Khamis, 21 November 2013

Rahsia ' Sesak Nafas '...

Malam itu rakan tersebut terpaksa minta
tangguh pertemuan kami...

Puncanya...sejak pagi ia kurang makan...
dan apabila makan petang agak banyak
ia mengalami sesak nafas...

Esoknya kami berjumpa...melalui 'scan'
keputusan mendapati jin berupa semut-
semut  yang  sangat banyak memenuhi
bahagian uluhati...dan naik ke bahagian
dadanya...

Malah angin bisa jin itu kadang-kadang
naik sampai ke kepalanya...menjadikan
sakit...rasa berat dan pening bercelaru.

Sebaiknya bagi anda yang mempunyai
gejala sama...apalagi kalau ia sudah ber-
larutan lama...minta 'scan'...dan tidak se-
ratus peratus bergantung pada rawatan
hospital semata-mata

Wallohu a'lam

28 ulasan:

  1. As salam..

    Tu la tn. Byk benda pelik2 kat alam jin ni. Blom citer lg ulat2 halus dari alam jin yg bersarang di tempat kanser.

    Makhluk spt lintah@ular@anak2 ikan yg dok kat saluran peranakan perempuan. Yg kejenya mkn benih lelaki. Mmg susahla nk dpt anak. Kalo guna kaedah scan makrifat baru nmpk benda2 tu.

    Kadang2 sy tak bgtau pesakit pun kalo dlm badan dia ada benda2 tu sbb khuatir kata kita merepek buat cerita. So kalo nampak terus tangkap@bunuh. Abis cerita. Yg penting masalah selesai.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan,

      Pada kebiasanyanya bila kita guna tenaga dalam dan makrifat untuk menghalau/bakar/bunuh jin dlm jasad seseorg terutamanya kanak-kanak mesti kanak-kanak itu jatuh sakit/demam. Saya mengalami keadaan ini, jadi saya minta pencerahan dari mana2 rakan untuk mengatasi masalah kanak-kanak demam/panas setelah kita salurkan tenaga dalam.

      Jika tapak tangan, tapak kaki dan badan tidak panas adakah ianya gangguan jin jika sekirannya hanya kepala yang panas?

      Baru-baru ini, ada rakan bertanya mengenai petua menghindarkan diri dari ditindih semasa tidur. Banyak ayat dibaca oleh rakan itu termasuklah 3qul dan ayat kursi tetapi masih ditindih.Mohon pencerahan dari tuan-tuan.

      wasalam.

      Padam
  2. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Betul tu tuan...saya tidak nampak jin...tapi
    rakan-rakan yang dirawat menceritakan ber-
    bagi cerita pelik...

    Malah apabila rakan itu beritahu ada sarang
    lebah pada rusuknya...saya rasa pelik tapi
    saya berterima kasih pada tuan kerana telah
    pernah beri info mengenainya dulu...maka
    tak lah saya bingng tak tentu pasal...

    Malah tuan...ada juga rakan-rakan perawat
    sebaliknya yang cepat menuduh pesakit
    merepek apabila ada cerita yang luar dari
    kebasaan...

    Bagaimana kita nak bunuh jin yang tinggal
    dalam rahim atau saluran peranakan tu
    tuan...

    ...dan bagaimana caranya kita nak buat
    pagar bekas penempatan jin dalam
    badan pesakit ?

    BalasPadam
  3. Bagi permasalahan saudara Js Sl...

    Untuk menyejukkkan badan...kita boleh baca-
    kan salawat dan beri air minum yang telah
    kita bacakan salawat serta sapu mukanya.

    Budak tidak semestinya akan demam...tapi
    kalau demam itu tandanya angin bisa yang
    agak padat dalam badan...

    Satu cara mengelak demam ialah kita rukyah
    berserta pernafasan sambil tapak tangan kita
    seinci atas kepalanya...dan rasakan sekira-
    nya angin panas keluar.....maka teruskan
    sehingga angin panas itu terasa sudah habis
    keluar baru hentikan rawatan...

    ...Dengan ini angin panas tidak terperangkap
    atau berlegar dalam badan kanak-kanak atau
    malah orang dewasa yang dirawat...

    Untuk amalan sebelum tidur...3 Qul buat cara
    nabi yang dibaca pada tapak tangan dan sapu
    pada seluruh tubuh...

    Baik juga baca Ayat Kursi itu 3 kali..dan baca
    ayat 54...55...56 Suroh al A'rof untuk meng-
    hindar dari didekati jin semasa sedang tidur...
    dan boleh baca pada tapak tangan dan sapu
    seluruh tubuh...dan sebagainya...

    Seperkara lagi...pengalaman seorang rakan
    tabligh selepas merawat...selepas baca
    manzil pun masih kena tindih...maka ia baca
    Laa haula walaa Quwwata iIlla billahil Aliyyil
    Aziim...3 kali dan dengan izin Tuhan gangguan
    itu terhenti...

    ...iaitu ia memperbetulkan hatinya..bahawa
    hanya Tuhan yang memiliki segala kekuatan
    dan kekuasaan...

    Maksudnya kadang-kadang uiian itu datang
    kerana tanpa sedar..hati kita yakin pada ayat
    Qur'an hingga dalam masa yang sama kita
    sangka ayat Qur'an itulah yang melindungi
    kita dan bukan Tuhan ( syirik )...

    Seperkara...jangan lupa ada wuduk dan ber-
    zikir sehingga tertidur...dan sebaiknya pagar
    bilik sekurang-kurangnya renjis air doa 4
    penjuru bilik...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Wslm..

    Sekiranya pernah belajar hakikat kalimah hauqolah.. La haula wa la quata illa billa pasti tidak akan meninggalkan kalimah tersebut dlm setiap amal perbuatan yg dilakukan.

    Contohnya sblm solat dibaca sekali utk ingatkn diri bahawa kita solat atas izinNya bkn kerana kita baik atau alim.

    Berapa ramai yg tak solat dan disibukkan dgn pelbagai aktiviti dunia. Yg tak sibuk pula ditimpa penyakit malas.

    Sebelum sewaktu selepas rawatan pun byk2 la sebut kalimah tu. Kita ni cuma alat.. bukan dgn kudrat kuasa kita yg menyembuh membakar membenteng.

    Ayat tidak memberi bekas.. ayat juga adalah alat terjadinya hukum sunatullah. Yg melaksanakan segalanya adalah Dia.

    Untuk kes makhluk di rahim tu sy cuma guna kaedah makrifat sama ada bedah dan buang/letupan kecil yg hanya tertumpu pd makhluk tu tanpa menjejaskan jasad pesakit.

    Untuk benteng sekadar baca apa2 ayat dan tiup disertai makrifat nur bacaan itu meresap hingga ke setiap sel di kawasan bekan penempatan tu. Pelbagai cara boleh dilakukan.

    Tuan pun bole nampak sebenarnya sbb tu pesakit yg dirukyah boleh nampak. Cuba fikir2kan la kenapa belum nampak lagi. Soalan cepu emas.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  5. Salam tuan,
    Apakah jenis jin yg boleh mgerakkan benda didalam rumah?
    Baru-baru ini, saya mgalami satu keadaan pelik iaitu kereta permainan anak saya bergerak sendiri.Saya baca ayat kursi lalu ia gerakkan kereta permainan itu dgn cepat. Mmg perasaan takut mpgaruhi sbb tu mungkin bacaan ayat tdk mggerunkn jin itu.
    Dlm keadaan itu,bagaimana cadangan tuan2 mghadapi situasi itu?
    wasalam

    BalasPadam
  6. Wslm..

    Mcm2 jenis jin bole gerakkan benda. Contohnya..Khadam keris. Bole Gerakkan, berdirikan,apungkan keris. Bagi yg jahil sanggup beli dgn harga jutaan ringgit.

    Tuan sekadar baca ayat qursi je ke atau serang sekali. Jgn silap. Jin tu bukan ada kat dlm kereta mainan tu. Dia ada disekitar cuma kawal kereta tu dari jauh je.

    Niat mohon Allah tunjukkan. Insyallah sekali imbas akan ternampak atau tergerak hati akan kedudukan jin tu. Terus baca tiup ke arah jin tu atau tiup di tangan dan baling ke arah jin tu.

    Kalo kaedah sy terus pancung secara makrifat atau guna gerakan tangan dengan disertakan kalimah takbir. kalo ilmu da sebati pancung tanpa bacaan pun bole . Insyallah..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...

    Terima kasih tuan UM atas perkongsian-
    nya...

    Seperkara yang dapat saya dari berbagai
    penerangan tuan menyedarkan saya
    kelebihan ma'rifat...

    Saya sendiri agak kagum apabila kaedah
    tekan saraf pada jari kaki yang pernah
    rakan juga guru pkt 2 yang di hormati
    Ustaz Salehuddin ajarkan...kemudian
    saya satukan dengan pernafasan ber-
    serta ma'rifat...dengan izin Tuhan dapat
    'menyentap' sakit tonsil seseorang hingga
    sembuh serta merta...dengan izin Tuhan.

    Sakit tonsil gangguan itu biasaya hanya
    akan hilang beberapa lama malah ada juga
    berterusan hingga bernanah serta perlukan
    pembedahan hospital...

    Setakat ini saya masih tetap pada konsep
    asal ketika mula menulis...iaitu bagaimana
    dan sejauh mana kita boleh menghadapi
    gangguan jin tanpa sebarang kebolehan
    melihatnya...kerana saya yakin akan lebih
    banyak perkara yang dapat saya kongsi-
    kan dengan kalangan kita yang biasanya
    tidak akan nampak benda-benda gangguan.

    Dan salah satu caranya ialah memperguna-
    kan angin bisa jin yang terdapat pada otak
    pesakit...dan ini saya perhatikan pada ka-
    langan ahli rukyah yang biasanya tidak
    nampak...

    Saya belum terlintas untuk melihat benda-
    benda luar jangkauan mata kepala ini...
    rasanya saya lebih serasi dengan tak nam-
    pak...Insha Allah...

    Bagi kes saudara Js Sl...boleh juga gunakan
    nafas dam ma'rifat untuk menyerang jin ter
    sebut...

    Caranya tarik nafas perlahan-lahan sambil
    membayangkan kita menarik jin yang
    menggerakkan alat itu betul-betul ke depan kita...kemudian lepas nafas sekali gus
    sambil memancung berserta ma'rifat ia
    putus...terbakar...meletup atau sebagai-
    nya...dengan izin Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. As salam..

    Kalo tuan xnk nmpk pun ok je. Lg bagus. Tu bkn kriteria utama jd perawat. Yg penting kes yg ditangani selesai.

    Cuma ia byk membantu supaya tidak keliru dan tertipu. Ada gak jin yg serang tanpa meninggalkan angin bisa dan tiada penempatan dlm badan pesakit.

    Ada gak pesakit spt pelajar yg malas sekolah@isteri yg bermadu@suami yg malas kerja sengaja reka cerita dan pura2 tunjuk simptom tertentu utk menipu perawat atau ahli keluarganya.

    Untuk yg tak kasyaf. Kaedah makrifat pd sy sangat membantu dlm sesi rawatan/benteng/serangan. Kebanyakan kaedah yg sy kongsikan tidak memerlukan seseorang itu kasyaf.

    Pd sesetengah org boleh nampak itu anugerah tp pd sesetengah yg lain itu adalah bala. Kerana selalu nampak makhluk2 yg menakutkan. Ada smp yg jadi gila sbb terlampau takut.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  9. Asslm,
    Sy takot2 jg bila dikatakn percaya ayat AlQuran ni bole syirik.Bila sdra UM ulas barulah lega.Bg pendapat sy, AlQuran adalah kalam Allah swt dan tak bole kite nak dipertikaikan krn Allah dah katakan AlQuran adalah syifa jd kite percaya bila kite baca AlQuran mmg trn rahmatNya tp bukan krn ayat2 tu.
    wallaualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam..

      Hadith sahih yg bole dijadikan sandaran. A'uzubi kalimatillahi tammati min syarrima kholaq. Aku berlindung dengan kalimah-kalimahNya yg sempurna dari kejahatan makhluk ciptaanNya. Hadith lain U'izuhuma bi kalimatillahi tammati min kulli syaiton wahammah.. atau A'uzubi wajhilla hil karim.. Aku berlindung dengan 'wajah'Nya yang Mulia. Perlindungan juga boleh dipohon dengan apa yg berkaitan denganNya.

      Waulahualam..

      Padam
  10. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Terima kasih tuan UM atas perkongsiannya...

    Dari satu segi apabila kita membaca ayat-ayat
    Qur'an contohnya jadi amalan pendinding....
    maka ayat-ayat tersebut adalah suatu doa...

    Yang melindungi kita adalah Tuhan...

    Kita baca ayat-ayat Qur'an untuk rawatan...
    maka ayat-ayat itu juga suatu doa bagi kita
    dan yang menyembuhkan adalah Tuhan...

    Antara tanda-tanda seseorang yang bergantung
    harap..atau tanpa sedar ia sebenarnya meng-
    harap pada perlindungan ayat-ayat Qur'an...
    bila ia lupa amal...ia merasa tidak selamat...
    atau apabila ia amal ayat pendinding tapi me-
    rasa ia terkena juga dengan apa yang ia
    harap terlindung...ia merasa cepat putus asa
    kerana merasa ayat itu tidak mujarab ( atau
    tidak dapat menolongnya ).

    Ada orang baca ayat-ayat Qur'an rawatan...
    tapi tak sembuh...ia kerana Tuhan belum
    memperkenankan doanya...dan pasti ada
    rahsia disebaliknya demi kebaikan kita
    di dunia dan akhirat...yang penting...jangan
    sekali-kali berputus asa dengan rahmat
    pertolongan Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Salam Tuan Junied. Bagaimana saya dapat belajar ilmu merawat daripada Tuan?
    Untuk kegunaan sendiri dan merawat keluarga.

    Sekian. -Azuan Kajang

    BalasPadam
  13. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Apa juga serba sedikit pengetahuan yang
    saya kongsikan dalam blog ini dan juga
    blog rnj adalah terbuka untuk sesiapa
    jga yang mahu memanafaatkannya...

    Saya ahli biasa perguruan Iman Theraphy
    dan tidak ada kebenaran untuk memberi
    ijazah amalanya kepada sesiapa...

    ...tapi untuk tujuan pendinding dan rawatan
    saudara sebaiknya amalkan Ayat Manzil...

    Amal pagi petang sekurang-kurangnya...dan
    baca pada air dengan nafas sampai pada air
    jika untuk rawatan atau pagar...

    Guna minum mandi atau sapu tempat sakit
    dan sebagainya....

    Setiap kali selepas membacanya...pegang
    tempat sakit dengan tangan kanan...pegang
    botol air dengan tangan kiri...baca Bismillah
    lima tujuh kali...tiup lembut pada tempat
    sakit dan sebelum nafas habis..terus sambung
    tiup pada air...

    Kalau sakitnya satu badan...maka tiup ubun-
    ubun atau ke arah pesakit dari kepala ke-
    kaki...

    Dengan berkat Ayat Manzil ini...apa juga yang
    kita amal atau baca...kesannya akan lebih
    kuat daripada tanpa ayat amalan Ayat Manzil
    dengan izin Tuhan...

    Dari kisahnya Rasulullah SAW...sekali baca
    dan tiup...orang yang gila kerasukan tiba-tiba
    sembuh dengan izin Tuan...

    Kita amat jauh daripada sehebat Rasulullah
    tapi Insha Allah...tetap ada keberkatannya...

    Kalau guna rukyah...maka selepas membaca
    tiup perlahan pada pesakit...samada bagi
    tujuan pendinding atau rawatan...disamping
    beri airnya juga...

    Selain Bismillah 5...boleh guna...atau sebaik-
    nya tambah Ayat Seribu Dinar...tiup tempat
    sakit dan terus pada airnya juga sambil ber-
    doa dalam hati memohon pertolongan dan kesembuhan dari Tuhan...

    Silalah rujuk perkara asas bagi perkara
    berkaitan Ayat Manzil dalam blog rahsia
    nampak jin ya...semoga serba sedikit
    dapat menambah kefahaman mengenai-
    nya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. Nota...tajuk berkaitan ayat manzil boleh rujuk
    pada catitan Bulan mac dan april 2010...jan
    2011 dan sebagainya...

    Kemudian senarai amalan pendinding pada
    catitan bulan sepetember 2010...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Terima kasih tuan.
    Saya akan cube cari ayat manzil dan amalkannya.

    Moga Tuan dirahmati Allah S.W.T.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Wa alaikum salam wbkth saudara...tak apa...
    cuma saya minta maaf kerana agak lewat
    balas...kerana kebelakangan ini masa agak
    terhad sikit...

    1. Ketawa atau menangis samada kerana
    ada rasukan perasaan...atau ada bendanya
    datang malam..atau ada dalam badan...

    2. Garu itu kerana ada benda jalan atas...
    atau bawah kulit...atau meniru perangai
    benda yang mengganggu...

    3. Jaganya kalau dinihari...dan selalu...
    mungkin ada benda datang terutama
    kalau sauadara rasa gelisah atau banyak
    fikir benda yang saudar sendiri tak tahu.

    4. Kalau bahagian sulit selalu sakit..per-
    hatikan kemungkinan ada bendanya
    tinggal padanya atau bahagian berdekatan-
    nya...biasanya ia saka...

    Kalau prd tak stabil...perhatikan juga kemu-
    ngkinan ada bendanya dalam bahagian
    perut atau rahim..

    5. Pocong itu boleh jadi jin pengganggu
    utama...

    6. BIasanya ia jin yang mengganggu ba-
    hagain dada atau jantung...dan boleh
    jadi kalau ada 'gastrik'...maka ada
    penempatan pada bahagian perut...dan
    bendanya naik ke dada...

    Sebaiknya dapatkan rawatan segera bagi
    gangguan kerana banyak jenis jin yang
    berkebolehan menimbulkan gejala seperti
    sakit jantung...

    Isteri tersebut berkemungkinan besar ada
    ganguan jin yang sudah jadi saka...
    bagaimanapun sebaiknya minta 'scan'
    untuk mendapatkan kepastian serta
    rawatan sekiranya ada...

    Kalau ada air manzilnya...maka buat
    minum...mandi dan renjis empat pen-
    juru bilik...

    Perhatikan juga kalau makan telur...
    pisang dan daging binatang berkaki
    empat akan menambah gangguan
    terutama gatal-gatal pada isteri...
    maka sebaiknya pantang makan
    sementara...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Syukran ya Tuan atas nasihat.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah...

    Sementara belum amal Manzil...kita boleh
    memagar seseorang dengan Fatihah 1x...
    salawat 3x...Ayat Kursi 11 kali...dan tiup
    pada orangnya perlahan dari atas ke bawah.

    ...dan boleh buat air doa yang sama untuk
    kegunaan minum...mandi dan pagar bilik...

    Sebaiknya juga terus beramal bersama
    Manzil.

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. Salam Tuan,
    semalam saya kena kacau pocong lagi.
    pukul 2 pagi sy terjaga.
    mase nk tido balik, rase macam ade benda terkam.
    badan xleh gerak..muncul pocong depan saya. depan katil. dia gerak ke kiri ke kanan..
    saya cube baca ape yg patut..tp xdpt..mulut terkunci.
    semuanya hilang lpas wife saya kejutkan sya..dia kata saya cakap 'aaaaaaa'....mungkin bunyi saya nk baca ayat2 tp di kunci mulut sy tu..

    lpas tu, nk tdo balik, sy dgar bunyi cakar2...lama gak..x tau bunyi tu dtg dr mana

    untuk makluman sy belum amal manzil lagi. just dengar mp3 manzil je dlu.

    amalan yg sy tambah selain bismillah 6 tu, saya salu bace ayat kursi..tu je..

    dulu pocong tu kt luar tgkap..kali kedua kt depan mata saya..kali ketiga cmne lak nnt tuan?

    boleh tolong x bagitau cara saya belasah pocong ni..kacau org nk tdo jer.

    BalasPadam
  21. oh ye tuan, slepas peristiwa tu, sy bangun solat sunat..habis solat, jantung rase mcm kena cucuk lagi..mohon pencerahan ya Tuan

    BalasPadam
  22. Wa alaikum salam wbkth saudara....

    1.Gangguan berleluasa itu biasanya kerana sudah
    banyak angin bisa dalam badan...maka jin itu
    rasa selamat menampakkan diri...

    Buat air ayat Kursi 11 dan guna minum mandi
    serta renjis 4 penjuru bilik...

    Pastikan ada wuduk sebelum tidur dan jangan
    juga lupakan Bismillah hirromaa nirrohiim 21x
    pada tapak tangan dan sapu badan serta 3
    Qul pernafasan...

    Kalau datang gangguan sebegitu dan badan
    serta lidah terkunci...boleh takbir dalam hati
    saja...atau terus zikir Laa ilaaha illallooh
    dalam hati sehingga gangguan itu teerlepas.

    Sila lihat ya tajuk senarai amalan pendinding
    catatan bulan ogos 2010...

    Sebaiknya baca Ayat Kursi 11 kali itu juga
    sebelum tidur dan kalau mampu..amal
    sunat Tahajjud yang kelebihannya meliputi
    semua perkara berkaitan dunia atau akhirat.

    Kalau kaku dan nak serang juga...baca ayat
    Kursi dalam hati dan tiup padanya juga
    dalam hati (bayangkan)...dan baca laa haula
    walaaquwwata illaa billah sambil bisikkan..
    engkau juga makhluk Tuhan dan tidak ber-
    kuasa...

    Amalan biarlah jadi rutin harian walau dalam
    masa-masa tenang tiada gangguan...dan
    jangan sekali-kali..rasa datang gangguan
    dulu baru mula nak amalkan...

    Insha Allah saudara ya...

    Wallohu a'lam


    BalasPadam
  23. syukran ya..boleh ke saya amalkan manzil sebelum saya hafal kembali surah2 yg sy dah lupa?..sebab saya ada hafal surah sajadah, dan lain2 mase di kolej dulu..sekarang dah lupa..
    saya pernah baca satu artikel ni, jika kita amalkan ilmu yg ada dgn istiqamah, Allah akan tambahkn lg ilmu kita..
    so kalau sy x amalkan ayat2 yg sy penah baca dulu, terus amalkan manzil, bolehkah begitu?
    sekarang saya sedang brusaha hafal kembali surah2 itu, smbil2 saya dengar ayat manzil

    BalasPadam
  24. Boleh...tak ada masalahnya...

    Dan bagi suroh yang pernah kita hafal...kalau
    sudah lupa pun...sebaik-baiknya sekali sekala
    kita baca juga walau dengan melihat pada
    tulisannya...tidak boleh kita lupakan terus.

    Dikatakan pada Hari Akhirat nanti..seseorang
    yang masuk syurga Tuhan minta ia membaca
    semua ayat Qur'an yang dihafalnya...

    Selagi ia membacanya...maka darjatnya terus
    naik dan naik sehingga ia terhenti sebab sudah
    habis membaca kesemuanya...

    Tak silap saya jauh antara satu darjat ke satu
    darjat itu ialah sejauh antara langit dan bumi...
    ( harap ada rakan pembaca yang betulkan jika
    saya tersilap)...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  25. salam tuan.
    dah dua kali..
    sy x pasti ianya mimpi atau separa sedar..
    wife sy pegang/peluk...macam xnak bg saya bangun tahajud..
    padahal, bila sy sedar,..dia x pegang/peluk sy pun..
    sy sedar tu pun dgn rahmat dr Allah, maka sempatlah sy solat sunat tahajud..

    adakah itu syaitan yg menyamar jd wife sy?

    BalasPadam
  26. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia baisanya berlaku antara jaga dengan tidur
    dan ia biasanyanya jin yang menyamar...

    Apabila jin cuba menghalang...tandanya amal
    tersebut akan memberi kesan kepadanya...
    dan tandanya ia sebaik-baiknya kita jadikan
    amalan biasa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam