Rabu, 14 Oktober 2015

' Kampung Belikat Kiri '...

Ketika rakan yang sedang menutup mata itu
menumpukan perhatian...ia melihat sebuah
kampung di mana penduduknya kelihatan
sedang berpesta.

Namun penduduknya itu semuanya berwarna
hitam dengan sepasang tanduk di atas kepala.

Rakan itu memberitahu...kampung itu berada
di dalam belikat kirinya...iaitu sebuah penem-
patan jin di dalam badan manusia.

Apabila rakan itu membaca Bismillah dan
memulakan kata pemutus...semua makhluk
itu terdiam dan menumnpukan perhatian
kepadanya.

Sebaik selesai kata pemutus...rakan itu mem-
baca  Suroh fatihah...tiba-tiba saja lengan
kanannya menjadi berat.

Menurut rakan itu makhluk-makhluk jin 
tersebut tidak mahu keluar dan cuba ber-
tahan.

Tindakbalas tersebut menunjukkan laluan
masuk jin-jin tersebut adalah melalui hujung
jari-jari tangan kanannya.

Walaupun pada asasnya jin itu boleh di 
tarik atau di tolak keluar dari mana-mana
juga arah namun biasanya kalau melalui
laluan yang 'mereka' buat sendiri....ada
kelemahan besar mereka untuk bertahan.

Gejala penempatan jin tersebut adalah
rakan tadi selalu keletihan tanpa sebab
munasabah...dan kadang-kadang belikat-
nya terasa terasa tebal atau kebas.

Wallohu a'lam

Khamis, 8 Oktober 2015

Buta Serapan Jin...

Sudah hampir setahun abang rakan itu ( Hs ) keluar
masuk hospital...namun setelah dua kali X -ray pada
bahagian kepalanya di mana setiap satunya menelan
kos ribuan ringgit...

...namun punca sakit kepala Hs tidak dapat dikesan
dan  tak  cukup  dengan  itu...penglihatannya  mula
merosot sehingga hampir-hampir buta sepenuhnya.

Setelah beberapa hari merawatnya di wad hospital
dari 'scan' menunjukkan ada luka sihir yang dalam
dari atas masuk ke dalam bahagian kiri kepalanya.

Tentu saja peralatan moden tidak dapat mengesan-
nya...tapi sehingga 6 hari berturut-turut merawatnya
saya juga tidak tahu punca penglihatannya yang
semakin hilang...malah doktor dengan peralatan-
peralatan moden tidak mengesan adanya sebarang
punca atau masalah.

Pada hari ke enam itu Hs di hantar ke Hospital
besar K.Kinabalu untuk menjalani x-ray semula
pada bahagian kepala...tapi masih tidak ada se-
barang masalah dapat dikesan.

Dua hari selepas itu  baru  saya  tahu  puncanya...
iaitu  kerana  jin  yang  menyerapi  tubuh apalagi
pada bahagian kepalanya adalah jin betina yang
tidak bermata.

Iaitu bukan hanya tubuh jin yang menyerapi se-
mata-mata...malah 'kecacatannya' juga turut
menyerapi Hs sehingga ia juga tidak dapat me-
lihat...malah pernah sekali saya melihatnya
kerasukan...saya percaya...jin itu juga bisu...
kerana itu ia hanya mengamuk...tapi tidak ada
sebarang suara....

Wallohu a'lam

Bandaraya Jin ?

Ketika itu rakan tersebut sedang duduk bersila
sambil menutup mata di rumah saya...namun ia
merasa berada di rumahnya yang sejauh 15
minit perjalanan kereta .

Ia masuk ke dalam bilik tidur bapanya...dan ia
melihat ada sesuatu ada satu sudut bilik .

Apabila ia  terus  menumpukan  perhatian...ia
melihat benda itu adalah sebilah keris yang ber-
cahaya...dan ada 'seorang lelaki' berpakaian
pendekar duduk padanya.

Saya menggunakan ayat Afahasibtum...pernafas-
an dan gerak sapu...dengan izin Tuhan cahaya
pada keris itu terpadam.

Ketika itu rakan tersebut melihat dari jauh sebuah 
bandaraya maju yang sangat luas...dan mengikut
rasa hatinya...jin dari keris itu pulang ke bandar
tersebut setelah sihir yang mengikatnya pada
keris itu musnah.

Seperkara yang rakan itu perhatikan...di bandar
itu tidak ada bangunan bertingkat.

Itulah tempat asal jin tersebut sebelum dipuja atau
di tarik menjadi khadam kepada keris tersebut .

Sebelum itu seorang rakan dari perawat rukyah
pernah memberitahu saya...kalau tangkal atau apa
juga benda sihir...yang ada rumah jin padanya di-
musnahkan..maka jinnya akan pulang ke tempat
asalnya di alam jin...

Wallohu a'lam