Khamis, 13 Ogos 2015

'Darah Tinggi Jin'

Ibu itu sering sakit pada bahagian atas kepala...
dan jantungnya sering berdebar-debar tanpa 
sebab munasabah.

Kebelakangan     ini....ia  merasa  belakang 
kepalanya sakit seperti dicengkam sesuatu
dan ketika itu doktor mendapati tekanan
darahnya naik ( tinggi ).

Ada juga doktor yang berpengalaman dan
ia kata pada pesakit...sebenarnya dari ujian-
ujian pihak hospital menunjukkan ia tidak
ada ciri-ciri sebagai pesakit darah tinggi
namun...ada sesuatu yang membuat tekanan
darahnya menjadi tinggi.

Dari segi gangguan...ada angin bisa jin pada
bahagian kepala dan dadanya....maka kesan-
nya fikiran dan perasaan seseorang itu men-
jadi sangat sensitif dan tertekan walau pada
punca perkara kecil.

Kemudian ada masanya jin akan mencengkam
belakang kepala atau urat leher belakang
kepalanya....sehingga menimbulkan kesan
sesorang itu sedang mengalami tekanan darah
tinggi,.

Apabila fikiran-fikiran runsing dan tekanan-
tekanan perasaan dari sebab gangguan jin
ini anda turutkan....kemudian dari sebab
sakit urat atau belakang kepala itu anda
yakin sedang mengalami serangan takanan
darah tinggi....

...maka tekanan darah anda lambat laun 
akan benar-benar tinggi...bukan kerana
anda sememangnya ada darah tinggi tapi
kerana anda memperturutkan perasaan
dan fikiran...

...kemudian  ditambah  kesakitan  pada
bahagian  urat  atau  belakang   kepala....
membuat  anda '  stress  memuncak '...
tekanan darah anda akan mendadak atau
menjadi tinggi secara mengejut.

Satu kes saya percaya ada kaitan dengan
'permainan darah tinggi jin ini.'....hasilnya
mangsa itu kini mengalami lumpuh sebelah
kiri badan.

Sasaran jin darah tinggi itu kini adalah 
isterinya yang mengalami tekanan kerana
keadaan suami yang sihat menjadi ter-
lantar serta hilang punca pendapatan.

3 nota

1. Biasanya jin yang terlibat sudah ber-
pengalaman lama dan menjadi pakar
dalam bidang ' meninggikan tekanan
darah'....maka kalau anda pula kurang
berpengalaman dan lemah semangat...
anda akan mudah saja tertipu dan men-
jadi mangsa.

2. Sasaran utama jin ini adalah orang 
yang sedang menghadapi ujian berat
kerana tekanan akan melemahkan
aura...semangat dan pertahanan diri
anda.

Ciri-ciri utama sering runsing tanpa
sebab atau runsing berlebihan....

...perasaan sering merasa tertekan
tanpa sebab atau berlebih-lebihan....
jantung pula sering berdebar....

...dan anda merasa urat belakang leher
atau belakang kepala anda seperti di
cengkam sesuatu....dan kadang-
kadang bukan rasa dicengkam...tapi
urat belakang leher menjadi keras.

Dan anda mungkin sering pening....
atau mengantuk...rasa berat kepala
atau sakit bergantung kepada kadar
gangguan.

3. Saya pernah 'scan' ibu itu dan ia
melihat seorang perempuan muda 
berambut panjang berpakaian serba 
hijau ( jin ) mendampinginya...

....namun ibu itu mempertahankan
makhluk tersebut dan tidak mahu 
ianya dibuang kerana yakin makhluk
itu baik

Anda perlu tahu...bahawa apabila
sesekor jin mendampingi seseorang
manusia....biasanya pasti ada ke
zaliman dan penganiayaan makhluk
jin itu kepada manusia tersebut...

...malah orang itu mungkin menjadi
pusat serangan jin tersebut kepada 
mana-mana juga ahli keluarganya.

Secara mudahnya jin pendamping 
manusia itu adalah syaitan...dan
syaitan itu bukan teman...tapi ada-
lah musuh anda

Wallohu a'lam

16 ulasan:

  1. Asalam Tuan,ada seorang rakan di tmpt kerja berpendapat sedemikian walaupun rakan ini mmg seorang yg tdk perna meninggalkan solat dan kdg2 menjadi imam di kampungnya..namun beliau berpendapat bhwa jin pendamping ini "tdk perlu dikacau" kerana tiada yg perlu dirisaukan dgn alasan itu lah takdir yang Allah swt tentukan bg hambaNya.
    Dlm Alquran surah Albaqarah ayat 168&208.Allah swt telah berfirman bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata.Slpas berbual dgn rakan sy mengalami sakit kepala sblh kiri.
    Mohon pencerahan dr tuan..wallahualam

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth js....

    1. Kita tidak boleh beralasan kerana sudah ditakdirkan kerana ianya boleh di buang
    atau di rawat....

    ...dan ianya bukan sesuatu yang semulajadi...
    sehingga perlu diterima begitu saja.

    Rasulullah SAW juga sudah mengingatkan
    bahawa jin boleh bergerak dalam badan
    manusia melalui saluran darah...maka setiap
    orang yang ada jin pendamping terdedah
    kepada kemungkinan ini.

    Namun memang ada kalangan 'orang-orang
    alim' ini yang berpendapat kita harus menerima
    sebegitu saja kerana memang sebagai hamba
    kita berkewajipan menerima apa saja ketentuan
    Allah...sedangkan semua ini adalah ujian Allah
    yang kita boleh atasi dengan doa dan ikhtiar.

    Ada pula yang berpendapat ianya anugerah
    Allah kepadanya hasil dari amalan ketaatannya
    maka kalau ada kesan pun pasti kesan atau
    kelebihan yang baik-baik saja seperti jin itu
    menjaganya atau membuat ia ada sesuatu
    kelebihan tertentu.

    Biasanya jin pendamping adalah jin ilmu
    orang-orang terdahulu...banyak pengalaman
    pintar putar belit...dan pandai mengkaji
    kelebihan dan kekurangan manusia yang
    didampinginya ( pakar psikologi ).

    Maka hasutan demi hasutan halus....akhir-
    nya membentuk suatu pandangan peribadi
    manusia itu sendiri dan tentunya sesuai
    dengan apa yang jin itu kehendaki.

    2. Ia serangan....mungkin jin itu marah kerana
    saudara cuba menyedarkan rakan tadi...iaitu
    pandangan saudara kalau diterimanya...boleh
    menyebabkan jin itu bakal dapat tentangan...

    ...tapi kalau tidak timbul soal ini...maka se-
    rangan jin itu kerana mungkin ada sisa angin
    bisa pada bahagian kepala yang sakit se-
    belumnya dan jin itu ambil kesempatan.

    Maka sebaiknya jaga amalan dan rawat ba-
    hagian yang sakit walaupun telah sembuh
    untuk membersihkan sisa angin bisa yang
    mungkin sudah lama.

    Jin ini perangainya suka ambil kesempatan
    untuk menzalimi atau menganiaya manusia
    walau tak ada sebarang keperluan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam tuan. Kalau kita ada masalah sakit urat belakang leher ni macamana kita nak rawat ya?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth ayuash...

    Wallohu a'lam...namun kadang-kadang ia berpunca
    dari gangguan jin...maka buat rawatan sapuan bulatan buang kedepan...dan sentiasa sapu air doa.

    Jin boleh menyempitkan laluan darah...dengan me-
    micit atau membentuk dirinya seperti lemak di dinding dalam saluran darah....menyebabkan
    sakit atau peredaran darah kurang lancar.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan.
    Sejak dua bulan lepas, hampir setiap hari saya pening dan sakit di kepala dan tengkuk. Kadang2 tekanan darah saya naik tinggi dan kadang2 terlalu rendah. Ctscan tidak menunjukkan sebarang kelainan. Ubat tahan sakit pun tak berkesan. Saya sering rasa berdebar2 dan sakit di dada. 2 minggu lepas saya di arahkan ke wad kecemasan kerana sakit di dada dan tangan kebas. Tetapi doctor mengatakan jantung saya ok. Ujian darah semua ok. Ustaz mengatakan saya ada gangguan tetapi sehingga kini semua perubatan masih tidak menampakkan tanda2 untuk sembuh. Saya juga mengamalkan bismillah 5 sekerap yang boleh. Mohon bantuan tuan apa lagi amalan zikir yang harus saya amalkan untuk pendinding diri dan keluarga.

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth saly....

    Berkaitan gangguan...

    1. Pening tanda angin bisa jin dikepala...tapi kalau
    sudah sakit maka ambil perhatian kemungkinan
    ada penempatan jin padanya...kecuali kalau sakit
    itu seperti ditikam dari luar...maka mungkin jinnya
    ganggu dari luar.

    Sila ambil perhatian kemungkinan penempatan jin
    pada bahagian kepala terutama di mana bahagian
    terasa kurang selesa atau sakit....belakang kepala
    dan tengkuk.

    2. Tekanan darah turun naik dengan cepat biasanya
    ada gangguan jin...termasuk dalam saluran darah.

    3. Sakit dada kalau dari sebab gangguan jin biasanya
    berserta sakit jantung...berdebar-debar atau denyutan
    menjadi lemah...kalau doktor kata ok maka ia ada
    kaitan dengan jin...dan mingkin jinnya duduk pada
    dinding...atas...atau dalam jantung.

    4. Kalau mampu amal Ayat manzil...Ayat Kursi...
    3 Qul pernafasan....buat air doa sendiri seperti pada
    tajuk petua buat air doa sendiri....amal penghancur
    jin kisar pada bahagian jantung...ubun-ubun...
    belakang kepala berserta tengkuk sekali...

    ...pantang sementara makan telur ayam....buah
    pisang...daging binatang berkaki 4....

    Amalan dan minuman hendaklah jadi amalan harian
    termasuk pada masa 'cuti' bulan niatkan baca Quran
    itu sebagai baca doa.

    Renjis air doa dalam semua ruang rumah...terutama
    bilik tidur...buat air doa dalam bekas besar....dan
    renjis setiap hari hingga 14 hari berturut-turut atau
    hingga 40 hari kalau mampu.

    Bismillah lima boleh pula di baca sambil sapu bulatan
    tempat sakit 7 kali kemudian takbir 7 kali dan sapu
    buang seperti petua penghancur jin dalam badan..

    ...elak dengar muzik tak halal atau melalaikan dari
    mengingati Tuhan....sentiasa pasang rukyah ter-
    utama waktu malam...berwuduk dan baca Fatihah 1x...Al Ikhlas 3x...Al Falag 3x...An Naas 3x...tiup
    tapak tangan sapu muka dan seluruh tubuh...

    ...baca Bismillah 21 x pada tapak tangan dan sapu
    muka keseluruh rubuh... dan ayat kursi 1 kali...juga
    tiup sapu pagi petang serta sebelum tidur malam.

    Sapu bulatan penghancur jin juga pada semua tempat kurang selesa atau sakit

    ....dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Terimakasih atas penerangan tuan.
    Semasa takbir 7x tu perlu sambil buat bulatan juga ke?

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...sama-sama....

    Teruskan pergerakan sapu bulatan...cuma kalau
    masa baca ayat kursi niat hancurkan angin bisa
    dan jin dalam...takbir pula niatkan memungut
    sisa-sisa hancuran dan pada takbir ke tujuh tekan
    sedikit bayangkan mencengkam semua sisa dan
    tarik sapu keluar,

    Buang ke tepi dinding kerana sisa itu boleh jadi
    memberi kesan pada orang yang kena atau ter-
    langgarnya.

    Jika sakit jantung maka buangnya tarik ke hujung
    tangan yang kebas kerana mungkin bisa itu masuk
    ke jantung melalui tangan tersebut...

    ...boleh pula guna kaedah ini untuk merawat orang
    lain...contohnya anak dan suami...dan boleh ajarkan
    kepada orang lain cuma jaga amalan kerana mungkin
    juga kalau orang lain itu ada gangguan...jinnya akan
    marah pada kita.

    Jin tidak berkuasa...ia makhluk seperti kita jiga tapi
    jangan kita abaikan sebab musabab kerana ini
    juga peraturan Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah saya telah melakukan zikir dan amalan seperti yg dinyatakan diatas - manzil, kursi, 3 qul pernafasan, pengisar dan air doa. Tangan dan kedua betis terasa panas dan sakit. Kepala dan tengkuk semakin tegang. Dada rasa seperti tersumbat dan sesak nafas. Adakah cara untuk saya mengurangkan rasa kesan ini?

    BalasPadam
  10. Untuk membuat air doa itu, apakah mesti menggunakan air mineral atau boleh menggunakan air yang telah dimasak?

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth...

    Buat air doa 11 salawat...minum dan sapu muka
    dan tempat sakit...dan buat kisar tepat pada
    jantung dengan bacaan 7 kali fatihah baru sapu
    buang...dan jangan lupa pantang makan telur
    ayam...buah pisang dan daging binatang ber-
    kaki 4 sehingga rasa lebih sihat...juga kalau
    boleh mandi air doa setiap hari.

    Semua boleh tapi lebih baik air yang tidak di
    masak...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. InshaAllah... Mohon doakan kesembuahan.
    Terimakasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar.

    BalasPadam
  13. Amiin...Insha Allah....sama-sama Saly...hanya dari Allah datangnya segala pertolongan dan kesembuhan....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. Sama sebiji seperti yang sy alami sekarang. Ya Allah.. Sakit kepala d belakang tapi pandai hilang2. Kepala seperti digenggam. Dada berdebar.

    BalasPadam
  15. Sama sebiji seperti yang sy alami sekarang. Ya Allah.. Sakit kepala d belakang tapi pandai hilang2. Kepala seperti digenggam. Dada berdebar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa-apa pun sebaiknya amal 3 Qul
      pernafasan dan buat air doa
      sendiri kegunaan sehari-hari.

      Jika buat rawatan kisar pada dada
      tekan dan boleh sapu buang ganggaunnya kehujung
      jari tangan kiri.

      Wallohu a'lam

      Padam