Isnin, 15 September 2014

Rahsia Tapak Tangan Si Bomoh...

Apabila  rakan yang sedang sakit kepala itu minta
rawat...melalui dahinya..bomoh itu menarik keluar
batu-batu  kecil   hingga   hampir   penuh  segelas 
banyaknya.

Rakan kedua pula yang sedang sakit pinggang....
dua  gelas  batu-batu  kecil  ditarik  keluar  oleh
si bomoh tersebut.

Menurut  si bomoh...batu-batu  kecil itulah punca 
penyakit mereka dan ianya adalah penyakit biasa.

Bagi pesakit-pesakit  lain di mana paku-paku dan 
batang-batang  jarum  ditariknya keluar...menurut
bomoh tersebut  adalah penyakit yang disebabkan 
oleh sihir.

Namun  si  rakan  kedua....ada  seorang  rakan lain
yang kebetulan rapat dengan si bomoh memberitahu
satu rahsia...

...iaitu sebenarnya  semua  batu...paku...jarum  dan
sebagainya  itu  bukannya  ditarik  keluar dari tubuh 
pesakit...tapi  ianya 'disimpan' dan dikeluarkan dari 
tapak tangan si bomoh sendiri.

Sudah  beberapa  kali  ia melihat si bomoh meletak-
kan  batu-batu kecil  di atas  tapak  tangannya...
kemudian  setelah  diurut perlahan oleh si bomoh....
batu itu kelihatan 'terbenam' dan hilang dalam tapak
tangannya.

Begitu juga  caranya  ia  memasukkan paku...jarum
dan sebagainya...yang  kemudiannya  akan  'ditarik
keluar' oleh si bomoh daripada tubuh pesakit.

Malah pernah sekali...bomoh itu  megutip  batu kecil
yang  basah  dan  bersalut lumpur...kemudian  'mem-
benamkannya'  ke  dalam tapak tangan...ketika ianya
'ditarik keluar' daripada tubuh pesakit...batu itu masih
basah dan bersalut lumpur seperti asalnya.

Tidak cukup dengan paku...batu-batu...jarum dan se-
bagainya...bomoh itu pernah 'membenamkan' seekor
katak di tengah-tengah tapak tangannya...

...dan ketika 'ditarik keluar' dari leher seorang pesakit 
yang bengkak...ternyata katak itu masih hidup.

Bomoh itu kata...patutlah leher kau bengkak..rupanya
ada katak di dalam...

Pesakitnya ada juga yang sembuh.... dan ada yang tidak 
sembuh.

Rakan  kedua ketika  memerhatikan  si  bomoh merawat  
sambil   menunggu   gilirannya   berbisik  pada    seorang 
rakan di sebelah..."....boleh percaya ka ni...atau bomoh 
ni saja main silap mata ? ".

" His...kalau  tidak  percaya ...penyakit  tidak  sembuh " 
jawab si rakan.

" Habis tu...sakit kepala kau sembuh..? " si rakan kedua 
bertanya pada si rakan pertama...si rakan pertama meng-
geleng kepala..." kau macam mana..?' tanyanya balik...

" Tidak ada pun kurang sakitnya... " jawab si rakan kedua.

Mungkin yang sembuh itu sakitnya lebih kepada permainan
perasaan atau keyakinannya sendiri...atau gangguan ringan
yang sembuh cukup dengan hanya sekadar 'motivasi'.

Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. asalamualaikum,
    macam2 teknik orang menipu sekarang ni kan tuan...
    mungkin teknik yang sama diguna oleh raja bomoh keluarkan pontianak (kononnya lah) dari dalam handphone....
    "Berpegang teguhlah kita pada tali-tali Allah"....

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Kerana itu kita kena sentiasa berhati-hati....tidak
    semua yang kita dapat lihat dengan mata kepala
    itu benar...

    Terima kasih saudara atas ulasannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. As salam

    Kaedah sihir ni biasa kalo di Indon. Kira mcm silap mata lah. Tapi kalo masih perlu ambil bahan2 gosok2 di telapak tangan untuk hilangkan & keluarkan balik waktu rawatan..itu masih tahap bawahan. Tahap tinggi xperlu itu semua. Waktu rawat jin akan zahirkan semua bahan yg keluar dari tubuh pesakit.

    Caranya begini.

    1.Jin bukakan lubang dimensi bersaiz kecil di tapak tangan bomoh tu. Segala benda dari alam jin boleh dikeluarkan dari tapak tangan bomoh tu.

    2. Benda tu memang ada dan diletak di tapak tangan bomoh. Cuma ia 'dighaibkan' oleh jin waktu itu. Sama ada dengan cara jin menutup mata kita @ menutup benda tu supaya kita tak nampak.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  4. As salam tuan,sy mpunyai pgalaman melihat seorg bomoh perempuan megeluarkan batu,cengkerik,belalang & paku d badan seseorg yg dirawatnya.Ramai org terpegun.Ketika berada d dlm ruma itu saya merasa pening dan terhidu bau busuk bangkai sdgkn org lain tdk merasa pening mahupun terhidu wangi busuk.
    Bomoh itu mengeluarkn semua benda didlm pesakit itu ttpi d ambil semula krn itulah pantang larang jika berubat dgn nya.
    Salah seorg klrga yg dirawat jatuh sakit kmdian d masukkn ke hospital.
    wallahualam

    BalasPadam
  5. Semua tu permainan jin.. menipu. Sedangkan benda2 tu bukan dikeluarkan dari tubuh pesakit. Tapi ada juga bomoh yg benar2 dapat keluarkan benda2 sihir dari tubuh pesakit yg terkena sihir.

    Aura jin kadang2 boleh sebabkan pening kepala berdenyut mual muntah. Kadang2 sebab benteng tak kuat. Kadang2 sebab kita diserang bertubi2 tapi tak nak membalas..lama2 tembus juga.

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wwbkth tuan-tuan...

    Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam