Selasa, 17 September 2013

Khadam 'Jin Islam'...Ahmad...

Khadam ini datang mendampingi si ibu setelah
ibu itu sekian lama mengamalkan membaca
Fatihah 1000 kali setiap malam...

Semasa dirukyah...ibu yang sedang duduk me-
nutup mata itu merasa pergi ke suatu tempat
seperti suatu taman yang sangat indah jauh di-
tengah rimba...

Ada beberapa buah kolam...juga air terjun
yang turun dari bukit...

Ia juga merasakan taman itu satu tempat ber-
tapa yang penuh dengan ketenangan...

Ketika itu...pertama kali ia melihat sendiri
khadam yang mengaku namanya Ahmad...
seorang lelaki muda yang amat tampan...
bertubuh tegap tinggi berseban jubah serba
putih...

Pemuda itu senyum sambil melambai-lambai-
kan tangan seolah-olah memanggil agar si 
ibu datang kepadanya...

Si ibu yang terpukau oleh ketampanan dan 
kesolehannya cepat-cepat melangkah men-
dekatinya...namun setiap kali tu pula si 
pemuda itu kelihatan semakin jauh...

Dalam masa si ibu yang asyik dengan peng-
alaman indahnya itu...ia tidak tahu...saya
yang ketika itu masih baru belajar sampai 
macam nak 'semput' gunakan pernafasan 
berserta ayat Lau Anzalna berjuang meng-
halang jin itu dan angin bisanya yang cuba 
merasuk masuk dari hujung-hujung jari 
kakinya...

Dengan izin Tuhan..jin dan angin bisanya
itu dapat saya tolak keluar...si ibu sedar
semula...

Jin itu pula cuba bertahan di ibu jari kaki
dan si ibu dapat merasa bentuknya di situ
seperti seekor ulat yang menggeliat dalam
jarinya...

Antara kejahatan khadam jin 'Islam' ini...

1. Jin itu  merasuk tinggal dalam badan si-
ibu dan kerap memperkosanya setiap malam.

2. Jin itu menceraikan si ibu dengan suami-
nya...

3.Kadang-kadang jin itu menyakiti si ibu...
anak-anaknya...juga menyerang suaminya
walau sudah bercerai...

...dan sebagainya...

Padahal jin khadam yang tidak pernah me-
minta-minta itu kalau merasuk si ibu...
pasti kalau bukan zikir-zikir di bacanya...
ia akan berceramah menyuruh melakukan
kebaikan dan ketaatan..

Kata-katanya penuh isi dan hikmah...dan 
pernah minum segelas air yasin tanpa me-
nampakkan sebarang kemudaratan...malah
minta tambah lagi...( rakan yang dapat
melihat tembus mndapati mulut jin itu ter-
bakar...tapi jin itu pada zahirnya terus ter-
senyum gagah dan penuh bangga ).

Malah dalam 'perang' untuk bertahan dalam 
badan si ibu...ia gunakan zikir-zikir lazim...

Ada juga khadam jin 'Islam' berserban jubah
serba hijau...yang menonjolkan diri mereka
sebagai wali-wali atau makhluk-makhluk
soleh yang 'menjaga' suatu susunan wirid
halal...yang saya dapati tidak ada ayat Kursi.

Khadam ini juga tidak minta apa-apa...cukup
sekadar anda mengamalkan susunan wirid
ayat dan zikir lazim itu setiap hari...

Apabila salah seorang ahlinya minta rawat
pada ustaz...saya yang jadi pengantara
jumpa...jadi sasaran serangan 'lepas geram'.

Angin bisanya buat kepala sakit berdenyut
macam nak pecah...badan sejuk panas...
bisa segala sendi...tiga hari menanggung
sebelum saya dapati Ayat 1 hingga 11 As
Soffat sebagai doa penghadangnya...
dengan izin Tuhan...

Nota

Fatihah juga susunan wirid itu bukan amalan
pemanggil jin atau khadam...tapi jin itulah
yang mengada-ada dengan mempergunakan
ayat-ayat dan suroh itu sebagai alat tipu
helah mereka...

Wallohu a'lam

10 ulasan:

  1. (Khadam ini juga tidak minta apa-apa...cukup sekadar anda mengamalkan susunan wirid ayat dan zikir lazim itu setiap hari...)

    Tiada sedemikian pada kebanyakan orang. Jika saya disuruh buat mcm tu, saya maki dia saja kerana nak memandai ajar zikir konon. Zikir yg di anjurkan oleh Rasulullah dan imam imam besar Islam memadai sgt.

    BalasPadam
  2. Ya...untuk kebanyakan khadam tidak perlu anda
    beramal...tapi ia akan mendampingi seseorang
    samada secara bersyarat atau tidak...rela atau
    tidak...malah anda ketahui atau tidak...

    Ia bergantung kepada strategi jin tersebut...juga
    pengetahuannya tentang sikap...cara berfikir...
    cara merasa dan kepercayaan anda...serta
    boleh jadi juga mengikut rentak lingkungan
    kehidupan anda sehari-hari...

    Pendek kata...jin itu juga mengkaji anda...dan
    ia bertindak mengikut kesesuaiannya agar
    anda mudah atau dapat menerimanya...

    Maka kalau yang guna ayat dan zikir juga fasik
    atau munafik...apa lagi yang 'tidak ada apa-apa'.

    ...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. kebanyakan pengamal perubatan menggunakan khodam untuk mengubat orang sakit. Terpulanglah kepada kita untuk menilai mana yang benar dan yang bathil. Yang penting jangan jatuh syirik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam saudara...

      Semua khadam itu jin...tapi dengan berbagai
      bentuk penampilan sesuai dengan bentuk
      yang diyakini oleh perawat berkenaan...

      Maka penggunaan khadam biasanya mem-
      bawa kepada jatuh syirik...iaitu meminta
      atau bergantung harap bantuan jin ( khadam ).

      Wallohu a'lam

      Padam
  4. Assalamualaikum..

    Bukan semua jin akan terbakar dengan zikir wirid dan ayat2 Al Quran. Allah bagi kekebalan pd mereka sbg ujian pd org yg kuat beramal. Siapa yg yakin ayat2 dpt bakar jin akan mudah ditipu bila jin dtg menyamar sbg tok wali berjubah berserban dan ajar ayat2 dan zikir.

    Oleh sbb jin boleh bergerak dlm saluran darah maka tempat yg biasa dituju adalah hati. Jin tau apa tujuan kita zikir dan beramal. Kalo nak kelebihan terus dibagi. Kdg2 on da spot.. maka bermula la siri penipuan demi penipuan. Yg akhirnya tujuan beramal bukan lg kerana Allah tp semata2 utk menjaga 'kelebihannya'. Agar khadam yg membantu sentiasa dpt digunakan.

    Betul tu. Bukan masalah pd zikir dan ayat yg dibaca tp masalah pd niatnya. Org yg malas akan dihalang beribadat. Org yg rajin akan dipesongkan niat ibadatnya.

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth UM...

    kadang-kadang pula jin itu membisikkan pada orang yang rajin..."engkau amal pun sia-sia saja...kerana niat engkau
    tidak ikhlas kerana Allah hanya mengejar kelebihan...
    maka lebih baik engkau tinggalkan saja..."

    Maka terhentilah anda yang terpedaya...dan mungkin
    selepas itu hati anda semakin menjauhinya...

    Sebaiknya kalau dalam beramal itu timbul rasa
    ketidakikhlasan...maka cepat-cepat sedar dan berusaha betulkan niat sambil terus jaga amalan yang baik ini...

    Inilah perang yang jauh lebih hebat dari perang Badar...

    Amal hati itu 70 kali darjat lebih tinggi dari amal lahiriah...

    Terima kasih UM atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..
    Mukhlasin dan mukhlisin. Hanya yg berhati ikhlas dan terpilih shj akan selamat dari godaan nafsu&syaitan. Sukar utk jaga hati agar sentiasa ikhlas sbb hati itu sentiasa bbolak balik. Hanya rahmat Allah yg dpt menyelamatkan kita. Jd sentiasalah mohon pd Allah utk memelihara hati kita. Tidak hanya doa slps solat tp bila2 masa & dimana jua kita berada.

    Sebagai contoh..
    Ya Allah ikhlaskan lah hatiku dlm setiap amal&perbuatanku.. Ya Allah peliharalah hatiku agar sentiasa ikhlas beramal ibadah kepadaMu.. doa dari Al Quran & hadith pun banyak.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth UM...

    Disebutkan...

    Segala ni'mat kesenangan dalam syurga akan
    sentiasa bertambah-tambah tanpa sebarang
    had...iaitu sebagai balasan daripada ujian-
    ujian nafsu yang tidak pernah terhenti-henti
    sampai seseorang itu meninggal dunia....

    Contohnya apabila nafsu inginkan sesuatu
    yang dilarang Tuhan...tapi kemudian kita dapat
    menundukkannya...ia berubah pula kepada
    keinginan kepada kejahatan lain...(dan begitu
    juga caranya syaitan bisikkan hasutan kepada
    kita...)

    ....dan begitulah keadaan seterusnya sehingga
    roh kita berpisah dari jasad...yang penting...
    jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat
    Tuhan...

    Alhamdulillah UM...semoga dapat menjadi panduan
    pada saya dan rakan-rakan pembaca lain...

    Terima kasih atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Salam Tuan,
    Ada seorang rakan yang baru sahaja mempelajari ilmu rawatan islam dan menghabiskan 70k zikir La Ila ha illoh sudah mampu merawat dengan berkesan sekali..

    Oleh kerana, terdapat beberapa sebab, beliau akhirnya berjumpa dengan seorang perawat kemudian meminta scan dan didapati beliau masih mempunya saka sangat yang liat keluar dari badannya.

    Rakan itu beritahu, saka itu seringkali 'campurtangan' bila beliau cuba merawat orang, sebab itulah rawatan beliau sangat berkesan meskipun baru belajar ilmu rawatan islam..Bagaimana pendapat tuan?

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia boleh berlaku...iaitu guru dan ilmu tak guna jin
    tapi murid ada jin saka...maka kadang-kadang
    terjadi salah sangka bahawa guru atau ilmu
    itu guna jin....

    Sebaiknya perawat ada amalan khusus pen-
    dinding jin seperti Manzil...ma'tsurat dan sebagainya...

    Bergantung kepada pendinding...jin mungkin
    sekadar sekali sekala dapat campurtangan
    terutama ketika perawat terlalai...

    ...tapi kalau tiada pendinding khusus...dalam
    jangka masa panjang jin itu mungkin akan
    meresap dalam badan atau merasuk meng-
    uasai perawat tersebut...

    Maka tidak perlu tinggalkan amalan...sebalik-
    nya amal atau tambah amalan pendinding
    sambil meminta rawat sehingga semua ke-
    bolehan yang meragukan itu lemah atau
    hilang...iatu jin tersebut menjadi lemah atau
    menjauh...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam