Selasa, 11 Ogos 2015

Jin Batu Cari 'Tuan'.....

Ianya sebiji batu kecil leper berwarna coklat dengan 
uratnya yang jelas kelihatan....memang 'cantik' di-
pandang.

Menjawab pertanyaan rakan tadi....saya bayangkan...
kalau didapati ianya ada jin pendamping...batu itu
pasti berkecai saya hentakkan dengan batu...dengan
izin Allah...

...sebagaimana yang biasa saya buat pada benda-
benda jenis batu atau cincin berkhadam.

Seminggu kemudian rakan itu memberi tahu saya....
pada malam selepas ia memperlihatkan saya batu
itu...esok paginya rakan itu mendapati batu dalam
simpanan lacinya itu hilang.

Berbulan sebelumnya...batu itu tiba-tiba muncul 
dalam longgokan cincin-cincin simpanannya....dan 
rakan itu sudah pastikan benar...tidak ada sesiapa 
yang dapat atau pernah membuka lacinya itu.

Ia sebenarnya lebih kepada jin batu yang mahu
mencari 'tuan'...dan biasanya jin seumpama ini
adalah jin pernah bertuan dan sudah kehilangan
tuannya.

Dengan kekuatan dan pengalaman yang didapati-
nya dari manusia sebelumnya....jin itu sudah
pandai mencari tuannya sendiri...dan seperti
biasa...bakal tuannya adalah seseorang yang jin 
itu pandang sebagai mangsa mudah.

Maka sebaiknya anda beringat apabila tiba-
tiba mendapat sesuatu secara tidak wajar...
tidak kira apapun bendanya...kerana ia
mungkin beerti anda sedang menjadi sasaran 
jin....bukan tuan tapi 'makanan'...

Cara lain jin cari tuan adalah datang melalui
mimpi...menyerupai seseorang...mahu ber-
sahabat...atau menawarkan perlindungan...
menyampaikan amalan apa juga bentuknya
atau menyerupai bayi...juga mungkin men-
yerahkan sesuatu benda samada benda
itu hanya dalam mimpi atau mungkin anda
terjaga dan bendanya ada di tangan atau
di sisi dan sebagainya.

Namun hanya seperkara anda perlu ingat
..apabila jin memilih anda...ia sama seperti
' kucing yang memilih ikan goreng...iaitu 
anda...'.

Jin juga suka perkara nudah dan tidak akan
sengaja mencari nahas...maklumlah jin juga
adalah makhluk lemah dan hanya akan 
memilih manusia yang lebih lemah.

3 Nota

1. Seorang ibu yang dihadiahkan sebentuk
cincin emas yang telah dijampi oleh se-
orang bomoh wanita...cuma dapat ber-
tahan beberapa malam...sebelum cincin
itu hilang dari simpanannya secara tiba-
tiba ketika ibu itu sedang tidur.

Ibu itu sentiasa membaca Bismillah 6 pagi
petang...dan secara teorinya...jin pen-
damping cincin itu lari kerana kepanasan.

2. Apa juga benda atau alat sihir termasuk
tangkal dan sebagainya yang dijaga jin...
biasanya ada rumah jin di dalamnya.

Maka untuk memusnahkannya perlu cara 
khusus agar rumah jin itu juga turut musnah.

Seperkara  lagi...pilihan  lain  untuk  benda
sihir  ini  adalah  dengan memusnahkan atau
menarik  keluar  rumah  jin darinya tanpa
perlu memusnahkannya...namun untuk
orang awam atau umum...lebih baik kalau
benda itu dimusnahkan sekali...

...terutama kalau kita tidak dapat mempasti-
kan  samada  masih  ada  rumah  jin padanya
atau sudah musnah.

Ini kerana  benda itu dapat jin gunakan balik
iaitu  selagi  masih  ada sisa penempatannya
dalam benda tersebut.

3. Sengaja memberikan benda atau alat yang
ada pendamping jin kepada  orang lain  ada-
lah dilarang...dan apa juga  nanti  kezaliman
atau  penganiayaan...atau  malah  kesesatan
yang  di  alami  oleh  si penerima kerananya
akan  menjadi  tuntutan  di  akhirat  ke atas
anda yang sengaja memberinya.

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan