Sabtu, 28 Januari 2012

Angin Bisa (24)...Tandukan Jin kerbau...?

Seorang rakan...selepas solat Isya'...tiba-tiba ia merasa sakit
pada belakang pinggangnya...

Apabila ia menutup mata...rakan itu 'ternampak' kelibat ker-
bau berbadan manusia...dan melihat ada dua lubang pada
belakang pinggangnya...

...tandanya kemungkinan besar makhluk halus itu telah menye-
rangnya dari belakang...ia banyak berkeliaran di sekitar kam-
pung tinggalan pegangan orang tua-tua yang kebanyakannya
sudah meninggal dunia...

Apabila saya meminta rakan itu melihat apa yang ada dalam
lubang tersebut...rakan itu memberitahu...ada seekor ulat be-
sar...dan banyak ulat-ulat kecil  dalam lubang sebelah kiri...

Saya gunakan kaedah cubit cabut beberapa kali...dengan iz-
in Tuhan ulat-ulat itu dah hilang...berserta kemudiannya ke-
dua-dua lubang itu juga hilang...

Ianya seperti lubang kesan tandukan...saya pernah merasa-
kannya...'luka' itu biasanya akan terasa pedih...panas...dan 
sakit berdenyut-denyut berbisa sepanjang malam...

Wallohu a'lam


Khamis, 26 Januari 2012

Angin Bisa (23)...'Ulat' Aneh...

Seorang ahli keluarga  AA mengadu...tiba-tiba ia merasa
ada sesuatu seperti ulat hampir sebesar jari kelingking
melekat di kulit belakangnya...namun ternyata tak ada
sesuatu di situ...

Tapi apabila AA sungguh-sungguh mengatakan benda
itu masih dirasanya melekat pada kulit...saya menggu-
nakan kaedah cubit cabut...

AA dapat merasakan 'ulat' itu ditarik...tapi muncungnya
terus melekat pada kulit...

Saya cuba gunakan kaedah pancung dan peletup...na-
mun seolah-olah tak memberi sebarang kesan...'ulat'
itu terus bertahan...malah sekali-sekala AA merasa kesa-
kitan apabila 'ulat' itu dirasanya cuba mengorek isi dag-
ingnya seperti nak masuk ke dalam badan...

Saya gunakan petua yang saya dapat dari budak-budak
beberapa tahun lalu...saya membayangkan memicit sebiji
tembakau basah dengan hujung jari telunjuk dan ibujari.

Tarik nafas dan tahan...sambil membaca Fatihah 3 kali
dalam hati saya membayangkan perahan air dari tem-
bakau tadi menitik ke bahagian mulut 'ulat' tersebut...
(cara ni biasanya digunakan untuk membuat lintah atau
pacat melepaskan muncungnya dari kulit...)

AA memberitahu...muncung ulat itu sudah terlepas dari
kulitnya...

Namun gangguan itu tak berhenti begitu saja...malam
itu AA bermimpi seorang lelaki tak dikenali datang dan
cuba memperkosanya...

Saya masih ingat beberapa tahun lalu...ketika saya de-
ngan izin Tuhan dapat menolak keluar seekor 'jin Islam
jantan'  yang cuba merasuk seorang ibu...

...sebelum keluar...ibu itu merasakan bentuknya seperti
seekor ulat pada ibujari kakinya...dan jin itu juga...
'kaki' perkosa orang...

Wallohu a'lam

Isnin, 23 Januari 2012

Di Ufuk Timur (26)...Kita Tergesa-gesa...

Mengikut kisahnya...ruh itu memasuki patung tanah
(jasad Nabi Adam AS) melalui hidung...masuk mere-
sap ke seluruh bahagian kepala...kemudian turun ke
leher...dada...ke dua belah tangan dan seterusnya
ke bahagian bawah...

Di mana sahaja ruh itu sampai...maka patung yang ta-
di asalnya patung tanah kosong...mula terbentuk kuli
...daging...otot...urat saraf...tulang dan sebagainya...
sebagaimana tubuh manusia...

Ketika ruh itu sampai pada paras pinggang...iaitu pa-
da bahagian atasnya sudah sempurna sebagai tubuh
manusia...manakala pada bahagian pinggang ke baw-
ah...masih dalam keadaan berupa patung tanah kering
yang keras  kosong...

...tapi tiba-tiba Nabi Allah Adam AS menongkatkan
tangannya nak bangun...

Maka berkatalah para malaikat yang yang seluruhnya
di perlihatkan penciptaan suatu makhluk baharu...ber-
maksud...lihatlah...benar-benar manusia ini suatu mak-
hluk yang bersifat tergesa-gesa...

Inilah sifat kita manusia yang selalu tergesa-gesa...

1.Kita tergesa-gesa melakukan sesuatu sebelum mem-
pertimbangkan secara sewajarnya...

2.Kita tergesa-gesa bertindak mengikut perasaan...se-
mata-mata kerana nak puaskan hati...

3.Kita tergesa-gesa nak senang...sehingga sanggup
menyusahkan orang lain...

4.Kita tergesa-gesa nak kaya...sehingga sanggup ber-
bohong...menipu...khianat dan berlaku aniaya...

5.Ada pula orang yang tergesa-gesa nak mati cepat...
semata-mata kerana nak cepat terlepas daripada sesu-
atu ujian kesusahan dan kesakitan...

...sehingga sanggup mencederakan diri...malah mem-
bunuh dirinya sendiri...

6.Kita tergesa-gesa nak memenuhi kehendak-kehen-
dak nafsu walaupun akhirnya akan mengakibatkan be-
rbagai kemungkinan buruk...penyakit...penyesalan dan
sebagainya...

7.Kita tergesa-gesa nak bersenang lenang dan berlepas
diri dari ketaatan  terhadap perintah Tuhan...kerana nak
bersenang lenang 'tanpa sempadan' dan sebagainya...

8.Kita tergesa-gesa nak cantik...sehingga sanggup mela-
kukan apa sahaja...termasuk perkara-perkara yang mem-
udaratkan diri sendiri...

9.Kita tergesa-gesa memilih kesenangan...kegembiraan...
kebahagiaan hidup di dunia...hingga sanggup memper-
taruhkan atau mengorbankan nasib...malah tak kurang
orang yang rasa...atau kata dah bersedia untuk memasu-
ki neraka di Akhirat...semata-mata untuk mengecapi sege-
nap kenikmatan hidup di dunia yang terbentang di hada-
pan mata...

...berbanding kehidupan di Akhirat yang belum tentu
bila masa akan tibanya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam


Ahad, 22 Januari 2012

Scan (06)...Pengisian Otak...

Iaitu antara cara mudah membuat pengisian aura ke bahagian
otak 'pesakit'...

Ketika saya tengah pening kepala memerhatikan 7 pelajar 'ter-
pilih' dalam satu kem bistari solat...yang dah jadi kem bistari
silat...patutlah cikgu-cikgunya mengelak daripada masuk kum-
pulan mereka..terlintas satu idea...

Saya memanggil salah seorang darinya berdiri dihadapan saya
dan memintanya menutup mata...

Saya letak hujung jari telunjuk ke dahinya...dan membuat satu
set pernafasan...bila saya tanyakan...budak itu memberitahu
ada semut-semut 'berlari-lari' dalam kepalanya...

Saya memintanya 'melihat' semut-semut tersebut dan membuat
satu set pernafasan...

Dengan spontan dan penuh yakin budak itu mengatakan...se-
mut-semut itu berupa suatu lemabaga pendek...bertanduk dua
...bertelinga runcing...merah mata dan berbulu....

Saya tarik dengan kaedah cubit cabut....budak itu memberi-
tahu semut-semut itu dah tak ada lagi...

Rakan-rakannya yang lain tertarik dan semuanya minta 'scan'
dan hasilnya lebih kurang sama...ada makhluk beetanduk dan
bertelinga runcing dalam kepalanya...

Cuma yang seorang itu nampak 'lebih sikit'...makhluk itu me-
megang sesuatu benda seperti senjata berduri...memakai 
cawat kulit sedang berdiri di kawasan batu di belakang rumah
budak tersebut...Wallohu a'lam

Seperkara yang perlu anda fahami...bahawa kenakalan budak-
budak tersebut mungkin berkait rapat dengan gangguan...
dan dari 'scan' ketika itu menunjukkan enam darinya sedang
ada jin mengisi pada bahagian otak...

...dan pada hakikatnya...makhluk yang mereka 'nampak' itu...
sebenarnya pada otak mereka sendiri...dan begitulah sebaha-
gian daripada kesan angin bisa dalam otak...

Kalau anda 'pesakit'..anda tak perlu mengamalkan sesuatu
untuk melihatnya....cukup ada angin bisa jin pada otak...
atau mata...

Bagi saya ia bukan suatu kelebihan...tapi lebih kepada 'kera-
cunan' angin bisa jin pada otak....

Wallohu a'lam




Jumaat, 20 Januari 2012

Angin Bisa (22)...Jin Cari Tuan ?

Jam 9 malam..di rumah seorang adik yang menjemput
minum teh...tiba-tiba seorang anak buah saya Fzh yang
baru dalam darjah 5 bertanya pada ibunya...samada
masih ada Air Yasin lain yang tinggal...setelah air Yasin
dalam peti sejuk dah hampir habis diminumnya...

"...kenapa ? "...ibunya bertanya..." saya suka minum air
Yasin..." jawabnya...serta merta saya syak ada sesuatu
yang tak kena....

Saya memintanya duduk atas kerusi dan menutup mata...
kemudian saya membuat satu set pernafasan 'scan'...

Fzh beritahu...ia nampak bayangan satu makhluk berupa
lelaki kurus setinggi pintu bilik yang berpakaian serba
hitam...

Fzh pernah melihat 'lelaki' tersebut hampir sebulan lalu...
ketika ia sedang baring di kerusi panjang ruang tamu
pada suatu senja...tiba-tiba dalam keadaan antara tidur
dan jaga ia ternampak makhluk itu berdiri mengintainya
dari pintu dapur...

'Lelaki' bermata putih bercahaya itu terus merenungnya
beberapa minit tanpa bergerak sebelum hilang daripada
pandangan...

Saya cuba mengesan kehadiran makhluk itu pada baha-
gian mata dan kepala...namun yang ada hanya angin
bisanya...

Saya membuat beberapa pernafasan 'scan'...tapi Fzh tak
dapat melihat kecuali sekadar bayangan muka makhluk
tesebut...namun ia memberitahu ada benda bergetar dan
agak gatal pada pergelangan kaki kirinya...

Rupanya makhluk itu cuba bersembunyi di situ...saya cuba
menriknya keluar dengan tapak tangan...beberapa kali...
tapi ia agak liat...ternyata makhluk itu dah berkubu pada-
nya.

...maka saya menggunakan kaedah 'cubit cabut'...sekali ca-
but...benda itu dirasanya semakin kecil...

Hingga tujuh kali cubit cabut..baru kesannya hilang...dan
pada masa yang sama...Fzh tak dapat melihat lagi makhluk
tersebut.

Tiba-tiba Fzh mula merasa sakit pada bahagian kanan kepa-
lanya dan pada masa yang sama pandangan mata kanannya
juga menjadi kabur...

Saya meletakkan hujung jari telunjuk kanan atas kelopak
matanya...kemudian cubit cabut angin bisa dari bahagian ka-
nan belakang kepalanya dengan jari kiri...

Tiga kali tarik dalam satu nafas...sakit kepalanya hilang...dan
pandangan matanya kembali menjadi normal...dengan izin
Tuhan..

Bererti...sejak sebulan lalu...makhluk itu telah mengekorinya
dan malah telah masuk tinggal dalam badannya...

Fzh juga memberitahu...sejak beberapa lama kalau ia berjalan
malam atau senja ke rumah nenek yang cuma 100 meter jauh-
nya dari rumah...ia dapat merasakan ada sesuatu mengekori-
nya dari belakang...dan pernah melihat kelibat bayangan hitam
di dekatnya...

Fzh tak dapat melihat asal usul makhluk itu...tapi apabila saya
membuat pernafasan 'scan' dan membuat pengisian pada ba-
hagian dadanya...Fzh memberitahu ia dapat merasakan mak-
hluk itu datang dari sebuah rumah lama yang sering kosong.

Pada gerak hatinya...makhluk itu 'jin Islam'...tapi bagi saya..
kalau dah ikut orang...istimewanya jin jantan kalau dah ikut
seorang perempuan manusia...

...maka samada cepat atau lambat...ia akan mengganggu pe-
rempuan itu sebagaimana seorang lelaki manusia yang aniaya
terhadap perempuan...

...maka saya suka memanggil makhluk-makhluk sebegini se-
bagai syaitan...

Malah jin itu juga biasanya akan menghalang jodoh...dan mu-
ngkin juga rezeki...selain menimbulkan tekanan jiwa juga pe-
nyakit ganjil...atau fizikal...

Tiga hari kemudian saya berjumpa dengan anak buah tersebut
....ia tak nampak lagi makhluk itu dan tak ada lagi benda ber-
gerak dalam badan atau kakinya...tapi ia sering merasa takut
tak tentu pasal...

Saya memintanya menutup mata...dan membuat pernafasan
'scan'...Fzh beritahu ia nampak muka makhluk itu...

'Lelaki' itu membuka mulutnya luas-luas menunjukkan kema-
rahan...dan pada ketika itulah Fzh akan merasa takut...

Kalau makhluk itu membuka mulutnya luas-luas...ia seperti
paruh burung...dan nampaknya 'ia' sangat tak berpuas hati...
agaknya 'dia' marah kerana dihalang...

Saya meminta Fzh terus  memerhatikan makhluk tersebut...
dan dengan menggunakan kaedah cubit...saya menekan jari
telunjuk dan ibu jari ke dahi Fzh perlahan-lahan...

...kemudian cubit perlahan-lahan dengan membayangkan
saya mencubit paruh makhluk tersebut...tapi saya menukar
fikiran...

Saya lepaskan...kemudian perlahan-lahan mencubit semula
dengan membayangkan jari saya sebesar mukanya...(jin
tersebut} mecubit keseluruhan mukanya...picit kuat-kuat
kemudian dengan lepas nafas sekaligus...saya cabut muka-
nya...

Kalau Tuhan tak izinkan...mungkin makhluk itu sekadar ke-
sakitan...atau tak apa-apa...tapi kalau Tuhan izinkan...bu-
kan sekadar mukanya hancur...malah mungkin dengan ke-
palanya sekali berkecai...Wallohu a'lam...namun ternyata
bayangan makhluk itu hilang serta merta tanpa kesan...

Kadang-kadang saya rasa agak 'sadis'...tapi...yelah...kalau
buat macam mana pun belum tentu makhluk itu terkena...
jadi taklah rasa 'sadis' sangat...

Tapi bagi saya...kalau anda berperikemanusiaan sangat da-
lam menghadapi sebahagian jin...anda memang 'nak cari
penyakit'....

Wallohu a'lam






Rabu, 18 Januari 2012

Angin Bisa (21)...Lumpuh Kerana Sihir...

Sudah hampir dua tahun nenek itu menderita sakit
ganjil...tubuhnya semakin lemah dan berat tanpa
sebarang sebab yang dapat dikesan oleh pihak
hospital...

Sejak akhir-akhir ini...nenek itu mula merasa tubuh-
nya kebas dan kejang...namun puncanya masih
tidak dapat dikesan...

Saya mulakan rukyah manzil...

Sebaik sahaja nenek itu menutup mata...ia merasa
semut-semut merayap dalam segenap tubuhnya...
dan tanpa sempat saya tanya...nenek itu beritahu
ia nampak makhluk-makhluk itu...

Rupanya seperti semut-semut hitam...dan bebera-
pa ekor pula berupa labah-labah hitam yang ber-
sarang dalam kepalanya...

Semut-semut dalam badan turun perlahan-lahan
dan keluar melalui hujung-hujung jari tangan dan
 kaki...

Labah-labah hitam pula keluar melalui lubang
hidung dan telinga...sementara beberapa ekor
pula keluar melalui lubang pada bahagian tepi
kepala kanan dan dahi kanannya...sehingga
pada satu ketika...nenek itu menampar pipi ka-
nannya kerana labah-labah itu merayap turun
melaluinya...

Apabila nenek itu memberitahu labah-labah yang
keluar melalui lubang pada dahinya bertalikan be-
nang...saya syak ianya ada kaitannya dengan
sihir...

Pada ketika itu...nenek itu melihat seorang rakan
sekampungnya menanam sesuatu ke dalam tanah.

Nenek itu cuma dapat melihat satu bungkusan ke-
rtas yang ditanam tapi tak dapat melihat isinya.

Namun semasa dirukyah itu...ia merasa empat ba-
tang jarum tercabut dari kedua lutut dan buku la-
linya...

Setengah jam kemudian saya meminta nenek itu
membuka matanya...dan ternyata nenek itu gem-
bira...ia merasa tubuhnya lebih sihat dan ringan
tak seperti sebelumnya...dengan izin Tuhan...

Saya beritahu nenek itu supaya tak percaya san-
gat denga apa yang dilihatnya tadi...iaitu rakan
sekampungnya...tapi nenek itu menceritakan...
hampir dua tahun lalu rakannya itu memberinya
buah pinang yang telah siap dibelah...

Walaupun  nenek itu merasa tak senang hati...
seperti ada sesuatu yang tak kena...namun pin-
ng itu dimakannya juga dihadapan rakan tadi...

Beberapa hari kemudian ia merasa lehernya san-
gat gatal...seperti ada semut-semut yang mera-
yap di dalamnya serta batuk-batuk...

Nenek itu telah minta buat air doa pada seseora-
ng...gatal-gatal leher serta batuknya sembuh...
tapi timbul pula satu bekas merah di lehernya...

Mula dari hari itu...ia mula merasa kurang sihat
dan ianya terus berlarutan hampir dua tahun la-
manya ...

Wallohu a'lam






'SCAN' (05)...' suluh Bantu '...

Iaitu bagaimana anda boleh membantu kejelasan
pandangan ghoib seseorang  ' pesakit '...

Apabila anda meminta seseorang ' pesakit '
' melihat ' atau menumpukan kepada sesuatu...

...pada masa yang sama anda boleh  membantu-
nya'...

Contohnya anda meminta ia  ' melihat ' semut-
semut yang bergerak dalam badannya...maka...

1. Tutup mata anda...

2. Tarik nafas perlahan-lahan...tahan selama bo-
leh dan lepas perlahan-lahan...

Ketika anda mula menarik nafas...tumpukan per-
hatian anda kepada satu titik di tengah-tengah
dahi anda...dan anda hendaklah terus menumpu-
kan perhatian atau ' pandangan ' anda itu sehin-
gga selesai anda melepaskan nafas...

Bayangkan dari mula...pada titik tengah itu..anda
sedang memandang kepada semut-semut yang
bergerak dalam badan pesakit...

Maka ia akan dapat membantu kejelasan peng-
lihatan pesakit seolah-olah anda menyuluh te-
mpat yang gelap atau samar-samar hingga ia
menjadi jelas pada penglihatan ' pesakit  '...

Kalau masih samar atau tak nampak...maka an-
da boleh mengulanginya beberapa kali sehing-
ga samada ia nampak atau anda berpuas hati...
ia tak akan nampak...

Untuk membantu anda pada kemahiran ini...
antara latihan terbaiknya...anda duduk pada
satu tempat...dan lihat benda di hadapan anda
contohnya sebiji bola berwarna merah...

Ingat saiz...bentuk dan warnanya...kemudian
tutup mata anda tapi bayangkan anda masih
melihatnya...sebiji bola berwarna merah...

'Letak '  bola itu betul-betul pada titik tengah
tadi...dan anda boleh lihat apa saja benda
lainnya...

Kemudian anda juga boleh duduk dalam se-
buah bilik...perhatikan benda yang ada dalam
bilik...seperti almari ...lampu...kain...dan seba-
gainya...ingat kedudukan...warna dan sebara-
ng corak jika ada...

...kemudian tutup mata anda...dan bayangkan
anda masih melihat semuanya...dengan corak
...warna dan kedudukannya...

Ianya sekadar latihan untuk menajamkan lagi
daya bayang...tapi setakat yang saya faham
asalkan saja kita boleh menumpukan perhati-
an atau ' pandangan ' pada titik tengah tadi...
anda sudah boleh membantu...

Contoh lainnya kalau anda meminta  ' pesakit '
melihat asal usulnya sesuatu...seperti jin ya-
ng mengganggu...maka bayangkan...seolah-
olah anda sedang memerhatikan asal usul
makhluk tersebut...

Saya ingatkan lagi antara syaratnya...pertama
ada angin bisa jin pada otak  ( atau mata ' pe-
sakit ')...jiga anda seorang ahli tenaga dalam.
( jika ahli lainnya...mungkin ada juga yang
boleh...Wallohu a'lam )

Nota...

Saya minta maaf pada pembaca yang bukan
' ahlinya '...kerana mungkin perkara ini anda
kurang faham...tapi harapnya biarlah sekadar
sebagai pengetahuan semata-mata...atau
anda ingin lebih...terpulang pada peluang
dan ikhtiar anda...

Saya sekadar menerangkan caranya...tapi te-
ntang boleh tidaknya anda lakukan...maka
ia terserah pada persediaan diri masing-ma-
sing...

Wallohu a'lam







Isnin, 16 Januari 2012

'SCAN' (04)...Rahsia 'buka Hijab'...

Rahsia ' buka hijab ' ini ialah adanya angin bisa jin
pada bahagian otak ( atau mata ) ' pesakit '...

Maka ia tak ada kena mengena dengan terang atau
kaburnya pandangan mata...atau cerdas lembabnya
fikiran...atau gelap terangnya hati...atau malah ada
tak adanya iman...

' Buka hijab ' ini boleh jadi berlaku tanpa niat...atau
tanpa disengajakan...dan boleh jadi sengaja kita
usahakan dengan syarat...adanya angin bisa jin ter-
sebut...

Saya terangkan di sini caranya lebih khusus iaitu
dari segi penggunaan tenaga dalam...

Caranya...

1. 'Pesakit ' menutup mata...

2.Buat satu set penafasan memasukkan atau me-
ratai aura atau tenaga ke segenap tubuh ' pesakit '

...dan kalau ada jin atau kehadiran angin biasa
dalam badan...ia mungkin merasa tindakbalas se-
perti panas...sakit...sejuk...berat...dan sebagainya.

...atau ia merasa ada semut-semut...cacing-cacing
atau sebagainya bergerak dalam badan....

3.' Pesakit ' diminta menumpukan perhatian pada
mana-mana juga tindakbalas tersebut...

4. Buat satu set ' penafasan scan '...iaitu memasuk-
kan tenaga atau aura  ke bahagian otak ' pesakit '...

Kalau cukup syaratnya...' pesakit ' mungkin dapat
melihat benda-benda ghaib terutama yang berkai-
tan dengan gangguan pada dirinya...

Contohnya...jin pengganggu..asal atau tempat ti-
nggal jin tersebut...

...atau kalau berkaitan sihir...ia nampak penyihir...
atau pengupah...alat-alat sihir serta tempatnya...
dan sebagainya...

...dan yang paling penting...terpulang pada izin
Tuhan...

Wallohu 'lam





Khamis, 12 Januari 2012

'SCAN' (03)...Angin Bisa Pada Dada...

Apabila ada angin bisa jin pada dada...maka
antara yang boleh dibuat adalah...

1.Pesakit dapat merasa sesuatu secara yakin
...iatu punca gangguan...termasuk sebab dan
asal usulnya...makhluk yang mengganggu
contohnya jumlah...bentuk dan jantinanya...
dan sebagainya terpulang pada izin Tuhan...

2.Pesakit dapat merasakan perasaan jin yang
mengganggunya...dan ia termasuk dalam kat-
egori rasukan perasaan...

3.Jika sihir...ia mungkin dapat merasakan siapa
orangnya...iaitu penyihir atau pengupah...atau
kedua-duanya sekali...cara sihir...kedudukan
alat sihir...dan sebagainya...terpulang kepada
izin Tuhan.

...dan sebagainya...

Antara syarat utama gerak rasa ini adalah...ia
hendaklah spontan...tanpa sebarang dorong-
an sebab...tanpa difikir...dan sebagainya..

Apabila ia didahului oleh sebarang pertimba-
ngan...berfikir atau sangkaan...maka ia boleh
jadi hanya sekadar sangkaan buruk semata-
mata..

Wallohu a'lam

'SCAN' (02)...Jenis-Jenis Penampakan...

Iaitu jenis-jenis penampakan jin semasa dalam
proses buka hijab...maka antaranya...

1. Anda nampak banda ghoib dengan sangat
jelas...seolah-olah melihat dengan pandangan
mata kepala...

2. Anda melihat bayangan-bayangan...

3. Anda tak nampak...tapi perasaan anda seperti
anda nampak sesuatu yang nyata...

4. Anda nampak sesuatu...tapi secara samar-
samar...

5. Anda cuma rasa nampak atau akan nampak...
tapi kemudiannya anda tak nampak...

Ia mungkin kerana 'angin bisa tak cukup'...atau
ada juga jin yang berilmu dan menghalang...atau
dapat  mengelak diri

...dan sebagainya...

Seperkara perlu di ingatkan...bahawa semasa di-
'buka hijab' itu...seseorang itu perlu menutup
matanya...maka apa juga benda yang dilihatnya
sama sekali tak melibatkan penglihatan mata
kepala...

Namun secara asasnya...apa juga persoalannya
terpulang pada izin Tuhan...

Wallohu a'lam

'SCAN' (01)...Buka Hijab ?

Apabila seseorang itu dirawat...dan sesuai dengan
kedudukan angin bisa pada bahagian mata atau
otaknya...

...kemudian serasi pula dengan cara rawatannya...
maka ia boleh melihat benda-benda ghoib ( dengan
izin Tuhan ) iaitu sesuatu yang pada keadaan bia-
sa tak tercapai oleh penglihatan mata kepala...

Maka 'buka hijab' itu walaupun pada satu segi se-
olah-olah suatu kelebihan...namun pada hakikat-
nya ia adalah 'keracunan angin bisa jin' pada baha-
gian tersebut...

Perkara inilah yang saya tuliskan pada kisah-kisah
pesakit atau rakan yang dapat melihat sesuatu
berkaitan gangguannya...

Sebenarnya saya sekadar cuba mempergunakan
angin bisa jin yang ada pada bahagian otak...
bahagian mata juga bahagian dada seseorang
untuk tujuan panduan rawatan...

Maka apabila tiadanya angin bisa ini...biasanya
pesakit tak akan dapat melihat benda-benda
ghoib tersebut...

Cara ini juga biasa dibuat oleh mana-mana pera-
wat dari aliran lain (yang tertentu)...namun bagi
pihak diri...saya akan bukakan serba sedikit
rahsia kaedahnya jika ia dibuat secara lebih khu-
sus...Insya Allah...

Wallohu a'lam






Selasa, 10 Januari 2012

Angin Bisa (20)...Penghuni Pondok Kosong...

Ketika saya lalu di tepi pondok kebun yang kosong
dan sentiasa bertutup jendela dan pintunya itu...
saya terdengar langkah-langkah aneh seperti tapak
kaki makhluk bersaiz bayi berlari di dalamnya...

Saya pasti...kerana saya pernah mendengar bunyi
langkah seumpamanya di atas bumbung dapur be-
berapa tahun lalu ketika saya dan dua orang rakan
diekori pulang malam oleh satu makhluk berpakaian
serba putih...

Tapi saya tak endahkan sangat...kerana sedang
menghalau sekawanan lembu yang masuk ke dalam
kebun...

Ketika saya melintasi tepi pondok itu untuk kali ke-
dua bersama seorang anak buah...rasanya gurauan
yang tak kena tempatnya...saya mengetuk dinding
penjuru pondok itu sambil berseloroh...helo...ada
 jin di dalam?

Saya sekadar ketawa kecil apabila anak buah yang
sedang berjalan di belakang itu lari separuh lintang
pukang ke depan...tapi saya sedar...ada bendanya
yang aneh...tapak-tapak kaki itu jelas kedengaran
berlari dari tengah pondok ke penjuru tadi...

Namun saya tak ada masa nak 'melayannya'...ker-
ana kami perlu membaiki pagar yang rosak dan jadi
laluan masuk kawanan lembu tadi...sedangkan
langit mula gelap oleh cuaca mendung...

Malam itu...anak buah itu mengadu merasa takut
tak bersebab...dan ia sentiasa terbayang pondok
kebun siang tadi....

Saya memintanya menutup mata dan saya buat
satu set pernafasan 'scan'...dari bayangan pondok
semata-mata...ia terbayang suatu makhluk berpaka-
ian serba putih...rambut mengerbang dan bermata
merah tinggal di dalamnya...

Nampaknya angin bisa jin itu sudah masuk ke-
dalam bahagian kepala dan dadanya...

Saya membiarkan saja pandangan anak buah saya
itu dan membuat ujian serangan jarak jauh pada
makhluk tadi...

Saya membaca ayat Afahasibtum sekali...tarik nafas
...dan membaca Fatihah serta Ayat Kursi dalam hati
kemudian 'menghentakkan' nafas ke dalam dada...
sambil membayangkan satu letupan aura dalam pon-
dok tersebut...ternyata dengan izin Tuhan...makhluk
itu hilang serta merta...agaknya dah keluar...
wallohu a'lam...

Kemudian barulah saya menarik angin bisa dari ba-
hagian kepala dan dada anak buah tadi...kerana se-
belumnya ia masih merasa takut walaupun benda
itu tak dilihatnya lagi...

Seperkara lain...kalau angin bisa itu masih ada da-
lam jasadnya...ada kemungkinan besar...makhluk
itu akan datang juga kepadanya nanti...


Tiga Nota...

1.Biasanya gangguan seumpama itu berlaku
apabila ada laluan angin bisa dalam badan kita

...kurang pendinding..lemah semangat...atau
mungkin makhluk itu menyukai kita atas sesu-
atu sebab dan sebagainya...Wallohu a'lam...

2.Yang biasa disebutkan...seandainya sesebuah
rumah itu kosong dalam masa lebih 40 hari...
maka ia akan dihuni oleh makhluk halus (jin).

3.Rasa takut di sini merupakan rasukan perasaan
iaitu takut dari sebab pengaruh angin bisa jin da-
lam dada...

...dan ia hanya akan hilang apabila angin bisa itu
ditarik keluar...dan biasanya tak akan hilang kalau
hanya dengan motivasi semata-mata.

Wallohu a'lam





Jumaat, 6 Januari 2012

Angin Bisa (19)...Mimpi Gangguan...

Ketika budak itu menceritakan mimpinya menjadi ikan
duyung..hati saya berbisik...biasalah tu...mimpikan
memang macam-macam...

...tapi apabila ia meneruskan cerita mimpinya...ada se-
orang lelaki datang membawa pisau dan cuba membu-
nuhnya...rasanya ada yang tak kena...

Saya memintanya menutup mata..dan membuat satu
set penafasan 'scan'...budak itu memberitahu ada
4 semut-semut merayap dalam ubun-ubunnya...

Apabila saya meminta ia menumpukan perhatian pada
semut-semut itu...budak itu memberitahu...ia semut
berwarna merah...cuma mukanya putih dan seperti
muka  manusia...

Tiga 'perempuan' dan satu 'lelaki'...kemudian ia terba-
yang sebuah batu besar tapi budak itu tak tahu batu
itu di mana...iaitu asal tempat jin tersebut...

Saya menarik nafas...dan membaca Fatihah dalam hati
3 kali semasa menahan nafas...dan sebaik mula mele-
paskan nafas...saya niat bercakap pada 'semut-semut'
tadi menyuruh 'mereka' balik...

Budak itu memberitahu...semut-semut itu dah keluar.

Sebenarnya pada sekitar kampung kami ada tempat-
tempat pembuangan amalan-amalan sebelum Islam...
juga banyak tangkal buangan...maka mungkin itu
antara sebabnya ia ada gangguan sebegini...di mana
antara makhluk-makhluk itu memilih tempat tinggal
mereka sendiri dan membiak padanya...

Kalau setakat jin liar semata-mata...agak jarang gan-
gguannya..kecuali ada sebab-sebab tertentu...

Wallohu a'lam

Angin Bisa (18)...Khasiat Insyiroh...

Maka bermulalah suatu perkara yang paling saya tak
gemari dan sangat kurang pengalaman mengenainya...
iaitu rasukan...

Sebaik saja saya mula membaca Fatihah...tiba-tiba
wanita itu memegang kepalanya sambil mengangkat
sebelah tangannya lagi...menjerit-jerit "...sudah..su-
daah...jangan baca lagi..sakit...sakiit !"

Hati saya mula tertanya-tanya...samada ia benar-
benar kerasukan...atau masih sedar dan merasa ke-
sakitan...

Saya teringat suatu kisah...seorang rakan minta rawat
pada seseorang...baru saja mula dirawat...tiba-tiba
si perawat yang juga rakannya segera menekan huju-
ng besi ke suatu bahagian badannya menyebabkan ia
kesakitan...

" Siapa kau...dari mana kau datang ? "...tanya si pera-
wat...

" Ini saya..." jawab si kawan sambil menahan sakit...

"oh...kau degil ya..." kata si perawat sambil menekan
hujung besi tadi...

Si kawan yang dirawat itu...'punyalah kesakitan'...ka-
lau nak ikutkan hati...mau saja ditumbuknya rakannya
itu...

Tapi untuk megelakkan sebarang perselisihan juga agar
tak memalukan si perawat di hadapan orang lain yang
hadir...si kawan berkata "...aduh...aduuh...saya datang
dari..." terpaksa dia menyamar jadi jin...yelah kalau tak
mengaku...pasti akan dicucuk lagi dengan hujung besi
tadi...

Rupanya si perawat menyangka ianya dah kerasukan...

Keadaan wanita cukup mengelirukan saya...sekejap-
sekejap ia berteriak-teriak kesakitan...sekejap-sekejap
ia merayu pada ibu dan suaminya agar menyuruh meg-
hentikan rukyah...

Cuma apabila saya berhenti dan bertanya ia datang dari
mana..."entah..!" jawabnya dan mula nak buat lawak...
maka saya mengambil keputusan meneruskan rukyah.

Kadang-kadang...jin perasuk memang sengaja cuba
memancing perhatian perawat agar melayannya..kerana
yang demikian itu ia dapat menghentikan rukyah
(serangan) di samping cuba melalaikan serta menipu
helah...

Seperkara yang baru bagi saya...apabila wanita itu se-
dang galak merapu dan melawak tak tentu pasal...sam-
bil mencaci dan mencarut...apabila saya membaca
Insyiroh (...alam nashroh...) serta merta ia terdiam re-
bah tak berdaya...dengan izin Tuhan...

Apabila saya pindah ke ayat lain...ia mula bertenaga
semula...dan apabila saya membaca Insyiroh semula
ia menjadi lembik dan rebah...malah nak bercakap
pun dah tak larat...

Iaitu Insyiroh boleh digunakan untuk melemahkan or-
ang kerasukan ( setakat mana izin Tuhan )...amalan
melemahkan angin bisa atau jin dalam badan...atau
melemahkan jin yang datang dari luar...

Rupanya jin itu ada strategi sendiri...apabila ia tak ta-
han...ia melompat masuk ke bahagian kepala suaminya
dan kemudian balik semula pada si wanita...dan ianya
berulang-ulang...

Namun kesannya...seolah-olah rukyah tadi tak mem-
beri sebarang kesan padanya...dan pastinya kalau tak
faham...ia boleh menyebabkan keyakinan perawat
atau sebagainya tergugat...namun inilah keadaannya...
bukan sekadar ada rawatan...dan pertahanan...tapi
pasti ada perang psikologinya...

Khasiat lain Insyiroh adalah untuk jampi rawatan pen-
yakit dalam dada...di samping merupakan amalan
terang hati dan penenang...dan amalan agar mudah
segala urusan yang pada sebahagian ulama mengata-
kan ia di baca 9 kali setiap selesai solat fardhu...

...atau jadi amalan biasa sepanjang masa...

Wallohu a'lam





Di Ufuk Timur (25)...Akhirat Dan Dunia...

Barangsiapa yang menginginkan Duniawi semata-mata...
maka Kami segera berikan kepadanya di Dunia ini apa
yang Kami kehendaki bagi orang yang Kamu kehendaki...

..kemudian kami tentukan baginya Neraka Jahannam...ia
akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir...

Dan barangsiapa mengkhendaki kehidupan Akhirat dan
berusaha kearah itu dengan bersungguh-sungguh...sedang
ia Mukmin...maka mereka itulah orang-orang yang usaha-
nya dibalasi dengan baik...

( Maksud Ayat 18-19 Al Isro')

Barangsiapa menghkhendaki keuntungan di Akhirat dan
berusaha bersungguh-sungguh padanya...maka akan
Kami tambah keuntungan itu baginya...

..dan barangsiapa mengkhendaki keuntungan di Dunia
semata-mata maka tidak akan ada baginya suatu baha-
gian pun di Akhirat kelak...

( Maksud ayat 20 As Syuro )

Boleh jadi kamu membenci sesuatu...padahal ia amat
baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
...padahal ia amat buruk padamu...

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui-
nya....

( Maksud ayat 216 Al Baqoroh )

Boleh jadi kamu membenci sesuatu...sedangkan Allah
menjadikan di dalamnya kebaikan yang sangat banyak...

( Maksud Ayat 19 An Nisa' )

Wallohu a'lam

Isnin, 2 Januari 2012

Selamat Tahun Baru...

Sila masukkan bayarannya sejumlah
RM*** ke dalam akaun no ***-***
dan kirimkan butir-butir pembayaran
tersebut ke email saya ******* dan
sertakan alamat rumah anda sekali...

Tiga hari dari tarikh tersebut...silakan
anda sekeluarga bersedia...
dan tepat jam 8 pagi...sila buka pintu
depan rumah anda dan saksikan se-
cara langsung...

...kedua-dua anak ini senyum di had-
apan anda sekeluarga...

Tapi masa adalah terhad...cuma 5
minit saja tau...kerana masih banyak
rumah lagi budak-budak ini nak per-
gi senyum...

Begitulah agaknya iklan kalau...
' senyum untuk di jual '...tapi syukur-
lah...senyum adalah percuma...

...dan senyuman anda mungkin meng-
gembirakan hati orang lain...senyum
adalah sedekah...

Senyum manis kedua-dua anak warga
Ranau adalah khas untuk anda di mana-
mana juga anda berada...

Selamat Tahun Baru...semoga tahun
ini adalah yang terbaik daripada semua
tahun sebelumnya...iaitu terbaik untuk
Dunia...dan Akhirat anda...