Selasa, 24 Disember 2013

'Tok Syeikh Kayangan '...

Saya tak ambil hati dengan rakan S yang
bukan saja kelihatan tidak percaya...
malah pandai benar ia melawak "macam
ni  ka  cara  minta 'scan' " katanya sambil
buat  aksi seperti pondan minta urut atas
kerusi dapur...

...memang S seorang peramah juga suka
bergurau dan mengusik...

Tapi  S  mula ambil perhatian apabila  ia
merasa  gelombang  panas  pada  tapak
tangan kiri dan sejuk pada tapak tangan
hingga paras pergelangan tangannya...

Apabila  saya  hadapkan  tapak  tangan 
pada hujung jari kedua kakinya...S mula
merasa kesejukan yang meresap hingga 
keparas lutut...dan  akhirnya  ke seluruh 
tubuhnya...

S terus menutup mata dan menumpukan
perhatian...ia merasa ada 'seseorang'
melapisi tubuhnya dan tak sampai seminit
S melihat 'orang' tersebut...seorang lelaki
separuh umur berjanggut hitam berserban
jubah...

Tiba-tiba S membuka matanya..." betul-
kah apa yang saya nampak ni...?"tanya-
nya...

Saya minta S menutup mata semula dan
menumpukan perhatian kepada soal asal 
usul makhluk tersebut...

S  beritahu  ia  melihat  ke suatu  tempat 
tinggi....iaitu  sebuah  masjid  besar  dan 
indah terapung atas gumpalan awan...

S terus menumpukan perhatian ke dalam
masjid tersebut...dan melihat kumpulan
pelajar yang ramai sedang belajar mem-
baca Qur'an...

S kenal  kepada  salah  seorang  syeikh
juga  mengajar di situ..iaitu syeikh yang
melapisi tubuhnya...

Saya meminta S cakap dalam hati dengan
niat  bercakap  kepada  syeikh  yang me-
lapisi tubuhnya...pergi  engkau dari tubuh-
saya...saya tidak mahu menerima kamu.

Sebaik  S berbisik dalam hati sedemikian
ia melihat syeikh itu berdiri dihadapannya
dan kelihatan senyum tanpa berkata se-
suatu...lalu menghilang...

S beritahu  syeikh itu datang kepadanya
kerana ia pernah berniat untuk melanjut-
kan pelajaran dalm bidang agama...

Mungkin anda ingin bertanya samada jin
itu jin Islam yang baik...maaf...saya tidak
berminat untuk menjawabnya...

...tapi  kedudukan  angin  bisanya  dalam 
badan S...sama  saja seperti  kedudukan  
angin  bisa  jin  kafir  yang cuba merasuk
atau menguasai tubuh seseorang manusia.

Wallohu a'lam

11 ulasan:

  1. Slm tuan junied baru2 ni adik ipar datang kerumah sy minta scan suaminya yg dirasakan asyik menyendiri sj.sy pun cubalah denagan kepandaian yg tidak seberapa ni.sebelum ni suami pernah berubat dgn perawat. Apabila sy mula letak jari telunjuk pd dahinya dengan pernafasan tiba2 dia tersentak belum lagi nafas dilepaskan.Dia beritahu nampak lembaga besar sama spt sewaktu dia melancong ke sebuah pulau dulu.Sy pun terus baca ayat2 manzil dan beberapa kali pernafasan niat buang serta musnahkan.Dlm keadaan begitu dia rasa sesak nafas dan tak semena mena menangis teresak -esak.seolah -olah kerasukan. Sy cepat 2 baca solawat sambil suruh dia mengucap dan solwat byk2.Apabila reda sedikit dia menceritakan ia berada di alam lain dan nanpak arwah toknya yg dulu seorang bidan.Badannya masih lagi seram sejuk dan sy terus baca alqursi niat tutop laluan dan panaskan badannya.Alhamdulillah sejuknya makin kurang dan mula rasa panas.Oleh kerana pertama kali hadapi keadan ni maka sy harap tuan junied beri pencerahan apakah kaedah atau bacaan yg sepatutnya sy lakukan untuk hadapi keadaan seperti ni.Semoga Allah merahmati kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Setiap orang ada kelebihan yang ter-
      sendiri...dan saya berpendapat cara
      saudara itu adalah antara kaedah
      rawatan terbaik...

      Cuma sebaiknya....kalau merukyah
      itu...doakan airnya sekali..

      Caranya...ambil sebotol air...baca
      Bismillah..tarik nafas...dan tahan...

      Semasa menahan nafas...baca
      Fatihan 3 kali dalam hati...kemudian
      lepaskan sekaligus ke dalam dada
      dengan cepat sambil jentik perlahan
      badan botol tadi...

      Sambil jentik...niatkan air itu akan
      mendapat atau menarik secara
      langsung apa juga yang kita baca
      semasa merukyah...

      Kalau masih ada tempat sakit...
      maka luruskan telunjuk ke arah
      tempat sakit....baca Ayat Seribu
      Dinar 3 kali...tiup tempat sakit
      perlahan kemudian ke botol air
      dalam satu nafas...

      Semasa merukyah...botol itu
      boleh letak dimana-mana juga
      dan tak perlu buka tutup cuma
      niatkan juga dibuat pengisian
      sama ketika akan mula meruk-
      yah...

      Biasanya selepas rukyah ber-
      serta pernafasan...sekiranya
      masih ada tempat sakit..atau
      ada tindakbalas seperti semut-
      semut...sakit...tempat bergegar.
      dan sebagainya maka saya
      akan gunakan kaedah peletup...
      cubit cabut...sentap dan se-
      bagainya...

      Kalau kaedah gerak ini dibuat
      secara 'berleluasa' dengan
      kurang rukyah...saya berpen-
      dapat kesan rawatan lebih dalam
      dengan kurang gerak tapi cukup
      rukyah...

      Terima kasih atas perkongsian
      pengalaman rawatannya...

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. Slm tuan junied. Alhamdulillah dan terimakasih banyak2 diatas pencerahan itu
      Sesungguhnya dikatakan ilmu Allah itu payah bagi kita tapi amat mudah bagiNYA jika iA kehendaki.

      Padam
    3. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Sama-sama...keikhlasan dan keyakinan
      bahawa hanya Tuhan yang berkuasa
      ke atas segala-galanya semoga dapat
      kita hayati dalam apa juga usaha dan
      ikhtiar....Insha Allah...

      Wallohu a'lam

      Padam
  2. As salam tuan,
    Beberapa kali saya merukyah dgn pernafasan seorg ahli keluarga yg lepas tapi mgatakn "sya xmerasa apa2 pun" kata beliau.Kdg2 ini bole mybbkn saya tdk bsemangat mrawat ahli keluarga apabila dirasakn rukyah tdk berkesan..namun pada mggu lepas saya cuba lg merukyah dgn pernafasan seorg ahli keluarga dan hasilnya sgt bbeza dari yg dahulu.Ahli keluarga ini mrasakn arus karan yg kuat disusuli dgn haba panas dan bgetar sluruh tubuh badan tanpa henti kmdian tertidur..
    semua ini adalah diberitahu oleh ahli keluarga tersebut padahal saya rukyah dgn pernafasan spt biasa.
    Klu ahli keluarga mmg sll saya rasakn tdk berkesan tp pada mggu lepas jd persoalan krn 'mjadi' dgn sgt bkesan skali..mungkinkah ada rahsia ataupun pcerahan dari mana2 rakan..mgkin jg Allah swt mredakn..wallahu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam..

      Kadang2 penyakit boleh sembuh walau pun pesakit tak rasa apa2 waktu dirawat. Kadang2 penyakit tak sembuh walau pun pesakit rasa macam2 waktu dirawat.
      Yg penting ikhtiar kita dan bukannya apa yg kita@pesakit rasa. Kesembuhan tetap dari Allah..
      Untuk meningkatkan kepekaan batin melalui teknik pernafasan. latihan jurus iaitu melibatkan pergerakan tangan dan kaki disertai nafas adalah sangat berguna jika dibanding kedudukan duduk bersila spt meditasi@tafakur.

      Waulahualam..

      Padam
    2. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

      Mungkin tandanya kita perlu berhijrah
      dari mengharap kepada kekuatan aura
      kepada mengharap kepada rahmat per-tolongan Tuhan dalam berusaha...

      Saya bersetuju dengan tuan UM...ge-
      rakan dapat membantu mempertajam-
      kan tumpuan dan kekuatan dalaman.

      Terima kasih tuan atas perkongsian-
      nya...

      Wallohu a'lam

      Padam
    3. Assalamualaikum..

      Pada peringkat awal menceburkan diri dlm bidang rawatan mmg sy agak bergantung dgn pesakit utk mengesan penyakit dan sebagainya. Biasanya sy akan tanya ada rasa apa2 tak. Ada nampak apa2 tak. Tp lama kelamaan apabila keyakinan semakin kuat sy sedar bahawa Allah sentiasa membantu dan proses rawatan & kesembuhan sedang berlaku walau pun tiada apa2 yg pelik berlaku sewaktu sesi rawatan.

      Rasa tak rasa pun sedikit sebanyak bgantung pd niat kita. Bagi perempuan yg mengandung dan warga emas biasanya sy akan berdoa supaya mereka tidak merasa sakit, kepanasan dan sebagainya waktu dirawat. Utk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

      Tp itu tak bermakna kita tak perlu menambah ilmu& kekuatan dalaman kita. Sesungguhnya Allah lebih menyukai mukmin yg kuat berbanding mukmin yg lemah. Nak tak nak kita perlu ada persediaan dgn latihan tertentu yg bersistematik.

      Tawakal itu adalah kita berserah kpd Allah akan hasilnya selepas kita berusaha. Berserah semata2 tanpa usaha itu dinamakan tawakun.

      Waulahualam..

      Padam
    4. Wa alaikum salam wbkth tuan...

      Alhamdulillah...terima kasih atas per-
      kongsiannya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  3. mungkin tuan ruqyah kali kedua dalam keadaan selepas beramal.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Terima kasih Secawan Kopi...dan memang
    itu antara kemungkinan sebabnya...

    Dan kedua...kurang angin bisa dalam badan
    maka kurang rasa tindakbalas...tapi kalau
    dah karan dirasa...menunjukkan angin bisa
    agak padat...

    Perhatikan antara tindakbalas penting juga
    ialah tiba-tiba pening...jantung berdebar-
    debar...semut-semut...rasa panas sejuk...
    benda bergegar...dan sebagainya...

    Kadang-kadang pula angin bisa agak
    padat...maka mungkin rukyah kita belum
    'cukup sukatan' untuk memecahkan
    atau menembusinya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam