Jumaat, 6 Januari 2012

Angin Bisa (18)...Khasiat Insyiroh...

Maka bermulalah suatu perkara yang paling saya tak
gemari dan sangat kurang pengalaman mengenainya...
iaitu rasukan...

Sebaik saja saya mula membaca Fatihah...tiba-tiba
wanita itu memegang kepalanya sambil mengangkat
sebelah tangannya lagi...menjerit-jerit "...sudah..su-
daah...jangan baca lagi..sakit...sakiit !"

Hati saya mula tertanya-tanya...samada ia benar-
benar kerasukan...atau masih sedar dan merasa ke-
sakitan...

Saya teringat suatu kisah...seorang rakan minta rawat
pada seseorang...baru saja mula dirawat...tiba-tiba
si perawat yang juga rakannya segera menekan huju-
ng besi ke suatu bahagian badannya menyebabkan ia
kesakitan...

" Siapa kau...dari mana kau datang ? "...tanya si pera-
wat...

" Ini saya..." jawab si kawan sambil menahan sakit...

"oh...kau degil ya..." kata si perawat sambil menekan
hujung besi tadi...

Si kawan yang dirawat itu...'punyalah kesakitan'...ka-
lau nak ikutkan hati...mau saja ditumbuknya rakannya
itu...

Tapi untuk megelakkan sebarang perselisihan juga agar
tak memalukan si perawat di hadapan orang lain yang
hadir...si kawan berkata "...aduh...aduuh...saya datang
dari..." terpaksa dia menyamar jadi jin...yelah kalau tak
mengaku...pasti akan dicucuk lagi dengan hujung besi
tadi...

Rupanya si perawat menyangka ianya dah kerasukan...

Keadaan wanita cukup mengelirukan saya...sekejap-
sekejap ia berteriak-teriak kesakitan...sekejap-sekejap
ia merayu pada ibu dan suaminya agar menyuruh meg-
hentikan rukyah...

Cuma apabila saya berhenti dan bertanya ia datang dari
mana..."entah..!" jawabnya dan mula nak buat lawak...
maka saya mengambil keputusan meneruskan rukyah.

Kadang-kadang...jin perasuk memang sengaja cuba
memancing perhatian perawat agar melayannya..kerana
yang demikian itu ia dapat menghentikan rukyah
(serangan) di samping cuba melalaikan serta menipu
helah...

Seperkara yang baru bagi saya...apabila wanita itu se-
dang galak merapu dan melawak tak tentu pasal...sam-
bil mencaci dan mencarut...apabila saya membaca
Insyiroh (...alam nashroh...) serta merta ia terdiam re-
bah tak berdaya...dengan izin Tuhan...

Apabila saya pindah ke ayat lain...ia mula bertenaga
semula...dan apabila saya membaca Insyiroh semula
ia menjadi lembik dan rebah...malah nak bercakap
pun dah tak larat...

Iaitu Insyiroh boleh digunakan untuk melemahkan or-
ang kerasukan ( setakat mana izin Tuhan )...amalan
melemahkan angin bisa atau jin dalam badan...atau
melemahkan jin yang datang dari luar...

Rupanya jin itu ada strategi sendiri...apabila ia tak ta-
han...ia melompat masuk ke bahagian kepala suaminya
dan kemudian balik semula pada si wanita...dan ianya
berulang-ulang...

Namun kesannya...seolah-olah rukyah tadi tak mem-
beri sebarang kesan padanya...dan pastinya kalau tak
faham...ia boleh menyebabkan keyakinan perawat
atau sebagainya tergugat...namun inilah keadaannya...
bukan sekadar ada rawatan...dan pertahanan...tapi
pasti ada perang psikologinya...

Khasiat lain Insyiroh adalah untuk jampi rawatan pen-
yakit dalam dada...di samping merupakan amalan
terang hati dan penenang...dan amalan agar mudah
segala urusan yang pada sebahagian ulama mengata-
kan ia di baca 9 kali setiap selesai solat fardhu...

...atau jadi amalan biasa sepanjang masa...

Wallohu a'lam





9 ulasan:

  1. biasanya sesi rawatan utk pesakit kena rasuk ini memakan masa juga, apatah lagi jin yg merasuk jenis yg degil dan kaki melawan,banyak tipu helah, maka perang psikologi,perang mulut terjadi antara perawat dgn pesakit(jin yg ada dlm bdn pesakit).jin atau syaitan yg b,pengalaman memang sukar nk mengusirnya, kadang terjadi apabila dirukyah, jin ikut sekali membaca apa yg dibaca oleh perawat,ada kes jin tu perli bacaan perawat tu betul,tpi ini memang tipu helahnya padahal jin tu dh kesakitan sbnrnya..disini kesabaran perawat perlu kuat.ada juga kes jin perasuk itu lari apabila perawat mula membaca rukyah,tetapi lpstu dtg balik. Biasanya jin yg degil tak mau meninggalkan bdn yg dirasuk dan sanggup b,tahan biasanya para perawat t,paksa Memusnahkan jin tersebut dgn kaedah rukyah gabungan jurus tenaga dlm yg berterusan.kaedah lain memasukkan aura ke dlm bdn pesakit utk memaksa jin itu keluar dari bdn pesakit,dan klu ada geng2 jin lain pun masa tu x dpt masuk pasal bdn pesakit yg diisi aura itu buat jin kepanasan dan t,bakar.wlu apapun kaedah ini b,tahan utk pendinding sementera shj.namun b,kesan dlm satu sesi rawatan..

    BalasPadam
  2. statement diatas b,dasarkan apa yg sya lihat sendiri dari perawat dari cwngn t,tentu..namun bnyk kaedah lain lg yg boleh dilakukan mengikut kepakaran perawat2 lain.biasanya para perawat t,lebih dahulu akan membuat kaedah scan dulu mengetahui punca2 rasukan,ini kerana kelemahan jiwa,stress,masalah peribadi seseorang dan ditambah pula cmpurtgn jin terjadinya masalah rasukan ini.harap saudara junied membetulkan apa kurang disini:-)

    BalasPadam
  3. Salam saudara Imran...

    Alhamdulillah...betul tu Iran...dan
    saya harap diri dan pembaca dapat
    mengambil perhatian atas semua yang
    rakan kita ini nyatakan...

    ...terutamanya ada sebahagian kita
    yang ingin menjadi perawat kerana
    mengganggapnya mudah...atau nak be-
    rubat tapi sebaliknya dalam masa
    yang sama...ia membiarkan dirinya
    terus lemah dalam menghadapi gang-
    guan...

    Seperkara yang sangat penting da-
    lam ulasan rakan kita di atas...
    adalah antara kelebihan menggabung-
    kan antara rukyah dan tenaga dalam.

    Dan antara tekniknya...kita tidak
    hanya boleh menumpukan serangan ke-
    pada jin yang merasuk...

    ...sebaliknya dalam masa yang sama
    kita boleh menyerang atau melemahkan
    jin lain yang bersedia untuk membantu
    atau mengganti jin perasuk sekiranya
    ia tak dapat bertahan...

    ...dengan meniatkan serangan ini ke-
    pada jin lain yang menjadi rakan kepa-
    da jin perasuk...atau jin lain yang
    sudah bersedia untuk campurtangan...
    iaitu tanpa menunggu makhluk itu
    menyerang terlebih dahulu...

    Terima kasih Iran atas ulasannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. ...kemudian seperkara juga yang sangat
    penting bagi perawat atau pesakit ia-
    lah menghayati rasa...bahawa jin itu
    juga makhluk seperti kita juga...dan
    ia pada hakikatnya tak berkuasa...

    ...semuanya yang terjadi...samada ia
    dari diri atau makhluk itu...adalah
    kekuasaan dan izin Tuhan semata-mata.

    Seorang rakan yang berpengalaman ada
    menceritakan bagaimana serangan jin
    kepadanya lumpuh begitu saja dengan
    izin Tuhan apabila ia menghayati rasa
    ini...

    Sebaliknya apabila kita menganggap
    diri kita lemah...atau jin itu kuat...
    tanpa menyandarkan semuanya itu kepada
    kekuasaan dan kekuatan Tuhan...maka
    benar-benar kita melemahkan diri...dan
    sebaliknya menjadikan jin itu lebih
    kuat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. assalamualaikum semua,haha part berlakon tu kelakar betul hehehe...so bro maksudnya walaupun mengunakan tenaga dalam,perawat takleh nak verifylah pesakit tu samada dirasuk atau tak?(semasa kerasukan berlaku)...maaf ana yang hina ni tak tahu :)..

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth hafiz...

    Rakan ini tak guna tenaga dalam...ia
    sekadar ambil rukyah kemudian di-
    campur dengan perguruan lain...dan
    saya pasti...ia belum tahu gunakan
    pernafasan tenaga dalam juga sedang
    'belajar'...

    Bagi tenaga dalam pula...kadang-kadang
    pengalaman sangat penting untuk membe-
    zakan antara orang yang sedang kerasu-
    kan atau tidak terutama jika rasukannya 'samar' atau sedikit saja gejalanya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. ...pernah sekali saya dan adik merukyah
    seorang remaja...

    Lebih dua puluh minit rukyah...adik sa-
    ya mencuit bahu saya...

    ...dia berbisik...budak ni bukan kerasu-
    kan...tapi mabuk dadah...

    Apabila adik saya tanyakan...remaja itu
    mengaku serta merta...

    La...saya ingatkan jin tahan lasak tadi..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh hahaha kelakar2..pastu bro sekeh tak kepala dia?:)..gitu rupanya hmmm..okay2

      Padam
    2. ...sabar-sabar bro...cobaaan...baru
      nampak muka dia saja pun dah 'menge-
      siankan'...

      Padam