Jumaat, 6 September 2013

Antara 'Mata Jin' Dan 'mata Hati'...

Tengah malam...Kh dan rakan-rakan sedang
berbual-bual di kaki lima...

Tiba-tiba salah seorang rakan terkejut..." Eh...
buat apa perempuan tu duduk di bawah pokok 
pisang tu..."

Apabila rakan-rakan melihat ke arah tersebut...
tidak ada sesiapa di situ...

Kh menegur " jangan main-main...mana ada
orang duduk di tempat begitu di tengah-
tengah malam begini..."

Rakan itu terdiam...tapi pada penglihatannya
memang ada seorang perempuan di situ...

Kh...walaupun ia tidak nampak sesiapa...tapi
apabila ia menumpukan perhatian...ia merasa 
seram...

Hatinya dapat merasakan..ada satu lembaga 
berambut panjang dan berpakaian putih 
sedang duduk mencangkung di bawah pokok
pisang sambil cuba mengorek tanah mencari
darah bekam yang ditanam disitu...

...namun makhluk itu tidak akan dapat men-
carinya kerana darah buangan bekam itu
telah ditanam secara berpetua dan bersyarat.

Bertahun-tahun lalu...saya bersama dua rakan
lain pergi ke satu tempat atas sesuatu 
keperluan...

Dalam terangnya cahaya bulan purnama...
jelas kami melihat satu lembaga serba putih
tinggi sedang bergerak seolah melayang
dari jarak 100 meter...sebelum makhluk itu
menghilang di sebalik pokok...

Ketika kami berjalan kaki pulang...tiba-tiba
salah seorang rakan menoleh ke belakang...

" Ada benda ikut kita..." katanya...tapi apa-
bila seorang rakan lagi yang terkenal boleh
nampak jin menoleh...ia beritahu tidak 
nampak apa-apa...( biasanya ia nampak jin
sangat jelas seperti nampak manusia...dari
sebab gangguan )

Kemudiannya saya tahu...rakan yang tidak
nampak jin itu betul...memang ada jin men-
gekori kami pulang...

Jin tersebut berjaya memperdaya rakan
yang 'nampak jin'...tapi tidak berjaya
memperdaya rakan yang memandang
dengan mata hatinya...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Wahai ALLAH,
    Jin juga hambaMU, Engkau berkuasa penuh ke atasnya. Dia dapat melihat aku sedangkan aku tidak dapat melihatnya. Engkau melihatnya dan berkuasa ke atas segala tindak tanduknya dan dia tidak berkuasa, walau sedikit pun ke atas segala tindakanMu.

    Ya ALLAH,
    Jauhi dia daripada mengganggu dan menyakiti ku. Bertindaklah ke atasnya sekiranya dia melakukan tipu daya terhadap ku. Aku mohon perlindunganMu daripada kejahatannya dan dengan pertolonganMu aku dapat menjauhinya.

    Amin, Amin, Amin Ya Rabbal'Alamin.

    BalasPadam
  2. ...Amin...Ya Robbal 'Aa lamiin...

    BalasPadam