...juga merupakan peminat alam mistik.
Mereka bermalam di sebuah rumah
tinggal yang sudah di ketahui benar...
menjadi tempat persinggahan jin .
Apabila saya bertanyakan pengalaman
mereka...mereka beritahu...tak ada
'hantu'nya.
Tapi mereka merasakan suatu keanehan.
Jam 10 malam itu...keadaan mula menjadi
sejuk...dan terus bertambah sejuk...
...namun menjelang tengah malam...tiba-
tiba keadaan bertukar menjadi panas...
sehinggakan hampir-hampir saja mereka
buka baju...
Nota
1. Salah satu tanda kehadiran jin dalam
sesuatu ruang ialah keadaannya panas dan
tidak ada penjelasan munasabahnya.
2. Tanda-tanda lain pula..keadaannya
sejuk tanpa ada penjelasan munasabah...
...iaitu suhu ruang berada dalam suatu
keadaan yang tidak munasabah...atau
ada perubahan suhu ruang yang sangat
ketara dan tiba-tiba.
Wallohu a'lam
Assalamualaikum.
BalasPadamsaudara, sy pernah menulis komen di blog saudara ini mengenai jin asek yg tidak berpisah dgn sy dan saka keluarga sy.
Keadaan sy masih seperti dlu. Sy sentiasa usaha tingkatkn amalan. Alhamdulillah, wlupun setiap kali meghadap Allah, sy rasa diri seperti dibelasah.
Bapa sy masih tidak percaya yg saka n azimat dia menyakitkqn dia dan kami sekeluarga. Dia masih menyimpannya dlm rumah. Dan baru2 ini abg sy mengadu kepanasan dlm rumah.
perkara plg serius lg, kami sekeluarga liat sgttttt solat n buat ibadah2 lain. Kmi selalu bergaduh wlupun benda kecil. Sy suda cuba terangkan dgn bapa sy benda2 tu mnyebabkn semua ni....dia xpercaya
dia masih percaya b3nda tu tolong dia dri sihir yg dhantar org....
saudara, bantula sy. Tolong..sy sudah tidak tahan menanggung murkah Allah. Ibadah sy hancur. Sy tiada kekuatan :(
dari
shahira,kota belud
Wa alaikum salam wbkth syera...
BalasPadamApa yang penting...syera sudah sampaikan...dan
selebihnya....kita serahkan pada Allah...
Apabila sudah sampai ke peringkat ini...tak kira
samada orang lain betul atau tidak...kita masti
menjaga walau sekadar diri sendiri...
Jangan kerana merasa berputus asa dengan
ahli keluarga lain...diri kita turut 'rosak'...
malah keadaan ini menuntut diri kita agar
lebih tabah dan berusaha mendekatkan diri
pada Allah.
Semua ujian ini hakikatnya adalah ujian
dari Allah....dan pasti IA mahu kita buktikan
sejauh mana keikhlasan kita dalam mencari
keredhaanNYA.
...antara ciri-ciri orang yang dikasihi Allah
adalah seseorang yang pendiriannya lebih
teguh daripada tapak sebuah gunung...
dan seandainya kalau gunung itu dapat di pindahkan...tapi tidak pendiriannya...Ma'rifat.
Tuhan tidak akan murka pada apa yang diluar
kemampuan kita...sebaliknya Tuhan akan murka
apabila kita merasa berputus asa dari rahmat
keampunan dan pertolonganNYA...dan ia sebesar-
besar dosa...
KIta seolah-olah menganggap bahawa Tuhan itu
bukan Maha Berkuasa Pengasih penyayang lagi Maha Pengampun sehingga kita berputus asa.
Kekuatan Syera amat penting...apalagi kalau
dalam keadaan sekarang...mungkin hanya Syera
yang faham...dan tidak kira dalam jangka masa
pendek atau panjang...pasti Syera amat penting
bagi menyedarkan keluarga.
Kalau sudah dikata tidak diterima...pastikan
Syera terus berusaha mendekati Allah...dan sen-
tiasa memohon serta bergantung harap padaNYA.
Tidak perlu kasar atau memaksa...apalagi ber-
tengkar...sebaliknya terus bersikap baik ter-
hadap keluarga termasuk bapanya...
Amalkan Sunat Taubat dan hajat kemudian mem-
baca Yasin setiap lepas solat Isya'...dan doakan
ibubapa serta keluarga tak lupa juga diri sendiri
mudah-mudahan mendapat petunjuk hidayah
dan keampunan dari Allah...
Insha Allah Syera ya...tenangkan hati dan fikiran
dan tumpukan kepada pendekatan diri kepada
Allah...mudah-mudahan dengan keberkatanNYA
keluarga Syera akan sedar...walau perlahan-lahan
atau seorang seorang...atau samada dalam
jangka masa singkat atau memakan masa...
...amiin...
Wallohu a'lam
Terima kasih saudara. Kata3 saudara sngat mberi semangat kpd sy.
BalasPadamsy diserang benda tu semasa sy brbincg dgn bapa sy baru2 ini. Sy hampir pitam smsa solat. Badan sy rasa seperti meremang dgn kuat, jantung bdegup laju.
sy teruskan solat sampai habis.sy sangat takut.
Sy mau berubat, tp kota belud ini susah cari tempat berubat.
Saudara, doakan sy istiqamah dn kuat melawan benda tu. Sy percaya ini ujian buat sy utk sy terus dekat dgn Allah. Namun bila sy tewas, sy rasa diri ini sgt lemah.
:(
Sama-sama Syera...
BalasPadamSeperkara yang kita perlu ingat selalu...di sisi
Tuhan...kita semua termasuk jin adalah sangat
lemah tidak berdaya...maka jangan sekali-kali
beroutus asa dengan rahmat petunujk dan
pertolongan Tuhan.
Sebaik-baiknya kalau tanpa perawat....kita amal-
kan Ayat Manzil sekurang-kurangnya pagi
petang..sambil buatkan airnya jadi minuman serta
campuran air mandi seharian disamping renjis empat
penjuru bilik dan ruang-ruang dalam rumah kalau
mampu.
Pantang sementara ini makan telur ayam...pisang
dan daging binatang 4 kaki...lazimkan ziki kalimah
Tauhid walau sekadar dalam hati pada setiap saat...
Sememangnya jin yang bercampur tinggal dalam
kalangan manusia ini akan sentiasa pasang telinga
dan akan cuba menghalang apa juga yang jin itu
rasa boleh menjejaskannya dari awal-awal lagi.
Amal juga Sunat Taubat dan hajat serta Yasin setiap
malam terutama lepas solat Isya...dan kalau mampu
Tahajjud juga sunat Dhuha...serta Suroh Al Mulk.
Insha Allah Syera...Tuhan itu sentiasa dekat kepada
kita lebih dekat daripada urat leher kita sendiri...
Kalau rasanya perlu...Syera baik juga berhubung dengan Yang Berbahagia Tuan Guru Utama saya
Ust Muhammad...pusat rawatannya di Putatan.
Insha Allah Syera ya...
Wallohu a'lam
Wallohu a'lam