Khamis, 29 Disember 2011

Angin Bisa (16)...Lubang Dalam Badan...

Semasa di 'scan'...kadang-kadang ada rakan yang
bertanya...adakah yang saya nampak ini betul..
atau khayalan saya semata-mata ?

...iaitu apabila semasa menutup mata itu ia melihat
sesuatu samada makhluk...tempat...alam asing
atau sebagainya...

Tapi kali ini...saya pula yang rasa nak tanya rakan
tu...samada ia benar-benar melihatnya atau sekadar
khayalan...apabila ia memberitahu nampak satu
lubang dengan garis pusatnya lebih kurang dua
inci di dalam badannya sendiri...

Mulut lubang itu terletak di bahagian belakang be-
rtentangan dengan dada kiri...dan ia memberitahu
...ia melihat dagingnya pada dinding lubang itu
sudah mula reput...

Tapi saya menahan diri...takut pula ia terasa ditud-
uh mereka cerita pula...lagi pun...ia cikgu...perem-
puan...rasanya tak ada perlunya ia nak  'melawak'
tak tentu pasal...

Lainlah dengan anak buah atau rakan-rakan dekat
 'sespesis' (lelaki la tu...) kalau dia kata nampak
 harta karun Pir'aun pun...tak 'heran'...melawak-
lah katakan...

...tapi seperti biasanya...saya akan mengujinya...
saya memintanya memerhatikan apa yang ada da-
lam lubang tersebut...

Rakan itu memberitahu...ia nampak paku-paku se-
panjang dua inci bertaburan di dalamnya...

Tanpa memberitahunya...saya menarik paku-paku
tersebut keluar dengan kaedah cubit cabut...dan
rakan itu memberitahu paku itu dah tak ada...tapi
ada benda lain di situ...iaitu dawai-dawai bergu-
lung...

Dawai itu juga saya tarik dengan kaedah cubit ca-
but...3 kali tarik...dan rakan itu memberitahu...
dawai itu juga dah hilang dan lubang besar tadi
tinggal sebesar hujung jari sahaja...

Saya meminta rakan itu terus memerhati sambil sa-
ya membuat beberapa pernafasan 'scan'...dan
rakan itu memberitahu...ia nampak sebuah rumah
di tepi hutan...

Pintu dan jendela rumah itu semuanya bertutup...
dan ia tak dapat melihat apa yang ada di dalamnya.

Say menarik nafas...tahan...dan ketika itu sambil me-
nutup mata...saya membayangkan rumah itu ada di-
hadapan dahi kemudian perlahan-lahan melepaskan
nafas sambil membayangkan saya melihat dalam
rumah tersebut ( tapi saya sebenarnya tak nampak)...

Saya anggap ia satu dari seni 'scan' ini...sebagai pen-
yuluh dan rakan itu memberitahu ia dah dapat melihat
isi rumah tersebut...

Ada seorang lelaki tua berjanggut sedang duduk men-
gasap keris dan di hadapannya ada sebuah patung...

Saya meminta rakan itu memerhatikan patung tersebut
...dan ia memberitahu ada sebatang jarum dicucuk pada
 pada bahagian belakangnya...

Apabila saya bertanya...rakan itu memberitahu...ia me-
mang rasa sakit pada bahagian belakang...maka saya
membayangkan ada sebatang besi tercucuk pada be-
lakang rakan  tersebut dan menggunakan nafas serta
gerakan...mencabut batang besi tadi...

Rakan itu memberitahu...jarum pada bahagian belakang
patung itu dah tak ada lagi...dan serentak itu ia merasa
sakit belakangnya juga hilang...dengan izin Tuhan...

Saya abaikan lelaki tua tadi...dan membuat kaedah pele-
tup jin untuk memusnahkan rumah tersebut...

Saya sendiri kurang pasti samada ia rumah sebenar di-
alam nyata atau di alam jin...tapi apabila rakan itu mem-
beritahu rumah itu hilang kemudian perlahan-lahan
timbul semula seperti bayang-bayang...saya pasti ia-
nya bukan di alam nyata...

Saya cuba memusnahkannya beberapa kali dengan pe-
letup jin...namun sebaik saja rumah itu hilang...
perlahan-lahan ia muncul semula...

Rasanya...saya tak dapat memusnahkannya...

Apabila rakan itu membuka mata...ia bertanya samada
apa yang dilihatnya tadi itu benar...kerana ia merasa ada
bisikan yang mengatakan kepadanya...itu semua tak
benar...

Tapi yang menariknya...rakan itu cukup yakin mengata-
kan bahawa rumah itu terletak dibawah tulang belikat
kanannya...dan ia menjadi tempat persinggahan jin
dalam badannya...

Wallohu a'lam


5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. as salam.adakalanya perkara ini susah dinyatakan secara umum,maksudnya bukan semua pesakit dpt rasa atau nampak simpton2 kehadiran angin bisa kesan gangguan dlm badannya,apatah lagi org lain yg berada disisi pesakit. Namun apabila pesakit b,hadapan dgn perawat yg ada kebolehan merawat t,tentu maka kesan2 gangguan dpt dirasakan mengikut kepekaan pesakit, dari situ perawat dpt baca keadaan pesakit seterusnya merawat apa yg perlu mengikut keadaan pesakit.jadi mengikut situasi diatas disini gerak rasa antara pesakit dan perawat berlaku. Allohu a'lam.

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth saudara Imran...

    Saya setuju tu Iran...dan satu rahsia
    dalam 'scan' mudah tenaga dalam ini
    ialah kita pergunakan angin bisa jin
    yang ada pada bahagian otak atau ba-
    hagian dadanya...untuk 'menjejak' pu-
    ca angin bisa itu...iaitu samada jin
    atau yang terlibat jika ada penggunaan
    sihir...

    Maka angin bisa jin tadi yang digunakan
    untuk mengganggu atau menyakitkan pesa-
    kit boleh jadi senjata makan tuan pada
    jin atau tukang sihir itu sendiri...

    Maka walau sepadat mana gangguan...tapi
    kalau tidak ada angin bisa jin tersebut
    pada bahagian otak atau dada pesakit...
    biasanya saya tidak dapat buat 'scan'
    jenis ini...tapi Insya Allah..bagi pera-
    wat lain...pasti ada kelebihan tersendiri
    masing-masing...

    Terima kasih Iran atas ulasannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. salam , saya nk bertanya,saya kerap kena tindih, dalam mimpi itu, nampak asap jew, warna putih,

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Kenu...

    Jin...biasanya gangguan lama...iaitu
    dah lama jin itu perhati atau datang-
    datang...atau damping kita...atau
    tinggal pada tempat tersebut...

    Sebaiknya minta 'scan' ya...kerana ada
    juga kesnya...benda itu datang dari
    dalam diri...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam