
seseorang daripada agama Z...maka ia jadi
laluan masuk badan oleh jin dari agama z
dan seterusnya...

Apabila jin dari agama x masuk badan anda
maka bawaannya adalah anda 'merasa tertarik'
atau ditarik masuk ke dalam agama x...
dan begitu pula bagi agama Z dan sebagainya
iaitu pengaruh daripada jin yang mendampingi
atau masuk ke dalam badan anda...

Adapun satu persamaan antara semua air doa
atau 'air suci' di atas...ia sebenarnya ada-
lah air sihir...

...iaitu air yang ada 'ramuan' angin bisa
jin...

Maka pada asasnya...air itu tak kira dibuat
oleh dari mana-mana juga golongan tersebut
akan membuka laluan masuk jin ke dalam badan
anda...

...tak kira ianya jin dari mana-mana juga...
kerana angin bisa jin adalah sama sahaja
jenisnya...walaupun mungkin 'khasiat' antara-
nya serba sedikit ada perbezaannya...

Maka boleh berlaku...seseorang itu cuba meng-
embangkan agamanya melalui air doa atau air
suci ini...

Maka kesannya...anda mungkin mendengar suara
atau bisikan...pada telinga...dalam kepala...
dalam dada...dalam fikiran...dalam perasaan
atau tanpa sebarang suara atau bisikan...
sebaliknya ia berupa satu kemahuan atau ke-
inginan...

Kalau seseorang itu terminum 'air suci'...
maka sebaiknya ia cepat-cepat meminum air
Yasin atau sebagainya untuk menutup laluan
yang terbentuk dari tindakbalas angin bisa
dalam air suci...

Kalau anda meminum sesuatu air putih...ke-
mudian anda merasa pening...tak selesa...
atau mual...anda mungkin terminum air sihir
termasuk 'air suci'...

Tapi kalau anda kurang pendinding...sekali
teguk sahaja...anda mungkin akan serta merta
di masuki jin...

Ada kisahnya...apabila seseorang itu termi-
num 'air suci'...lidahnya serta merta menjadi
hitam sebelah...dan apa pun boleh jadi...
setakat mana izin Tuhan...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan