Jumaat, 16 Oktober 2015

Mata Pint Hati...

Awasilah pandangan matamu....kerana mata itu
adalah  pintu  hati......dan  setiap  sesuatu  yang
engkau  lihat  itu  akan  terus  masuk  ke dalam
hatimu.

Apabila  engkau  tidak  mengawal pandangan
matamu...bererti  engkau sedang menghancur-
kan  hatimu  sendiri...dan  ia  bererti  engkau
sedang menghancurkan hidupmu sendiri

Wallohu a'lam

Rabu, 14 Oktober 2015

' Kampung Belikat Kiri '...

Ketika rakan yang sedang menutup mata itu
menumpukan perhatian...ia melihat sebuah
kampung di mana penduduknya kelihatan
sedang berpesta.

Namun penduduknya itu semuanya berwarna
hitam dengan sepasang tanduk di atas kepala.

Rakan itu memberitahu...kampung itu berada
di dalam belikat kirinya...iaitu sebuah penem-
patan jin di dalam badan manusia.

Apabila rakan itu membaca Bismillah dan
memulakan kata pemutus...semua makhluk
itu terdiam dan menumnpukan perhatian
kepadanya.

Sebaik selesai kata pemutus...rakan itu mem-
baca  Suroh fatihah...tiba-tiba saja lengan
kanannya menjadi berat.

Menurut rakan itu makhluk-makhluk jin 
tersebut tidak mahu keluar dan cuba ber-
tahan.

Tindakbalas tersebut menunjukkan laluan
masuk jin-jin tersebut adalah melalui hujung
jari-jari tangan kanannya.

Walaupun pada asasnya jin itu boleh di 
tarik atau di tolak keluar dari mana-mana
juga arah namun biasanya kalau melalui
laluan yang 'mereka' buat sendiri....ada
kelemahan besar mereka untuk bertahan.

Gejala penempatan jin tersebut adalah
rakan tadi selalu keletihan tanpa sebab
munasabah...dan kadang-kadang belikat-
nya terasa terasa tebal atau kebas.

Wallohu a'lam

Khamis, 8 Oktober 2015

Buta Serapan Jin...

Sudah hampir setahun abang rakan itu ( Hs ) keluar
masuk hospital...namun setelah dua kali X -ray pada
bahagian kepalanya di mana setiap satunya menelan
kos ribuan ringgit...

...namun punca sakit kepala Hs tidak dapat dikesan
dan  tak  cukup  dengan  itu...penglihatannya  mula
merosot sehingga hampir-hampir buta sepenuhnya.

Setelah beberapa hari merawatnya di wad hospital
dari 'scan' menunjukkan ada luka sihir yang dalam
dari atas masuk ke dalam bahagian kiri kepalanya.

Tentu saja peralatan moden tidak dapat mengesan-
nya...tapi sehingga 6 hari berturut-turut merawatnya
saya juga tidak tahu punca penglihatannya yang
semakin hilang...malah doktor dengan peralatan-
peralatan moden tidak mengesan adanya sebarang
punca atau masalah.

Pada hari ke enam itu Hs di hantar ke Hospital
besar K.Kinabalu untuk menjalani x-ray semula
pada bahagian kepala...tapi masih tidak ada se-
barang masalah dapat dikesan.

Dua hari selepas itu  baru  saya  tahu  puncanya...
iaitu  kerana  jin  yang  menyerapi  tubuh apalagi
pada bahagian kepalanya adalah jin betina yang
tidak bermata.

Iaitu bukan hanya tubuh jin yang menyerapi se-
mata-mata...malah 'kecacatannya' juga turut
menyerapi Hs sehingga ia juga tidak dapat me-
lihat...malah pernah sekali saya melihatnya
kerasukan...saya percaya...jin itu juga bisu...
kerana itu ia hanya mengamuk...tapi tidak ada
sebarang suara....

Wallohu a'lam

Bandaraya Jin ?

Ketika itu rakan tersebut sedang duduk bersila
sambil menutup mata di rumah saya...namun ia
merasa berada di rumahnya yang sejauh 15
minit perjalanan kereta .

Ia masuk ke dalam bilik tidur bapanya...dan ia
melihat ada sesuatu ada satu sudut bilik .

Apabila ia  terus  menumpukan  perhatian...ia
melihat benda itu adalah sebilah keris yang ber-
cahaya...dan ada 'seorang lelaki' berpakaian
pendekar duduk padanya.

Saya menggunakan ayat Afahasibtum...pernafas-
an dan gerak sapu...dengan izin Tuhan cahaya
pada keris itu terpadam.

Ketika itu rakan tersebut melihat dari jauh sebuah 
bandaraya maju yang sangat luas...dan mengikut
rasa hatinya...jin dari keris itu pulang ke bandar
tersebut setelah sihir yang mengikatnya pada
keris itu musnah.

Seperkara yang rakan itu perhatikan...di bandar
itu tidak ada bangunan bertingkat.

Itulah tempat asal jin tersebut sebelum dipuja atau
di tarik menjadi khadam kepada keris tersebut .

Sebelum itu seorang rakan dari perawat rukyah
pernah memberitahu saya...kalau tangkal atau apa
juga benda sihir...yang ada rumah jin padanya di-
musnahkan..maka jinnya akan pulang ke tempat
asalnya di alam jin...

Wallohu a'lam

Jumaat, 4 September 2015

' Cubaan Membunuh Rawan '...

Apabila rakan itu S menutup mata ia melihat sebuah
patung...pada bahagian kepalanya ada beberapa
batang jarum tertanam...dan mungkin itu salah
satu puncanya S berterusan sakit kepalanya.

Dengan gerakan dan pernafasan...saya mencabut
jarum-jarum tersebut...dengan izin Tuhan.

Tinggal patung berbungkius kain...saya cuba me-
letupkannya dengan gerakan dan ayat 1 hingga
10 As Soffat...namun langsung tak berkesan.

S masih merasa dirinya bersatu dengan patung
itu menunjukkan sihir patung itu masih aktif.

Saya buat gerak dan bungkusan terbuka tinggal
patung yang terdedah...tiada sebarang tanda
gangguan pada patung itu dan saya cuba letup-
kan lagi....namun seperti tadi...patung itu langsung
tak terjejas.

Ini pengalaman pertama saya keadaan ini....dan 
untuk beberapa ketika saya merasa buntu...

Tiba-tiba terlintas dalam hati saya....apabila S
menutup mata dan menumpukan perhatian....
ia merasa dirinya sedang berada dalam patung
itu.

Ia membaca ayat Kursi sambil berniat untuk balik
ke badan...perlahan-lahan ia merasa sedang ber-
ada dikatil hospital iaitu tempat ia berbaring.

Dalam masa yang sama...patung itu mula kelihatan
samar-samar...akhirnya hilang menandakan sihir-
nya juga sudah terlepas..dengan izin Tuhan.

Rupanya rawan S sedang berada dalam patung itu
dan rawan sama sekali tidak terjejas dengan gerak
letup...

akan bersambung...wallohu a'lam

Isnin, 17 Ogos 2015

Lumpuh...Jin Pada Otak...

Iaitu lumpuh buatan...

Lembaga hitam  jantan  itu cuma  berdiri  kaku
tak bergerak-gerak...namun ia terus merenung
ke arah segumpal saraf.

Renungan atau pandangan beracun itu meng-
halang  isyarat  atau arahan dari otak sampai
kepada bahagian  tangan  dan   kaki   kanan
pakcik itu...hingga tak berupaya menggerak-
kannya sedikit pun.

Lembaga itu adalah jin yang mendiami baha-
gian otak pakcik tersebut....dan dari luar...
kawasan jin itu adalah pada suatu bahagian
seluas dua  inci  garispusat  pada  atas  kiri
kepalanya.

Mengikut pemeriksaan hospital...sepatut-
nya pakcik itu sudah boleh menggerakkan
tangan kanan dan kaki kanannya....

...setelah beberapa  bulan  lalu  tiba-tiba ia
rebah diserang tekanan darah tinggi hingga
tidak sedarkan diri beberapa minggu lama-
nya.

Ternyata bukan sekadar sakit biasa....ada
jin yang turut megambil kesempatan.

" jin itu sedang mendengar perbualan kita?"
saya bertanya....dan pakcik itu mengangguk.

Maka saya ucapkan kata-kata pemutus dan
minta pakcik itu mengikutnya perlahan-lahan
dengan meniatkan bahawa ia sedang ber-
cakap kepada jin pada otaknya itu.

Kemudian pakcik itu membaca Ayat Kursi
dan meniup ke arah makhluk tersebut...
dan sambil pakcik itu baca Ayat Kursi...
saya pula baca Ayat 1 hingga 11 Suroh
As Soffat...kemudian ayat Afahisbtum
serta menggunakan nafas membentuk
pusaran menyedut jin itu keluar.

Dengan izin Tuhan...jin itu hilang namun
meninggal sisa bisa berupa asap hitam
pada saraf yang menjadi sasarannya tadi.

Pakcik itu membaca ayat Kursi dan me-
niupnya...dengan izin Tuhan asap itu juga
hilang.

Bersamaan  itu  benda  hitam  yang  me-
lekap  pada  tengah - tengah   bahagian
punggung  pakcik  itu  juga hilang...

....dan ada satu  laluan  angin  dari   bahagian
kepala turun ke  sepanjang  tulang  belakang-
nya yang menandakan angin bisa jin juga me-
resapi sepanjang tulang belakang yang penuh
dengan saraf.

Laluan itu menyambungkan antara jin pada
otak ke benda hitam itu....yang kesannya
membuat pakcik itu rasa berat untuk duduk
dan terus berbaring sepanjang masa.

Ringkasnya  jin  itu mahu malah berusaha
membuat pakcik itu terbaring terlantar di
atas katil untuk seumur hidup.

3 Nota

1.Satu kes saya jumpa sebelumnya adalah
seorang pakcik yang sudah berumur...

...di mana pada masa mudanya banyak
menuntut ilmu kebatinan.

Sepatutnya ia sudah sembuh dari kemalangan
tapi ia masih tidak dapat berjalan.

Dengan izin Tuhan setelah dirawat gangguan
jin....pakcik itu dapat  berjalan dan bergerak
seperti biasa.

2. Gangguan jin pada saraf adalah di luar ke-
mampuan pengesanan alat-alat perubatan
moden...

...dan kadang-kadang memudaratkan apa-
bila terlalu banyak ujian tidak perlu yang di
buat...

....namun terdapat doktor Islam yang dengan
cepat dapat mengesan batas kemampuan
rawatan hospital.

3. Seorang rakan pernah di rawat dan cuba
dicari punca sakitnya pada bahagian dada...
perut...belakang dan kepalanya hampir
setengah setahun ...hingga akhirnya doktor
memberitahunya.....kami tidak tahu apa
penyakit anda ini.

Maka tidak salah kalau mendapati ada
keraguan...sambil terus minta rawatan
hospital...anda minta juga 'scan' bagi
mengesan gangguan jin.

Penyakit dari sebab gangguan jin adalah
termasuk penyakit zaman moden kini...
terutamanya berpunca dari jin saka...
jin tangkal atau jin ilmu yang kehilangan
tuan.

Seorang ibu sudah lama sakit dada kiri-
nya....apabila ia menutup mata dan me-
numpukan perhatian...ia nampak sebuah
kampung...dan ada seorang lelaki yang
tak ia kenali merenungnya dengan wajah
marah...

Tiba-tiba kampung itu lesap dan ibu itu
batuk kahak darah...dan ketika itu juga
sakit dadanya hilang sebegitu saja dengan
 izin Tuhan

Memang terdapat jin yang bukan hanya
'sekor-sekor' menumpang badan malah
beranak pinak dan berkampung dalam
badan....dan kesakitan yang ditanggung
oleh manusia empunya badan adalah di
luar perkiraan mereka...yang penting jin-
jin itu hidup mewah dan lebih selamat
dari serangan jin lain sebagaimana ke-
adaanya kalau tinggal di luar badan
manusia.

Wallohu a'lam

Jumaat, 14 Ogos 2015

( KISAR ) Petua Hancurkan Jin dalam badan...

Iaitu cara menghancurkan jin dalam badan sendiri...

1. Dekatkan tapak tangan kanan ke mulut.

2. Baca Bismillaahirrohmaanirrohiim tiga kali
dengan nada suara yang jelas ( bukan berbisik
semata-mata )

3. Tiup kuat tapak tangan tadi....

4. Lekap tapak tangan atas tempat yang sakit.

5. Berdoa....Ya Allah hancurkanlah dan hilang-
kanlah penyakit ini hingga tak bersisa....

..Ya Allah seandainya ada gangguan jin...( ia-
itu ada jin dan penempatan jin..atau angin
bisa jin pada tempat sakit ) maka hancurkan-
lah sehancur-hancurnya jin ini dan segala angin
bisanya.

6. Baca Ayat Kursi....dan serentak itu apa-
bila mula saja baca Ayat Kursi....sapu tempat
yang sakit itu dengan sapuan secara bulatan.

Niatkan dalam hati untuk menhancurkan
segala penyakit..jin dan angin bisanya.

Habis baca Ayat Kursi....baca takbir ( Allohu
akbar ) tujuh kali....tapi kali ini niatkan dalam
hati untuk memungut semua hancuran pen-
yakit juga jin serta angin bisanya

Pada takbir ke tujuh terus buat gerakan
pusaran tapi tekankan sedikit tapak tangan
kemudian genggam niat menggegam hancuran
dan sisa-sisa penyakit...jin dan angin bisa
sentap dan tarik buang ke sisi.

Boleh di dua kali lagi jadi tiga kali kesemua-
nya pada tempat-tempat sakit.

Buat pagi petang atau sekali sehari atau bila
bila masa mengikut pilihan sendiri.

7. Jika ianya dibuat lebih dari sekali pada
satu masa untuk kali kedua hingga seterusnya
cuma perlu mula dari ayat kursi ( sambil
'mengisar ' ) .

Nota

1. Jika sakit kepala maka tempat 'pusaran' adalah
atas ubun-ubun kemudian tepat pada tempat yang
sakit...

2. Kalau  selalu  mimpi  aneh  atau  buruk...maka
tempat pusarannya pada ubun-ubun dan bahagian
belakang kepala.

3. Kalau nak 'sapu habis' kepala maka kisar pada
ubun-ubun...atau ubun-ubun...dahi....belakang
kepala...tepi kanan kepala dan juga tepi kiri.

4. Kisar maksudnya umpama sebiji buah jatuh
ke dalam mesin pengisar maka hancur berkecai
buahnya...iaitu buah tersebut umpama jin...angin
bisa...penyakit dan sebagainya.

Dan hancuran itulah yang perlu dibuang dengan
takbir kerana jika dibiarkan terus dalam badan
boleh menyebabkan 'keracunan'.

5. Kalau jin pada jantung...iaitu sakit atau selalu
berdebar...sesak nafas...dan sebagainya...maka
kisar bertentangan jantung.

6. Kalau 'serangan kuman' pada paru-paru...atau
berair dan sebagainya...maka kisar atas dada
kanan dan dada kiri.

7. Kalau gastrik...maka pada uluhati....jika sakit
itu tembus sampai ke belakang pun...cukup dari
depan tapi niat hancurkan jin atau penyakit...
dari depan hingga ke belakang.

8. Kalau perut atau rahim...maka atas perut atau
rahim....

....atau kalau ketumbuhan...atau panas sakit ber-
pindah dalam perut maka kisar pada semua
tempat berpundahnya juga atau bahagian
bengkak atau luka dalam.

9. Kalau sakit seperti kena pukul maka tempat
sakit....

...kalau lutut maka atas kepala lutut....dan se-
bagainya.

10. Rawatan diri ini sebaiknya dibuat setiap
hari walau hilang sakitnya kerana mungkin
ada sisa bisa dan racun malah jin yang ber-
diam diri pada tempat tersebut.

Iaitu tidak ada masa tertentu...sekurang-
kurangnya anda rasa puas hati bahawa sakit
itu tidak berulang lagi.

11. Petua di atas adalah minima dan tidak
ada sebarang halangan kalau anda mahu
tambah bilangannya atau tambah ayat serta
suroh lain.

12. Boleh pula baca Bismillah dan tiga Qul
tiup pada tapak tangan sebelum meletak-
kan tapak tangan itu atas tempat sakit.

Kalau mampu buat tiga set baca 3 Qul itu
serta sapuan atau kisaran pada tempat
sakit....iaitu baca tiga Qul sekali sekali
dan kisar kemudian ulang baca tiga Qul
dan kisar begitulah hingga tiga kali.pada
setiap tempat sakit.

13. Seorang rakan berbangsa Pakistan sen-
tiasa membaca Qur'an setiap hari namun
tiga Qul 'jarang-jarang'...dan ia kena sihir.

Seperkara  kita ingat  bahawa  tidak ada
ayat atau suroh dalam Qur'an yang dapat
menggantikan tempat tiga Qul dalam
amalan penjaga diri....ini adalah kelebihan
khusus 3 Qul.

Rawatan ini adalah untuk apa juga jenis
jin dalam badan...

Wallohu a'lam