Khamis, 12 Mei 2016

RAHSIA JIN ILMU...( 6 tajuk )

1. SUMBER TENAGA ( ST )

Umumnya asal jin ilmu adalah jin yang masuk ke alam manusia
setelah di puja oleh seseorang manusia.

Di puja bererti jin itu di muliakan...di puja puji...di sembah dan
sebagainya...maka puja puji manusia itu yang berserta dengan
niat atau perasaan membesar-besarkan pada hakikatnya  ber-
isikan dengan kekuatan roh si manusia...dan kekuatan  roh ini
akan  menjadi  sumbe r tenaga  ( ST )  kepada  jin  berkaitan
yang mendapat sokongan  tenaga dan menjadi jauh lebih kuat
daripada sebelumnya.

Dengan ST inilah jin itu dapat masuk dan mencampuri urusan
hidup atau malah masuk ke dalam tubuh manusia.

Pada keadaan semulajadi...hanya jin yang ada ilmu sihir dapat
mengganggu  manusia  namun  dengan  ST  ini...jin yang pada
asalnya  lemah...mendapat kekuatan  dan  jin  yang  ada  ilmu
sihir bertambah kekuatannya...

2.BENDA ST

Iaitu...ada juga perdampingan dengan jin yang  menggunakan
perantaraan  benda  seperti  tangkal  azimat...batu...cincin...
senjata...barang  lama  atau  aneh...dan s ebagainya...maka
benda tersebut akan menjadi ST bagi jin.

3. RAHSIA BENDA ST

Pada hakikatnya pengisian benda ST itu adalah pengisian
kekuatan roh manusia padanya ..dan pada pandangan jin...
benda itu akan bercahaya atau memancarkan aura tenaga
yang akan menjadikan jin lebih kuat daripada asalnya.

Dengan  kata  lain  jin  sebenarnya hanya menumpang ke-
kuatan tenaga  roh manusia...dan kerana itulah jin tersebut
dapat mencabar manusia.

4. PERANG DENGAN JIN

ST  itu  akan  memancarkan  atau  menyalurkan  tenaga
secara terus menerus pada jin yang berkaitan...maka
'perang' dengan jin...anda hanya perlu memusnahkan
STnya.

Apabila ST ini musnah atau hilang tenaganya...maka ia
akan memberi kesan secara langsung dan serta merta
pada jin berkaitan...

...maka samada jin itu menjadi lemah...hilang kekuatan
dan kesaktiannya...balik ke alam jin atau di sedut ke
alam jin...malah boleh jadi pula jin itu berkecai atau
terbunuh bergantung kepada sejauh mana sebatinya
jin itu pada STnya atau mungkin ada faktor lain.

5. ADA APA DALAM BENDA ST ?

1. Dalam  tangkal  azimat  itu ada  tangkal azimat....
dalam  keris  itu  ada  keris...dalam pedang itu ada
pedang...dalam  tongkat  itu  ada  tongkat...dalam
batu itu ada batu...dalam cincin itu ada cincin...dan
sebagainya...

...iaitu dalam benda sihir ( ST ) itu ada kembarnya
yang sama rupa....

...cuma bezanya...yang anda lihat itu benda alam
manusia...dan kembarnya di dalam adalah benda
di alam jin...dan boleh di bawa oleh jin ke mana-
mana juga.

2. kalau  kembarnya  di alam jin itu keluar...dan
meninggalkannya. ..maka  jadilah  benda ST itu
benda biasa ( kosong ) dan tiada lagi STnya.

3. Inilah rahsia utama semua benda ST atau sihir.

4. Ada benda yang asalnya ST jadi  kosong  kerana
jin bawa kembar benda itu keluar...mungkin  kerana
ditarik keluar...atau jin itu meninggalkannya  dengan
sebab dimusnahkan secara bersyarat...atau kerana
jin itu  berpindah  ke  tempat  atau benda lain...tapi
lebih   kerap  kerana  berpindah  ke  dalam   tubuh
manusia yang tentunya lebih mewah dengan tempat
tinggal...makanan bahkan perlindungan terutama
daripada gangguan jin lain.

5. Ini juga antara bahayanya menyentuh benda ST
kerana mungkin ianya menjadi benda kosong
apabila  isinya  berpindah ke tubuh anda,.

Pada tubuh...kembar benda ST itu mungkin dalam
badan...dalam tangan...atau  mungkin  atas  tapak
tangan anda..tapi  jinnya  akan  masuk  ke  dalam
tubuh anda terutama pada lengan...atau jantung...
dan sebagainya

6. Kerana itulah ada di dapati senjata menumpang
tinggal dalam tangan atau badan...contohnya keris...
pedang...atau ianya di dapati masih berada di atas
tapak tangan anda walaupun benda kasarnya anda
sudah lepaskan atau kembalikan.

6.RAWATAN PEMUTUS ST

1. Apabila ST sesekor jin itu dimusnah atau dihenti-
kan maka segala kekuatan atau sihirnya akan lenyap
ketika itu juga...

...maka kalau gangguan jin itu menyebabkan sese-
orang manusia sakit kepala...dada...sesak nafas
atau lemah badan...maka semua gejala itu akan
hilang serta merta begitu saja...walau tak sempat di
rawat secara langsung pada tubuh berkenaan.

2. Dan kalau ianya seekor jin saka yang berpindah-
pindah pada lima orang ahli sekeluarga....hingga
menimbulkan berbagai gejala gangguan atau pen-
yakit....maka semua gejala pada kelima-lima orang
itu akan hilang ( sembuh ) begitu saja walau hanya
seorang yang di rawat manakala yang lainnya
mungkin berada ditempat lain dan tak tahu menahu.

3. Saya pernah merukyah berserta pernafasan se-
orang rakan yang sakit kepala...dada dan belakang
dalam hampir setiap hari dalam masa 3 minggu...
namun sembuh ketika di rawat tapi malamnya sakit
itu datang semula.

Tapi telah saya perhatikan dan praktikkan rawatan
pemutus ST...kemungkinan besar dengan kaedah
ini...semua gejala itu boleh hilang pada kali pertama
rawatan lagi ( dengan izin Tuhan ).

Alhamdulillah...saya bukakan anda rahsia ini...namun
soal bagaimana caranya anda anda buat pemutus ST
itu berbalik kepada kaedah anda sendiri.

Cuma kalau Tuhan izinkan....saya akan dedahkan
cara saya kelak...kalau anda dapat menirunya...
saya izinkan...kalau tidak...mudah-mudahan anda
dapat juga manafaat daripada pengetahuan ini...
Insha Allah...


Wallohu a'lam

akan bersambung Insha Allah.

29 ulasan:

  1. Assalamulaikum... Selamat menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan...

    Tuan,

    Mengapakan masih ada gangguan dan kerasukan dalam bulan Ramadhan? Bukankan iblis, jin dan syaitan dirantai? Saya ada bertanya kepada 2 individu yg mata batinnya terbuka:

    1. Individu pertama menyatakan memang benar Iblis, jin dan syaitan di rantai.. kejadian kerasukan berpunca dari hanya perasaan pesakit saja...

    2. Individu yang kedua pula menyatakan... jin peliharaan tidak dirantai...

    Tuan, mohon pencerahan.....

    Wan Ahmad Wan Arshad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      1. Yang kena rantai hanyalah syaitan
      asli...iaitu apabila iblis di halau
      ke dunia ia berkahwin dengan jin betina...maka anak cucunya inilah jin syaitan asli...iaitu
      jin yang perangainya sama seperti iblis....sengaja menolak kebenaran
      dan akan kafir sampai mati.

      Jin dari kalangan syaitan asli ini kerjanya hanya menghasut...tidak merasuk...tidak menyakiti...
      menampakkan diri atau sebagainya.

      2. Sedangkan jin lainnya yang mungkin
      saja jadi insaf atau jadi beriman...malah ada yang berpuasa...
      maka ia bebas seperti biasa...

      ...ia termasuk jin kafir...jin fasik
      dari kalangan jin dan inilah yang jadi jin saka...penunggu...khadam...
      jin ilmu sihir...dan sebagainya.

      Syaitan asli itu juga jin tapi ianya
      lebih halus dari jin biasa dan syaitan asli itu juga menghasut jin
      biasa sebagaimana ia menghasut manusia.

      Semua jin liar atau jin biasa adalah
      jin biasa dan bukan syaitan asli...
      tapi kadang-kadang kita panggil ia syaitan kerana ia buat kerja syaitan
      yang menghasut menzalimi manusia
      sebagaimana kita panggil manusia
      dengan istilah syaitan kerana ia
      buat kerja syaitan bukan kerana ia
      syaitan ( asli )

      wallohu a'lam

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. assalammualaikum tuan..lame tuan tak menulis lagi kami tertunggu2 tulisan selanjutnya..adakah tuan sihat...! dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya pada tuan sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth ejam...

    Alhamdulillah...sihat-sihat saja...cuma
    sebenarnya had jumlah catitan sudah
    hampir penuh...iaitu sekadar 500 tajuk
    jadi saya masih merancang...samada nak
    buat blog baharu...tapi untuk sementara
    saya mungkin akan menulis semula di
    blog rahsia nampak jin...

    ...dan lagi saya masih mengkaji bebe-
    rapa perkara dan saya akan menulis
    apabila saya dapat kepastian mengenai-
    nya.

    Terima kasih atas perhatiannya...
    Selamat hari raya...maaf zahir dan
    batin...pada ejam...dan kepada semua
    pembaca di mana-mana juga.

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan, saya ada beberapa persoalan. Harap pihak tuan dpt meleraikan apa yg tersurat dan tersirat.

    1 - saya disahkan mengidap gastrik ( lebih kepada angin sendawa yg banyak hingga menyesakkan dada). 2 kali dimasukkan ke hoapital. Pelbagai ubat hospital dah ditelan. Namun angin sendawa tidak hilang. Adakalanya terlalu byk.. ada kalanya sedikit. Adakah ini penyakit fizikal atau gangguan?

    2. Apakah amalan yg saya kena baca bagi membenteng gangguan jin. Sekiranya ada jin dlm badan, bolehkah saya mengeluarkannya sendiri.?

    Terima kasih tuan. Allah je yg dpt membalas jasa tuan..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan, saya ada beberapa persoalan. Harap pihak tuan dpt meleraikan apa yg tersurat dan tersirat.

    1 - saya disahkan mengidap gastrik ( lebih kepada angin sendawa yg banyak hingga menyesakkan dada). 2 kali dimasukkan ke hoapital. Pelbagai ubat hospital dah ditelan. Namun angin sendawa tidak hilang. Adakalanya terlalu byk.. ada kalanya sedikit. Adakah ini penyakit fizikal atau gangguan?

    2. Apakah amalan yg saya kena baca bagi membenteng gangguan jin. Sekiranya ada jin dlm badan, bolehkah saya mengeluarkannya sendiri.?

    Terima kasih tuan. Allah je yg dpt membalas jasa tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth marieah2...

      1. Nyata ianya tidak serasi dan ber-
      kesan dengan rawatan hospital...
      saya berpendapat ianya ada kaitan
      dengan jin.

      Biasa juga gejala sedemikian adalah
      tanda jin cuba tinggal dalam perut
      ...uluhati atau dada...caranya
      cuba buat rawatan kisar...sekiranya
      ia semakin sakit atau kurang maka
      ianya berkaitan gangguan jin.

      2. Pada asasnya tapi bergantung
      juga kepada cara kita samada sesuai
      dengan keadaan gangguan dalam (serasi).

      Silahla ya rujuk pada blog nampak hati...tajuk rawatan kisar...
      amalan fatihah pernafasan...3 Qul pernafasan...cara buat air doa sendiri...dan cuba fahami berkaitan
      kata pemutus...ia juga boleh diguna
      kepada jin dalam badan.

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. Terima kasih tuan. Insya Allah saya cuba amalkan..

      2 hari lepas, saya terasa ada angin bisa yg masuk melalui tangan kiri. Tangan jd sakit sgt didatangkan dengan angin yg banyak. Terasa bisa badan. Kaki jd berat. Bila solat, tangan kiri menjadi panas. Selesai solat, tak panas tp sakit. Angin yg dtg terlalu banyak hingga sakitkan dada sebelah kiri. Hingga sekarang masih sakit lagi. Pergerakan bawah kulit cukup banyak. Apa pendapat tuan.. adakah gangguan jin atau sakit fizikal...


      Terima kasih tuan

      Padam
    3. Alhamdulillah....sama-sama marieah2.

      1. Ia adalah jin atau angin bisa
      jin yang masuk ikut tangan...maka
      sakit bisa berat terasa panas adalah kesan bisanya.

      Semua di atas adalah gejala gangguan jin...pantang makan telur
      ayam buah pisang daging binatang berkaki 4 selama berusaha merawat
      diri.

      Makanan -makanan ini buat jin ber-
      tenaga atau cepat sembuh dari kesan
      rawatan.

      Wallohu a'lam

      Padam
    4. Assalamualaikum dan terima kasih tuan.

      Saya baru sahaja keluar dr hospital. Tak tahan menanggung sakit. Ubat dah diberi, sakit masih tak kurang. Saya ada amalkan al-fatihah sepernafasan, saya sendawa yg teruk hingga menyesakkan nafas. Naik lemas saya dibuatnya.

      Saya ingin mencari punca gangguan sekaligus merawatnya. Boleh tuan bantu saya?

      Terima kasih

      Padam
    5. Wa alaikum salam wbkth marieah2...

      1. Sendawa itu angin bisa malah
      adakalanya jin keluar ikut mulut
      dan mudah-mudahan semakin kurang
      angin bisa dalam badan dan kesakitan juga akan semakin kurang.

      2. Amal juga tiga Qul pernafasan
      dan untuk sesak nafas itu bantu
      angin bisa keluar dengan buat
      rawatan kisar pada tengah dada
      kemudian takbir sambil sapu
      tangan ke atas iaitu ke leher
      terus kedepan niat buang angin
      bisa dan jin ikut mulut.

      Jangan lupa buat air doa sendiri
      Insha Allah bermanafaat agar lebih
      cepat angin dibuang keluar...
      jadikan minuman setiap hari.

      2. Untuk rawatan saya lebih suka
      berdepan tapi Insha Allah malam
      ini saya cuba buat pengisian...
      kalau tak keberatan khabarkan
      ya perkembangannya pagi esok.

      Tak perlu buat sebarang persediaan cuma amal apa yang termampu.

      Wallohu a'lam

      Padam
    6. Insya Allah... terima kasih tuan

      Padam
    7. Assalamualaikum tuan.

      Smlm angin terlampau banyak. Sendawa tanpa henti. Lengan kiri panas dan sakit seperti di genggam. Saya tertido sambil dengar rukyah. Tersedar pkl 2.30 pagi. Perut sakit sgt.

      Pagi ni angin masih ada.. ada waktu banyak.. ada waktu badan rasa selesa. Skrg bawah perut sebelah kanan sakit pula.

      Terima kasih tuan..

      Padam
    8. Wa alaikum salam wbkth marieah2...

      Angin itu semua dari dalam badan...
      sendawa tanpa henti tindakbalas
      positif...mungkin ada laluan
      angin masuk pada tangan kiri.

      Angkat tapak tangan kiri ke dekat
      mulut...pejam mata...baca Fatihah
      sekali kemudian bisik doa...ya
      Allah sekiranya ada benda sihir
      atas tapak tangan kiri saya ini
      Ya Allah hancurkan ia sehancur-
      hancurnya...

      ...kemudian baca Auuzubillahi minas
      shaitoonirrojiim 7 kali...tiup
      tengah tapak tangan kiri bayangkan
      jika ada benda sihir padanya...
      hancur berkecai.

      Kemudian baca Bismillah 7 kali...
      tiup kuat lagi...dan takbir 7
      kali dan tiup kuat lagi.baru buka
      mata.

      Buat kata pemutus guru walau tak
      prtmah belajar sebarang ilmu...
      buat kata pemutus umum.

      Perut sakit itu mungkin ada angin
      bisa berpusat...buat rawatan kisar
      pagi petang atau bila-bila masa
      setiap hari.

      Jangan lupa buat air doa sendiri minum sehari-hari dan amal sekadar
      mana termampu terutama fatihah
      serta 3 Qul pernafasan.

      Saya akan 'cuti blog' hingg hari
      selasa tapi Insha Allah saya akan
      buat pengisian setiap malam hingga
      hari tersebut.

      Yang penting hati terus bergantung
      pada Tuhan ya...saya juga tak
      dapat melakukan sesuatu melainkan
      sekadar mana izin Tuhan.

      Amalan pendinding tak ada cuti
      bulannya...kalau masa cuti terus
      mala niat baca suroh itu sebagai baca doa...Insha Allah marieah2
      ya.

      Wallohu a'lam

      Padam
    9. Assalamualaikum tuan,

      Dari pengisian yg tuan buat, apa yg boleh disimpulkan utk penyakit saya..

      Terima kasih tuan

      Padam
    10. Wa alaikum salam wbkth marieah2...

      Semua gejala dari sebab gangguan jin dan ianya jin ilmu iaitu
      jin yang pernah menjadi pendamping
      orang terdahulu.

      Maka tak hairan kalau ianya sedikit
      liat tapi tetap lemah hanya ber-
      gantung nasib sejauhmana kita
      dapat merawat dan membentengi diri
      dengan izin Tuhan.

      Semua angin juga pergerakan bawah
      kulit adalah jin...tahan nafas
      zikir Allah...Allah dalam hati sambil tepuk-tepuk niat hancurkan jin yang bergerak bawah kulit.

      Teruskan amalan...sembuh sakit ber-
      silih ganti menandakan jin dalam
      badan semakin lemah...Insha Allah

      Wallohu a'lam

      Padam
    11. Assalamualaikum tuan,

      Terima kasih atas pengisian. Alhamdulillah. Moga tuan sihat hendaknya. Di sini disertakan beberapa soalan.

      1.Saya kurang paham dengan maksud gangguan jin iaitu jin ilmu.. pendamping org terdahulu.

      2.Adakah saya mewarisi jin tersebut? Dlm erti kata lain jin turun temurun..

      3.Adakah jin ini datang atau bertuan? Siapakah tuannya?

      4.Adakah jin tersebut mendampingi saya selama ini..

      5.Tuan ada menyatakan ianya sedikit liat.. adakah jin ini tidak mau keluar dr badan saya?

      6.Mengapa jin ini boleh menghampiri saya?

      7. Adakah saya menerima jin ini dr seseorang dan melalui cara bagaimana?

      8. Adakah ianya sihir atau gangguan jin?

      Itu sahaja tuan.. terima kasih byk2..



      Padam
    12. Wa alaikum salam wbkth marieah2...

      1. Gangguan jin...kita di ganggu jin...
      ...jin ilmu...jin dari pelbagai
      jenis ilmu sihir...atau tangkal-
      tangkal sihir...
      ...yang pernah dipelihara orang-
      orang terdahulu samada ada kaitan
      darah daging kita atau orang lain.

      2. Saya tidak tahu...tapi pada
      zaman ini banyak jin buangan atau
      hilang tuan termasuk yang meninggal
      maka jin-jin tersebut mencari badan
      orang lain jadi pengganti...tak
      kira ada kaitan saudara atau tidak
      dengan tuannya...yang penting jin
      itu dapat menguasainya.

      3. Biasanya ia jin tak bertuan...
      kecuali pada kes saka keluarga
      maka mungkin jin itu menurun
      dan bukan sebagai tuan tapi
      mangsa.

      4. Wallohu a'lam tapi gejalanya
      menunjukkan ia sudah lama.

      5. Semua jin begitu...kalau boleh
      mau tinggal sampai mati...tapi
      umpama penyakit...pasti ada ubat-
      nya...kalau serasi cara Insha
      Allah boleh dikeluarkan.

      6. Jin hanya pilih mangsa mudah...
      tak kira siapa.

      Di nusantara Zaman ini zaman saka
      cuma bantuk dan kekutan gangguan
      berbeza.

      7, Wallohu a'lam...tapi lebih kepada kena pilih.

      8. Ia lebih kepada jin pilih...
      bagaimanapun kalau soal sihir
      boleh dikenalpasti dengan scan
      atau rawatan.

      Seperkara kita ambil perhatian
      bagi orang ada gangguan maka mudah
      menjadi perhatian jin lain walau
      tak ada kena mengena...

      ...dengan kata lain saka atau jin
      dalam badan...boleh menarik
      gangguan atau jin lain...sekadar
      mana izin Tuhan...

      Wallohu a'lam

      Padam
    13. Terima kasih tuan atas pencerahan. Ada beberapa perkara yg ingin ditanya tetapi lebih pada peribadi. Saya tinggalkan email saya utk mudah berinteraksi dgn tuan. Email saya: lia220277@gmail.com

      Terima kasih tuan.

      Padam
  7. Asalam tuan,baru2 ini sy ada mengikuti kursus rawatan islam di kota kinabalu.Menurut ustaz dari indonesia itu, sebarang ilmu berkaitan dengan pernafasan adalah 'sihir'dan bidaah..mohon pencerahan kpd tuan krn ini boleh mengelirukan serta menimbulkan persepi negatif terhadap ruqyah pernafasan..sy ada buku rawatan islam dari dato Haron Din dan ada beberapa teknik menggunakan nafas.Wallahualam

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Biasanya perawat dari tanah seberang
    ini merujuk kepada kajian pada ilmu-
    ilmu pernafasan setempat dan biasanya
    ilmu pernafasan mereka ada kaitan
    dengan jin maka pendapat ini lebih
    betul pada negara mereka.

    Kecuali apabila ilmu pernafasan yang
    kita amal itu memang asalnya dari
    mana-mana ilmu pernafasan mereka
    maka ianya mungkin betul.

    Namun secara asasnya ianya belum tentu
    sihir tapi bergantung kepada 'isi'
    ilmu tersebut bukan semata-mata
    kerana ianya ilmu pernafasan semata-
    mata.

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum ustaz.klu tgh merawat pesakit menerkam atu menumbuk kita.silat apakah yg sesuai di gunakan ketika itu?

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    Apa ja asalkan sesuai dan kita mahir-
    kan.

    Jangan sekali-kali kita harap atau
    suka menyangka pesakit akan meng-
    amuk...kerana harapan dan sangkaan
    kita itu tenaganya mungkin boleh
    diserap oleh jin maka ia menggalak-
    kan atau meberi kekuatan pada jin
    untuk merasuk dan mengamuk,

    Saya tidak harap dan tidak suka pe-
    sakit kerasukan...maka dengan izin
    Tuhan...amat jarang saya hadapi
    pesakit kerasukan...harapan itu
    suatu tenaga dan kekuatan..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. Asalam tuan,adakah pesakit yang dipukul ataupun diterajang oleh perawat akan mengalami kesakitan fizikal diri sebenar?ataupun jin yg merasuk akan kesakitan dan hanya meninggalkan lebam utk pesakit bila sedar..sy menyaksikan satu adegan terajang yg dilakukan oleh seorang perawat dari tnh seberang apabila salah satu peserta kerasukan.mohon pencerahan dari tuan..wallahualam

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Bergantung kepada kualiti isi dan teknik perawat...juga keadaan
    rasukan.

    Bagi rasukan penuh mungkin pesakit
    tidak rasa semasa di...tapi mungkin
    pula akan meninggalkan kesan sakit
    apabila sedar bekas pukulan.

    Kesakitan ini pula kalau pukulan itu
    lebih kepada tubuh pesakit bukan
    jin dalam badan...maka agak lama
    sembuh tapi kalau pukulan itu isinya
    lebih kepada jin maka cepat sembuh.

    Namun secara lojiknya tidak perlu
    sebarang pukulan yang menyakitkan
    pesakit kerana pukulan itu sasaran-
    nya adalah jin maka tenaga pukulan
    sepatutnya kepada jin bukan pesakit.

    Dari sini ia bergantung kepada amalan
    perawat tersebut...malah pada jin
    asasnya pukulan juga boleh dibuat
    tanpa menyentuh atau menyakiti
    pesakit.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. Sebaiknya perawat perlu mengkaji dan melatih setiap teknik yang ia gunakan agar tidak memudaratkan pesakit.

    BalasPadam