Khamis, 26 Januari 2012

Angin Bisa (23)...'Ulat' Aneh...

Seorang ahli keluarga  AA mengadu...tiba-tiba ia merasa
ada sesuatu seperti ulat hampir sebesar jari kelingking
melekat di kulit belakangnya...namun ternyata tak ada
sesuatu di situ...

Tapi apabila AA sungguh-sungguh mengatakan benda
itu masih dirasanya melekat pada kulit...saya menggu-
nakan kaedah cubit cabut...

AA dapat merasakan 'ulat' itu ditarik...tapi muncungnya
terus melekat pada kulit...

Saya cuba gunakan kaedah pancung dan peletup...na-
mun seolah-olah tak memberi sebarang kesan...'ulat'
itu terus bertahan...malah sekali-sekala AA merasa kesa-
kitan apabila 'ulat' itu dirasanya cuba mengorek isi dag-
ingnya seperti nak masuk ke dalam badan...

Saya gunakan petua yang saya dapat dari budak-budak
beberapa tahun lalu...saya membayangkan memicit sebiji
tembakau basah dengan hujung jari telunjuk dan ibujari.

Tarik nafas dan tahan...sambil membaca Fatihah 3 kali
dalam hati saya membayangkan perahan air dari tem-
bakau tadi menitik ke bahagian mulut 'ulat' tersebut...
(cara ni biasanya digunakan untuk membuat lintah atau
pacat melepaskan muncungnya dari kulit...)

AA memberitahu...muncung ulat itu sudah terlepas dari
kulitnya...

Namun gangguan itu tak berhenti begitu saja...malam
itu AA bermimpi seorang lelaki tak dikenali datang dan
cuba memperkosanya...

Saya masih ingat beberapa tahun lalu...ketika saya de-
ngan izin Tuhan dapat menolak keluar seekor 'jin Islam
jantan'  yang cuba merasuk seorang ibu...

...sebelum keluar...ibu itu merasakan bentuknya seperti
seekor ulat pada ibujari kakinya...dan jin itu juga...
'kaki' perkosa orang...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan