Rabu, 28 Ogos 2013

Tanda Terima Jin ?...Dan 'Al hin'

Jam 1 pagi...seorang rakan dari K.Kinabalu
menelefon...

Seminggu lebih lalu...seorang perawat Islam
menghadiahkan ia juga beberapa orang rakan
lain masing-masing sebatang tongkat kayu...

Tongkat kayu itu dikatakan sangat berkhasiat
dan jika kayunya dibakar dalam rumah...asap-
nya akan mengusir lari semua jin syaitan yang
menumpang dan mengganggu...

Tapi sejak malam pertama tongkat itu dibawa
pulang...rakan itu menjadi gelisah...sukar tidur
dan ketika terlelap ia bermimpi bergaduh
dengan seseorang...

Dan rakan itu juga mendapati...ia sentiasa me-
rasa marah dalam rumah walau dengan sebab-
sebab yang kecil atau tidak munasabah...

Rakan itu juga memberitahu...ia juga merasa 
ada benda seperti ulat cuba mengorek masuk
melalui belikatnya...tapi ia tidak nampak benda
tersebut...

Setakat pengetahuan saya ulat sebegitu ialah jin 
jantan...iaitu jin ilmu yang cuba masuk badan 
dengan cara 'menembusi' kulit belikat...

Saya syak ia ada kaitan dengan tongkat tersebut
tapi rakan yang memangnya ada ilmu 'scan'
'pandang tembus' itu beritahu...ia sudah 'scan'
tongkat tersebut dan mendapati tidak ada jin pada-
nya...

Sebenarnya memang banyak alat tidak berjin yang
menjadi syarat menerima jin...iaitu ada jin yang
menganggap kalau anda menerima sesuatu pem-
berian dari tuannya...contohnya tongkat kosong
itu...

...maka jin itu menganggap anda telah menerima
jin tersebut mendampingi anda...

Apabila rakan itu mula berniat untuk mengambil
dan mengeluarkan tongkat itu dari rumah...
tiba-tiba saja rakan itu merasa seram sejuk...
hingga menyebabkan romanya berdiri...

Namun ia gagahi juga....ia capai tongkat itu dan
melemparnya jauh ke rumah kosong ( rumah 
tinggal ) di sebelah rumah...

Ketika itu ia mula merasa tenang semula...dan
telintas bayangan pada perasaannnya...makhluk 
yang mengekori tongkat tersebut jenis berbulu...

Jin itu telah balik memberitahu tuan asalnya ten-
tang tongkat tersebut yang dibuang oleh rakan 
tadi...

Nota..Al hin

1. Tentang 'Al hin' yang dikatakan tidak dapat di-
kesan oleh ilmu 'scan' perawat yang terlibat...
maka ia bukan sesuatu yang asing bagi jin ilmu
yang banyak tipuhelahnya...

Dan boleh jadi semasa di'scan' 'Al hin' itu masih
berada diluar badan...dan baru merasuk pesakit
kemudiannya...

....maka ketidakdapatkesanan 'scan' oleh perawat
tersebut samasekali tidak menjadi bukti bahawa
kononnya ia makhluk kejadian sebelum jin lagi
itu benar...

Begitu juga bentuknya yang bersayap...juga masih
biasa bagi jin kebanyakan jin terbang...apalagi
dengan mukanya yang 'hensom'...jin beruk juga 
boleh buat...

Gangguan 'Al hin' itu juga yang dikatakan datang 
pada 15 haribulan Islam ( bulan purnama )...
juga menepati masa 'jadual' jin-jin saka atau jin
lainnya datang mengganggu tuannya ( manusia ).

Apalagi telah jelas...'Al hin' itu tidak mahu masuk
Islam sedangkan agama-agama lalu telah terbatal
dengan datangnya Islam...iaitu dengan kata lain
makhluk 'Al hin' itu tidak mahu mengakui Rasul-
lillah SAW itu sebagai nabi dan rasul...

...maka nyata ia adalah makhluk halus kafir...tidak
boleh diterima kesaksian atau pengakuannya...
apalagi sekadar yang saya tahu...Rasulullah rasa-
nya tidak pernah sebut tentang keujudan makhluk 
'Al hin'...

Secara peribadi saya berpendapat 'Al hin' itu seka-
dar jin kafir yang cuba mereka cerita besar yang
mungkin tidak terdapat dalam Quran...seolah-
olah Qur'an itu tidak lengkap...

...kerana Qur'an hanya menyebut...jin dan manusia
dicipta untuk menyembah Tuhan...dan tidak ada 
disebut 'Al hin'...( hebatnya 'Al hin' itu yang ter-
kecuali...seolah-olah pula 'Al hin' itu 'punya sukalah'
nak pilih agama apa yang ia suka...) 

Tentang baca Al Kautsar 1000 kali untuk melihat
wajahnya kerana surah itu lebih kepada surah
'sejuk'...tapi kalaulah 'Al hin' itu suruh baca ayat
Kursi 1000 kali agar ia boleh munculkan
mukanya itu...kita 'berfikir juga'...

Ia lebih seperti suatu tipu helah agar manusia lebih
mempercayai dakwaannya...

( Silakan ya... rakan-rakan pembaca betulkan saya 
jika saya terlupa atau tersilap dalam perkara Al Hin 
ini )

Wallohu a'lam

22 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Isu al hin mmg telah lama diperdebatkan dikalangan perawat. Jika dikaji ciri2nya mmg sebijik mcm jin. Kalo pasal scaner xnampak bila discan rasanya itu tak pelik sbb segelintir jin level tinggi mmg pandai menyorok.

    Keupayaan scan xsama antara setiap scaner. Ada yg guna mata batin ada yg guna mata hati. Jika guna mata batin keupayaannya agak terhad. Jika guna mata hati insyallah walaupun jin itu menyorok disebalik awan ke dasar lautan ke malah kalo bersembunyi di lapisan dimensi lain tetap dpt dikesan.

    Perawat yg mahir memanipulasi keupayaan roh juga mampu menyembunyikan tenaga roh supaya tidak dpt dikesan oleh musuh samada ahli sihir atau jin. Byk kaedah yg bole digunakan. Bole rujuk ke perguruan masing2.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth sp...

      Ada ciri-ciri tipuhelah biasa jin munafik pada
      kisah Al hin tersebut...iaitu jin itu memper-
      gunakan ayat-ayat Qur'an seolah-olah ianya
      beriman......sedangkan dari segi lain...ia
      menunjukkan kekafirannya...

      ...iaitu suatu kesilapan biasa jin munafik dalam
      tipudaya...pasti ada saja yang silapnya...

      Ia samalah seperti 'jin wali' yang merasuki bini
      orang lalu menganjurkan amal makruf...atau
      jin 'Islam' yang menyuruh solat..sedangkan
      manusia dampingannya sendiri tak pernah solat.

      ( Sesungguhnya tipudaya syaitan itu lemah...
      daripada maksud ayat Al Qur'an ).

      Biasanya yang membuat seseorang manusia itu
      terpedaya...ialah ia berfikir 'separuh jalan'...iaitu
      ia baru melihat 'satu kebenaran' pada jin tersebut
      ...lalu ia mengambil kesimpulan...segalanya benar tentang jin tersebut...

      ...atau kata lain...ia sengaja menutup fikirannya daripada menilai lebih jauh tentang jin berkaitan...

      Seorang ibu pernah memberitahu saya semasa
      dirukyah ia dapat 'merasakan' makhluk yang
      meresapi dari paras pinggang dan keatas tubuh-
      nya...iaitu suatu makhluk berbulu putih...cuma
      ianya jenis beruk ( jin )...

      Maka Al hin yang dikatakan berbulu putih bukan-
      lah suatu kelebihan...hanya sekadar rupa
      sebahagian jin biasa...

      Terima kasih sp atas perkongsian pengetahuan-
      nya...semoga bermanafaat untuk kita dan semua
      rakan-rakan pembaca...

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. Salam Tuan, ada seorang pakcik memberikan 8 butir geliga berwarna hitam kepada anak saudaranya..katanya, geliga itu dijaga oleh 8 pengawal gagah(tidak disebut jin ataupun al-hin)..untuk membuktikan kebenarannya..pakcik itu telah mengangkat meja makan dengan hanya melihatnya sahaja tanpa menyentuh meja itu. Boleh tuan bagi pencerahan dan maklumat mengenai hal ini. Terima kasih..Wasalam

      Padam
    3. As salam..

      Semakin 'gagah' atau maknanya semkin hebat istidraj yg dipamer oleh makhluk tu maka semakin besar habuan@makanan yg dituntut oleh mereka. Perkara biasa je tu. Ilmu gagah memang banyak dipakai org zaman dulu. Cuma zaman sekarang kurang sikit. Kalo meja terangkat sendiri masih blom gagah lg tu. Org dulu2 biasa angkat kayu balak sorang2. Kalo lihat betul2 bole nampak jin tu yang angkat. Tuannya bagi arahan je. Sekadar niat je dlm hati jin da bole dengar.

      Tapi nk mati nnt tau la nasib diri. Kerana diperlihatkan apa yg bakal dihadapi. Disebabkan jahil dan lupa diri. Lupa kepada 'janji' yg telah dimeterai. Dihadapan yg empunya diri.

      Tuan junied sy yakin mesti paham.

      Padam
    4. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

      Alhamdulillah...terima kasih...penerangan
      UM cukup jelas...

      Cuma masalahnya segelintir kita...lebih
      pentingkan sebarang kelebihan daripada
      nasib diri sesudah mati nanti...

      Kadang-kadang kalau sudah sebati dalam
      badan...jin itu tidak akan tunggu seseorang
      itu sakit tua untuk 'menunjuk taring'...

      Rakan sekampung ada yang hebat ilmu ke-
      batinannya sehingga dikatakan boleh me-
      lompat setinggi tiang letrik...

      ...namun dalam usia masih sihat sepatutnya
      ia menjadi lemah lumpuh...sakit kepala...sakit jantung...masalah hati...kurang darah dan
      berbagai penyakit yang tidak dapat dikenal
      pasti oleh doktor pakar...akhirnya ia meninggal
      kerana sebab penyakit-penyakit tersebut...
      ( dengan izin Allah ).

      Maka lebih hebat ilmu jinnya mungkin ber-
      erti lebih sebati angin bisa atau jin itu dalam badan...dan pasti...tanpa pertolongan Tuhan
      maka 'lebih hebat' juga jin itu 'memakan'
      diri dan mungkin akan ada orang lain yang
      akan turut terlibat..

      Dan tanpa rahmat Tuhan kalau matinya di-
      cabut iman dari sebab perlakuan syiriknya...
      maka lebih hebat azab yang bakal menanti.

      Na uuzu billahi min tzaalik..

      Wallohu a'lam

      Padam
  2. salam, saya baru ikuti perkembangan blog ini.

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Terima kasih...semoga serba sedikit ada manafaat-
    nya...dan sebarang perkongsian pengetahuan
    serta pengalaman amat dialu-alukan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum....

    Alhamdulillah....baru saya faham dan dpt perbandingan dpd cerita2 kedai kopi.....

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Menarik mengenai artikel saudara. Saya cadangkan saudara kalau ada masa pergi mendengar "Perbualan terakhir dengan Puteri Sari" di youtube. Sebenarnya banyak lagi rahsia yang Allah sembunyikan yang kita tidak tahu. Namun begitu, jika setiap satu dari rahsia itu didedahkan tidak semestinya ia mengugat kredibiliti al-Quran dan Rasulullah. Al Hin seperti diceritakan di atas, kewujudannya memang ada di dalam buku-buku kajian Muhammad Isa Dawud. Samada ia betul-betul jin bertaraf tinggi atau sememangnya dia makluk Allah yang lain kita tidak tahu. Wallahu'alam. Namun yang saya fahami, memang terdapat penemuan tengorak yang hampir sama dengan manusia tetapi usianya lebih jauh daripada kewujudan manusia melalui ujian carbon C-12 kalau tak silap. Lebih memeningkan kepala, terdapat anggota tambahan yang pelik-pelik pada penemuan rangka-rangka tersebut. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  7. Saya ingin menanyakan pendapat tentang sesetengah individu mendakwa gurunya mencapai sesuatu satu tahap makam sehingga boleh melawat ke alam barzah?...

    bagi saya ini adalah mustahil..kerana hal ini tidak terdapat dlm Al-Quran dan Hadis..
    bagaimana pendapat tuan?

    BalasPadam
  8. As salam saudara Zhafran...

    Seperti kata ustaz Haron Din...perjalanan
    hidup kita ini cuma satu arah...dari alam
    roh...ke alam kandungan...ke alam dunia...
    ke alam barzakh dan ke alam akhirat...

    ...malah saya pernah berjumpa seorang
    bomoh jin yang mendakwa pernah pergi
    ke alam akhirat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Ada satu artikel...sorang bertaraf doktor dan presiden sebuah NGO melayu mendakwa pergi bertapa di sebuah pulau...selepas beberapa lama pertapaannya..dia didatangi makhluk mendakwa dirinya Laksamana Hang Tuah...diperincikan perkenalannya dengan Hang Tuah itu...dialog antara mereka dan kisah kisah sejarah melayu...Hang Tuah juga kononnya menhadiahkan keris padanya...hang Tuah juga minta seru saja namanya bila diperlukan...hubungan mereka kekal sampai sekarang...itulah yang dikisahkan oleh Doktor Presiden NGO itu...Apa pendapat tuan dgn kisah ini? Nampak kelicikkan iblis memperdaya manusia yang taksub mencari jati diri melayu..kononnya...

    BalasPadam
  10. As salam panglima...

    Saya sependapat dengan panglima...

    Jin syaitan sentiasa mencari ruang untuk
    mengganggu dan mendampingi ( men-
    cengkam ) manusia...

    Sebaliknya...dalam ada kalangan kita
    yang susah-susah melepaskan diri dari
    gangguan dan juga cengkaman jin...

    ..ada pula dari kalangan kita yang susah-
    susah mencari dampingan jin...

    Sebenarnya kalau dah jadi 'kawan'...apa-
    lagi kalau dah ada tandanya....tak panggil
    pun jin itu akan datang dan mendampingi
    samada secara sedar atau tidak...

    ....malah kalau dihalau atau disuruh pergi
    pun..belum tentu jin itu akan melepaskan-
    nya dengan sebegitu mudah...

    Paling berat kesan dari 'persahabatan' ini
    adalah membawa kepada syirik...dan ini-
    lah sumpah Iblis ketika diusir dari
    Syurga...

    Biasanya yang buat kerja ini adalah jin
    biasa dari kalangan jin ilmu yang biasa-
    nya juga pernah mendampingi manusia
    dan tahu hal ehwal kelemahan manusia
    terlibat...

    Maka samada ia jin Islam Fasik atau jin
    kafir...ia dipanggil syaitan kerana ia buat
    kerja syaitan atau Iblis iaitu menyesatkan
    manusia...

    Terima kasih atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy suka dan menyokong pandgan ini. Kerana ketaksuban dalam dunianya sendiri. bersusah payah dalam istilah mereka mncari "tuhan" sdgkn Allah itu dekat di hati. semakin byk dipelajari Sunnah dan Alquran dirasakan dicukup. tanpa mereka sedar syaitan telah memasuki urusan mereka..bila ditentang alasan mereka, masih byk rahsia tuhan yg belum kita ketahui. mmg benar tp pd hemat sy,sekadar manusia biasa, rasulullah dan bekalkan alquran dan sunnahnya. kaji la sepuas-puasnya..wallahua alam.

      Padam
    2. Sy suka dan menyokong pandgan ini. Kerana ketaksuban dalam dunianya sendiri. bersusah payah dalam istilah mereka mncari "tuhan" sdgkn Allah itu dekat di hati. semakin byk dipelajari Sunnah dan Alquran dirasakan dicukup. tanpa mereka sedar syaitan telah memasuki urusan mereka..bila ditentang alasan mereka, masih byk rahsia tuhan yg belum kita ketahui. mmg benar tp pd hemat sy,sekadar manusia biasa, rasulullah dan bekalkan alquran dan sunnahnya. kaji la sepuas-puasnya..wallahua alam.

      Padam

  11. Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. ( surah An-am ayat 6 )

    BalasPadam
  12. adakah surah diatas bukti yang adanya makhluk sebelum diciptakan jin dan manusia..( dan kami ciptakan GENERASI yang lain )banyak rahsia Allah x tercapai dik akal..ada rahsia dalam rahsia..pada Allah jua kita berlindung dari tipudaya IBLIS dan SYAITAN..

    BalasPadam
  13. Wallohu a lam.... Says tidal berani manafsirkan ayat di atas Samada ia berkaitan kaum kaum nabi terdahulu atau berkaitan makhluk sebelum jin dan manusia..tapi setahu saya memang Ada makhluk lain mendiami bumi ini sebelumnya.

    Wallohu a lam

    BalasPadam
  14. Al hin hanya tunduk kepada raja berdaulat dan juga perawat bertaraf wali aimmah terakhir,

    Al hin adalah Makhluk bertauhid kepada allah

    Di masa itu belum ada manusia

    Rasullah pembawaan cahaya nur muhammad

    Maka tugas untuk berbicara dengan al hin itu

    Bukan tugas perawat lain

    Hanya kepada perawat taraf wali aimmah shj

    BalasPadam