Khamis, 7 Ogos 2014

' Serangan Perkenalan'...

kelmarin...Jam menunjukkan hampir jam 
lima petang...saya  dan  beberapa orang
rakan duduk-duduk di depan pejabat.

Tiba-tiba  saya  merasa  pening...hingga
hampir-hampir akan rebah rasanya.

Setakat saya tahu...ada serangan jin....
tapi saya tidak tahu dari mana atau apa
sebabnya.

Keadaan itu berterusan hampir setengah
minit...sebelum dengan izin Tuhan...rasa
pening itu hilang.

Semalam jam 7.45...dua minit sebelum 
masuk watu Isya'...seorang rakan me-
nelefon minta pertolongan.

Dua orang adik perempuannya mengalami
rasukan jin serentak...

Nampaknya dari situ asal dan sebab se-
rangan...

...maka bagi anda yang menjadi perawat...
sebelum anda tahu apa-apa lagi...anda
mungkin sudah menjadi sasaran serangan.

Bayangkan...kalau kebetulan masa  itu...
anda sedang lalai atau 'kosong'...kerana
anda tidak ada 'sebarang program'...

...kalau  Tuhan izinkan...anda akan terima
padah kelalaiannya...

Merawat bukan sekadar merawat...tapi
ia mungkin juga bererti...anda akan meng-
hadapi serangan dari alam jin.

Wallohu a'lam

10 ulasan:

  1. As salam..

    ..kalo jin tu rasa kita berpotensi akan tolong mangsa sasaran dia. Memang akan dia hentam kita dulu. Kalo jenis yg kecut tu memang akan awal2 tolak dgn 1001 alasan.

    Jadi..utk jadi perawat bukan sahaja ada ilmu merawat org lain tp juga perlu tau merawat diri sendiri. Sekiranya diserang dlm keadaan tidak bersedia.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth tuan UM...

    Terima kasih tuan atas perkongsiannya.

    Apa caranya ya tuan...kaedah paling berkesan
    untuk menghalang jin itu masuk semula ke
    dalam tubuh pesakit ?

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Wslm..
    Cara mudah bunuh terus jin tu. Tapi kalau yg pandai dakwah kat jin tu boleh juga. Kalau dah insaf jin tu tak akan ganggu lagi.

    Sebaiknya kena ada apa2 amalan pendinding. Tapi pendinding pun bukan jaminan tak akan kena gangguan. Cuma org yg ada pendinding apabila kena serang dan pendindingnya tembus..Kesannya akan sangat minima berbanding yg xda amalan.

    Perawat boleh rawat gangguan. Tapi utk pastikan gangguan tidak berulang..itu bergantung pada pesakit sepenuhnya.

    Amalan sunnah ambil wuduk dan bacaan 3 Qul sblm tido sangat penting bagi org yg selalu sgt kena gangguan. Utk elak rawan kena colek jin @ kena sihir jin waktu dlm mimpi. Banyak lagi amalan sunnah yg nabi s.a.w ajar utk elak gangguan.

    BalasPadam
  4. Assalam,

    Tuan UM, jika tidak keberatan bolehkah tuan kongsikan amalan sunnah lain utk elak gangguan?
    ,

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...terima kasih tuan atas pencerahan-
    nya...

    ...dan kalau boleh...harapnya tuan dapat kongsikan
    lagi berkaitan amalan sunnah lainnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. As salam..

    Antara amalan sunnah lain yg dianggap remeh oleh kebanyakan org.
    Masuk rumah dgn memberi salam, menyebut nama Allah & langkah kaki kanan .

    Makhluk2 yg tak diingini pasti ikut masuk kalo kita xamal sunnah ni. Khususnya kalo masuk rumah lepas asar hingga sebelum subuh.

    Mereka akan tinggal bersama kita tanpa kita sedari. Biasanya di dapur, bilik tidur & penjuru rumahGanggu anak2 & hubungan keluarga. Stress, malas ibadah, cepat marah dll.

    Antara makhluk yg suka tinggal dgn manusia ialah ummu saiban(pengganggu anak2) & pontianak(pengganggu suami&isteri)..

    bab makan minum, pakaian, tandas dll yg sengaja xnak ikut sunnah sebenarnya hanya membahayakan diri sendiri. Fattabiuni

    BalasPadam
  7. As salam,

    T. Kasih banyak2 ats pencerahan tuan UM, alhamdulillah amalan2 ini memang sy praktik kan lebih2 lagi bila sy sedari ada yg mengikut bila sy balik keja lewat senja atau malam.

    T kasih.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..
    Kalo kita sedar @ rasa ada yg ikut sebaiknya segera mandi & terus ambil wuduk. Pancaran nur dari anggota wuduk sebenarnya sangat merimaskan mereka. Ditambah lagi jika membaca ayat pendinding spt 3 Qul @ ayat qursi ditapak tangan kemudian sapu dibadan. Ia bukan setakat merimaskan malah menyebabkan mereka terbakar jika cuba menghampiri.

    Amalan sunnah menutup semua pintu & tingkap sambil menyebut nama Allah sblm azan maghrib pun penting jika taknak makhluk halus masuk dlm rumah.

    BalasPadam
  9. Terima kasih tuan UM atas perkongsian ilmu yg amat berguna untuk sy dan juga org lain mengamalkannya.

    BalasPadam