Sabtu, 29 Jun 2013

Penghisap Darah...8 ' Maklumat '...

Sudah tiga minggu...ada masanya badan saya
terasa kurang sihat...panas bercampur sejuk...
rasa lesu ' macam nak pergi baring ' saja...

Tapi keadaan itu biasanya cuma terasa dalam
masa lebih kurang setengah jam...sebelum
ianya pulih semula...

Saya pasti ianya tanda-tanda serangan angin
bisa jin...iaitu ada jin cuba melemah dan mem-
buka laluan serangan...

Dengan ' pelajaran ' masih sekerat jalan...saya
tidak tahu apa benda juga asal usulnya...

Tapi pada suatu petang...saya yakin telah men-
dapat jawapannya...

Tiba-tiba saja belakang kepala terasa sakit...
seperti dicucuk batang besi sepanjang 3 inci.

Terasa sangat...' batang besi tajam ' itu di-
cucuk masuk kedalam kepala...

Ianya menyebabkan sedikit rasa sakit...tapi
saya dapat merasakan hujung besi itu mula
cair dan terus melarat ke atas sehingga
seluruh batang besi tersebut cair dan hilang
bekasnya...dengan izin Tuhan...

Namun terasa batang besi itu dicucuk lagi...
sekali cucuk...dua batang sekali...kemudian 
cair lagi dengan izin Tuhan...

Ia berterusan hampir sepuluh minit sebelum
ia terhenti dan hilang...

Saya telah mengumpul beberapa maklumat
berkaitan ' benda ' tersebut...

1. Beberapa bulan lalu...seorang ibu yang
' kehilangan darah ' tanpa sebab yang dapat
dikesan doktor...memberitahu...

...sebelum itu ia pernah merasa tubuhnya sejuk
panas...dan ia terasa ada sesuatu sedang men-
yedut darah dari bahagian belakang kepalanya.

2. Benda itu ada beberapa '  penampakan '...
iaitu seperti bola api biru terbang...hanya kepala
yang kelihatan dengan rambut panjang...dengan
dua taring yang juga tajam panjang runcing...

...dan menurut seorang rakan lagi...pada ' badan
penuhnya '...ia seorang perempuan tua...berambut
panjang...bertubuh kurus tinggi...

3. Jin tersebut datang ke kampung bukan kerana
disuruh seseorang...tapi dipanggil oleh ' sekor '
jin munafik yang menjadi ketua kepada suatu
puak jin...

4. Jin penghisap darah tersebut hanya akan tinggal 
sementara di kampung ini...dan tempatnya ialah di 
suatu kawasan belukar di tepi bukit...lebih kurang 
200 meter jauhnya dari kediaman saya...

5. Kesan lain serangan jin tersebut...ia menimbul-
kan kesakitan pada bahagian belakang kepala juga
urat tengkuk dan menimbulkan gejala seperti
serangan darah tinggi...

6. Dan mungkin kebetulan...atau ia kesan serangan
makhluk tersebut...seperti yang seorang rakan 
beritahu apabila dalam tempoh yang sama...dua 
orang yang sedang menghidap sakit tekanan darah 
tinggi meninggal dunia setelah jatuh secara tiba-tiba 
menyebabkan pendarahan dalam kepala juga 
pendarahan pada bahagian otak...Wallohu a'lam...

...dan kedua-duanya tinggal di sekitar tempat
makhluk itu tinggal...

Dan dalam masa yang sama juga...ada kalangan
ahli keluarga yang tidak ada kes darah tinggi...
tiba-tiba sakit belakang kepala dan urat tengkuk
kemudian ia mengalami tekanan darah tinggi
hingga menimbulkan tanda tanya doktor...

Dalam pada itu juga berlaku beberapa kali...
ada bunyi seperti benda jatuh atau ' mendarat '
di atas atap bertentangan dengan bilik tidur...
di waktu malam...

7. Menurut rakan itu lagi...jin tersebut tidak meng-
khususkan sesiapa jadi sasaran..tapi ia bergantung
kepada peluang dan kesempatannya...

Tapi yang pasti...ketua puak jin yang memanggil-
nya berdendam pada saya...kerana menyukarkan
' ia ' menurun pada pewarisnya yang sebenar...
dan malah pernah menyerang saya juga rakan ter-
sebut...

8. Jarak kampung ibu yang mengalami kehilangan
darah itu adalah 15 km dari kampung kami...dan 
jin ketua puak itu adalah jin ilmu kepada arwah
ibu makcik tersebut...

Sudah tiga minggu berlalu tanpa sebarang tanda
serangan atau gangguan...agaknya jin penghisap
darah itu ' dah tamat kontrak '...

Wallohu a'lam

8 ulasan:

  1. As salam..
    Semoga Allah mengurniakan kita daya utk mentaatiNya & upaya utk menjauhi laranganNya sepanjang bulan ramadhan ini..

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth sirna purnama...

    ..Amiin..

    BalasPadam
  3. As slm,sya pernah mengalami sakit panas bercampur sejuk selama beberapa hari kerana cuba mengajak seorang rakan mempelajari kaedah rawatan islam.
    Selama beberapa hari itu,sya cuba mdptkn rawatan hospital tetapi tdk juga sembuh2.Bagaimana dan apakah ayat berkesan untuk kita merwat diri?
    wslm

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ianya seperti tanda-tanda angin bisa dalam badan...
    sebaiknya minta 'scan' dan rawatan sambil kalau
    mampu..amalkan ayat manzil secara berterusan
    sekali sehari atau pagi petang...

    Kalau guna ayat juga surah-surah lazim seperti
    Fatihah...ayat Kursi dan 3 Qul...gunakan per-
    nafasan 3 Qul...sambil jadikan air doa minuman
    harian juga sekali sekala buat mandi...

    Antara yang baik juga...amalkan ayat Kursi 11 kali
    pagi petang dan buat serta gunakan kaedah per-
    nafasan 3 Qul...

    Air Yasin dibaca pada malam jumaat juga boleh
    guna sebagai minuman harian hingga ke malam
    jumaat berikutnya...buat air baru...iaitu kalau
    disurau atau masjid..dan boleh buat bila-bila
    masa kalau buat sendiri...atau oleh perawat....

    Masa membacanya pastikan nafas sampai pada
    air...dan niatkan jadi penawar angin bisa...
    gangguan...penawar segala sakit dan sebagainya
    ketika akan minum...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Salam tuan, terima kasih atas ulasan itu..
    Saya berjumpa dan bersembang dengan seorang yang berbangsa dari seberang pada petang 30hb ini,namun saya tidak melayan penuh ceritanya kerana beliau bercerita terlampau sombong dan berlagak. Saya minta diri untuk balik ke kediaman, semata-mata menamatkan topik kosong dengan orang itu.
    Tetapi 10minit selepas berada di rumah, saya terasa sakit kepala seperti mencucuk-cucuk sebelah kiri dan tengkuk..menyebabkan saya rasa mual dan lesu secara tiba-tiba.Saya menanggung sakitnya sehingga ke hari esoknya. Persoalan saya, adakah orang itu telah mengenakan sihir ke atas saya atau memang saya telah diserang oleh mana-mana jin liar? Mohon tuan bagi pencerahan dan pendapat. Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagaimanakah cadangan tuan dengan persoalan saya itu.

      Padam
  6. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Sebenarnya tidak baik menuduh...dan mungkin
    hanya suatu kebetulan...namun dari segi
    perubatan dan keselematan...

    ..secara teorinya serangan itu mungkin ber-
    punca dari rakan tadi...lebih-lebih lagi gejala
    serangan yang saudara alami itu biasanya
    serangan jin ilmu...

    Cuma sepertinya bukan rakan itu sedari...se-
    baliknya ia ulah jin pendamping yang sengaja
    atau suka mencari kesempatan...

    BalasPadam
  7. Maka hati-hati apabila kalau kita akan berjumpa
    atau berurusan dengannya...

    Paling mudah...kalau rasa gejala serangan...minum
    air doa...sapu muka juga tempat sakit...kalau perlu
    guna mandi...

    ...kemudian buat amalan seperti biasa tapi sebaik-
    nya sentiasa ada wuduk dan berzikir walau sekadar
    dalam hati secara berterusan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam