Selasa, 17 September 2013

Jin Jadi Bodyguard...?

Ada orang berpendapat...kalau manusia itu boleh
kita ambil jadi bodyguard...maka apa bezanya
kalau kita ambil jin jadi bodyguard kita pula...

Penjelasan...

Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah seperti 
yang tersebut bermaksud ...'Tidaklah AKU jadi-
kan jin dan manusia kecuali agar mereka ber-
ibadah kepadaKU ( Az Zariyat ayat 56 ).

Namun manusia mempunyai kedudukannya yang
tersendiri...'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman
kepada malaikat...sesungguhnya AKU akan 
menciptakan di muka bumi seorang khalifah...'
( Al baqoroh ayat 30 )

...maka masing-masing jin dan manusia itu ber-
ibadah kepada Tuhan pada tempat masing-
masing...dan bukan dengan jin pergi mendampingi
manusia atau manusia pergi mendampingi jin.

Apabila jin dan manusia itu berdamping maka jadi-
lah seperti yang disebut pada ayat bermaksud...
' dan sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan )
beberapa orang dari manusia...menjaga dan 
melindungi dirinya dengan meminta perlindungan 
dari jin...maka jin itu menambah bagi mereka dosa
dan kesesatan...' ( Al Jin ayat 6 ).

13 ulasan:

  1. Itu buat orang yg secara aktif " meminta, merayu, menghendaki, menjemput" jin melindunginya. Jika kita buat bodoh je, jika mereka nak ikut, maka kita "tidak meminta", na'uzubillah.

    BalasPadam
  2. ...saya bersetuju...tapi kalau jin itu ikut juga
    maka sebaik-baiknya halang dengan beramal
    atau minta rawat...dan sebagainya...

    ...kerana biasanya pasti ada niat dan tujuannya...
    yang mungkin di luar dugaan atau pengetahuan
    kita...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Dalam satu kes rawatan, saya ada bertanya pesakit "ceritakan tentang engkau". Dia jawab "aku di utus oleh Allah" menjaga ini dan ini. Kes ini memang kita pasti cenderung kata "Jin temberang". Namun Allah ada juga mengutuskan tentera dari langit...Malah perawat juga memohon tentera Allah, BI'IZNILLAH.

    BalasPadam
  4. Biasanya kes rasukan adalah gangguan jin
    dan jin itu bercakap melalui pesakit...dan
    biasanya berbaur dengan tipu helah sebagai
    strategi melalaikan perawat...atau tak kurang
    sebagai satu cara menundukkan perawat
    dengan ceritanya yang 'menakjubkan'...

    ...ini terutama kalau anda suka mendengar
    dan mudah merasa kagum dengan cerita-
    cerita ajaib...jin ini dapat memahami sikap
    anda dan akan 'memanafaatkannya'...

    Tapi kalau sikap anda tidak suka jin perasuk
    bercakap dan sama sekali tidak percaya
    dengan ucapan-ucapannya...maka jin itu
    juga akan dapat memahami dan kurang ber-
    'semangat' untuk bercakap dengan anda...

    Ada kalangan rakan perawat yang ber-
    pendirian....bahawa jin tidak boleh di sakiti
    atau dikasari...sebaliknya hendaklah dilayan
    dengan baik dan kata-kata penuh hikmah...
    ..dan hasilnya...dari pagi pesakit itu kerasukan
    sampai petang pun tak selesai-selesai dengan
    perdebatan serta berbagai 'kata-kata hikmah'
    dari jin perasuk...

    Kita sebaiknya terus memohon pada Tuhan...
    dan biarlah Tuhan tentukan sendiri bentuk dan
    sumber bantuanNYA...kerana Tuhan itu tidak
    terikat atau memerlukan sebarang tentera
    untuk membantu kita...

    ..malah tanpa tentera pun...Tuhan berkuasa
    melemahkan atau menimbulkan rasa takut
    atau rasa lemah pada musuhnya...malah
    mengkhendaki kehancuran mereka sebagai
    bantuan pada kita...

    Sebaliknya...kalau dalam memohon pada
    Tuhan....kita rasa berharap pada tenteraNYA...
    maka jatuh syirik...

    Seorang rakan menceritakan pengalamannya
    iaitu ketika ia melihat satu bala tentera jin
    sedang datang untuk menyerangnya...timbul
    keyakinannya...bahawa jin itu juga makhluk
    Tuhan dan tidak berkuasa memudaratkan-
    nya melainkan dengan izin Tuhan semata-
    mata...

    ...ternyata keyakinan itu menjadikan bala
    tentera jin itu menjadi lemah dan terhenti tak
    berdaya...dengan izin Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..

    Bagi sy mmg amal sikap kasar dgn makhluk halus ni. Langsung xsuka berdialog. Boring menipu xhabis2. Kalo baru nk masuk fasa kerasukan terus zass. Sbb mereka yg mula bkasar sbb cuba merasuk pesakit. Sy xkan tanya ko siapa ko dari mana ko keluar sekarang. Sy akan kata ko tunggu situ jgn keluar aku bakar ko hidup2. Kgd2 kita gertak terus ok. Xperlu suruh keluar sbb akan menunjukkan kelemahan kita tp kita yg paksa dia keluar dgn izin Allah.

    Ayat2.. sy diutus Allah utk jaga org ini.. org ni hatinya baik sy iklas nak tolong.. memang ayat femes bangsa jin. Cuba serang dia guna kaedah masing2. Kalo benar katanya pasti dia tak kan apa2. Kalo dia kata jangan sakiti aku.. jangan bunuh aku.. tu maknanya dia menipu.

    Tp terpulang sifat masing2. Ada yg suka bdakwah dgn jin ada yg tidak.

    BalasPadam
  6. salam, saya sgt bsetuju dgn pendapat tuan junied..iaitu berkaitan dengan meminta bantuan tenteraNya..krn boleh jatuh syirik s.ekiranya tidak berhati-hati..cuba refer balik kisah Nabi Zakaria,hanya kerana beliau tersasul meminta pertolongan dengan malaikat wahyu(jibril)tanpa niat yang lain.namun Allah sgt murka..dan akhirnya baginda mati terbelah dua tanpa meminta bantuan dengan Allah..Alquran adalah rahmat dan penawar yang tiada tolak bandingan kurniaan Allah swt..surah al-isra ayat 82.
    wollohhualam.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Dalam perkara berkaitan...antara senjata paling ampuh
    jin yang merasuk adalah pujian-pujian atau kata-
    kata muslihat mengenai diri si perawat...

    Perawat itu akan merasa dirinya dihormati oleh jin-jin
    tersebut...atau jin itu buat perawat merasa diri mulia...
    lebih baik....lebah hebat...atau lain dari orang lain...
    seorang yang berkedudukan tinggi di sisi Tuhan...
    dan sebagainya...

    Bagi yang pakar dakwah juga faham permainan jin
    sebaiknya didakwah terlebih dahulu...kalau jin itu
    mendapat hidayah...mudah-mudahan perawat
    mendapat sebaik-baik balasan dari Tuhan...

    Terima kasih atas perkongsian tuan-tuan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. IHSAN DRP BLOG DARULSAKA UNTUK KAJIAN BERSAMA:

    Barangan Mistik
    Belagak National Geographic presents : Barangan Mistik

    Banyak sungguh misteri menyelubungi barang2 mistik sehingga bermacam-macam andaian dibuat...

    Ada yang anggap..barangan mistik mesti tua usianya..ada yang kata tak kisah tua atau muda...baru atau lama.

    Bukan semua barangan lama ada " Isinya "..Isi yang di maksudkan disini boleh aje terdiri dari Khadam dan Penjaga.
    Ada khadam bertindak sebagai penjaga secara bersendirian..ada juga khadam yang menugaskan Penjaga untuk mendiami barangan mistik tersebut. Barangan yang ber penjaga sahaja setelah lama dibuat untuk dipulihkan mungkin khadamnya sudah merajuk atau gol..

    Perawat yang mahir akan dapat membezakan antara khadam dan penjaga..Semua Ustaz2 perawat tidak tahu bab ini..kerana tidak ada silibusnya..apa yang mereka tau ialah semua tu khadam...Oleh kerana kurang pengetahuan maka bila membuang Khadam atau Isinya memerlukan kepada membawa barangan tersebut secara bertentang mata dan ada yang menyarankan di buang ke sungai aje..atau bahasa bomoh.."menghilir"

    Penjaga memang sentisa berada didalam barangan tersebut..tetapi khadam tidak semestinya..So kalau kita dah buang perumahnya...mana dorang nak lepak...lepak rumah kita lah...

    Perlu di ketahui apakah Jenis2 Khadam yang ada..

    a) Hantu
    b) Bunian
    c) Jin
    d) Tok Syeikh
    e) Dewa
    f) Syeikh

    Namun bukan semua barangan mistik yang ada "power" mempunyai penjaga atau khadam..ianya boleh ada "power" dari pengisian.

    Pengisian khadam pula ada macam2 jenis...a) - e)...boleh juga di Isikan kedalam barangan mistik oleh mereka yang mahir.

    Pengisian tanpa Khadam juga boleh diisikan samada melalui Wafaq dan Doa. Isian begini tiada khadamnya..

    Khadam f) memang jauh beza dengan lain2 khadam a) - e)....yg pasti ia beragama Islam..dan terdiri dari Manusia...bukan JIN atau apa-apa pun. Ia tidak boleh di isi...



    So bab ini amat luas...maka kaedah buang juga berbeza-beza...


    Kalau untuk Khadam A - E..kalau DEN buang..biasanya DEN jentik je...Dulu ada forumer bawak keris kecik....pemberian guru Dia..DEN kata..ok gak..tapi mau tak yang lebih baik...nak kata dia..So DEN jentik aje..dia sendiri nampak..berguling Khadam tu tercampak...Terus DEN isikan dgn Nur Ilmu Lam kat keris pendik tersebut...

    Gitulah cara DEN buang Khadam dalam senjata...kalau tak caya bak mai sini...DEN tunjukan..bawa scanner sekali...kalau jenis DEWA..DEN hantar ke atas...Tak yah pukul2Tuan punya dengan kayu Nona sampai lebam2..atau buang keris tu...Keris tu jual aje..dapat gak duit..

    Kalau yg F tu lain sikit...tak leh jentik..just tanya atau nasihat mereka..bukan disini tempat kembali yang sempurna...kalau nak...kita arrangekan ketempat yang lebih baik....

    BalasPadam
  9. Salam.
    Bagi pendapat saya..
    1. Semua Khadam untuk manusia biasa selepas wafat Nabi saw adalah JIN..maka istilah seperti bunian,hantu dsb..adalah tetap JIN.

    2. SEMUA Jin yang masuk dlm tubuh manusia (Tidak kira merasuk, tumpang, pinjam tubuh manusia) adalah Syaitan- (Refer hadis Nabi saw).

    3.Sebagai orang islam, cara terbaik mengatasi masalah jin ini adalah mengikut sunnah nabi. Cth Rukyah Shariyyah, bacaan surah dsb.Dan perlu ada bimbingan daripada orang yang arif tentang makhluk halus. Cth Dato Dr Haron Din, dsb.

    4.Rawatan ini bergantung kepada keikhlasan perawat dan pesakit kemudian berserah semata-mata kepada Allah swt.Tanpa meninggi diri (minta puji) dan mempunyai rasa hormat terhadap perawat-perawat lain dan belajar menerima pendapat orang, kemudian mempunyai kajian yang berterusan dengan ilmu yang diceburi..bukan pembacaan drpd buku semata-mata..tetapi juga berlandaskan hadis dan AlQuran dan logik akal.

    Selanjutnya mungkin ada perkongsian dari rakan-rakan lain.
    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Samada ia khadam ataupun penjaga...kedua-
    nya adalah dari bangsa jin...

    2. Ada jin tinggal terperangkap dalam sesuatu
    benda..ada pula yang mendampingi atau menjaga-
    nya dari luar..dan ada yang keluar masuk...

    Kalau nak buang bendanya...pastikan jin itu me-
    mang tinggal didalam atau kalau ia jaga dari luar
    maka kurung atau ikat jin itu pada bendanya...

    Kalau jin itu dibuang begitu saja dari bendanya
    maka memang ada kemungkinan jin itu akan
    tinggal dalam rumah atau malah masuk badan
    manusia yang dipilihnya...

    3. Berbagai istilah kepada makhluk halus itu
    biasanya dibuat berpandukan kepada asal-
    usul atau tempat ambilnya...rupa atau bentuk-
    nya...kegunaannya...kegiatannya dan sebagai-
    nya...

    Maka muncul berbagai istilah...toyol...jin badan
    kecil licin kepala tukang curi duit...hantu raya
    hitam besar suka mneyamar dan merasuk...
    pontianak...jin betina panjang rambut biasanya
    berpakaian putih...tok syeikh...jin yang berupa
    seorang syeikh...penanggal..sihir yang berupa
    kepala terbang...dan sebagainya...

    ..tapi semua istilah itu adalah merujuk pada
    makhluk bangsa jin...

    BalasPadam
  11. 4.Adapun istilah dewa sangat tidak sesuai
    bagi kita yang beragama Islam untuk di-
    gunakan...walaupun kita mungkin kata
    ia mungkin dimaksudkan sebagai jin yang
    tinggal di aras awan...

    ..kerana asal usul istilah dewa itu adalah
    merujuk kepada tuhan agama Hindu...
    dan dewa itu bermaksud..makhluk suci
    yang berkuasa terhadap alam semesta.

    BalasPadam
  12. 5. Biasanya tujuan penggunaan khadam (jin)
    itu adalah untuk mencapai sesuatu hajat atau
    perlindungan...keberuntungan dan sebagainya sedangkan...

    " Sesungguhnya aku bertawakkal kepada
    Allah Tuhanku dan Tuhan kamu ! tiadalah
    sesuatupun dari makhluk-makhluk yang
    bergerak di muka bumi melainkan Allah
    jualah yang menguasainya...sesungguhnya
    Tuhanku tetap berada di atas jalan yang
    lurus.." maksud Ayat 56 Al Hud.

    " Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan
    ke atasmu...maka tiada sesiapa yang dapat
    menghilangkannya kecuali DIA...dan jika Allah
    mengkhendaki kebaikan bagi kamu maka
    tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA...
    DIA melimpahkan kebaikan itu kepada sesiapa
    saja yang dikehendakiNYA di antara hamba-
    hamba NYA...dan DIA lah yang Maha
    Pengampun lagi Maha Mengasihi..." maksud
    ayat 107 Yunus...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. Terima kasih tuan-tuan atas
    perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam