Ahad, 21 April 2013

Lahad datu...Kalau Belum Ajal...

Cerita dari rakan ke rakan yang terlibat
secara langsung operasi Ops Daulat...

"...kami sekumpulan dalam jumlah bebe-
rapa  orang  cuba  mendekati mayat
pengganas yang terletak dalam sebuah
lubang...

Tiba-tiba beberapa bunyi tembakan dari
kawasan hutan memecah suasana hening.

Saya pasti benar akan terkena tembakan
dari kumpulan pengganas yang menjadi-
kan mayat rakan mereka sebagai perang-
kap...memandangkan  peluru yang datang 
tidak terkira jumlahnya...

Namun saya melihat dengan mata kepala 
saya sendiri...peluru-peluru musuh men-
junam ke tanah sebelum sampai kepada
kumpulan kami...hingga membolehkan 
kami sempat bertiarap dan berundur 
sambil rakan-rakan pasukan keselamatan
lain membalas tembakan musuh...

Akhirnya kami semua selamat..."

...dengan izin Allah...

Rakan ini tidak ada sebarang amalan pen-
dinding...mungkin saja ada rakan lain
yang amalkan...atau...sebagainya...

...yang pasti...segala yang tidak dikehen-
daki Allah...pasti tidak akan terjadi...

Pasukan keselamatan kita juga ada kisah
hebatnya masing-masing...

Wallohu a'lam

7 ulasan:

  1. Salam bro..

    Betul citer tu. Tp kalo tau citernya dari awal smp akhir pasti akn sakit ati tambah kelakar. Bagaimana pegawai atasan yg sblm kejadian mcm singa siap mengugut team kami yg xnk ikut dia.sbb waktu tu sniper sulu masih ramai yg blom mati. bila situasi sebenar mcm tikus. Sehingga terpaksa dipapah keluar.

    2 minggu lepas. Kubur yg sama telah digali semula dan 12 mayat telah dikeluarkn. Dia punya bau paham2 jela. Cuma ada la sedas je tembakan dari sulu waktu team kami keluar dari kawasan tu. Mungkin hadiah tanda terima kasih sbb uruskn mayat diorg.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth sp...

    Memang begitulah adatnya manusia biasa...macam
    roda...kadang-kadang kita di atas....kadang-kadang
    kita di bawah...dan kadang-kadang...kita baru lepas
    ugut orang...kena papah keluar kerana 'cedera'
    semangat...

    Tapi ianya memang pengalaman yang sangat hebat...
    kita dapat melihat kebesaran Tuhan yang mungkin
    sebelum ini tak pernah kita terfikirkan...

    ...terima kasih sp atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam..

    2 minggu lps gak 17 lg myt diorg da tanam di lahad datu. Cuma btol2 Allah nk tunjuk. satu keranda myt sulu yg mati bunuh diri dlm lokap tawau telah pecah waktu dikebumikan. Satu lg keranda myt imam yg tetak polis lepas amik BR1M tu pulak xbole nk angkat. Berat nauzubillah. Badan kecik je tp mcm ada ramai dlm keranda tu. Menyumpah2 si om yg keje angkat keranda tu. Sy tolong angkat sikit pn xlarat. Tp tu la bahagian masing2 yg da ditentukan..

    Rasanya si kiram n da geng da mati..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth sp...

    Mudah-mudahan jadi peringatan kepada kita
    yang masih hidup...

    Tapi kenyataannya...tidak sedikit manusia yang
    sanggup menghadapi apa juga ' risiko ' selepas
    kematian semata-mata untuk untuk mencapai ber-
    bagai kelebihan dunia...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Salam..

    Smlm ada taip pasal pendapat sy mengenai apa yg berlaku pd keranda yg berat tu. Tp xle nk send tiba2 hilang. Mungkin Allah xizinkn sy sebarkan apa yg Dia tunjukkan dlm "pandangan" sy tu. Utk menjaga aib si mati.

    Slps pru13 pengebumian fasa ketiga pula akn dibuat. Jumlah mayat & lokasi paham2 jela xle bgtau.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth sp...

    Tidak mengapa...yang rahsia...biarlah terus
    menjadi rahsia...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam