Rabu, 17 Julai 2013

Jenis Jin Bersayap...

Setiap  kali  ibu  itu mula melelapkan mata...
serta merta muncul satu wajah yang amat 
hodoh menggerunkan...

Sudah jam satu pagi...ia masih tidak dapat
tidur dari sebab adanya gangguan tersebut.

Seorang rakan dapat mengesan puncanya...
iaitu pada masa yang sama..ada satu 
lembaga hitam sedang duduk di atas atap 
rumah bertentangan dengan tempat tidur si 
ibu...

Mukanya sangat cengkung...seperti seorang
lelaki dan bersongkok hitam...

Tangannya ada sayap seperti sayap kelawar.

Makhluk itu selalu singgah di atas atap...men-
yebabkan bunyi seperti ada benda besar
jatuh atas atap...

Kadang-kadang makhluk itu bermain-main
dengan berlari-lari ulang alik...( menimbul-
kan bunyi seperti benda merayap atas atap ).

Makhluk itu juga suka menggesel-geselkan
belakangnya di mana-mana...( agaknya
macam kerbau kegatalan )

Saya berpendapat...bertahun-tahun sebelum 
ini...jin tersebut menumpang tinggal dalam 
badan si ibu...

Ketika itu saya ' suka  bermain ' bola aura...
dan sebelum saya sempat melepaskan bola
aura masuk melalui kaki si ibu menyerang
jika ada jin dalam badan...

...si ibu terlihat kelibat satu lembaga bersayap
terbang meninggalkannya...dan lembaga itu
sempat berpaling melemparkan senyuman...
dan memang ianya ' seekor lelaki '...( jin punya
nasipla...balik-balik saya cakap seekor jin ).

Wallohu a'lam

11 ulasan:

  1. Salam Tuan, saya pernah mengalami satu peristiwa iaitu sewaktu zaman kanak-kanak berumur sekitar 10 tahun dan waktu itu hendak bersahur untuk 1 Ramadan(jam4.00 pagi). Saya diminta oleh abang saya untuk membeli makanan dalam tin, di kedai rumah jiran. Sewaktu hendak keluar pergi membeli tiba-tiba saya saya ternampak dengan jelas satu lembaga api tergantung di luar rumah dan bergerak ke kiri dan kanan dan saya terasa bahang panas lembaga api itu seolah-olah hendak menghalang saya pergi membeli makanan. Sampai sekarang saya masih lagi teringat-ingat benda tersebut dan saya minta tuan dapat memberikan pencerahan mengenai hal ini. Sejak kecil lagi, kita sudah dimaklumkan bahawa jin kafir atau iblis di rantai pada masa bulan Ramadan. Tetapi hal nya berlaku ke atas saya. Terima kasih Tuan.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Tuan...

    Lembaga api itu adalah jin...yang mungkin jin kafir
    atau mungkin jin Islam...( jin biasa ).

    Tapi kalau ianya jin kafir...ia mungkin saja suatu
    masa nanti dapat hidayah dan masuk Islam...
    atau kalau ianya jin jahat...ia tidak jahat sepanjang
    masa dan mungkin boleh bertukar jadi baik...dan juga menyambut kedatangan hari raya...

    ...iaitu serba serbi macam manusia biasa....

    Jin ini bebas walaupun di Bulan Ramadan...kerana
    mungkin saja dalam bulan ini ia dapat hidayah
    atau insaf dan mula berpuasa seperti kita...

    Manakala jin yang di rantai adalah Iblis sendiri dan
    golongan jin kafir yang menjadi tentera sejatinya...
    iaitu yang kita panggil sebagai syaitan asli...

    Jin golongan ini adalah Kafir semula jadi...hidup
    sampai matinya tetap kafir....dan kerja 'profesional-
    nya' adalah menghasut dan terus menghasut
    cuba menyesatkan manusia juga jin yang bebas
    semasa Bulan Ramadan...

    Pendekata...kalau dilepaskan pun...ia tidak mungkin
    akan menerima hidayah...

    Bagaimanapun kita akan mungkin masih mendapat
    hasutan daripada jin biasa yang bebas...dan golongan
    jin ini juga yang menjadi jin saka juga 'hantu'...

    Kerana itu...tidak mungkin akan kita akan dapat hasutan
    dari jin syaitan asli...tapi kita masih akan dapat hasutan
    daripada jin biasa malah juga gangguan atau serangan-
    nya...

    Setakat ini dalam Bulan Ramadan ini...sekurang-kurang-
    nya sudah dua kali saya mendapat serangan jin...dan
    malah pada bulan ini pertama kalinya saya melihat
    bola api terbang ( jin }...dan sebagainya...

    Iaitu jin itu dari satu segi terbahagi kepada dua golongan
    ...jin biasa...dan syaitan asli ( atau tentera Iblis sejati...)

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam Tuan, ada lagi persoalan yang ingin saya kongsikan sempena bulan Ramadan ini..sekitar tahun 1998(bulan Ramadan), saya selalu bermimpi perkara yang akan berlaku pada esok hari nya tetapi setiap mimpi itu adalah 'nasib tidak baik' dan apabila berlaku memang perkara tidak baik.Contohnya, bermimpi kemalangan jalan raya dan akan berlaku kemalangan jalan raya. Saya yakini bahawa ia adalah kerja Jin Saka, namun bagaimanakah Jin Saka boleh memperolehi maklumat tersebut sedangkan Allah SWT dlm surah Al-Hijr ayat 17-18 memaklumkan syaitan akan direjam dengan api jika mencuri maklumat dari langit.Mohon tuan, kongsikan maklumat dengan saya dan rakan-rakan pembaca yang lain. Terima Kasih..Wslm

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Saya berpendapat ia boleh jadi dari beberapa sebab
    atau punca...

    1. Samada ia kerana kita mempunyai perasaan yang
    sangat halus dan sensitif...atau sangat ambil peduli
    hingga perasaan kita boleh 'merasa' kejadian besar
    yang akan berlaku...dan antaranya 'diterjemah'
    dalam mimpi kita...

    2.Apa juga yang akan berlaku...sebelumnya Tuhan
    akan perintahkan malaikat yang berkaitan untuk
    melaksanakannya...

    Maka jin boleh mencuri dengar berita iaitu perbualan
    malaikat di langit pertama dengan duduk di langit
    dunia...kerana rejaman itu berlaku apabila jin cuba
    melewati batas langit dunia...

    3.Jin itu tidak mencuri dengar perbualan malaikat
    tapi ia 'mengesan' kejadian tersebut dari diri kita
    yang dapat merasakannya...dan jin itu tinggal
    'buat filemnya'...iaitu 'merekacipta' mimpi buruk
    dalam otak kita...

    ...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Salam Tuan, terima kasih atas ulasan itu sangat berguna. Mohon dari tuan supaya saya dapat kongsikan dengan keluarga terdekat.

    Namun ada lagi persoalan yang ingin saya kongsikan dengan tuan dan diharap ada pencerahan.. Saya pergi ke tempat yang baru, melihat suasana di tempat itu seolah-olah saya pernah datang ke tempat baru ini sebelum ini, tapi saya tidak ingat bila..segala persekitaran dan suasana di tempat baru itu memang sudah pernah saya alami..
    Adakah ianya dari mimpi sebelum-sebelum ini kemudian roh berjalan ke tempat itu ataupun Allah swt sudah mengatur roda kehidupan manusia ataupun adakah ianya gangguan Jin semata-mata? Mohon tuan beri pencerahan.
    Wasalam..

    BalasPadam
  6. Salam Tuan, bolehkah Jin ditangkap oleh manusia kemudian dikurung dalam botol iaitu Jin yang tidak menjelma kepada mana-mana bentuk..terima kasih tuan

    wasalam.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia boleh berpunca dari beberapa sebab...

    1. Mungkin rawan (bahagian roh) kita pernah pergi
    ke tempat tersebut...terutama semasa kita tidur...
    atau jin bawa pernah bawa rawan kita ke tempat
    tersebut...

    2. Mungkin ada jin dalam badan kita...atau angin
    bisa jin dalam badan kita...dan jin itu berasal
    dari situ atau pernah datang ke situ...maka kita
    dapat merasakan pernah datang...

    3. Perjalanan hidup akan datang kita sudah ada
    bayangannya sebelum kita benar-benar melalui-
    nya...dan mungkin atas izin Tuhan...roh kita
    sudah dapat mengesan bayangan tersebut melalui
    gerak hati atau perasaan...

    ...dan sebagainya...Walloohu a'lam

    Setakat ini...secara praktikalnya...ia dibuktikan
    boleh...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Apa juga cara yang tidak bertentangan dengan
    ajaran Islam maka ia adalah cara Islam...dan
    tidak ada halangan kepada kaum lain untuk
    menggunakannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..

    Info tambahan.
    Agak sukar utk mengatakan sesuatu kaedah itu islamik atau tidak. Cara dari perawat islam atau bukan.

    Kaedah bacaan ayat2 suci atau mantra lebih dulu digunakan oleh tok2 sami hindu budha dan paderi kristian utk rawatan gangguan makhluk halus. Apabila islam dtg maka kita dianjurkan menggunakan ayat Al Quran dan doa2 dari hadith.

    Begitu juga penggunaan garam dan lada hitam sebagai benteng telah diguna pakai sebelum kedatangan islam lg. Kaedah bekam juga telah diamal sblm zaman rasulullah. Begitu juga madu habbatus sauda dan lain2.

    Jika ramuan herba betul dan kaedahnya betul Insyallah dikurniakan kesembuhan sama ada org islam atau bukan islam yg amalkan.

    Cuma jika niat kita utk ikut sunah dan kaedah tidak bertentangan dgn hukum syarak ia dikira sbg ibadah.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth UM...

    Pendek kata...kulit nampak sama tapi isi
    lain-lain...

    Terima kasih atas infonya...

    Walohu a'lam

    BalasPadam