Rabu, 20 Ogos 2014

Gejala Darah Tinggi Buatan...

Sudah lama nenek itu  menghidap sakit belakang
kepalanya...dan   berpandukan  gejala  tersebut
pihak hospital turut memeriksa tekanan darahnya.

Namun...pemeriksaan  doktor mendapati...nenek
itu tiada sebarang masalah kesihatan...maka tidak
diberi sebarang ubat.

Kerana itu...nenek  itu  terus   berusaha  berubat 
pada  banyak  tempat  dan   berbagai  cara...ter-
masuk  berjumpa  bomoh-bomoh  atau  perawat 
kampung...namun rasa sakit dan berat belakang 
kepala berterusan tanpa sebarang perubahan.

Saya  lekapkan  tapak  tangan  atas   dahinya...
kemudian membaca Fatihah dan ayat Kursi ber-
serta pernafasan sambil meminta nenek itu me-
numpukan perhatian.

Dengan  izin Tuhan...nenek  itu  nampak  sebiji
bola  cahaya  berwarna  merah...dan nenek itu
pasti  bahawa  bola  cahaya  itu  berada dalam
kepalanya.

Saya meminta nenek itu terus menumpukan per-
hatian dan akan cuba memecahkan bola cahaya
tersebut dengan kaedah ' peletup jin '.

Namun dengan cepat cahaya itu terbang ke atas
dan menghilang.

Dengan  izin  Tuhan...ketika  itu juga nenek tadi 
terasa  sakit  dan  berat kepalanya hilang dengan 
serta merta.

Nota

1. Sakit nyata...namun punca tak dapat dikesan
adalah  cara   mudah   mengenali   kemungkinan 
gangguan melalui pemeriksaan doktor.

Wallohu a'lam

7 ulasan:

  1. Salam. Saya dulu ada gangguan saka campur sihir, dari keluarga sebelah ayah (wallahu'alam). Sejak dari hujung tahun 2011 berubat, alhamdulillah sudah pulih. Saya diberitahu dalam badan ada dua, satu jin islam dari arwah datuk, satu kafir dari pak sedara (wallahu'alam) dan yang Islam tu mohon dibuang ke pantai dan yang kafir tu masih nak cuba masuk, tapi x lepas. Saya juga diberitahu yang kadang2 benda2 tu saja datang menjenguk, konon2 rindu sebab dah kurang lebih 20tahun menghuni badan saya, dah sebati katanya (wallahu'alam).

    Persoalan saya:
    1. Kadang2 rasa susah nak bernafas, kepala rasa berat, sekeliling rasa sejuk, tengkuk pun rasa sejuk, badan menggigil, tangan menggeletar. Adakah itu tanda benda2 tu datang menjenguk? Atau adakah itu tanda benda2 lain ada di sekitar? Atau dakah itu tanda dalam badan saya memang masih ada saki-baki atau benda2 seperti itu yang masih menghuni?

    2. Benarkah orang2 yang badannya pernah dihuni jin, boleh mersa kehadiran entiti paranormal? Adakah ini kekal? Hal ini kerana, saya, dengan izin Allah, boleh merasa jika sesebuah tempat tu 'keras' atau tidak. Tapi saya musykil sekiranya ini ada kaitan dengan pengalaman saya atau sebagainya?

    3. Apakah angin bisa jin? Adakah ia sama dengan laluan jin keluar masuk dalam badan manusia? Secara kasar, berapa lamakah masa yang diambil untuk menutup atau menyempitkan laluan tersebut?

    4. Semalam saya baru mengamalkan bacaan ayat lima setiap kali selepas solat fardhu dan pertama kali saya membacanya, badan rasa lain macam. Terasa eperti ada kehadiran entiti halus dan rasanya kuat. Kawan serumah pula baru balik dari mendaki gunung hari sebelum tu. Hati kecil cakap, macam ada benda ikut kawan serumah tu balik rumah kami. Tapi saya takut tertipu dengan tipu-daya jin, manalah tau kot2 puncanya dari dalam badan sendiri. Hari ini, kesan dari bacaan ayat lima tersebut tidak sekuat semala. Adakah sebarang maksud dalam keadaan ini?

    Saya mohon maaf sebab banyak tanya tapi saya betul2 musykil.. mohon pencerahan ya. Terima kasih ^^

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Rul...

    1. Sekurang-kurangnya...masih ada angin bisa
    yang agak padat dalam badan.

    2. Tidak semestinya iaitu bergantung sejauh
    mana resapan angin bisa jin itu dalam badan
    dan kedudukan penempatannya...

    Apabila kita dapat merasa...maka tandanya jin
    itu cuba menguasai seluruh..atau sebahagian
    tubuh kita...tapi dalam jangka masa panjang
    biasanya jin itu akan cuba menguasai tubuh
    kita.

    3. Saya suka istilahkan angin bisa jin...iaitu
    angin bisa atau aura yang berasal dari bangsa
    jin.

    Kegunaannya untuk membuat laluan...penem-
    patan...atau serangan kepada manusia.

    Tidak ada tempoh tertentu...cuma kalau ia
    baru sehari dua...mungkin dapat ditutup sehari
    dua atau pada masa yang singkat ( sekali
    rawat }...

    ...tapi apabila ianya sudah lama...atau sudah
    sebati...ia mungkin mengambil masa beberapa
    minggu...bulan atau tahun...bergantung juga
    'kualiti' diri perawat juga pesakit serta jenis jin
    serta perangainya.

    4. Sebaik membacanya...rasa 'lain macam'
    menunjukkan sekurang-kurangnya ada angin
    bisa jin dalam badan...dan 'rasa' itu adalah
    tindakbalasnya.

    Seperkara kita kena faham...ada angin bisa ber-
    erti ada jin tuan punya angin bisa tersebut....maka
    samada jin itu bakal masuk melalui angin bisanya
    itu...atau sebenarnya jin tu sudah bersarang dalam
    badan kita.

    Kesimpulannya...Rul masih perlu rawatan...dan
    mesti mengamalkan amalan pendinding....dan
    Ayat Kursi...serta 3 Qul jangan dilupakan.

    Sentiasa juga minum air doa....elakkan muzik
    sikap...atau kegiatan yang melalaikan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam tuan, minta pencerahan ya tuan, bagaimana bermain alat muzik, mendengar muzik boleh memberi input buruk dalam amalan seharian kita?.... Terimakaseh tuan.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth...

    1. Iblis pernah berdoa meminta untuk dirinya 'Qur'an'
    maka Tuhan mengabulkan doanya...dan muzik-muzik atau nyanyian itu menjadi 'Qu'ran'nya.

    2. Mendengar muzik dan melupakan Tuhan...hati menjadi hitam...dan jatuh haram.

    Malah benda harus sekalipun kalau buat kita lalai
    dan lupa Tuhan..maka jadi haram.

    3. Muzik haram biasanya membawa kita memuja atau merindu sesama makhluk seperti memuja
    lelaki atau wanita...atau membuat rindu pada teman
    lelaki atau perempuan...atau mengingatkan kegembiraan lalu kita yang tak bawa kita dekat
    kepada Tuhan...atau bawa sedih akan nasib diri
    dan sebagainya yang tidak bermanafaat kepada
    kita dunia apalagi akhirat...dan sebagainya.

    BalasPadam
  5. 4. Ia ada aura hitam...maka menghayatinya buat
    aura itu masuk dalam tubuh...dan jin kafir juga
    punya aura hitam...dapat menjadikan ia laluan
    atau suatu kelebihan ke atas kita.

    Hati yang hitam atau gelap dari sebab muzik
    atau nyanyian adalah racun pada roh...maka
    ia dapat mempengaruhi cara kita merasa dan
    berfikir...disamping membuka laluan kepada
    gangguan juga masuknya jin kedalam badan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, terimakaseh banyak banyak ya tuan... Kerna berkongsi ilmu yang jarang sekali saya dapati di luar sana... Jawapan yang ikhlas dan jujur.... Saya akan menafaatkannye untk saya dan keluarga...semoga Allah meluaskan rezeki dunia dan akhirat tuan dan keluarga...

    BalasPadam