Khamis, 4 April 2013

Lahad Datu..Roh Orang Mati...

Ada kisahnya makhluk-makhluk yang ber-
keliaran...menampakkan diri kemudian
menghilang di kawasan-kawasan bekas
pertempuran...maka makhluk itu mungkin...

1. Manusia yang sebati sihirnya...maka ia
boleh melakukan sesuatu yang luar biasa.

2. Atau ianya jin yang tinggal pada kawa-
san tersebut...mungkin 'mereka' agak
terganggu dengan kesan-kesan daripada
pertempuran-pertempuran lalu...

3. Atau ianya adalah jin-jin ilmu peningg-
alan pengganas...samada melalui amalan
atau tangkal...

Makhluk itu kehilangan tuan...dan mungkin
saja ia sengaja menunjukkan diri...untuk
' memberitahu ' ia ada dan sedia untuk
mencari tuan baharu...

Apalagi ada satu yang dikatakan berserban
iaitu kalau ianya jin ilmu...ia biasanya jin
munafik...

Ini boleh difahami kerana pengganas juga
menggunakan tangkal Qur'an atau ayat
Qur'an atau zikir lazim....

...tapi yang pasti...ia bukan roh pengganas
yang berilmu sihir...kerana roh orang mati
itu sudah ada tempatnya masing-masing di
alam Barzakh...

' Tak ke seronok ' kalau buat kerja syirik...
lepas tu dah mati pun...boleh ' makan angin '
sesuka hati menakut-nakutkan orang hidup.

Setiap orang yang mati akan mendapat ke-
hidupan yang baharu di alam Barzakh...
samada 'kuburnya' menjadi taman-taman
syurga...atau lubang neraka...sesuai dengan
amalan semasa hidupnya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan