Selasa, 13 Disember 2011

Angin Bisa (10)...Rumah Dalam Perut...

Seorang anak buah lelaki tahun 6 mengadu...ia
selalu merasa lapar walaupun baru saja ia lepas
makan...

Tiba-tiba saja perutnya terasa kosong...seolah-
olah ia belum makan...

Ia menutup mata dan saya membuat satu set perna-
fasan...

Ia memberitahu ternampak satu lembaga aneh dalam
perutnya...iaitu seorang lelaki berserban jubah.

Tubuh dan pakaian lelaki itu bercahaya...dan pada
rasa hatinya ia merasa makhluk itu beragama Islam.

Namun anak buah saya Fhn memberitahu...makhluk itu
bersedia untuk bertahan tinggal dalam perutnya dan
akan melawan...

Saya menutup mata...dan membayangkan sedang berde-
pan dengan 'lelaki' itu...kemudian berbisik..."ke-
luar!"...tapi membayangkan suara saya itu sangat
kuat hingga membingitkan telinga membentaknya...

Ketika saya nak bertanya sesuatu pada Fhn...saya
terdiam...rasa agak cemas apabila saya memerhat-
kan ada keanehan pada wajahnya...

Air mukanya agak tegang dan seolah-olah 'jatuh'
ke bawah...sambil tunduk seperti bertafakur...

Saya pernah melihat air muka sedemikian iaitu apa-
bila seorang ibu mula dirasuki jin jantan 'Islam'.

'Silap haribulan' tak lama lagi akan keluarlah ka-
ta-kata hikmahnya ni dan akan bercakap berjam-jam
lamanya...sesuatu yang sangat-sangat saya tak mi-
nat dan pula saya sangat kurang pengalaman 'mengu-
rus' jin yang bercakap...

Hampir seminit...tiba-tiba Fhn membuka matanya dan
senyum...baru tadi ia merasa pergi ke satu alam
asing...

...tubuhnya terasa bergerak-gerak ringan...dan ia
memberitahu...makluk itu sudah menghilang ke alam
tersebut...

Alhamdulillah...lega hati saya...dan apabila Fhan
menutup matanya semula...tak ada lagi makhluk ter-
sebut dalam perutnya...

Tiga hari kemudian...saya berjumpa dengan Fhn dan
mengajaknya ke rumah seorang rakan...Fhn beritahu
ia masih lagi merasa lapar sebaik saja habis ma-
kan...

Saya sempat 'scan'...dan apabila Fhn menutup mata-
nya...ia tak lagi melihat lembaga tersebut...tapi
ia memberitahu ada sebuah rumah papan kosong tak
berpenghuni betul-betul di bahagian dalam pusatnya.

Saya buat 'peletup jin'...Fhan beritahu...rumah
tersebut sudah musnah...dan meninggalkan sebuah
tanah lapang...

Saya membaca tiga ayat dari Suroh Al A'rof sambil
menumpukan perhatian kepada tanah lapang tersebut
dan Fhan beritahu...tanah lapang itu sudah lesap.

Saya berpendapat rumah dan kawasan tanah lapang
itu adalah peninggalan jin jantan berserban jubah
beberapa hari lalu...

Saya tak menarik sebarang angin keluar dari perut
Fhn sebelum ini...maka mungkin angin bisa itu pada
pandangan atau di alam jin adalah penempatan jin...

Ini bukan kali pertama...sebelum ini seorang budak
lelaki pernah memberitahu ternampak sebuah kawasan
bandar...dan bandar itu sebenarnya dalam dadanya
sendiri...

Seorang rakan lain terbayang sebuah rumah di tengah
hutan...apaila saya cuba memusnahkannya...ternyata
rumah itu hilang kemudian muncul semula seperti
bayang-bayang...beberapa kali...

Kemudian rakan itu merasakan bahawa rumah itu sebe-
narnya terletak di bawah tulang belikatnya sendiri.

Apabila angin bisa masih ada dalam badan...maka wa-
laupun jin penghuni asalnya dah pergi atau dibunuh
namun penempatan tinggal itu boleh di isi atau men-
arik perhatian jin lain masuk ke dalamnya...

Maka tujuan rawatan atau pendinding antara lainnya
adalah untuk memusnahkan angin tersebut...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. hai saudara junidey hehe..lama tak dengar khabar,saya dah daftar masuk gerak sejati..yahoo~ haha xD..okay2 semoga saudara sihat selalu,ameen.

    BalasPadam
  2. salam.mengikut cerita ni, apa yg pesakit budak dpt lihat rumah atau,ladang dan halaman nya,wlupun setelah pemergiannya (jin) adalah tapaknya yg masih tinggal(angin bisa),oleh itu rawatan susulan amat perlu memusnahkan saki bakinya, agar penyakit budak itu pulih sepenuhnya.

    BalasPadam
  3. Salam Hafiz...Alhamdulillah...harapnya
    nanti dapat juga jumpa rakan saya yang
    banyak pengalaman ini...saudara Imran.

    Wa alaikum salam wbkth Imran..terima
    kasih atas ulasannya...

    BalasPadam
  4. oooo hehe..bro imran tak dek blog ke?

    BalasPadam