Jumaat, 14 Ogos 2015

( KISAR ) Petua Hancurkan Jin dalam badan...

Iaitu cara menghancurkan jin dalam badan sendiri...

1. Dekatkan tapak tangan kanan ke mulut.

2. Baca Bismillaahirrohmaanirrohiim tiga kali
dengan nada suara yang jelas ( bukan berbisik
semata-mata )

3. Tiup kuat tapak tangan tadi....

4. Lekap tapak tangan atas tempat yang sakit.

5. Berdoa....Ya Allah hancurkanlah dan hilang-
kanlah penyakit ini hingga tak bersisa....

..Ya Allah seandainya ada gangguan jin...( ia-
itu ada jin dan penempatan jin..atau angin
bisa jin pada tempat sakit ) maka hancurkan-
lah sehancur-hancurnya jin ini dan segala angin
bisanya.

6. Baca Ayat Kursi....dan serentak itu apa-
bila mula saja baca Ayat Kursi....sapu tempat
yang sakit itu dengan sapuan secara bulatan.

Niatkan dalam hati untuk menhancurkan
segala penyakit..jin dan angin bisanya.

Habis baca Ayat Kursi....baca takbir ( Allohu
akbar ) tujuh kali....tapi kali ini niatkan dalam
hati untuk memungut semua hancuran pen-
yakit juga jin serta angin bisanya

Pada takbir ke tujuh terus buat gerakan
pusaran tapi tekankan sedikit tapak tangan
kemudian genggam niat menggegam hancuran
dan sisa-sisa penyakit...jin dan angin bisa
sentap dan tarik buang ke sisi.

Boleh di dua kali lagi jadi tiga kali kesemua-
nya pada tempat-tempat sakit.

Buat pagi petang atau sekali sehari atau bila
bila masa mengikut pilihan sendiri.

7. Jika ianya dibuat lebih dari sekali pada
satu masa untuk kali kedua hingga seterusnya
cuma perlu mula dari ayat kursi ( sambil
'mengisar ' ) .

Nota

1. Jika sakit kepala maka tempat 'pusaran' adalah
atas ubun-ubun kemudian tepat pada tempat yang
sakit...

2. Kalau  selalu  mimpi  aneh  atau  buruk...maka
tempat pusarannya pada ubun-ubun dan bahagian
belakang kepala.

3. Kalau nak 'sapu habis' kepala maka kisar pada
ubun-ubun...atau ubun-ubun...dahi....belakang
kepala...tepi kanan kepala dan juga tepi kiri.

4. Kisar maksudnya umpama sebiji buah jatuh
ke dalam mesin pengisar maka hancur berkecai
buahnya...iaitu buah tersebut umpama jin...angin
bisa...penyakit dan sebagainya.

Dan hancuran itulah yang perlu dibuang dengan
takbir kerana jika dibiarkan terus dalam badan
boleh menyebabkan 'keracunan'.

5. Kalau jin pada jantung...iaitu sakit atau selalu
berdebar...sesak nafas...dan sebagainya...maka
kisar bertentangan jantung.

6. Kalau 'serangan kuman' pada paru-paru...atau
berair dan sebagainya...maka kisar atas dada
kanan dan dada kiri.

7. Kalau gastrik...maka pada uluhati....jika sakit
itu tembus sampai ke belakang pun...cukup dari
depan tapi niat hancurkan jin atau penyakit...
dari depan hingga ke belakang.

8. Kalau perut atau rahim...maka atas perut atau
rahim....

....atau kalau ketumbuhan...atau panas sakit ber-
pindah dalam perut maka kisar pada semua
tempat berpundahnya juga atau bahagian
bengkak atau luka dalam.

9. Kalau sakit seperti kena pukul maka tempat
sakit....

...kalau lutut maka atas kepala lutut....dan se-
bagainya.

10. Rawatan diri ini sebaiknya dibuat setiap
hari walau hilang sakitnya kerana mungkin
ada sisa bisa dan racun malah jin yang ber-
diam diri pada tempat tersebut.

Iaitu tidak ada masa tertentu...sekurang-
kurangnya anda rasa puas hati bahawa sakit
itu tidak berulang lagi.

11. Petua di atas adalah minima dan tidak
ada sebarang halangan kalau anda mahu
tambah bilangannya atau tambah ayat serta
suroh lain.

12. Boleh pula baca Bismillah dan tiga Qul
tiup pada tapak tangan sebelum meletak-
kan tapak tangan itu atas tempat sakit.

Kalau mampu buat tiga set baca 3 Qul itu
serta sapuan atau kisaran pada tempat
sakit....iaitu baca tiga Qul sekali sekali
dan kisar kemudian ulang baca tiga Qul
dan kisar begitulah hingga tiga kali.pada
setiap tempat sakit.

13. Seorang rakan berbangsa Pakistan sen-
tiasa membaca Qur'an setiap hari namun
tiga Qul 'jarang-jarang'...dan ia kena sihir.

Seperkara  kita ingat  bahawa  tidak ada
ayat atau suroh dalam Qur'an yang dapat
menggantikan tempat tiga Qul dalam
amalan penjaga diri....ini adalah kelebihan
khusus 3 Qul.

Rawatan ini adalah untuk apa juga jenis
jin dalam badan...

Wallohu a'lam

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum, sy telah praktikkan di atas malam tadi...memang ada respon melawan mlm tadi...pagi ini sejak bangun tidur hingga ini ditulis...sy mengalami sakit kepala dn bhagian
    ydibuat smlm tela h amat meganggu tugas harian...

    bertahan sh sudah zikir kurang dpt fokud krn sdg bertugasj...terasa ingin dptkan rawatan jarsk jauh dr tuan...hrp tuan membaca ini secepat mungkin...

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Ambil air kosong setengah gelas...dekatkan ke bibir
    baca salawat 11 kali...tiup...guna minum...sapu
    muka dan sapu atas tempat sakit...dan kalau ber-
    tudung...cukup sapu atas kain tudung sedikit tanpa
    perlu membuatnya.

    Cuma seperkara...sebaik-baiknya sebelum buat
    rawatan cara di atas...seseorang itu hendaklah
    sedang amal pendinding dan sentiasa minum air
    doa sebelumnya lagi dan lebih baik kalau sudah amal 3 Qul pernafasan...

    ...agar tindakbalas kurang.....dan puan boleh buat
    air doa sendiri mula minum dan ulang kaedah di
    atas apabila hati rasa ringan bersedia.

    Insha Allah saya akan buat pengisian pada puan sekarang...banyakkan baca salawat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan, ahamdulillah sakit sy telah berkurang sebelah petang semalam dn sy boleh bertahan...bangun tidur pagi tadi .sakit kepala sudah tiada...syukran

    sy ada amalkan 3 qul setiap hsri ttpi tanpa penafasan dn tidak bgtu konsisten...ttpi sy memang amalkan zikir mudah setiap terutama ketika mmndu kereta...nampsknya pnykit lama brtapak ini blm ada izin Allah utk tinggalkan diri saya...terims kasih tuan atas pengisian yg tuan buat malam tadi. Banyk yg tuan sebutkan sebagai amalan di ruang ini seblm ini..cuma sy shj yg kurang istigamah...

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth puan...Alhamdulillah...sama-sama...semoga
    segala ujian Tuhan ini membawa kebaikan
    kepada kita dunia akhirat...Tuhan lebih tahu...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Allahuakbar...ya betul, Allah lebih tahu....dn maha tahu...ayat tuan yg akhir itu membuat sy managis...Allahuakbar...tk tuan

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tuan. Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga Allah merahmati.

    Saya telah amalkan petua ini pagi tadi pada bahagian sakit di kaki dan di hujung ibu jari kaki kanan dan kiri yang sedia ada sakit. Ada tindakbalas hujung ibu jari bergerak -gerak dan sekarang saya dapati ada warna oren kemerahan di celah kuku ibu jari kaki dan juga pada kulit jari kaki saya tersebut dan rasa agak sakit sedikit.

    Tindakbalas lain adalah saya rasa bergerak gerak dan kejang di ulu hati (saya memang ada sakit gastrik dan masalah sakit puan).

    Saya mengalami sakit lenguh lenguh di tengkuk sejak 11 tahun lalu dan merebak ke lutut, siku dan pergelangan kaki.

    Selain itu saya juga amalkan manzil telah dua hari dan malam tadi badan saya panas sepanjang malam dan saya bermimpi saya bersama seangkatan tentera melawan sepasukan tentera jepun dan saya membawa api seperti cecair gunung berapi dan simbah ke atas tentera tentera jepun tersebut dan akhirnya saya menang.

    Secara keseluruhan badan rasa ada perubahan positif rasa lebih ringan dan bersemangat berbanding sebelum ini selalu lesu dan tidak bermaya.

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth ayuash...

    Alhamdulillah...sama-sama...

    1. hujung jari itu ada laluan jin...yang bergerak ada-
    lah jin di dalam...kulit merah juga bahagian rasa
    sakit ada angin bisanya.

    2. Uluhati itu sakit gangguan...bagaimanapun kita
    masih belum menolak kemungkinan gastrik...
    walaupun biasanya ia menjadi antara tempat paling
    'popular' tempat jin menumpang dalam badan.

    3. sapu ke atas ke bawah tengkuk sambil baca
    ayat kursi dan takbir serta buang ke arah depan
    dan sapu bulatan atas lutut kerana biasanya
    jadi tempat singgah atau persembunyian..juga
    pada siku serta pergelangan kaki....

    ...iaitu sekurang-kurangnya mungkin ada angin
    bisa maka rawat sapuan.

    4. Panas itu kerana ada angin bisa padat terbakar
    atau jin penumpang badan kepanasan maka terus-
    kan amalan....Insha Allah...

    Kalau tidak tahan panas...baca salawat 11 kali
    pada segelas air buat minum serta sapu muka.

    Semukin kurang angin bisa maka semakin kurang
    panasnya...dan ianya tindakbalas positif.

    Mimpi lebih pada tak ada erti tapi tanda gangguan
    jin pada mimpi...atau pada diri semasa tidur.

    Jangan sapu semata-mata ya...buat air doa dengan
    Fatihah serta 3 Qul atau Manzil jadikan minuman
    serta mandian harian...Insha Allah....

    Pantang sementara makan telur ayam...buah pisang dan daging binatang berkaki 4 sehingga badan terasa
    selesa.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..

    Sekadar perkongsian

    Kalo putar tangan melawan arah jam spt tawaf kaabah..lebih kepada energi menarik ke atas & membuka. Sesuai utk keluarkan penyakit dan aura kotor jin dan sebagainya.

    Kalo putar tangan ikut arah jam..energinya spt masuk ke dalam & utk mengunci. Bole guna utk masukkan energi bagi tujuan benteng tempat yg sakit dari dimasuki jin lagi.

    Waulahualam

    BalasPadam
  10. assalammualaikum sekadar perkongsian. .pkul 3 pagi tiba2 dada kiri sakit dan terbangun dari tidur..utk menghilangkannya saya telah menggunakan cara tuan seperti diatas hasil nya alhamdulilah berkurangan. .Tiba2 terfikir utk mencari puncanya saya memejam mate dgn niat buka mate ke6 dan hasil nya nmpk byangan mahluk tersebut lalu menyerang dgn alfatihah, ayat kursi dan 3 qul...pernafasan hasilnya bayangan tersebut lenyap serentak dgn itu sakit dada saya hilang sama sekali. .syukur pada ilahi atas kebesarannya.

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth ejam...

    Nampak tak nampak itu sejauh mana bentuk
    gangguan tersebut dan ..dan Alhamdulillah...
    semuanya berlaku dengan izin Tuhan...

    Terima kasih atas perkongsiannya semoga
    dapat jadi panduan kepada kita semua...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum ustaz, saya siti boleh ustaz kongsikan bagaimana cara amalan zikir nafas.. Al fatihah, 3 qul dan Ayatul kursi. Terima kasih ustaz

    BalasPadam
  13. Assalam uztaz...mcm mna naj amalkan cara 3 qul pernafasan

    BalasPadam