Khamis, 4 April 2013

Jin Saka...18 Pilihan...

Biasanya jin saka akan berpindah kepada
orang lain apabila tuannya meninggal atau
atas sesuatu sebab lain...

Maka antara ' orang baru ' pilihannya ada-
lah...

1. Keturunan tuannya...

2. Orang yang paling rapat atau disayangi
tuannya...tidak kira ada kaitan darah atau
orang lain...

3. Orang yang lemah jiwa atau semangat...

4. Orang yang kurang atau tidak tahu ber-
kaitan gangguan jin kerana ia boleh jadi
mangsa mudah...

5. Orang yang ada laluan masuk jin ke-
dalam badan...tidak terkecuali orang yang
ada jin saka...dan jin sakanya sedia ber-
kongsi ' rumah '...

...atau ada laluan dari sebab dimasuki jin
sihir...

6. Orang yang disuruh oleh tuannya...

7. Orang yang sengaja meminta atau me-
ujanya...

8. Orang yang menyimpan sesuatu benda
atau barang yang dijaga atau didampingi jin
tersebut...

9. Orang yang percaya kepada perkara
atau benda khurafat...kerana kepercayaan
itu boleh menjadi daya tenaga menarik jin...

...dan mudah diperdaya...

10. Orang yang suka melakukan perbuatan
syirik...

11. Orang yang memendang tinggi atau me-
muliakan jin...

12. Orang yang dicintai jin tersebut...iaitu
jin tersebut jatuh cinta kepadanya...

13. Orang yang dibenci tuannya...maka jin itu
datang dengan maksud menyusahkan...men-
yeksa atau mungkin untuk tujuan membunuh.

14. Orang yang membunuh tuannya...bergan-
tung kepada kekuatan dan kebolehan jin
tersebut...

15. Orang yang menyakiti jin...atau menyakit-
kan hati jin tersebut hingga menimbulkan
dendam...termasuk mencabar tidak tentu
pasal...

16. Jin yang membalas dendam mungkin kerana
keluarga atau kuncu-kuncu disakiti atau di-
bunuh...

17. Orang yang masuk tinggal dalam sesuatu
kawasan atau rumah yang dihuni jin tersebut...

18. Kebetulan jin itu terserempak dengan sese-
orang yang terbuka laluan masuknya...walau
tanpa sebarang alasan...saja nak masuk....

...dan  sebagainya...

Maka untuk ada saka...

1. Tidak semestinya ada upacara...

2. Tidak semestinya anda tahu...

3. Tidak semestinya anda mahu...atau minta....

4. Tidak semestinya anda faham...

5. Tidak semestinya anda sakit...atau sihat...

6. Tidak semestinya anda pendiam...atau ceria...

7. Tidak semestinya anda baik atau jahat...

8 Tidak semestinya anda percaya atau tidak...

9. Tidak semestinya orang tua atau keluarga
ada amalan sihir atau menyimpan jin...

10 Tidak semestinya anda tahu baca Qur'an
atau tidak...

11. Tidak semestinya anda ada pendinding atau
tidak...

12. Tidak semestinya ada tanda...atau perjanjian.

13. Tidak semestinya anda belajar sihir atau per-
caya kepada khurafat...

...dan sebagainya...

Maka ini adalah antara tujuan utama blog rnj
dan nh...anda boleh menilai atau mengkaji diri
sendiri...

...kerana saka mungkin mempengaruhi fikiran...
perasaan...tindakan...kegiatan harian...rumah-
tangga...kesihatan...malah biasanya akan
menghalang seseorang daripada mendekati
Tuhan....kerana jin saka itu biasanya jin kafir
atau jin munafik ( juga kafir )...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan