Jumaat, 25 November 2011

Angin Bisa (06)...Solat Hati beku...

Semalam...seorang makcik menyuarakan keresa-
hannya...ia sering tak dapat khyusuk dalam
solat...

Hanya bibir membaca bacaan solat...tapi hati-
nya lansung tak rasa sedikit pun sedang solat.

Kadang-kadang makcik itu menitiskan air mata
dengan keadaan tersebut...dan ia sangat rindu-
kan perasaan khyusuk dalam solat...

Makcik itu pernah mengadukan hal itu pada se-
orang ustaz..dan ustaz itu menasihatinya agar
banyak-banyak bersabar...dan bersyukur walau
sekadar mana amal yang mampu ia kerjakan...
kerana memang dah kerjanya syaitan mengganggu
orang yang solat...

Kini...makcik itu bertanya pada saya pula akan
puncanya...

Mungkin makcik rasa resah gelisah semasa solat
kerana itu hati makcik tak rasa pun sedang solat
kata saya cuba menyelidiki perkara tersebut...

...saya tak rasa resah...mungkin Dee tak faham
soal begini...Kata makcik itu...

Saya syak ada gangguan jin biasa...tapi kalau dah
ke tahap ini...saya memang rasa agak bingung...

Tapi apabila saya bertanya beberapa perkara...saya
dapat maklumat di bawah ini...

1.Makcik itu sering merasa sakit pada urat leher
sebelah kanan...dan kadang-kadang makcik itu mera-
sakan ada jarum disitu...

2.Kalau sekali sekala ia dapat solat dengan lebih
khuyusuk...makcik itu merasa sakit pada tapak kaki
kanannya...

Apabila saya meletakkan hujung jari telunjuk pada
tapak kaki kanan makcik itu...tiba-tiba ia merasa
tepi kanan lehernya sakit...

Kemudian makcik itu memegang pula kepalanya...ia me-
rasa pening...dan tak ada sebarang tindakbalas da-
lam bahagian dadanya...

Keputusan 'Scan'...

1.Ada gangguan angin bisa (jin) pada bahagian kepa-
la (otak/fikiran) makcik tersebut...

2.Sakit pada lehernya adalah sakit gangguan jin...

3.Ada laluan angin bisa dari kepala...ke leher...
hingga ke tapak kaki kanan makcik tersebut...

Apabila ia dapat solat khyusuk...maka jin yang me-
ngganggunya akan kesakitan...kerana itu jin terse-
but berusaha menghalangnya dari khyusuk solat...

Kesimpulannya...langsung tak rasa sedang solat itu
adalah gangguan jin yang berpunca daripada ganggu-
an ke bahagian fikirannya...

Angin bisa itu menghalang makcik tersebut dari se-
barang tumpuan dalam solat...maka hatinya seolah-
olah beku...langsung tak dapat merasa sedang solat.

Sebaiknya..kalau anda merasa gejala ini...sebaik-
nya minta 'scan' jika nak dapat kepastian...dan
meminta rawatan jika perlu...juga jaga amalan...

Biasanya gangguan ini menyebabkan ramai orang men-
inggalkan solat iaitu jin tersebut juga membisikkan
...kalau tak khyusuk...Tuhan tak akan terima...
maka sama juga dengan tak solat...maka...lebih ba-
ik tak solat langsung...dari bersusah payah tak
ada faedahnya...

Sebenarnya kita cuma perlu buat sebaik mungkin...
walau tak khyusuk...kekalkan amal sambil terus me-
mohon kepada Tuhan...sambil belajar menambah ilmu.

Tuhan lebih tahu akan sekadar mana kemampuan kita
dan dengan pandangan rahmatnya...amal sedikit yang
kita syukuri itu...semoga berlipat kali ganda be-
sarnya di sisi Tuhan...

Tak akan ada orang yang berputus asa dari rahmat
Tuhan...kecuali orang kafir (maksud ayat Qur'an).

Wallohu a'lam

Khamis, 24 November 2011

Di Ufuk Timur (18)...Peringatan Mati...



Orang yang ingat kepada mati akan ingat 3 perkara :

1. Segera bertaubat...

2. Berhati tenang...

3. Istiqomah beribadah...


Bagi orang yang lupa mati...

1. Menunda-nunda taubat...

2. Tidak rela hidup sederhana...

3. Malas beribadah...


Dikatakan...siapa yang lupa mati...nescaya Tuhan
akan menjadikan kuburnya itu sebagai lubang-
lubang dari neraka...

( Cacitan huraian hikmah...)

Wallohu a'lam

( Gambar...sebahagian rakan sedang bergotong royong
membersihkan tanah perkuburan PALIMA...)

Rabu, 23 November 2011

Di Ufuk Timur (17)...Dunia Umpama Ladang...



Dunia ini umpama ladang tempat bercucuk tanam dan
engkau akan menuai hasilnya di Akhirat kelak...

Tanaman yang baik...Insya Allah..baik hasilnya...
tapi tanaman yang sia-sia...maka engkau bakal me-
nuai penyesalan...

Wallohu a'lam

Dunia Misteri (23)(G 1)..Sekadar Batu ?



Kalau anda merujuk kepada blog rahsia nampak
jin catitan November 2009...pada tajuk DUNIA
MISTERI...Penghuni Batu Besar...ia adalah me-
ngenai batu ini...iaitu batu yang lebih kecil
...dan ada pokok langsat tumbuh di atasnya...

Setakat yang saya fahami...makhluk tersebut
masih tinggal di situ...dan biasanya tak meng-
ganggu...

Bagi orang baru datang...biasanya pada waktu
malam...anda mungkin merasa kawasan tersebut
'banyak orang berkeliaran' atau memerhatikan
anda...dan lebih-lebih lagi bagi orang yang
ada saka atau jin pendamping...Wallohu a'lam.

Batu jenis ini ada nama khususnya...saya tak
ingat..tapi dikatakan biasanya ia adalah batu
pada sesuatu tempat yang pernah menjadi tapak
gunung berapi yang sudah meletup sejak lama
dahulu...Wallohu a'lam...

Batu hitam yang lebih besar boleh dilihat di-
kawasan Hospital Daerah Ranau pada gambar
yang Insya Allah akan disertakan...dan mungkin
juga boleh didapati pada mana-mana kawasan lain
dalam negara kita...

Gambar hanya untuk tujuan 'cuci mata' ya...dan
untuk tatapan sebahagian antara kita yang belum
pernah melihatnya...

Wallohu a'lam

Angin Bisa (05)...Jentikan Maut...

kelmarin...jam 7.30 malam...seorang rakan se-
perguruan menelefon dari K.Kinabalu...

Petang tadinya ia menjentik bahu anaknya yang
berumur dalam lingkungan 3 tahun...

Anaknya itu menangis kesakitan..tempat jent-
ikannya mula membengkak dan menjadi biru...

Badan budak tersebut juga menjadi panas...se-
perti demam...

Rakan itu telah memberi anaknya itu minum air
yang dibacakan Fatihah dan Ayat Kursi...

Kesan biru itu hilang...tapi bahunya masih be-
ngkak dan badannya juga masih panas...

Ibunya yang tak tahu apa-apa...menjadi hairan
dan panik dengan keadaan budak tersebut yang
tiba-tiba diserang demam panas...

Semasa ibunya membawa anak tersebut berjumpa
doktor...rakan itu mengambil kesempatan menele-
fon saya...

Saya terkejut apabila rakan itu memberitahu...
ia mengamalkan jurus pukulan maut...

Walaupun pada asasnya perguruan Iman Therapy
adalah serba guna...tapi Ustaz tak pernah meng-
ajarkan sebarang jurus pukulan maut...

Sebaliknya menekankan bahagian pertahanan dan
rawatan semata-mata...

Sebelum dan selepas mengambil ijazah Iman Ther-
apy...rakan itu ada mengambil ijazah daripada
beberapa perguruan...tentu ia adalah salah satu
amalan yang dipelajarinya dari mana-mana pergu-
ruan tersebut...

Kalau begitu...rawatan hospital tak sesuai...ma-
lah pasti akan ada kesan sampingannya kecuali
rakan tersebut mesti menarik keluar bisa amalan-
nya dari badan budak tersebut...

Saya syorkan ia menarik bisa pukulannya tadi me-
lalui ubun-ubun...iaitu dengan meletakkan tapak
tangan atas ubun-ubun budak itu...tarik nafas
sambil niatkan menarik bisa keluar dari seluruh
tubuh anak tersebut...

Hampir jam dua belas tengah malam...rakan itu me-
nelefon semula...ia telah buat seperti yang di-
syorkan...dan bengkak pada bahu kanak-kanak itu
telah surut...tapi badannya masih panas membah-
ang...

Kalau begitu...kemungkinan besarnya...ada angin
bisa gangguan jin dalam badan budak tersebut...
kerana itu panas badannya akan mengambil sedik-
it masa untuk turun...

Tadi rakan itu menelefon...pada pagi selepas pe-
tang kejadian ia menjentik bahu anaknya itu...
baru demam anaknya itu hilang...syukurlah...

Nampaknya kejadian itu ada hikmahnya...rakan te-
rsebut mengakui sebelumnya ia tak rasa sayang
pada anaknya itu...

Apabila ia melihat wajah anak tersebut..ia ter-
bayangkan wajah seorang lelaki lain...maksudnya
ia merasa bahawa anak itu adalah hasil perbuatan
curang isterinya dengan lelaki lain...

Tapi setelah anaknya sembuh dari demam...baru ia
dapat merasakan betapa ia sayangkan anaknya itu
dan tak ada lagi bayangan wajah lelaki lain se-
perti sebelumnya...

Ia bererti sebelum ini...anaknya itu juga dise-
lubungi aura gangguan...yang menghalang perasaan
kasih sayang si ayah...dan menimbulkan prasangka
yang sangat buruk...

Itulah hikmahnya...tapi tanpa pertolongan Tuhan
sebaliknya anak tersebut mungkin menderita se-
umur hidup atau mungkin maut dari sebab jenti-
kan amalan jurus mautnya...

Biasanya kalau tangan tersebut digunakan untuk
menampar...menumbuk atau sebagainya ke badan se-
seorang...antara kemungkinannya seluruh badannya
akan menjadi bengkak dan biru...mungkin muntah
darah...tapi yang pastinya...dengan izin Tuhan
dalam masa yang sangat singkat...boleh membawa
maut...

Wallohu a'lam


Nota.

1.Setakat yang saya fahami...jurus maut tenaga
dalam asli tanpa campur tangan jin...sepatutnya
tak berkesan kecuali apabila keadaan benar-benar
terdesak...contohnya diserang musuh yang benar-
benar berniat nak menzalimi atau membinasakan...

Tenaga dalam asli tak mudah atau kalau tak tahu
kaedah khususnya...maka ia tak dapat dibuat per-
tunjukan...dan...apabila anda mengalami keadaan
seperti rakan di atas...anda perlu minta 'scan'
gangguan...dan saya sangat pasti...anda ada gan-
gguan...

Rakan itu ada menyebutkan satu perguruan...yang
hanya menggunakan zikir dalam amalan jurus pu-
kulan mautnya...dan saya pernah bertanya rakan
lain Ms yang juga ada mengambil ijazah perguruan
tersebut...

Rakan itu menceritakan...semasa ijazah...guru
itu cuba memasukkan sesuatu makhluk ke dalam
tubuhnya melalui ubun-ubun...

...tapi benda tersebut tak dapat masuk...maka
ia merayap atas kepalanya...kerana ketika itu
ia dah mengambil ijazah bebrapa perguruan seb-
elumnya...

Bagi rakan lain semasa ijazah itu...mereka me-
rasakan ada resapan sejuk dari ubun-ubun ke se-
luruh tubuhnya...

Maka kita perlu berhati-hati untuk mengambil se-
barang ijazah ilmu...dan ingat seperkara...peng-
gunaan zikir semata-mata tanpa mentera aneh atau
syirik...tak menjamin...tak ada penggunaan jin.

Antara tanda zahir mudah mengenal ilmu jin...te-
rutama ilmu pertahanan diri...kita akan menjadi
panas baran...atau suka mencari gaduh...selain
dapat merasakan kekuatan atau keberanian luar-
biasa yang mana sebelumnya tak ada...

2.Bagi kes rakan di atas...tanpa sedar ia meng-
umpulkan antara ilmu putih dan ilmu jin...dan
masalahnya ia giat mengamalkan ilmu yang sangat
meragukan tersebut...

Dua hari sebelum kejadian di atas...ia menelefon
..ia menceritakan...suatu ketika ia merasa sangat
marah pada seseorang...hingga ia mengepalkan
penumbuknya...tapi kemudiannya apabila ia me-
buka genggaman tangannya tadi...ia merasa semut-
semut yang amat banyak pada tapak tangannya...
dan saya sudah mengingatkan ia agar tak menggu-
nakan tangan tersebut kerana semut-semut itu
kemungkinan besarnya adalah jin yang menjadikan
tangannya 'berbisa'...tapi ketika itu saya tak
tahu ia ada amalan khusus berkaitannya...

Dan ia tak menyangka...sekadar jentikan...ia se-
benarnya telah mengalirkan bisa tersebut ke tu-
buh si anak...yelah...jin tak akan peduli siapa
mangsanya...

Wallohu a'lam

Ahad, 20 November 2011

Angin Bisa (04)...Saka Penggerun...

Sejak pulang dari menghadiri majlis pengebumi-
an seorang jirannya...Gn mula merasakan tak
sedap hati...

Tiba-tiba sahaja ia menjadi pemanas tak tentu
pasal...

Kadang-kadang ia merasa runsing...dan susah
hati tanpa sebarang sebab...di samping sela-
lu bermimpi aneh...

Ketika ia duduk dikerusi sambil menutup mata
saya membaca Ayat-Ayat Sihir...dan membuat
satu set pernafasan...

Ketika itu tiba-tiba Gn merasa jantungnya
berdebar-debar...dan jari tengah tangan kanan-
nya bergerak-gerak...

Seketika itu rasa berdebar-debar itu hilang me-
nunjukkan jin yang ada dalam dada...dan ada ora-
ng yang kata biasanya jin itu bergantung pada
jantung...telah keluar melalui jari tengah tadi.

Semasa di rukyah Gn tak merasa sebarang tindak-
balas dalam badannya...kecuali kulit muka yang
terasa panas membahang...menunjukkan ada aura
jin melapisi mukanya...

Beberapa minit kemudian panas itu hilang...

Beberapa kesimpulan...

1.Ada dua kawasan penempatan jin padanya iaitu
pada bahagian dada...dan belakang kepala (otak).

Maka aura jin dari belakang kepala itu melapisi
ke bahagian mukanya...juga menyebabkan ia sela-
lu bermimpi aneh...

Kesan pada dadanya pula selalu rasa berdebar
dan sukar mangawal perasaan marah yang sering
naik mendadak...walau pun disebabkan oleh per-
kara kecil...

2.Berdebar-debar dan lapisan aura jin pada muka
menunjukkan kemungkinan besar ia dijaga oleh
jin ilmu penggerun...

Kesan aura itu samada menjadikan orang segan..
atau gerun padanya...

Maka ia mungkin selamat daripada gangguan orang
yang berniat jahat...tapi aura itu juga akan
menakutkan orang yang berminat padanya...

Mungkin kerana itu sehingga sekarang ia masih
bujang walaupun ada 'markah agak tinggi' untuk
memikat hati orang lain...( iaitu sepatutnya
ia tak ada masalah kalau dinilai dari segi
daya tarikan biasa...maka dari pandangan peru-
batannya...ia mungkin ada masalah gangguan...
atau halangan ghoib...dan siapa pun anda kalau
rasanya seolah-olah ada halangan jodoh...seba-
iknya minta 'scan' untuk mendapat kepastian...
dan rawatan sekiranya ada gangguan...)

Perkara ini biasa terjadi...iaitu apabila jin
menjaga anda...maka bukan setakat 'dijaga' da-
ri gangguan orang...tapi hingga ke tahap jaga
dari kahwin...kerana jin itu sendiri nak jaga
anda...

Kalau dah kahwin pula...boleh jadi dicerai be-
raikan agar anda tak ada pasangan yang 'kacau
daun kerja jaganya'...

Sebenarnya Gn pernah Ustaz rawat...dan sudah
lama ia tak mengalami gangguan...hingga ia mula
lalai menjaga amalan dan gangguan itu datang se-
mula walaupun ada tanda-tanda...ia bukan jin
saka yang sama...

Hal ini Gn akui sendiri...kerana sibuk dengan
gerainya...ia mula lalai dan lupa amalan...

Seorang rakan yang banyak berguru dan lebih be-
rpengalaman berkata pada saya...kita tak boleh
lagi tinggalkan amalan...kalau tidak...kita
akan jadi sasaran serangan jin yang pernah ikut
kita dulu ( jin tangkal buang keluarga tua )
juga serangan balas dendam jin orang yang per-
nah kita rawat...

..apa boleh buat...bisik hati saya...kalau dah
begitu caranya Tuhan nak kita terus istiqomah
beramal...

Begitu juga pada semua orang yang ada gangguan
saka...sebenarnya tak ada pilihan yang jelas
selain beramal seumur hidup...

Kerana apabila kita mula rasa tak memerlukan
Tuhan...maka hati kita akan mula jauh dan men-
jauh daripada Tuhan...

Guru utama pernah berkata...hal gangguan ini
perkara kecil...yang penting kita istiqomah
ini untuk mencari keredhaan Allah...

Yalah...kalau Tuhan mengkhendaki...tanpa amal-
an pun kita boleh sihat seumur hidup...

Seolah-olah Tuhan menjentik telinga dan berk-
ata...wahai pulan...ingat padaku...

Yang baik itu semuanya dari Tuhan...

Wallohu a'lam

Nota

1.Salah satu kelebihan orang yang ' dijaga' jin
iaitu ada halangan jodoh...ialah sekali pandang
sahaja anda mungkin ada aura penarik...malah
mungkin wajah anda kelihatan bercahaya...

Cuma apabila anda cuba mendekati seseorang...at-
au sebaliknya..pasti akan timbul masalah yang
bukan-bukan...dan biasanya anda dan rakan anda
itu akan selalu merasa marah...bertengkar...
atau saling bergaduh tak tentu pasal...

Kadang-kadang baru berkawan saja pun dah putus
...atau sekadar sempat bertunang...atau sempat
kahwin tapi bercerai akibat gangguan jin ter-
sebut.

2.Tak semua jin saka itu jin pendekar...atau jin
pengggerun...ia mungkin sekadar ' perempuan tua '
yang biasanya pakar pemanis juga pakar pemisah.

Ia menghalang jodoh anda semata-mata kerana ter-
lalu sayang pada anda dan tak mahu melepaskan
anda kepada orang lain...dan dalam masa yang
sama...ia 'memaniskan' anda...agar tak ada or-
ang merasa marah atau benci kepada anda...

Agaknya jin itu tak faham...ia sebenarnya men-
yusahkan anda...dan ia termasuk dalam golongan
jin ' bodo '...yang patut anda buang...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (16)...Fadhilat Doa...



( Kubah Subuh...Masjid Daerah Ranau..)

Tidak ada orang Islam di atas muka bumi ini yang
berdoa kepada Allah dengan sesuatu doa...melain-
kan Allah akan kabulkan permintaannya itu...atau
Tuhan jauhi kejahatan daripadanya selama dia tid-
ak mendoakan dengan doa yang membawa kepada
dosa atau putus silaturrahim...

Sesungguhnya doa itu memberi manafaat terhadap
bala bencana yang telah berlaku...dan yang masih
belum berlaku...dan tidak menolak Qodho Allah
melainkan dengan doa...maka sayugialah kamu ber-
doa...

( Daripada Huraian Maksud Hadis At Tarmizi...)

ANTARA FADHILAT BERDOA......

1.Memuliakan Tuhan...

2.Mendapat keredhaan dan rahmatNYA...

3.Perlindungan diri dari bencana...

4.Meringankan sebarang tekanan...

5.Menjadi perisai dari musuh...

6.Mendapat hajat-hajat kita...

7.Dapat memudahkan pekerjaan-pekerjaan susah...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam