Khamis, 10 November 2016

PENUTUP : DUNIA MISTERI ( 3 TJK )

1. TERIMA KASIH RANAU

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ahli keluarga saya...termasuk  ibu mertua  dan  keluarga
begitu juga saudara mara...saudara sekampung...rakan-
rakan  juga   ketua  jabatan....kepada  pemimpin   parti
setempat daripada parti kerajaan dan  bukan  kerajaan
seterusnya  kepada  pertubuhan Islam...jawatan  kuasa
masjid daerah...Jabatan Pelajaran daerah ranau...guru-
guru...sekolah-sekolah dari Ranau juga Beaufort serta
Tambunan...

...kepada  kelab-kelab  sukan.....politik.......kumpulan
keluarga.. .orang  persendirian  dari  mana-mana  juga 
yang telah  memberi  sumbagan berupa usaha...ikhtiar
serta pakaian...wang ringgit...barangan dapur dan se-
bagainya...dari  sebab  kemusnahan  kediaman  saya
pada Julai lalu dalam suatu kebakaran.

Semoga Tuhan mempermudahkan kita semua akan
petunjuk dan hidayahnya....dan lagi dipermudahkan
segala  urusan kita...sentiasa  terpelihara  daripada
bala dan bahaya yang membinasakan di dunia....dan
lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Segala kebaikan tuan puan...saudara saudari semua
hanya Tuhan yang dapat membalasnya....Amin

2 . Kebesaran Tuhan
                   ...jam 2 .10 minit pagi....
Ketika  api sedang begitu marak membakar rumah ke-
diaman saya yang merupakan rumah kayu lama...ter-
dengar suatu letupan yang saya pasti adalah letupan tong
gas...tapi saya merasa pelik...letupan itu \terlalu perlahan'
bagi sebuah tong gas...sepertinya lebih kuat bunyi mercun.

Namun esoknya saya dapat tahu letupan  itu  mengejut-
kan jiran-jiran yang tinggal 3oo meter dar i situ  kuatnya
hingga disangkakan  mereka  ianya letupan  sebuah  lori
tanker minyak...dan menggegarkan  rumah  rakan yang
terletak  setengah  km hingga disangkanya gempa bumi
dan bunyi itu masih dapat menggegar cermin rumah yang
terletak 5 kam dari situ dimana rumah itu terletak di
lereng bukit bertentangan...malah api itu masih dapat
di lihat dengan jelas.

Serentak letupan itu sebuah semburan api yang begitu
besar berlaku tapi kami tidak perasan akannya kerana
ia menuju ke arah bertentangan.

Sebesar-besar  kesyukuran  kepada  Allah  yang me-
lindungi kami termasuk ahli keluarga...rakan-rakan
sekampung...rakan-rakan bomba ( terima kasih atas
usaha keras tuan-tuan...kebaikannya saya terasa
hingga kini )...malah pelajar di asrama Putri SMK
mat Salleh yang asramanya terletak hanya di
seberang jalan...

...iaitu melindungi kami daripada kecemasan....
ketakutan...malah kecederaan yang pasti pada
adat asalnya mungkin parah ataupun  lebih dari-
pada itu.

Ketika itu saya...anak buah dan seorang rakan
bomba hanya berada 30 kaki saja daripada
tong gas tersebut ketika ianya meletup.

Ini semua hanyalah tanda-tanda kekuasaan Allah
semata-mata yang berkuasa melakukan segala
yang di kehendakiNYA.

Ia   mengingatkan   saya   keadaan alam kubur...
iaitu  kalau  ada  dua   kubur  bersebelahan...di-
mana  salah satu penghuninya berada  di-taman
-taman syurga yang seluas 70 hasta atau sejauh
mata  memandang...kemudian y ang sebelahnya
lagi diseksa dalam jurang neraka yang membakar..
namun pasti mereka masing-masing pada tempatnya
sendiri tanpa tersentuh atau diketahui keadaannya
antara satu sama lain...wallohu a'lam


3. Kuman atau jin ?...

Sebulan sebelum kejadian di atas...anak lelaki saya
Fz tahun empat di tahan di unit jagaan rapi HDW
setelah dibedah kerana apendiks pecah.

Hari ke enam doktor benarkan pindah ke wad
biasa...namun doktor itu beritahu...mereka sudah
bagi suntikan antibiotik kuat selama 6 hari
itu tapi mereka merasa pelik kerana masih ada
kuman dalam perutnya.

" kami tidak tahu dari mana datangnya kuman
kebal ini...' ujarnya.

Apabila doktor keluar saya letak tapak tangan
atas perut Fz dan buat satu set pernafasan ber-
serta fatihah dan Ayat kursi.

Fz beritahu ia merasa ada aliran karan pada ibu
jari kaki kirinya...kesimpulan mudahnya ada jin
dalam perut dan masuk melalui ibujari tersebut.

Saya membuat satu set rawatan kisar berserta
ayat Kursi...dengan izin Tuhan Fz tak rasa lagi
karan tersebut.

3 hari di wad biasa akhirnya fz dibenarkan pulang
dan tidak lagi timbul perkara kuman tersebut.

Kdang-kadang kehadiran jin dapat dikesan oleh
pihak hospital sebagai kuman atau seperti
serangan kuman...kalau ubat tidak berkesan
ia mungkin hanya sekadar jin.

Seperkara lagi...dalam masa tiga hari selepas
pembedahan...doktor dapati Fz kehilangan 3
pain darah...tapi tidak ada sebarang punca
dapat dikesan...tiada pendarahan luar atau
dalaman.

Saya berpendapat....

...sebenarnya tidak ada kes terkurang darah
tapi semasa pembedahan darah tambahan
itu sudah ada bendnya yang minum.

Ini kerana Fz sering di dapati demam pada
masa luar masa melawat...tapi apabila saya
ziarah...suhu badannya normal menandakan
ada gangguan datang sebelumya.

Seminggu lebih selepas pulang ke rumah
saya buat pengisian dan Fz nampak 3 ekor
makhluknya yang ikut pulang dari hospital
dan jin itu yang meminumnya.

Perkara biasa gangguan berlaku dihospital
kerana jin itu mungkin cuba pindah atau
ada kematian hingga jin itu hilang badan
tumpang....Wallhu a'lam

akan bersambung Insha
Allah...

21 ulasan:

  1. assalamualaikum akhi junied.. kalau akh masih ingat saya.. saya nur dari spura yg pernah berkongsi ttg keadaan saya dan anak2 serta meminta beberapa bantuan dari akh dulu.. rasanya dah berapa tahun sudah..

    saya baru dpt ikut semula perkembangan blog akhi.. cuma yg satu lagi akhi blm dpt update mungkin.. takziah atas apa yg berlaku pad rumah akhi .. semoga ada hikmah sebaliknya.. semoga dipermudahkan urusan akhi sekeluarga.. akhi dah berumah tangga ya? alhamdulillah tahniah.. semoga diberkati dan dirahmati mahligai akhi hingga ke syurga insyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth puan..Amiin...

      Alhamdulillah...semogaTuhan memper-
      mudahkan kita dengan rahmatnya atas segala urusan kita di dunia lebih-
      lebih lagi di alam akhirat yang
      kekal abadi..Insha Allah...

      Terima kasih atas ucapan takziahnya..
      sebenarnya saya agak banyak dapat
      ujian dari tapak dan rumah tersebut
      yang mana sebelumnya sudah hampir
      30 tahun didiami oleh keluarga bukan Islam dan kini satu persatu hakikat
      gangguan itu terlerai dengan izin Allah.

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. Alhamdulillah semoga akhi dan keluarga sentiasa dilindungi Allah .. Kiriman ulasan dibawah atas nama nur najihah adalah dari saya juga ya akhi.. sekiranya ada luang waktu dari akhi untuk membacanya, saya amat menghargai .. jazakumullah khair..

      Padam
  2. salam akhi..
    semoga sihat dan dilindungi Allah akhi sekeluarga insyaAllah..

    tahun lalu suami saya ada membantu keluarkan gangguan dan seperti yg dia beritahu ,saya sudah clear.. mlm tu sebelum saya dimandikan saya rasa sangat sedih dan menangis.. waktu suami saya ingin membuang kain yg digunakan membalut saya di laut, walaupun cuaca baik tetapi terasa seperti angin agak ribut seperti nak hujan ..

    sekiranya akhi junied tidak keberatan, blh bantu saya untuk buat pengisian whether im clear or still ada sisa2 yg menganggu?
    sama ada saka atau sihir atau apa..
    kalau akhi perlu email, najihahmurdiyanto@gmail.com...
    jazakumullah khair akhi junied..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...cara termudah buat
    pengisian diri di samping pagar serta
    scan sendiri...amal 3 Qul pernafasan secara tetap pagi petang...

    ...kalau mampu juga fatihah pernafasan
    buat air doa sendiri jadi minuman
    harian berterusan.

    Petua mudahnya kalau rasa sebarang
    tindakbalas masa amal maka tanda ada
    gangguan jin pada diri...sepatutnya
    tidak ada.

    Kalau rasa perlu guna petua kata
    pemutus kerana sebahagian gangguan
    jin hanya akan terhenti dengan kata
    pemutus.

    Kalau ada sebarang kemusykilan...sila
    lah puan ya..Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. jazakumullah khair akhi junied.. semoga Allah membalas sebaik ganjaran buat akhi atas balasan jawapan akhi alhamdulillah..

    ada beberapa soalan ya akhi..

    1) buat masa ni saya cuba buat sebelah ptg lps asar saja dulu..saya telah cuba ikut cara yg disarankan iaitu fatihah,3 qul pernafasan sejak 3 hari lepas.. adakah langkah2 daripada istighfar,bismillah dan sehingga penutup bacaan dibaca dahulu semuanya hingga selesai baru tiup, sapu ,sedut dan tahan nafas atau selepas selesai fatihah ,sapu dan buat pernafasan kemudian 3 qul sapu dan pernafasan, ayat kursi dan seterusnya?

    2) saya merasakan tindakbalas yg agak samar2 pada hari pertama, tindakbalas yg lebih clear pd hari kedua iaitu lengan kanan terasa sgt berat dan kedua tapan tangan seperti membesar. cuma berbanding tindakbalas dulu dan skrg, agak byk kurang alhamdulillah.. cuma saya akan cuba monitor insyaAllah..
    hari ini selepas maghrib, ada tetamu dtg rumah dan saya duduk bersebelahan .. dlm 10-15 minit saya dpt sakit kepala sebelah kiri yg saya x dpt buka mata .. saya fikir mungkin kerana saya mandi pd ptgnya ..
    adakah ada perbezaan antara sakit kepala biasa kerana sejuk dan sakit kepala kerana tindakbalas? tadi susah agak lega bila saya bacakan ayat kursi tapi skrg dtg semula semasa saya menaip ..

    3) 2 kali niat saya untuk bgn buat air tak menjadi.. walaupun saya sadar jam 2.30-3.00 pagi tapi tak blh bgn.. saya x dpt buat waktu siang kerana urusan rumah dan anak2..

    4) saya ingin cuba 'kisar' tetapi tidak berapa yakin takut tersilap cara kisar/pusingan.. dan akhi pernah sebut kalau kisaran tidak dibuang dgn btl akan menyebabkan keracunan..

    jazakumullah khair akhi...



    BalasPadam
  5. kata pemutus juga blh dilakukan sendiri ya akhi?tapi waktu membuangnya , ke tepi dinding dan tak blh ada sesiapa di sekeliling kita?

    BalasPadam
  6. Amii...Allhamdulillah puan...

    1.Tiup sapu sedut tahan itu lepas
    baca Fatihah kesemuanya...lepas 3Qul dan lepas ayat Kursi.

    2.Tanda ada angin bisa jin dalam
    tangan maka boleh tepuk2 perlahan
    tangan dari pergelangan ke bahu ber-
    ulang alik sambil baca Ayat Kursi
    kemudian 'cekik' bahu dan sapu
    perlahan-lahan hingga ke hujung
    jari tangan sambil takbir ber-
    terusan

    Masa tepuk niat mintaTuhan hancurkan
    jin dan angin bisa dalam tangan...
    masa 'cekik' dan urut hingga ke
    hujung jari niat mintaTuhan buang-
    kan semua hancuran jin dan angin
    bisa keluar.

    Sakit kepala itu lebih kepada adanya
    jin atau angin bisa dalam kepala
    sebelah kiri...dan mungkin juga
    bertindakbalas pada tetamu yang ada
    pendinding atau ada juga kerana
    tetamu itu juga ada gangguan.

    Baca Ayat Kursi sambil buat sapuan
    ke kepala kiri ikut arah lawan jam
    kemudian takbir buang kedepan.

    Sakit semula kerana jin atau angin
    bisa cuma lemah sementara tapi tak
    dibuang keluar...dan kalau rasa
    perlu kisar sambil baca 3Qul tiga
    tiga kali baru buang.

    Sakit kepala biasanya lebih sakit
    daripada sakit kepala biasa...tiada
    sebab munasabah dan bertindakbalas
    atau menjadi kurang dengan rawatan
    kisar atau bacaan.

    BalasPadam
  7. 3.Air doa boleh buat tanpa wuduk atau
    berpakaian menutup aurat...jangan
    saja dalam keadaan hadas besar
    dan boleh buat sebelum tidur walau
    atas katil.

    4.Sebenarnya pada asasnya kisar mana
    pun boleh tapi niat kita tentukan
    samada masuk pengisian atau tarik
    keluar.

    Cara musnah angin bisa tarik terus
    genggam ramas-ramas sambil niat
    hancurkan angin bisa dalam genggaman
    sambil Takbir 7 kali dan buang ke
    arah tepi dinding.Insha.Allah tak
    mudarat.

    Buangan angin bisa ikut niat kita
    semasa membuangnya samada ke tepi
    dinding atau kemana dan tak apa
    walau ada orang sekeliling.

    Kata pemutus boleh buat sendiri...
    dan bila-bila masa dan mana-mana
    juga tak kira sendirian atau tidak.

    Cuma sebaiknya ada wuduk walau
    sedang cuti bagi wanita.
    Insha Allah...kalau ada persoalan
    lagi silakan puan ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. jazakumullah bikhairil jaza' akhi.. Allah sahaja sebaik baik pemberi ganjaran.. amiin.. insyaAllah saya cuba dan pantau dari masa ke ..

    1)adakah sama cara scan untuk anak2? atau cukup sekadar beri minum air doa?

    2)saya tiba2 teringat.. sehari dua sblm saya mesej akhi di blog ini, pakcik kpd suami saya ada bertanya ttg mimpi beliau.. beliau baru pulang umrah seminggu sebelumnya, pd khamis jam 3 pagi beliau bermimpi melihat isterinya dibalut benang hitam sehingga membentuk pocong.. keesokan paginya pd jam yg sama, beliau bermimpi dirinya pula dibalut benang putih tetapi setakat hidung sahaja dan beliau rasa lemas dan tersadar. waktu ingin ke kedai, beliau dan isteri ada gerai makan..kunci kedai beliau tak ada dlm sejambak kunci yg selalu dibawa..

    saya mmg tak tahu maksud mimpi jadi saya cuma beritahu beliau supaya membaca ayat kursi setiap kali selesai solat dan mohon dijauhkan dari segala bahaya dan hasad dengki manusia..

    3) kawan baik saya mendapat ujian disihir dan sehingga skrg blm sembuh, sudah ramai jg perawat yg berusaha menggunakan ruqyah dan kemahiran mereka .. saya ingin membantu beliau tetapi juga khuatir sekiranya ada tindakbalas dan diri saya sendiri blm kuat rawatan dan pendinding..

    walau apapun, Allah tentunya lebih berkuasa dari segala apa makhluk ciptaannya termasuk jin dan syaitan ..

    jazakumullah bikhairil jaza' akhi.. baarakallahu feekum ..

    BalasPadam
  9. salam alaik akhi junied..
    adakah rawatan jarak jauh masih dilaksanakan?

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salaam wbkth puan..

    Sebaiknya beri minum mandi atau sapu air
    Serta baca pads ubun ubun kemudian tiup
    setiap malam terutama fatihah Dan 3 qul atau fatihah 11 Kali.

    Ianya mimpi gangguan Dan Samada Ada kaitan disihir manusia dengan perantaraan
    Jin atau disihir jin ilmu Tampa peng-
    libatan manusia. Sebaiknya jaga amalan Dan minta scan.

    Boleh ajar kawan tu rawatan diri dan
    amalan pendinding juga rawatan diri
    dalam blog ini adalah terbuka untuk
    semua. Sebaiknya elakkan merawat kerana
    ianya perlu persediaan sebagai seorang
    perawat... diri Dan keluarga boleh jadi
    sasaran balas. Jangan semata-mata
    kerana yakin pada Tuhan kits bertindak
    sesuka hati. Semua perkara Ada aturannya
    Dan jangan abaikannya.

    Rawatan jarak jauh says kurang pasti
    tapi silalah hubungi tuan guru saya
    ya.

    Saya di Ranau...guru Dan pejabat di
    Kota kinabalu.

    Cuma puan ya malam ini hingga Lusa saya
    jam 11 malam hingga 11 45 akan buat
    amalan yasin serta beberapa tambahan
    Dan kalau puan ingin mints buat peng-
    Isian bolehlah berwuduk dan duduk atau berbaring sambil zikir Allah berterusan dalam hati sepanjang masa tersebut.

    Sebelumnya baca dulu sekurang-kurangnya fatihah dan lafaz niatkan bercakap pada jin Yang mengganggu keseluruhannya
    take kira saka sihir jin sesat atau
    sebagainya Kata Kata pemutus jin. Dan kemudian tutup mats serta zikir dalam hati. Niatkan juga ya Allah sekiranyada penyakit dalam tubuhku ini Ya Allah
    sembuhkan dan hilangkanlah sekiranya ada
    jin atau gangguan jin dari mama juga
    Ya Allah hancurkanlah semuanya sehabis-habisnya. Sediakan sebotol air until dibuat pengisian sekali dan minum serta sapu muka sebaik selesai. Mints pengawasan suami atau siapa Yang dirasa sesuai.

    Ini amalan biasa saya setiap malam dan
    tak tentu masa tapi untuk tiga malam ini
    saya tetapkan dan puan boleh minta
    pengisian sekali kalau rasa perlu dan
    sesuai.

    Insha Allah puan ya.

    Wallohu a lam

    BalasPadam
  11. salam akhi junied..
    saya baru baca jawapan akhi.. jazakumullah khair.. maklum insyaAllah..
    bermakna saya masih ada peluang mlm esok untuk ikut seperti yg dinasihatkan..
    insyaAllah saya ingin minta jasa baik akhi buat pengisian sekali ..

    jadi esok jam 11-11.45 mlm saya perlu berwuduk , sediakan air , duduk sambil membaca sekurangnya Fatihah, baca ayat pemutus (lafaz kuat atau dlm hati sahaja?) zikir Allah dlm hari sehingga selesai masa yg ditetapkan kemudian sapu muka dan minum air dari dlm botol ?

    sekiranya ada tersilap mohon diperbetulkan akhi.. moga Allah permudahkan urusan akhi insyaAllah..

    BalasPadam
  12. Was alaikum salam wbkth puan...

    Alhamdulillah... Betul... Cuma lafaz Kara oemutus hendaklah dengan bersuara dan nada tegas. Boleh duduk tapi sekurang kurangnya at as tilam atau Ada bantal kerana Ada kemungkinan juga rasa mengantuk atau berat badan dan rebah bergantung kepada kedudukan gangguan dalam badan... Insha Allah puan ya...

    Wallohu a lam

    BalasPadam
  13. baik maklum insyaAllah.. jazakumullah khair akhi.. semoga dipermudahkan urusan insyaAllah..

    BalasPadam
  14. assalammualaikum tuan..ape khabar..dh lame tuan tak menulis ..harap dapat kembali lagi pada 2017 ..

    BalasPadam
  15. Wa alaikum salam wbkth ejam...

    Catitan lanjut hanya pada blog dari
    ufuk timur...cuma ada sedikit perkara
    lagi yang perlu saya pertimbengkan
    sebelum menulis secara lebih lanjut.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. assalamualaikum...saya minat apa yang tertulis dalam blog ini untuk menambah pengetahuan...terima kasih

    BalasPadam
  17. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Alhamdulillah...hanya sekedar sedikit
    tapi mudah-mudahan bermanafaat untuk kita semua dengan izin Allah.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. saya kurang faham cara pernafasan..nak dilakukan..

    BalasPadam
  19. Assalamu'alaikum... bolehkah saya nak minta nombor telefon tuan.... nombor saya 0125536701

    BalasPadam