Selasa, 8 April 2014

' Cara Tarik Jin '...?

Bomoh itu sakit dada dari pagi lagi...tapi
ia tidak mahu dihantar ke hospital.

Petangnya...anak lelaki bomoh itu datang
dari luar daerah...dan berjaya memujuk
bapanya agar minta rawatan di hospital
Ranau.

Baru jam 7 malam...saya dan salah se-
orang ahli keluarga Is bercerita mengenai-
nya...

Tiba-tiba Is merasa sakit pada uluhatinya.

Ketika itu ia terbayang suatu makhluk ber-
tubuh  hitam besar sedang duduk di kaki
lima depan pintu utama.

Saya buat 'rejam jantung' niat sasarkan
pada jantung makhluk tersebut...dengan 
izin Tuhan...Is merasa sedikit lega,

Saya buat lagi hingga tiga kali serangan...
dan...dengan izin Tuhan...sakit uluhati Is
hilang.

Nota

1. Biasanya apabila kita memperkatakan
sesuatu yang ada kaitan dengan jin...
maka jin itu 'tertarik datang' pada kita.

2. Saya pernah merawat seseorang...dan
kemudiannya  ternyata  bomoh  tersebut
yang  juga  turut  merawat  mula  marah-
marah tidak mahu ada orang lain campur
tangan.

Malamnya rumah terasa bergegar seperti
dilanggar benda besar...dan saya ber-
pendapat jin di kaki lima itu yang me-
langgarnya.

Kerana itu saya gunakan kaedah 'rejam
jantung'.

3. Sakit jantung bomoh itu mungkin sakit
biasa...atau mungkin pula dari sebab
serangan jinnya sendiri.

Banyak jin ilmu...termasuk jin saka yang
suka menyasarkan jantung...maka sakit
jantung buatan serta gejalanya adalah
perkara biasa saja.

Wallohu a'lam

7 ulasan:

  1. As salam tuan.
    Bagaimana teknik merejam jantung?

    Pada pendapat tuan, kaedah merejam ini lbh kpd menarik jin atau myasarkn jantung jin itu utk mbuatkn jin itu lari atau musnah?

    Wasalam

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Caranya...

    1. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung
    dengan pernafasan dada...

    Bayangkan nafas masuk dada...dan terus
    ke tapak tangan kanan...

    Masih dalam keadaan menarik nafas...
    kalau tadinya tapak tangan terbuka...
    tutup perlahan-lahan sambil membayang-
    kan menggenggam lembing cahaya...

    2. Tahan nafas sambil terus berzikir...
    apabila rasanya nafas tak boleh tahan
    lagi...bayangkan jantung jin yang jadi
    sasaran berada di depan...

    3. Hantak nafas ke dalam dada...sambil
    rejam jantung tersebut dengan lembing
    cahaya tadi...

    ...bayangkan serta merta lembing itu sudah
    menembusi jantungnya...dan boleh juga
    bayangkan jantung itu meletup...

    Biasanya saya niatkan membunuh...dan
    bagi jin ilmu biasanya hanya akan lari
    cedera tapi tak mati...dengan izin Tuhan.

    Maka soal mati atau tidak...kita serah pada
    Tuhan...tapi dengan niat tadi bererti kita
    sudah mencuba gunakan kekuatan kita
    semaksima mungkin.

    Biasanya juga...sa,bil menarik nafas...saya
    akan baca ayat Kursi dalam hati...dan zikir
    Allah...Allah dalam hati ketika manahan nafas.

    Ia boleh guna rejam berdepan atau jarak jauh
    ...atau 'sekor' atau banyak dalam sekali
    rejam...jadi...'jimat tenaga'...

    Kalau banyak...bayangkan cuma sebiji jantung
    yang menjadi jantung atau wakil jantung pada
    semua jinnya sekali...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam tuan
    terima kasih atas tunjuk ajar itu mudah2an mdpt rahmatNYA atas perkongsiaan ilmu.
    Sy ada sdikit lg ptanyaan mgenai rejam jantung ini.Klu kt berniat mrejam jantung secara jarak jauh perlukah kt sbarang 'kunci' utk psakit itu supaya ada kberkatan dan kberkesanan rawatan?
    Wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...Amin...
      Insha Allah..

      Asasnya kita cuma perlu ada niat...dan
      niat apa...dan di mana 'bendanya' yang
      jantung hendak disasarkan...

      ...tapi saya berpendapat kalau 'beri kunci'
      pada pesakit...mudah-mudahan ada
      keberkatan dan kelebihannya...Insha
      Allah...

      Wallohu a'lam

      Padam
  4. As salam..

    Sekadar berkongsi teknik. Jika baca ayat qursi sama ada secara jelas @ perlahan yg penting telinga kita dengar. Kemudian hembus di tapak tangan dan diteruskan seperti teknik tn junied. Insyallah jin ilmu pun akan binasa @ cedera parah. Cuba pegang dada waktu baca ayat pasti peti suara & dada akan bergetar. Di situ pusat penghasilan energinya. Iman di dada..

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Saya bersetuju dengan tuan...dan faktor energi
    ini adalah antara penentu dari dalam diri
    kekuatan dan keberkatan rukyah...serta apa
    juga yang kita baca atau amalkan...

    ...kerana itu...ayat atau surohnya sama...tapi
    kesannya sentiasa berbeza dari seseorang
    kepada seseorang lain...

    Terima kasih tuan atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tn......

    Sy tertarik ngan nota no 1 n 2 tu....

    Mlm td sambil chat ngan kwn....dia ade sakit2..muntah darah... tp doc kate xde ape..... sy suruh dia mengaji dan amal ayat ruqyah..... abih chatting.... tiba2 katil sbelah sy bunyi mcm kena ketuk.. sy abaikan jer...hehe..

    BalasPadam