Rabu, 29 Ogos 2012

...Lapisan Pendinding ?

Semasa dirasuk jin saka pendekar peninggalan
dari arwah datuknya......rakan itu masih sedar
sepenuhnya...cuma ketika bersilat...jin itu akan
mengawal pergerakannya...

Ketika itu juga rakan ini punya suatu kelebihan
iaitu ia dapat melihat lapisan pendinding diri
seseorang...iaitu berupa lapisan cahaya putih
yang meliputi segenap tubuh dan anggota....

Dari lapisan cahaya ini...rakan itu dapat menilai
siapa antara rakan-rakan lain yang lebih kuat
amalan pendindingnya...malah jin dalam badan-
nya itu dapat mengukur samada ia mampu meng-
alahkan seseorang tanpa perlu menguji atau
bertarung...

Lapisan pendinding diri yang lebih kuat biasanya
lebih panas...terang  dan tebal...

Bagi anda yang ada lapisan cahaya pendinding
diri ini...dan dalam masa yang sama ada jin saka
maka ia terbahagi kepada beberapa keadaan...

1.Jin itu dapat bertahan dalam badan tapi dalam
keadaan kepanasan atau terseksa...

2.Jin itu dapat masuk...tapi hanya sekejap apa-
bila ia terpaksa keluar kerana tidak mampu
bertahan...

3.Jin itu sekadar dapat dekat...tapi tidak dapat
atau berani masuk badan...

4.Jin itu hanya mampu melihat atau mengekori
anda dari jauh apabila tidak tahan panas dengan
lapisan pendinding ini...malah ia boleh sampai
pula hingga ke peringkat terbakar jika terkena
pada tubuhnya...

...dan sebagainya...

Maka jin itu mungkin akan mencari tuan baru
atau terus menunggu saat-saat kealpaan anda.

Antara amalan yang paling kuat lapisan cahaya-
nya adalah Ayat Manzil...di mana ia ia adalah
amalan istimewa kerana ia dari susunan ayat
dan Suroh oleh Nabi SAW sendiri....

Pernah  juga  seorang  rakan  yang 'nakal tak
tentu tempat' menyuruh jin perasuk menyerang
seorang rakan lain...tapi jin itu menolak dan
memberitahu ia nampak api meliputi tubuh
rakan tersebut...

Setakat yang saya tahu...ketika itu rakan ter-
sebut cuma berzikir dengan zikir lazim...cuma
ianya berserta pernafasan...

Yang nyata...ini adalah antara kelebihan zikir
juga ayat-ayat Qur'an...

Mengenai perkara yang berkaitan....disebutkan
bahawa para malaikat di langit dapat mengenal
rumah-rumah di bumi yang ada dibacakan
Qur'an di dalamnya...

..iaitu umpama kita melihat bintang-bintang yang
bercahaya di langit...

Dengan kata lain...amalan membaca Qur'an juga
zikir bukan saja menjadikan seseorang itu ' ber-
cahaya '...tapi juga menjadikan rumah kita 'terang 
bercahaya...'

..berbanding rumah yang tiada sedemikian...maka
ia akan menjadi 'gelap dan suram'...serta menjadi
tempat kegemaran jin kafir...

Pada segelintir kita...ada 'kesukaan aneh'...iaitu
kalau dengan ayat-ayat Qur'an...apa lagi yang
selalu dibaca umum...kita anggap 'tidak bisa'
(...tidak mujarab atau tiada kelebihan...)

Berbanding dengan bacaan atau mentera-mentera
yang jarang diketahui umum...malah lebih aneh
sebutannya...malah lebih kita tak faham maksud-
nya...maka itu yang kita anggap lebih mujarab
dan 'bisa'..

...sedangkan banyak hal yang sedemikan sebenar-
nya mengundang kedatangan serta perdampingan
dengan jin kafir...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan